Monday 31 December 2012

2012 in memories

Assalamualaikum...

Tahun 2012 dah nak melabuhkan tirainya malam ini dan kita bakal memasuki tahun 2013. Kalau tanya apa azam saya, there are as below:

1. Nak dapatkan zuriat
2. Nak kurus dan sihat
3. Nak beli rumah
4. Nak bercuti

Recap 2012


Pre-wedding photoshoot
Jan: Photoshoot pre-wedding kat sawah padi. Costum ala-ala gadis kampung bercinta dengan jejaka paling handsome dalam kampung. Hahahaha

Feb: Sibuk dengan persiapan perkahwinan. Boleh tahan pressure jugak. Tambahan pulak masih tak biasa dengan tempat kerja baru

Mac: Berlangsungnya pernikahan kami pada 16 Mac 2012 dan resepsi di sebelah saya pada hari berikutnya. The next day buat outdoor photoshoot pulak. Walaupun letih tapi seronok sangat. Syukur, I am married!

 
Wedding guestbook
Ourdoor photoshoot
 
April: Masa ni dah mula nampak true colors pasangan. Mula-mula susah jugak nak hidup dengan orang lain. Biasalah gaduh-gaduh jugak. Awal-awal kahwin banyak dugaan. Kata orang dugaan nak mengenal hati budi yang sebenarnya.
 
Mei: Not much different dengan bulan sebelumnya. Budak office yang kahwin one week earlier than me dah concieve. Me? still wasn't.
 
Jun: His birthday!! We celebrate biasa-biasa je.
 
Jul: Orang dah start tanya tak ada isi lagi ke? Really irritating and annoying!!
 
Ogos: This time I was suspected pregnant and I just can feel it. 40 days tak period since my normal cycle is 31 days after get married. Sebelum kahwin 28 days. Hubby mengalami alahan loya-loya. But since takut sangat nak buat ujian hpt, we just lost him/her. Dr assuming I got complete abortion. The 'thing' keluar habis at one time. Salah saya... sedih
 
September:  Nothing interesting. Cuma saya berkira-kira untuk pergi gym untuk kuruskan badan since Dr nasihatkan supaya saya turunkan berat badan dan elakkan daripada usaha untuk dapatkan anak buat sementara waktu.
 
Oktober: Ada wage increment. Yeay, alhamdulillah...I started joining fitness first. Bersemangat masa ni. Bulan ni saya datang 8 kali. Saya kurangkan nasi (sangat-sangat sedikit) dan saya lebihkan makan sayur dan buah-buahan. Bulan ni baru kami pegi honeymoon. Itu pun kat Cameron Highland je. Cukup baik dah buat kami berdua.
 
November: Masih aktif ke fitness first dan masih jaga pemakanan. Kali ni saya datang 9 kali. Berat dah turun 5 kgs. Masa ni berat dah jadi 80kgs. 25kgs to go.
 
December: No longer active going to the gym. Rasanya ada la sekali dua je. Sibuk dengan kerja. MAHA International lagi. End year memang banyak kerja/meetings. Semangat nak ke gym pun dah kurang. Saya ada pergi berurut. Once, dan makcik tu minta datang lagi supaya cukup 3 kali. Saya belum ada masa lagi nak balik kampung. Maybe next month. This month, I already started consuming acid folic, EPO, New Obimin, and avocado smoothie. However until today (DPO 14) the hpt results were negative (I did the test 4 times). Berat badan pun dah bertambah since I no longer jaga pemakanan like previous couple of months. Pathetic!!
 

Overall, I am grateful that I am married and I am married to someone who really loves me more than I love him. I am grateful that my mother always being a very understanding and supportive mother. She's is my best friend as well. I am grateful she never forget to pray and solat Hajat for me. I am grateful that Allah gives an opportunity for my husband to start a bussiness and Alhamdulillah his bussiness just went so well.

Apa yang membuatkan saya tidak gembira adalah orang sekeliling yang suka bercakap tentang hal orang lain dan membandingkan kita dengan pegawai atau mana-mana individu yang lain. To be honest, orang-orang sebegitulah orang yang paling sukar untuk saya maafkan atau mungkin saya tak akan maafkan. Hmm, entah la. Gile tak suke kot! Semoga Allah sahaja lah yang memaafkan dosa mereka terhadap saya.

2013 is coming....It would be a very challenging year...workloads will be drastically increasing together with the pressures. Usaha untuk TTC lagi dan usaha-usaha lain untuk memcapai matlamat di atas....Doakan saya berjaya ya kawan2.

Sekian.

Ate' logo.











Saturday 29 December 2012

Finally I did cried

Yes I did after three times -ve hpt result. The last one i did was this morning. Initially I didnt cry. Rasa macam boleh terima kenyataan sebab saya tak menangis tengok result tu.. tapi dalam toilet tu otak saya sempat bermonolog:

Mesti tak ada telur yang keluar..
Yalah macam mana nak keluar dah tu ko gemok sangat
Entah-entah aku ada PCOS
Yalah tu tengok ko punya bbt chart pun da tahu
Takkan la aku nak kene kurus, betol2 kurus baru boleh mengandung. Ya Allah!!
Ya sebab orang yang kurus je yang boleh mengandung, boleh keluarkan telor, tak ada penyakit


Saya dah tak sanggup nak layan otak saya yang sakit tu terus ambil air semayang dan solat subuh. Lepas solat ketika saya berzikirlah saya mula rasa sebak dan sayu. Saya menangis. Saya merayu kepada Allah s.w.t supaya dengar rintihan dan doa saya.

Hubby yang tengah sebok kemaskan ruang tamu berhenti sekejap bila dia tak lg dengar alunan zikir dari mulut saya melainkan esakan. Saya tersungkur di bahu suami. Saya luahkan pada dia apa saya rasa. Pujukan dia buat saya rasa lebih tenang.

"sayang, ada sebab Allah uji kita. Sayang kena kuat. Kita usaha lagi ya. Kita usaha sama-sama. Abi ada ni dengan sayang. Sayang jangan macam ni"

Dakapan erat seorang suami dan kata-kata lembut seorang suami sangat menyenang dan menenangkan. Saya bersyukur kerana saya sudah berkahwin, kerana saya ada suami, dan kerana dia suami saya. Ya Allah aku bersyukur sangat. Alhamdulillah

Tak apa menangis untuk lepaskan perasaan sedih cuma elak melayankan perasaan sedih tu. Stess and it wasnt good for us ladies. Always stay close with people you love. You will find urself being loved. TCC jouney in shaa Allah would be easier

Thursday 27 December 2012

Update of my 1st BBT chart

Assalamualaikum

I just wanna put the chart here for my record which might be useful for me in the future as a reference. Its pattern was rocky mountain. Now i realize there is something wrong with my hormones/my body. Even the chart can predict the ovulation day but the erratic temperatures just showed me that I am neither really healthy nor normal. A normal and healthy women should has temperatures lower than the horizontal red line before ovulation day (0 DPO). Kalau naik lebih pun sikit-sikit je la. Later, a drastic increasing in temperature shows that ovulation is occured. Boleh dipastikan dengan ujian OPK. Then if you are pregnant, in this case if I am pregnant the temperature after ovulation days should continue increasing and will always above the red horizontal line sepanjang DPO. To get confirmation HPT should be done and the blue line color will change to green color starting the days we got +ve HPT result.

Jom doa sama-sama kawan2. Tadahkan tangan kita dan minta:
Ya Allah, please protect my husband and I from any illness, diseases or syndromes. Please give my husband and I the best health so that my ovaries can produce beautiful and healthy eggs, so that healthy and strong sperms given by YOU from my husband could fertilize the eggs, so that the DNA match perfectly, so that the cells could multiplies, so that the fertilized eggs could move and lay on my strong and steady uterus, so that the fertilized eggs could form embrios, form fetus and form perfect, beautiful, smart, healthy and strong babies. So that I could deliver them safely and easily. All I need is only YOU Ya Allah.

Jadikanlah zuriatku manusia yang cukup dan sihat sifat fizikal, mental dan rohaninya. Jadikanlah dia manusia yang bijak, yang mudah dididik, yang mendengar kata, yang menyejukkan hati dan pandangan, yang sentiasa mendoakan ibu bapa nya ke syurgaMu Ya Allah, yang beriman dan bertaqwa kepadaMu Ya Allah, yang menjalankan segala suruhanMu dan meninggalkan laranganMu, yang akan menjaga ibu bapanya hingga ke syurga, yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara, dan yang berjaya di dunia dan akhirat. Makbulkan doaku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Aalamin.


Cycle Disember 2012 setakat 27hb


Backdated post: (25/12/2012)
Last night I had a dream. I was pregnant. It was a very short dream. I couldn't feel the excitement because I was nervouse waiting for the hpt result in a clinic. Once I was told the result is positive I was crying and feel so greatful. I woke up. The dream just make feel even nervouse. 2ww just so uncomfortable/stressful.

Today is DPO8 which I believe hpT test is already can be done. I asked my husband but he did not want me to do the test this soon. He wants me to do the test if my next period is delayed. Well I understand he doesn't want me to get hurt if the result is negative.

On the afternoon my husband asked me to go to shopping at GM Klang with him. He wanted to buy scarves for me as he promised earlier. I told him that his hair looks messy, immediately he went to our bedroom and fixing his hairdo. Meanwhile I immediately took the hpt test into bathroom and did the hpt test without his notice. Initially I did not want to tell him the result but finally after looking at his face, I think he should know. Alhamdulillah dia tak marah walau pun saya tak dengar cakap dia. Dia pujuk saya to do the test again later at least near to expected date of next cycle. Yeah, it was negative. But I still believe this time I do concieve. It just a matter of time for the double lines to appear. Positif sungguh.

27/12/2012
Today is CD10. I did the hpt test again. The result was negative. Did I upset? Did I cry? No I am not. I smiled. I know its too early too test. Some women do have +ve hpt result at early DPO (less dan 12 DPO), some women just doesn't and I believe I am in the second category.  I will do the test next two days. Now, I keep praying that Allah makbulkan doa dan always pelihara ciptaanNya di dalam rahim saya. Yeah, definitely saya tak tahu ia ada atau tidak because only Allah know's better but I always have faith on Him that he will give me the greatest present, sooner or later. I just need to keep praying, working on it, tawakal and always have positive thought on it.

Saving
Now, I do keep money (sikit-sikit) which previously saya bukan jenis yang menyimpan duit. Mengabiskan duit ada lah hehe. Dan duit tu saya simpan untuk masa depan. Mungkin suatu hari nanti saya perlukannya untuk rawatan. Mungkin untuk future babies. Mungkin untuk pergi umrah. Yang penting semua tu untuk keperluan bukan kemahuan.

Cankered??
This morning after solat subuh I called my mom. Rindu nak borak dan dengar suara dia. Dalam perbualan tu mama ada mentioned isteri my cousin lelaki yang baru kahwin last October (if I'm not mistaken) dah pregnant. Baru masuk dua bulan. Saya rasa down sikit. Oh bukan sikit tapi banyak cuma malas nak layan rasa down tu. Cepat2 doa dan saya minta mama juga doakan saya supaya cepat dapat anak. Seriously it's not easy when we are surrounding with all normal and easily get pregnant women yang suka bercakap tentang hal orang. Depan-depan senyum tapi belakang Allah sahaja yang tahu. They never know what we are and what we have to face. Kita juga tak akan tahu kalau kita tak diuji. Apa yang kita boleh cakap kat dia, CONGRATULATION, YOU SHOULD BE GRATEFUL!! (don't forget to keep smile)

My Workout
Tentang workout saya masih ada kontrak dengan fitness first cuma sekarang dah jarang pergi. Huhu yuran potong jugak bulan-bulan. Hubby marah saya tak pergi. Tapi saya rasa letih sebab balik kerja terus balik rumah lepas tu pergi ambil suami balik kerja (masa tu da masuk magrib) lepas tu baru pergi fitness lepas tu baru balik rumah. Selalunya pukul 10 atau 10.30 malam baru sampai rumah semula. Dah letih saya terus nak tido je. Bila masanya nak ada masa dengan hubby. Bosan dan letih hidup macam tu. This time kalau concieve I nak freeze the contract so that every month bayar RM45 je. Kalau tak concieve mungkin saya akan berhenti fokus kepada TTC but more to workout activities. However, supplements intake will continue as usual.

Apology & thankful
Last but not least, a great appreciation to all my TTC friends who read my posts either 'transparently' or 'silently'. 2013 is just around the corner. I would like to ask for apology to everyone for any kind of my mistake sama ada melalui post-posy saya, komen-komen saya atau respon-respon saya. Sokongan anda amat bermakna buat saya. I am thankful to Allah dengan ujian ini kerana saya boleh menyelami masalah ini dengan ribuan yang lain, boleh berkenalan dan berkongsi cerita, pengetahuan, suka duka dengan kalian, boleh memahami sistem badan seorang wanita dengan lebih baik dan selebihnya saya makin jelas dengan kebesaran Allah s.w.t sebagai pencipta kita. Siapalah kita tanpa petunjuk dan hidayah dariNya.

Selamat menyambut tahun baru 2013 & happy holiday kepada yang pergi bercuti dan ambil cuti ^_^ hehe

Ok, setakat itu sahaja.

Ate' logo

Thursday 20 December 2012

My first BBT chart

Assalamualaikum...

Belum abis charting lagi dak sibuk nak post kat sini. Sebenarnya saya just nak kongsikan dengan pembaca. Actually charting ni baru sampai CD17. Belum habis cycle pun lagi. Saya sebenarnya kurang faham dengan cycle saya ni. Average MC (menstrual cycle) saya 31 hari. Kalau ikutkan nasihat Dr Zubaidi, test OPK should be done dengan formula berikut:

MC-17 = CDX
like mine, 31-17 = CD14
Maka, perlu buat test pada CD14 sehingga 6 hari berikutnya
 
Tengok pada chart di bawah test OPK saya pada CD14 positif (double line terang merah) tapi saya tak pasti sama ada result itu valid atau tidak kerana:
 
1. Saya buat test petang lepas balik kerja (bukan 2-2.30 pm as recommended by Dr Zubaidi)
2. Saya my urine exceed the max sign on the OPK strip
 
On CD15 until CD17 the result were negative. And again I do not know they were valid or not since I do the test in the morning and after I got back from working.
 
Looking at the temperature chart pattern, I have know idea where the ovulation day should be. I do find my vagina become so watery since CD14 and even watery CD15. On CD16 I found eggwhite. Masa tu tengahari di office. When I got back I did the test but the result is samar-samar (definitely negatif la kan)
 
 
Oh makin banyak saya baca tentang BBT and OPK makin saya pening nak faham.
 
 
 
Ok, itu saja.
 
Ate' logo


Wednesday 19 December 2012

Wordless Wednesday: Sebak

Assalamualaikum...

Dear friends, hope you guys are doing fine and always in the best health

Yes, entah kenapa dari pagi hati ni tiba-tiba sebak. On the way ke office hati rasa tak berapa tenang. Saya drive sambil mengalun-alunkan zikir:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah Ya Razak
Ya Allah Ya Khaliq Ya Bari Ya Musawwir
 
 
Entah bagaimana lama-lama saya berzikir hati jadi sebak dan saya tak pasti apa sebabnya cuma saya rasa saya ni kerdil sangat di sisi Allah. Rasa kerdil sangat sebagai hambaNya. Perasaan tu membuatkan saya mengalir air mata dan sukar untuk saya tahan. Teresak-esak juga saya menangis dan saya berdoa supaya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang mendengar rintihan saya dan memakbulkan doa-doa saya.
 
Semasa di pejabat saya ada sedikit perbincangan dengan pembantu. Saya ternampak gambar cucunya di hp terus saya teringatkan menantu dan juga anak perempuannya yang dikatakan nak bersalin Isnin lepas.
 
Saya: Anak dan menantu akak dah bersalin ke? Isnin lepas kan
Hajah: Menantu akak je dah bersalin. Anak akak kene induce. Jumaat ni baru nak bersalin. Ingat nak amik cuti la (sambil bukak telefon dan tunjuk gambar cucu-cucu dia, menantunya bersalin anak kembar)
Saya capai telefon dia dan masyaAllah tersangat comel babies tu. Sangat-sangat comel.
Saya: Comelnye kak..Ya Allah comelnya cucu akak
Hajah: Eh mestilah. Tengoklah mak bapak dia
Saya: Err saya tak pernah tengok (dalam hati rasa macam dia riak pulak)
Hajah: Tak pe nanti akak bawak Ipad anak akak tunjuk kat U
 
Saya sebak bertakung air mata. Rasa macam untungnya mereka dikurniakan anugerah Allah yang satu itu. Saya kesat air mata dan nak cover saya bergurau: Bagi la saya satu kak
 
Hajah: Eh mana boleh...memang comel. Ramai yang kerumun. Doktor-doktor pun suka
 
Saya senyum je. Tumpang gembira. Memang sah-sah gurauan saya mengarut. Ada pula nak minta anak orang. Selepas sedikit perbincangan mengenai kerja saya masuk bilik. Terasa lemah sangat diri ni. Terasa kerdil. Terasa serba kekurangan. Hmm tak baik kan ada perasaan macam tu.
 
Alhamdulillah lepas tu saya dapat berita gembira dari adik bongsu. Dia baru sahaja ambil keputusan PMR. Keputusan kurang baik sikit daripada saya punya PMR tapi masih okay kerana kurang satu A sahaja daripada saya. Saya bangga dengan dia. Balik kampung nanti kenalah bawa hadiah tanda penghargaan tanda ucapan tahniah tanda kasih sayang.
 
Setakat itu saja.
 
Ate' logo
 
 
 
p/s: Pesanan kepada diri sendiri: Apa jua masalah, kesulitan, dan dugaan jangan cepat rasa terancam. Jangan rasa lemah. Anggap semua tu boleh diselesaikan. Dapatkan bantuan dan pendapat-pendapat orang lain yang betul2 baik dan nak bantu kita. pasti ada walau satu dalam seribu yang kita kenal. Selalu minta petunjuk dari Allah s.w.t. Allah kan ada!!
 
 
 
 
 


Wednesday 12 December 2012

Fertility

Assalamualaikum...

How are you dear friends...

Lets talk about fertility...leave the infertility...

Saya ada terperasan satu perkara iaitu kebanyakan pasangan yang TCC ni dikurniakan zuriat within three years and after three years of marriage. Well not so long right? Take it as a good news dear. Dan saya perasan ada di antara TTC couples who manage to concieve are couples who stop deeply thinking/seriously focusing on having child as soon as they could. These couples went for vacations/honeymoons, make themselve busy with the family/friends events, join classes like kelas agama, kelas memasak, kelas kraf, kelas macam-macam kelas, gym, yoga, thus having a lot of interaction with other people who can make them feel happier. No longer tied up with medical treatment. Stop seeing doctors and so on. Oleh itu, secara tak langsung lupa sekejap atau dengan kata lain tidak terlalu memikirkan masalah belum dapat anak. Tup tup je +ve you all. Tengok bagaimana Allah bagi rezeki. Waktu kita tidak menduga tapi bukanlah waktu kita putus asa. Allah pandang semua usaha kita tu. Allah tahu bila nak beri. Allah Maha Mengetahui. Baru-baru ni pun ada kawan kita cakap tentang Kun Fa Ya Kun. Semua tu betul. Dan kawan-kawan kita yang 'tup tup +ve' ni adalah bukti kebesaran Allah s.w.t, bukti Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui. Syukur Allahamdulillah...Tahniah kepada kawan2 TTC yang dah berjaya...
 
Jom tingkatkan kesuburan nak tak? I don't know how but I think they are few things could help us increase our fertility... How to get pregnant? Its not all about BD je terus pregnant...kalau tak kita bukan warga TTC dear...But its all about our body. Ketahui tubuh badan kita sendiri. Untuk mengandung bukan bahagian rahim, ovari, dan faraj kita sahaja yang perlu sihat tapi keseluruhan tubuh kita termasuk minda kita...
 
Jom tukar fokus kita...buat affirmation macam yang B&C post dapat blog beliau...macam yang Jay Farhana praktik kepada diri beliau. BE POSITIVE. Always tell ourselve that we are healthy. Tell ourselve that our priority is our health and getting healthier. Tell ourselve that we will get pregnant. Tell ourselve that our ovaries can produce nice,beautiful, big and healthy ovum(s). Use our imagination on the process of fertilization by ovum(s) and sperms until they multiply become embrio and finally become a baby. Sebutkan zikir-zikir dan selawat bersama-sama dengan imaginasi tersebut. Once a while before go to sleep or after praying is a good time to do this. Stop thinking of infertility. Lets help our body to balance the hormones inside! Taking supplements is a very good step. Cuma perlu buat sedikit research on supplements you take supaya you know what you eat and you know what are the effects. Ada orang kata buat BBT bukan bagus sangat. Pada saya salah tu. BBT membantu kita sebenarnya terutama untuk memahami tubuh badan kita. Memahami kitaran haid kita. Kan peluang yang bagus tu untuk memahami dalaman diri sendiri. FYI, saya dah mula buat BBT...tak susah pun. Download je aplikasi FertilityFriend kat smartphone anda. Everytime wake up in the morning take your temperature and key in into the application. Then always let your husband updated with the temperature and the ovulation day... ^_^ jangan lupa suh husband makan telur separuh masak sekali.
 
Next, lets reduce our stress. Haaa, mesti stress kan memikirkan masalah kita ni yang tak hamil-hamil lagi. Sabar..."Ish, asyik-asyik sabar je. Dah 4 tahun sabar ni. Awak tak tahu apa saya rasa" Jangan macam tu kawan-kawan. Istighfar banyak-banyak. Sebenarnya, daripada sabar itulah datangnya kekuatan. Dah 4 tahun sabar tapi kita masih lemah maknanya cukup sabarkah diri kita ni? Lebih baik sabar kita tu kita kepilkan sekali dengan aktivit-aktiviti yang mengurangkan stress. Stress memang banyak effect kat tubuh badan maka boleh menyebabkan macam-macam penyakit dan hormon pun jadi tak seimbang tau. So, kesuburan pun terganggu. Oleh itu apa nak buat untuk kurangkan stress?? Senang aja...buat apa saja yang anda suka...Asalkan suka kuranglah stress. Macam saya, saya suka memerap kat suami. Hehehe...Saya suka luangkan masa dengan suami. Apa sahaja aktiviti yang suami nak buat saya nak buat sama contohnya memancing, ronda-ronda tengok barang kereta, tengok bola dan sebagainya. Contoh saya bagi tak berapa best sangat tapi tengoklah contoh kawan-kawan TTC kita yang dah berjaya. As I mentioned in first paragraph sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kita berinteraksi dengan orang lain tapi tak serabutkan kepala kita contohnya pergi bercuti, pergi berjalan-jalan, pergi shopping, pergi melawat saudara mara, pergi kelas agama, kelas menari dan buat apa sahaja yang kita suka.
Bila kita sabar dan kita tahu cara mengurangkan stress secara tak langsung hidup kita lebih sihat dan kita jadi wanita yang lebih positif, lebih kuat. Apa jua cabaran dan dugaan kita boleh hadapi kerana kita tahu Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. So, be proud of yourselve...
 
Yang ke-3, jom tukar cara pemakanan kita...terus terang saya beritahu saya ni manusia yang paling suka makan fast food. Hey, I don't care (once upon a time lah)... Saya ni jenis bagilah apa saja saya boleh makan. Maksudnya saya jenis tak kisah makanan itu memberi kemudaratan atau tidak sebab saya memang tak ambil tahu. Memang sedih mengingatkan balik habit saya tu. Itu dulu semasa zaman saya remaja zaman saya pelajar zaman saya belum berkahwin zaman sebelum saya TTC. 24 tahun hidup dengan makan apa sahaja tanpa ambil kisah kemudaratan di kemudian hari. Jika saya suka makan sesuatu saya akan makan itu sahaja sampai saya sakit baru saya stop. Akibatnya sekarang umur baru 25 tahun saya dah tak boleh makan maggie, asam, dan makanan pedas. Fast food yang dulu saya rasa macam heaven sekarang rasa burger buat sendiri lagi sejuta kali sedap. Haru dibuatnya. Oleh itu, sebagai TTCians kita PERLU BANYAK makan avocados, grains, sayur-sayuran, minyak kesihatan (VCO, Sesame oil, olive oil, fish oil) dan MESTI ELAK makan makanan yang di proses, kafien, alcohol, minuman berkarbonat dan refined sugar. Amatlah baik jika kita boleh beli sayuran segar dan sumber protien yang segar sendiri dan masak di rumah. Buat avocado smoothie atau red dates smoothie sebagai minuman. Nyummy. Boleh kan...kita cuba sama-sama. 
 
Seterusnya adalah excercise...bukan senaman biasa-biasa tapi senaman yang konsisten. Bak kata Dr Hamid Arshad, kita orang perempuan ni kene buat senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit! Senaman ni boleh dalam macam-macam rupa atau macam-macam gaya. BD pun senaman jugak kan? ha mati la hari-hari wat senaman tu je. Senang aja kalau malas nak ke gym buat aja kat rumah. Kalau ada CD atau DVD senaman pasang dan follow. Kalau malas juga reka lah senaman sendiri. Lompat bintang, lari setempat, sit up, angkat dumbell, jogging, berjalan atau buat apa jua jenis senaman yang sesuai untuk diri kita bagi membakar lemak. Bagus tau bakar lemak sebab boleh tingkatkan tahap kesuburan. Hormon-hormon estrogen banyak tersimpan dalam sel lemak. Bila sel lemak kita terbakar lebih banyaklah hormon estrogen dilepaskan so lebih besar peluang untuk kita concieve. Kalau tak rasa nak marah je kan Dr Hamid bila minta nasihat je mesti suruh excercise. Sekarang bila dah faham kenalah buat sebab its good for our body...Chaiyok2!
 
Yeay, akhir sekali adalah perkara paling tak boleh diketepikan adalah BERDOA dan ENJOY YOUR LIFE. Kehidupan yang kita ada ini adalah satu anugerah daripada Allah s.w.t. Sentiasalah kita bersyukur dan menghargainya terutama orang yang paling rapat dengan kita iaitu suami, ibu bapa, dan adik beradik. Sentiasalah kita memanjatkan doa. Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab. Meminta-mintalah. Merayu-rayulah. Menangis-nangislah. Bersungguh-sungguh dalam berdoa. Ramai kawan-kawan kita yang berjaya concieve ni ada amalan dan bacaan doa yang mereka buat dengan konsisten dan ikhlas. Ada yang baca doa Nabi Zakaria, ada yang baca ayat dari surah Ali' Imran ayat 38, ada yang baca doa Nabi Ibrahim dan sebagainya. Semuanya membawa maksud yang hampir sama iaitu memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan zuriat. Jom kawan-kawan kita dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perlahan-lahan tak apa asalkan Allah pandang. Jangan kisah apa orang cakap. Lakukan puasa sunat, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat dhuha, bersedekah, berzikir, bangun malam merayu merintih pada Allah s.w.t in shaa Allah ada rezeki kita. Saya pun masih bertatih. Saya tak kata saya dah buat semua tu. Saya ni baru nak mula. Baru nak ajak suami buat sama-sama. Memang bukan senang tapi kita mesti cuba. Perlahan-lahan...Ini link blog Dr Hamid Arshat yang ada doa-doa yang boleh kita amalkan.
 
Hati yang resah pasti tenang dengan mengingati Allah s.w.t.. 
 
 
 
 
 

Saturday 8 December 2012

Hubby mimpi dpt anak baby boy...

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2...Harap semua dlm keadaan sihat dan bahagaia disamping yg tersayahg...

Pagi ni sebelum hubby solat subuh hubby cite abi mimpi yang kami dapat anak lelaki. Katanya comel putih macam saya. Dalam mimpi tu hubby kata dia dukung baby. Dia jaga baby. Bagi baby minum susu. Huhu saya excited dengar cerita dia tapi dalam masa yang sama saya bimbangkan sesuatu...

Saya terfikir2 kenapa dia boleh mimpi macam tu ye. Adakah dia sering memikirkan untuk mendapatkan anak segera semenjak dua menjak ni. Kalau betullah sedihnya aku...Kasihankan suaki. Maafkan sayang abi sayang masih x mampu mengandung...Dengan Izin Allah suatu hari nanti pasti mimpi Abi akan jadi kenyataan. Abi kita sama2 berdoa ya
 
Ate' logo

Wednesday 5 December 2012

Berurut dan berkemut

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...Alhamdulillah baru2 ni seorang kawan kita Joanna dah concieved...Rezeki dia dah pun sampai...berbaloilah dengan usaha-usaha yang telah beliau lakukan. Nak tahu apa boleh baca recent post by her... ni link nya : http://haveyoufoundonewomb.blogspot.com/2012/12/ttc-efforts-month-before-conceived.html

Ok, back to the title above, setelah 8 bulan berkahwin baru lah saya pergi berurut. Kenapa lambat sangat? sebenarnya, saya sukar nak mencari orang yang betul-betul saya rasa selesa berurut dengannya. Ada kawan recommend mak mertua dia. Saya rasa tak selesa pulak berurut dengan mak mertua kawan. Tak suka kalau ada yang menyampai2 cerita. Ada kawan suggest seorang makcik di Hulu Langat. Saya memang ada contact makcik tu dan dia kata kalau nak cepat mengandung datang berurut dengan dia waktu sedang haid. Aduss, dengar dia cakap macam tu saya jadi seram sejuk. Telefon mama tanya pendapat, mama tak bagi. Risau pulak sebab berurut semasa sedang period ni 'luar biasa' daripada kebiasaannya.

Dan akhirnya mama saya sendiri yang terjumpa seorang makcik di Ipoh yang boleh mendapatkan khidmat urut. Makcik saya yang kenalkan kepada mama. Saya diberitahu makcik ni bukan je pandai mengurut tapi ada kebolehan mengubati penyakit-penyakit tertentu. So, mama dah buat arrangement last Monday kitaorang pergi rumah dia.

 Mula2 biasa je saya tukar skirt pakai kain batik. Dia minta saya duduk membelakanginya untuk dia urut di bahagian pinggang dan pangkal pinggul. Mama kata itu prosedur awal untuk semua jenis khidmat urutan yang diminta pelanggan. Kira wajib la tu. Terasa sedikit sakit jugak la. Then dia minta saya baring. Dia mulakan dengan bismillah dan bacaan yang tak berapa saya dengar kemudian sapukan minyak di perut dan bahagian rahim. Malu jugak masa tu. Mama pun ada tengok. Tapi belasah je la kan nak buat macam mana lagi. Urutan makcik ni boleh tahan jugak la sakit walaupun tengok dia tekan lembut je.

Semasa dia mengurut dia dapat detect saya ada masalah ketika membuang air besar. Seterusnya dia tanya saya pandai kemut tak? Aduhh saya pandang mama. Malunya nak jawab soalan tu depan mak kita. Tengok mama sengih je saya pun malu2 cakap tahu. Kemudian dia minta saya kemut dan lepaskan perlahan-lahan. Berulang kali sampai saya naik mengah. Yelah, suruh kemut dalam2 dan lepaskan perlahan2 pulak tu. Terseksa. Waktu ini dia dapat detect saya ada sedikit masalah.

Katanya kedudukan rahim saya baik dan dia telah betulkan supaya saluran vagina saya selari dengan pangkal rahim. Kemudian dia menasihati saya supaya kemut sedalam-dalamnya apabila BD dengan suami terutama ketika suami sedang mahu memancut dan sedang memancut.. Dia mahukan kekuatan kemutan itu betul2 boleh sampai ke pangkal rahim kerana katanya kemutan asal saya 'terlalu jauh, tidak sampai'. Apa maksudnya saya sendiri tidak faham.

Selesai berurut, dia cuba meyakinkan saya bahawa in shaa Allah dalam sebulan dua pasti ada rezeki untuk saya. Saya tertanya2 bagaimana makcik ni sungguh yakin sedangkan yang memberi rezeki itu Allah s.w.t. Saya senyum saja. Dia minta saya bersama dengan suami sebelah petang atau malam Isnin itu juga tp kami dah terlalu penat balik ke Shah Alam, pesanan makcik tu tinggal pesanan je lah...the following day baru BD dan the next day menses. Tak ada rezeki nampaknya bulan ini. Usaha lagi untuk next cycle.

Dia minta saya datang lagi berurut selepas habis period ni. Macam tahu2 pulak saya akan period bulan ni. Huhu jauhnya nak balik Perak semata2 pergi berurut. Namun, in shaa Allah akan diusahakan jugak. Lagi satu dia minta saya elak makan apa2 ubat even asid folik. Emm tak syok lah macam tu. Setahu saya folic acid, new obomin, EPO baik untuk kesuburan tapi dia tak bagi ambil pula... rugilah saya dah beli supplements tu semua.

So, nak tanya pendapat korang should I follow her advice or macam mana? Kepada kawan-kawan yang dah pernah pergi berurut minta share apa advice tukang urut kalian...

Ok, itu saja.

Ate' logo

Thursday 22 November 2012

PCOS...am I??

Assalamualaikum....

Hi, wish you all the best health today.

Actually, I just read about PCOS and I am sure many of TTCians already know what is PCOS, the symptoms, the treatment and so on. From my readings, many women suffering from this sindrome and most of them were not aware of it. Including me...

After get married then only I found term of TTC (kesian kan) and read about PCOS and many other terms related to infertility.

When I came across to the symptoms of PCOS, most of them just reflecting myself. I start getting worry dear friends.

Simptom-simptom PCOS:

1. Kitaran haid tidak teratur (yes, recently...2 times a month for two months)
2. Keguguran rambut hingga menyebabkan kebotakan (start happen to me since I was 17 years old, bertambah teruk bila sambung belajar di matrik dan universiti)
3. Kencing manis ( tak pernah cek lagi)
4. Darah tinggi ( Dr penah nasihatkan supaya berjaga semasa saya baru2 nak kahwin dulu. Katanya mungkin saya stress)
5. Pertumbuhan bulu pada muka, belakang dan perut (Hubby kata kat muka tak ada. Tapi kat perut saya rasa ada. I taught because of saya ada keturuan India, ada sedikit bulu di perut is normal. Oh no, tak normal kah??)
6. Kegemukan (huhu sejak kecil saya memang 'sehat' je. Berat memang semakin menaik apabila usia semakin meningkat. Sekarang berat dah 83 walaupun pergi excercise di gym. Memang susah berat badan nak turun. Yes, I am fat!!)
7. Apnea tidur (rasanya tak pernah...)

So, overall saya rasa banyak simptom2 PCOS ini ada pada diri saya... Ya Allah, jauhkahlah hambaMu ini dari penyakit ini.

How to identify?
By doing some tests like Ujian darah LH, FSH (on 2nd or 3rd day of period), darah progesterone & testesterone, darah prolaktin dan ultrasound pelvis (rahim dan ovari).

Am I ready to do the tests? No, I am not. Seriously, this in not the best time to find out. I would like to give time to my hubby and I. I think we are not ready yet. Biarlah cukup setahun perkahwinan kami, then rethink is a MUST!!

"Jika ditakdirkan aku ada sindrome ini, aku memohon padaMu Ya Allah supaya ia tidak menghalang ku terus daripada memperolehi zuriat kurniaanMu. Moga ujianMu ini sentiasa mendekatkan aku dan suami kepadaMu. Kau kurniakanlah kami zuriat Ya Allah. Akan ku sabar menanti"

Ate' logo

Wednesday 21 November 2012

Madu Bidadari

Assalamualaikum kepada pembaca semua...

Saya sebenarnya mencari2 di mana saya boleh cari Madu Bidadari ni. Hasil googling saya menyatakan ni produk dari Indonesia. Musykil pulak mama sya kata ia produk FAMA. Confuse jugak la.

Mama saya minta carikan sebab dia kata bagus madu tu tapi susah nak dapat. Saya pun teringin juga nak mengamalkannya tapi tidak tahu kat mana saya boleh dapatkan. Gambarnya tak ada la pulak.

Kalau korang ada maklumat, minta share yer.

Terima kasih

Ate' logo

Accident di pagi hari

Assalamualaikum,

Hai, apa khabar semua...

Harap korang sihat dan happy selalu. Dua hari lepas (Isnin) saya dilanda ujian yang tak disangka-sangka iaitu kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku betul2 di pintu pagar ke pejabat saya. Masa tu kereta2 telah memberi laluan kepada saya untuk masuk ke simpang pejabat tetapi ada sebuah motosikal yang sama arah dengan kereta2 tersebut menghentam kereta saya.

Saya sangat terkejut masa tu melihat hamba Allah tu bergolek di atas bonet hadapan kereta. Masa tu saya cuma doa janganlah dia mati. Seriously, what was happened freaking me out. Saya segera keluar dari kereta berkaki ayam dan mahu memeriksa keadaan dia. Alhamdulillah dia ok cuma lututnya tercalar. Dalam gigil, saya periksa pula motosikal dia. Alhamdulillah xde yang rosak. Saya hulurkan RM50 untuk perubatan. Namun, dia masih mahu menghantar motosikal ke bengkel. Saya segera telefon suami untuk maklumkan kejadian tu.

Entah apa saya cakap suami pun x dpt dengar. Dengar saya menangis2 je. Huhu perasaan masa tu Allah je tahu. Masa tu saya tak tengok lagi keadaaan kereta saya. Lepas tengok lampu yang pecah, bumper yang pecah, bonet dan fender yang bengkok/kemek lagi kuat saya menangis. It was bad. Saya bertambah cemas. Oh no, oh no...

Nak dijadikan cerita, saya minta kebenaran timbalan pengurus untuk keluar uruskan hal kereta dan terus pergi ambil suami saya yang terpaksa berpatah balik (masa tu dia dah ada dalam train ke tempat kerja). Suami drop saya di rumah sekejap untuk dia pergi periksa motorsikal lelaki tu. Tak ada yang rosak tapi lelaki tu insist nak minta duit kerugian padahal dah terang2 tak ada apa yang perlu dibaiki. Suami saya pun budak main motor masa bujang. Pasal motor memang expert la. Tapi lelaki tu dah kowtim dengan bengkel terpaksa jugak la suami keluarkan RM150 seperti yang dia minta. Suami saya marah dia kenapa tak berhenti sedangkan kereta semua dah berhenti. Tapi dia nak betul jugak, masih menyalahkan saya. Err sakit hati je bila dgr balik.

Lepas tu kami pergi mencari alat ganti. Tak sanggup beli yang original dari pusat servis. Mahal gilosss

Kenapa tak report polis?? sebab saya tak nak panjangkan cerita. Bulan 12 ni nak bayar roadtax dan insuran. Tak nak la insuran jadi mahal balik gara-gara kemalangan ni. Tak pe la berabis duit sikit daripada byr insuran mahal. Duit saman pun nnt nak kena byr kalau report.

Beli aje bodypart Made In Taiwan asalkan kerosakan tu berganti. Lampu head lamp kami beli yang original kerana tiada pilihan lain dah. Hon pun dah tak berbunyi kemek kene hentam. Alhamdulillah ada abg ipar yang pandai baiki kereta. Kepada dialah kami bergantung harap.

Saya cuti satu hari sebelum masuk ofis arini, ramai yang bertanya. Cepatnya heboh. Saya sebenarnya kurang selesa namun saya mengharapkan simpati mereka bukan gurauan yang saya rasa kadang menyakitkan hati.

Mana-mana yang minta saya bersabar tu saya hargainya dan bersyukur ada yang prihatin. Mana-mana yang nak bergurau atas musibah yang menimpa saya ni, saya tak faham langsung orang macam tu.

Apa pun, bersabarlah duhai hati. Allah s.w.t bg dugaan kepada hambanya yang mampu. Kami suami isteri redha dengan dugaan ini. Saya pasti ada hikmaknya. Mungkin untuk mensucikan rezeki yang Dia telah beri selama ini. Mungkin juga untuk uji kesabaran dan keimanan kami. Mungkin juga untuk mendekatkan kami kepadaNya. Ada banyak sebab...saya masih tak mengandung setelah berkahwin 8 bulan ni pun pasti ada sebab... Sama-sama kita sabar ya kawan2.

Kerna dari kesabaran itu datangnya kekuatan. In shaa Allah

Ate' logo (jumpa lagi)

Thursday 15 November 2012

Bad bad doctor...bad bad staff...my bad luck day :(

Assalamualaikum,

Hi apa khabar....

lama dah saya tak menulis apa-apa di blog ni...Dua minggu dah kot hehe lama ke 2 minggu....

Actually saya baru shj berjumpa Dr perbidanan dan sakit puan di Hospital Bersalin Razif in Klang nearby Hosp Ampuan Rahimah. Saya sgt frust dengan layanan beliau termasuklah staff yang ada masa tu.

Saya ke sana sebenarnya untuk mendapatkan pemeriksaan tentang masalah period yang terlalu kerap, as i mentioned before in previous post, saya period 2 times a month which gape between two periods only 9 days. Sekarang pun saya tengah period. Dah hari ke-3. I tought bila jumpa Dr, dia akan check saya betul2 dan bagi penerangan, nasihat, panduan dan sebagainya but she only ask me few questions dengan nada marah (tak ada kesopanan dan kemesraan langsung. Saya pulak yang takut macam jumpa pengetua sekolah masa budak2 dulu) then scan my rahim and told me rahim saya kosong tak ada apa-apa. She told her assistant to give me ubat perancang then she LEFT!! Langsung tak tengok my file yang ada state case saya yg disyaki mengalami complete abortion aritu. In fact, buat penat je staff dia note down all tarikh period saya, dia langsung taknak baca dan cuba faham.

I was like...what??Hey, where are you going?? (dalam hati je la kan...) saya pun blur2.

Then I was waiting in front of counter, the staff were talking to each other slowly then I heard that diorg pun xtahu nak bagi I ubat apa. Ya, Allah masa tu saya rasa geram sangat. Saya tanya seorang staff kat situ kenapa Dr layan saya macam tu je tadi. Left me without saying anything. Dia bgtau saya Dr tu ada patient kat atas. I hope the Dr will come back to serve me but suddenly I was called to pay the bill. This time saya dah tak boleh sabar. Again saya tanya why the Dr layan saya begitu. I pay the bills but I got nothing that I REALLY need.

Staff: Semua Dr kat sini ada kes
Me: Then kenapa you bagi I Dr yang tak available? I dont deserve this kind of treatment. Saya bayar tau
the staff just keep silent
Me: Next time jangan bagi Dr yang ada patient lain. Lebih baik you bagitahu saya tak ada Dr yang available then give me an appoinment.

Duit melayang...sakit hati dapat...masalah tak selesai...Fed up la.

Ubat perancang tu saya taknak makan...seriously i wont. A doctor shouldn't easily give pil perancang to their patient without any advice and prescription. Benci doktor yg berlagak ni.

ok, jumpa lagi

Ate' logo

Wednesday 24 October 2012

Ape la yang tak kena dengan saya ni???

Assalamualaikum...

Huhu serabut memikirkan ape la yang tak kena dengan saya ni. Last month dua kali datang period dalam satu bulan. Gap 9 hari je. Bulan ni pun sama...susah hati la. Period awal bulan 5 hari. After 9 days saya period lagi until now which already 7 days...

Perlu jumpa doktor ke tak ye...or should i wait sampai bila this ting tong period ni will end???

Tuesday 16 October 2012

Mengandung juga akhirnya

Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua...harini saya dapat berita gembira daripada kakak angkat saya...Dia ni dah jadi kakak angkat saya masa saya sekolah lagi di Tingkatan 2 sehinggalah sekarang. Dah lama kan...Dia kahwin semasa saya belajar di universiti...masa saya baru2 masuk U.

Dia menunggu 6 tahun dan akhirnya harini ini dia mendapat berita paling gembira dalam hidup dia. Syukur Ya Allah, saya tumpang gembira dengan berita ni. Saya mintak dia jaga diri dan jaga kandungan dengan baik. Katanya penantian selama 6 tahun ini memang ada hikmahnya. Jadi, saya mengambil pandangan positif terhadap penantian dia selama ini. Jika dia mampu bersabar, berdoa, berusaha, menanti selama 6 tahun saya yang baru 7 bulan ini apalah sangat. Saya juga percaya pasti ada rezeki untuk kami suami isteri, InsyaAllah.

Ok, setakat ini sahaja.

ate' logo (jumpa lagi)

Monday 15 October 2012

Workout 5

Assalamualaikum,

Hi, how are you guys...

I wanna make this post short and precise. Below are the details of Workout 5# as I went to FF yesterday...

Jogging on treadmill
4.52 km
50 minutes
Speed: 5.6-5.9 km/hr
236 calories were burned

Walking on treadmill
1.59 km
25 minutes
Speed: 4.5-4.8 km/hr
79 calories were burned

Step Machine
15 minutes
74 calories were burned

Cycling
6.4 km
Speed:80-90
15 minutes
68 calories were burned

Dancing ZUMBA!! hehe
45 minutes
Colories burned: can't be estimated...

Dumble weight lifting
1kg each right and left hand
Now, I feel the pain on my arm...muscle is developing (I guess)

My husband was sleeping outside while waiting for me doing workout...feel pity to look at him...Yes, my mistake I dont text him when I want him to come back to pick up me...He came early and needs to wait for me...KESIAN...dapat sebijik KISS when I was slowly aproaching him while he was sleeping kat bangku depan pintu FF tu hahaha...Tak jadi nak merajuk dengan saya. Hebatkan perempuan :)

Ok, setakat itu sahaja.

Wait, is there anyone wondering my current body weight? It's 81.5 kg...

ate' logo (jumpa lagi/see you again)

Friday 12 October 2012

Fitness First vs Fitness Celebrity

Assalamualaikum,

How are you....Today's afternoon I got bowling tournament at The Mines, Serdang. Bukan pandai main pun tapi untuk suka-suka dan lebarkan connection. Lagipun boring jugak duduk di office kan. My group's name was Teratai. Kesemua peserta sebanyak 60 orang. My team not in top 3 pun hehee. Baling masuk longkah kami 'pro' la. First frame I scored 74 points then 2nd game I scored 98 points. Tak boleh nak berpuas hati dengan markah tu. Satu perkara yang saya perasan apabila badan dah terlalu gemuk ni bersukan pun sakit-sakit badan. Contohnya, masa saya main bowling tadi saya sakit lutut. Lutut saya berbunyi-bunyi bila saya cuba tegakkan kaki. Hadoi memang sangat sakit especially masa baling bola. Sebijik da macam makcik umo 50 tahun saya ni.

Lepas tournament, saya teman kawan sekerja ke Fitness Celebrity (FC). Dalam The Mines tu je. Mula-mula nak tanya-tanya je tapi biasalah staff di FC bermulut manis berjaya la mempengaruhi kawan saya ni. Actually dia memang nak join sebelum ni tapi tak ada kesempatan nak pergi usha2 FC ni. Since we have event outside dan kebetulan di Mines, so terus je la pegi tanya-tanya. Lepas melawat dan dapatkan penerangan my friend ni setuju untuk join. She makes payment about RM428 (registration fee, admin fee, 2 months fee) and sign up an agreement.

Ok apa beza FF dengan FC? Apa lebihnya FC berbanding FF? As a customer of FF saya nampak FC ni ada beberapa lebihan yang menarik berbanding FF. Antaranya seperti berikut:

1. Monthly fees di FC lebih murah berbanding di FF. DI FC about RM 152/month. Di FF RM190++/month. Tapi nak dapat harga RM152 tu ada syarat. Mestilah ada kawan/kenalan kita yang pernah join/sedang join FC di The Mines tu. Kalau tak ada, saya ada satu tips macam mana nak tolong korang. Masa melawat ke locker/ladies room, korang berkenal-kenalan lah dengan mana peserta perempuan kat situ. Borak-borak sikit...tanya-tanya sikit...then jangan lupa tanya nama dan no tel dia...ha maklumat tu berguna mana korang bincang harga dengan manager FC ni tau...diorang akan check betul ke nama yang kita bagi tu customer diorang. If yes, you are eligible to get special price :)

2. Equipments for excercises sangat banyak...To me, if compared to FF, equipments di FC lebih best...treadmill dia pun ada individu punya tv. Exclusive kan. Then, memang canggih2 dan sangat pelbagai..Setahun kontrak belum tentu semua sempat guna hehe. Facilities like sauna, towels, locker, member card, rest corner, warm up corner, trainer corner, aerobic classes, sprinter class and locker for very valuable locker pun ada...lengkap. Cuma kurangnya tak ada tempat minum. Kalau FC tambah/provide drinks memang fantastic la.

3. Kalau dah jadi member, kita boleh ajak 12 orang kawan/kenalan kita datang 7 days berturut for free. One friend at a time la. Macam rombongan lak bawak 12 orang terus hehe. Di FF dapat bawak 2 orang je tu pun sekali seorang...Sadis kan. Kenapa la FF tak buat macam kat FC..mood JEALOUS!!

4. Macam di FF ada pakej BODYFIRST. Pakej ni kene bayar RM149. 3 sessions with a trainer. One session is for one hour. Dalam masa sebulan minimun kene datang 8 kali. Untuk dapatkan balik RM149 tu saya kene datang at least 8 kali sebulan selama dua bulan. Huhu korang faham ke apa aku mengarut ni hehe. Maknanya bulan pertama kene dtang 8 kali sekurang2nya. Begitu jugak bulan ke dua. Then only I will get back RM149 tu...Sengal kan FF ni. What to do? dah join pun kan... Kat FC tak ada syarat2 macam ni pun!!! It's FREE!! It's FREE ....again, I am JEALOUS

Interesting kan FC...Dan satu lagi perkara yang saya kesal adalah rupa-rupanya di Carefour Bukit Rimau ada FC...uwaaa saya baru tahu...Lebih dekat dengan rumah rasanya.Tak apa lah, dua-dua pun tempat untuk kita workout kan cuma masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting diri kita sendiri...

Yok, apa lagi daftar dengan FF atau FC untuk capai impian tubuh badan dan tahap kesihatan idaman.


Ok, itu saja setakat ni.

ate' logo (jumpa lagi)

Workout 4 : ZUMBA DANCE!!

Assalamualaikum,

Hai Good morning...Today, I feel excited to write a post. As per title, I would like to share what was I done during Workout 4 (last night).

As usual, I went to FF after pick up my husband at komuter. Once arrived I went to surau to pray Magrib first then straight away to the FF. I met Nazrul, the leader of trainer and asking for personal trainer (AYU) that he promised to deal with me for BODYFIRST package. And again I got the same answer. Sucks!! Nevermind, I will wait for her call today. Hopefully she calls and I can complete the package as soon as possible. I already pay for it, pushing them is a must.

Ok, back to workout issue, firstly I was walking on treadmill to warm up, then I started jogging with average speed of 5.4km/h and the highest speed of 5.7km/h. Very slow?? May yes for you but not a person like me... I have very short legs therefore 5.6-5.7km/h just nice for to jog and stay consistent for longer of time.  I was jogging for 40 minutes, about 3.56 km and burned colories were 159...Yeaayyyy, I feel satisfied. Rasa macam tak percaya. Next time, saya berazam untuk improve lagi. Maybe, 4 -5 km..boleh, InsyaAllah. (yakah boleh??)

Next, I workout using step machine for 10 minutes, up to 20.6 level and colories burned were 49. I love this machine, I just dont know why. Maybe this machine causes me forcing myself step the staires. If I was asked to step the real stairs up to level 20, I will definitely refuse to do so hahaha. Gila ka, mau patah lutut hihihi. Rumah teman kat tingkat 8 pun tak sanggup nak naik tangga. Picit butang lift je kejenye. Oh, may be one day or tunggu lift rosak hehehe.

Ok, done 1 hour doing cardio excercises. Total calories burned were 159+49 = 208 ...still low, however I will improve myself from time to time and I'll make it consistent.

ZUMBA!!! yes I enjoy the zumba dancing very much. The isntractor was Cliff. He's a very sporting Chinese guy who loves dancing very much. A lot of songs we played and a thousand of steps to be followed. We had so much fun during the class and laughing a lot some time. Even I was new in the class, I manage to follow the steps because it were not so hard as sompared to step dance. However, I still need a lot of practices. I was dancing zumba dance for 45 minutes then I took a shower before get home.

My hubby was waiting outside FF, I'm happy to see him and can't wait to hug him tightly. He droves us back home. I am so greatful that he always supporting and encouraging me. I hope and I pray that what I am doing now giving us oppotunities to have a baby.

Ok, thats all. Stay healhty, stay happy dear readers :)

ate' logo (see you again/ jumpa lagi)

Psstt..I  have bowling tournament this afternoon. Pray for me ya!!

 Treadmill
 
 
  
Step machine (Stepper)

Wednesday 10 October 2012

Workout 3

Assalamualaikum,

Arini simple je nak cerita tentang  Workout 3...Lepas magrib saya gerak dari rumah. Husband tak dapat nak hantar sebab dah kene block dengan jiran hehe, jiran depan umah ajak dia menyembang. Nasib saya la kan...dalam 8.15 malam saya sampai.

Saya request kat diorg Personal Trainer for BODYFIRST pakej. Dah 3 kali saya datang tapi diorang tak start lagi train saya. Huhu bengang jugak la kan. Geram punya pasal saya mintak tukar trainer. Sebelum ni diorang bagi saya an Indian female. Atas sebab kesukaran nak berkomunikasi dengan dia (BM pelat sangat), saya request orang lain. Tak tahu la bila nak start, geram jugak saya dengan staff FF yang lembab wat tindakan tu.

Ok, after urusan dengan diorang saya terus start workout...

Jogging+walking on treadmill
Duration: 30 minit
Speed: 4.9-5.6 km/hr
Kalori yang terbakar: 78

Step Machine
Duration: 20 minit
Level: 1
Kalori yang terbakar: 99

Cycling
Duration: 12 minit
Level: 3
Kalori yang terbakar: 80

Pagi timbang berat da 82kg...turun 3 kg je dalam 2 minggu. Oklah tu kan. Drastik turun pun x bagus juga...I will make it consistent.

Ok, setakat itu saja,

ate' logo (jumpa lagi)


Tuesday 9 October 2012

Body weight update 1

Assalamualaikum,
 
Hai, having your lunch already? I just finish mine.. Sejak control makan ni perut saya dah mula biasa dengan pengambilan nasi yang sedikit. Bila ingat-ingat balik kuat makan nasi jugak saya ni. Rupanya kita manusia ni boleh control apa kita nak makan, banyak mana kita nak makan, bila masa kita nak makan..x susah pun kalau tak cuba memang xtahu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
 
Lagi satu, saya nak share ngan korang tentang Apps Android ---> Noom. Saya tak sure Iphone ada ke tak tapi this application memang boleh membantu usaha orang nak diet macam saya ni. Ada smartphone or tab boleh la install yer. Mula-mula masukkan serba sedikit maklumat tentang diri kita (dah install nanti korang tahu la nak wat kan). Yang bagusnya kita boleh update berat badan kita setiap hari kat dalam tu. Dia boleh set berapa lama kita nak achieve target body weight kita bersama dengan grafnya sekali.
 
Everyday, Noom akan bagi penerangan tentang pemakanan/exercise yang kita seharusnya buat. Selain itu, Noom akan measure berapa langkah kita jalan setiap hari, dan kita log in makanan yang kita makan dalam Noom. Noom akan measure berapa kalori yang kita dah ambil untuk setiap makanan tu. Walaupun, nasi lemak memang tak ada dalam senarai but at least  kita boleh discard terus nasi lemak tu dalam kamus hidup berdiet kita...So, pilihlah makanan yang Noom label warna hijau dan kuning...Yang warna merah nak ambil sikit je tau....
 
I found it really helping la. Especially bila pergi workout, saya masukkan schedule workout dalam Noom. Noom will remind me to do the workout. Moreover, ia akan ukur berapa lama kita buat aktiviti workout kita dan berapa kalori yang dah terbakar. Siap ada lagu lagi. Memang layan hehe. Pastikan smartphone ada bateri la.
 
Kepada yang dah guna Noom teruskan..atau kalau ada apps sebegini yang lebih bagus boleh share dengan saya. Boleh la saya install juga heee :)
 
Ok, let see my body weight progress after 2 times workout at FF (Dah 5 hari tak pergi sebab saya period. Will continue tonight, insyaAllah)
 
24/9 --- 85 kg
25/9 --- 85.4 kg
29/9 --- 84.4 kg
4/10 --- 83 kg
7/10 --- 82.7 kg
8/10 --- 82 kg
9/10 --- 83 kg
 
Ada satu petua saya nak share..ni pun tutor saya masa di universiti bgtau. Sekarang die sambung study di US. Haritu dia nampak saya post tentang nak diet di facebook saya then, dia bagi petua ni.
 
1 sudu apple cider vinegar
1 sudu madu
1 cup of plain water
 
Bancuh dan minum 30 minit sebelum kita nak makan...
I haven't try it yet sbb tak ada apple cider vinegar di rumah. Belum beli lagi. Rasa dia macam jeruk sikit. Kalau suka jeruk memang ok la. Work best with excercises....
 
Ok, itu sahaja setakat ni.
 
ate' logo (jumpa lagi)
 

Monday 8 October 2012

Workout 2

Assalamualaikum,

Banyak post yang saya buat hari ni. Bukan apa, saya takut lupa kalau tunggu esok2 baru nak tulis. Ok, post ni nak ceritakan 2nd day ke FF (3/10/2012). Hey, it was my 25th birthday...Siang hari hubby bawak jalan di Sogo and saya dapat hadiah fresh dari sana...a handbag...cantik thank you abinya.

Petang ke Jusco B.Tinggi, saya nak cari seluar utk ke fitness. Cerita sedih berlaku kat sini. Orang gemuk mcm saya memang susah la nak cari oufit terutama seluar. Bontot besar, lebar, tonggek semua ada. Ada satu seluar ni jenama Forest saya tgk ia strechable. Minta saiz ada saiz L sahaja. Since dia jenis strechable saya pun nak cuba la. Tp sales promoter makcik India tu tak bagi!! Dia kata takut pinggang seluar tu kembang lepas saya cuba. Saya pelik. So what?? Saya cuba display je pun. Kembang pun nasib la. Sy bukannya tak pernah jadi sales promoter macam dia lepas abis belajar dulu. Dia tak boleh cakap mcm tu kpd pelanggan. Jatuhnya HARAM sama sekali. Tak boleh menjatuhkan maruah, memalukan pelanggan. Customer always right maa...Lagipun, bukannya ada 10 org selepas saya yang badannya juga seperti saya nak cuba seluar tu. Kalau macam tu harus la kembang mokcik...Disebabkan saya hangin dgn perangai dia, saya terus blah. Muka panas rasa malu sangat. Hubby masa tu macam xtahu pape sbb dia leka dengan tab dia. Saya jalan laju ke kerata dan menangis. Rasa terhina sangat. Saya marah-marah hubby sbb buat xtahu. Kesian dia jadi mangsa keadaan...Hari jadi saya juga jadi hari yang menyedihkan buat diri saya dan suami saya. I'm sorry Abinya.

At night, i went to FF. Firstly naik step machine for 15 munites. Lepas tu naik treadmill 20 munites. Then, masuk aerobic class. Tak igt belajar apa tapi I was enjoying the class very much. Kene melompat, berlari pusing kelas, berlari laju setempat but yang suffer nya kene buat pumping!!! Sakit oii...tapi best :)

All calories, kms, speeds semua saya tak record because not in the mood. Still mad with my husband masa tu. Settle semua saya pegi mandi dan balik. Nampak dia dah tertidur depan tv. Hati rasa sayu dan bersalah.

Saya bari close next to him and hug him tightly. I am thankful to Allah because i have a husband and it is him.

Ok, check out for Workout 3 ya...esoknya slpas besday saya, period dtg menjengah. Hubby terus faham kenapa saya mengamuk2 semalam. Memang pelik tanda nak period saya ni. Saya sendiri pun pelik heee...diri sendiri pun tak boleh nak kesan

Ok, setakat ini saja..nak pg lunch...nak makan sayur & buah banyak2

ate' logo (jumpa lagi)

Bermulanya kisah TTC Ummi

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2...(walaupun masa ni masih tak ada kawan hehehe)

Saya tak cerita lagikan bagaimana bermula nya kisah saya...here we go (baca dengan sabar ya)

Kami berkahwin pada 16th March 2012. It was Friday. The next day hari persandingan kami. Saya datang period pula. Before marriage, future husband ada cakap nak anak awal..kalau lepas kahwin terus mengandung lagi bagus. Apabila dah tahu niat bakal suami nak anak cepat sebelum berkahwin saya berdoa supaya segera dapat anak. Apabila dah kahwin we were actively 'berusaha' secara natural. Setiap waktu memanjatkan doa ingin anak segera. Setiap kali bersama pasti mengharap supaya ada perenang yang berjaya. Lama-kelamaan saya merasakan tekanannya. Saya tak pasti sama ada saya bersama dengannya kerana rasa tanggungjawab atau mahukan anak semata-mata.

Setiap bulan saya akan beli UPT. Lewat sehari je saya dah test. Keputusannya hampa. 1 line x pernah 2. Dan setiap kali itu la saya akan menangis. Saya murung. Macam-macam di fikiran saya. Saya rasa tak normal. Saya rasa diri saya bermasalah. Lebih teruk apabila kawan sekerja yang kahwin 1 minggu awal daripada saya dah mengandung. Selepas 3 bulan kahwin dia dah mengandung dan merahsiakannya daripada saya apabila usia kandungan dah pun 3 bulan :( Saya jadi give up. Kesian hubby kena menghadapi saya yang sangat beremosi.

Saya rasa down sangat. Menangis bila balik ke rumah. Saat tu saya nampak suami saya tidak lagi mengharap sebaliknya sentiasa memberi sokongan pada saya. Dia betul-betul positive. Di bulan puasa kami masih berusaha namun memilih hari-hari subur sahaja diselangkan setiap 2-3 hari. Bulan puasa saya bangun malam dan berdoa. Menitis air mata meminta-minta. Ikhlas. Memang pada saat itu saya mengharap rezeki yang satu ini dari Allah s.w.t tapi dengan hati yang ikhlas apa juga ketentuan Ilahi.

Entah macam mana saya rasa ada sesuatu dalam perut saya. Saya seperti yakin ada benih yg telah bersatu dalam rahim ni. Saya kerap usapnya. Kadang-kadang saya menyanyikan lagu, membahasakan diri ummi dengannya. Suatu hari hubby mengadu loya-loya. Rasa nak muntah. Kerap juga beberapa hari. Saya pula rasa sakit2 pinggang. Masa tu dah hampir 40 hari saya tak datang period. Tapi nak sedapkan hati yang dah banyak kali kecewa dengan UPT test, saya anggap biasa-biasa saja. Genap 40 hari saya masih belum period saya ke rumah abang ipar. Dia baru masuk rumah baru dan buat kenduri serta jamuan rumah terbuka. Saya ada makan nenas masa kendurinya. Masa tu saya langsung tak ingat untuk berjaga-jaga. Saya menyedapkan hati bahawa period lambat kali ni bukanlah sebab saya mengandung. Mungkin kerana badan saya susut sedikit.

Namun rupanya anggapan saya salah. Esoknya saya turun darah. Sangat banyak hingga saya tidak boleh bergerak banyak. Habis bocor di baju kurung dan seat kereta. Hari ke 4 masih banyak tak seperti selalu hari 4 period saya dah mula kering. Malam hari ke-4 saya rasa seperti ada sesuatu yg besar nak keluar dari bawah miss V. Masa tu saya di Giant bersama hubby. Balik ke rumah saya terus ke toilet dan bertenggong. Ya, Allah pertama kali saya tengok gumpalan darah beku seperti perut ikan berselaput putih keluar dari miss V. Saya takut saya panggil hubby utk tengok. Saya tanya dia apa benda tu...Saya pegang, saya tengok, dan akhirnya saya keliru tak tahu nak buat apa. Saya tak simpan tapi terus cuci air bawa ia pergi namun hati ni rasa sayu sangat. Benih akukah tu atau bukan??

Esoknya saya ke Klinik Dr Nora. Saya ceritakan segalanya kepada dia. Dia kata saya kemungkinan keguguran. Saya tanya kenapa saya langsung tak rasa sakit. Katanya keguguran saya jenis complete abortion. Saya keluar darah banyak dulu kemudian baru keluar darah ketulnya. Masa tu saya tak pasti dengan perasaan saya. Masih tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Sedih!! Ya, Allah saya sangat sedih dan marah dengan diri sendiri. Dr beri saya ubat tahan sakit. Keluar shj dari klinik laju air mata menitis. Rasa kesal yang amat sangat. Saya call mama. Saya ceritakan pada dia. Menangis lagi saya...teringat pesan Dr Nora.

"Awak selepas ni berhenti cuba untuk mengandung selama 3 bulan. Bagi masa untuk kuatkan rahim awak. Lagi satu, kuruskan badan awak. Apabila badan gemuk, paras hormon rendah tak cukup untuk kukuhkan telur yang nak menempel di dinding rahim. Badan awak ni plumpy. Kuruskan badan yer. Untuk awak jugak"

Satu tamparan hebat dengan kata-kata Dr Nora. Well she was right. I admit that. Saya pun baca banyak artikel tentang TTC, berat badan ideal sangat penting utk seseorg perempuan itu mengandung. Sedih tapi itulah hakikat yang harus saya terima. Saya call hubby dan ceritakan padanya. Tak banyak yang dia boleh kata cuma mendengar kesedihan saya, menenangkan saya.

Setelah kejadian tu, saya dah sedar sesuatu...segalanya adalah kuasa Allah. Ada sebab Allah tak makbulkan doa saya. Mungkin kerana saya tergesa-gesa dalam berdoa. Mungkin kerana saya tidak meletakkan segalanya pada kuasa Allah s.w.t. Mungkin kerana saya tak betul2 sedia/layak mempunyai anak. Dan saya yakin jika saya tidak keguguran, pasti dgn keadaan diri saya yg obes ni boleh memudaratkan kandungan.

Maka bermulalah fasa baru dalam hidup saya iaitu menguruskan badan. Demi saya, demi suami, demi kandungan (Dengan izin Allah suatu hari nanti)

Doakan saya berjaya ya kawan2. Ikuti perkembangan sesi menguruskan badan saya okey!

Ok, setakat ini saja

ate' logo (jumpa lagi)

Workout 1: Umpama badak naik treadmill

Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua...Saya spend a lot of time untuk design this simple blog. Tak bersemangat nak update kalau blog ni tak cantik di mata saya. Ok, today i would like to share my first workout with FF (1/10/12 yang lalu). Perasaan saya gementar masa tu. Al  maklumlah x pernah ke gym atau mana-mana tempat bersenam indoor mcm FF tu. Satu alat pun saya xtahu guna. Malah nama alat pun saya sengal-sengal ubi tak tahu nama kecuali treadmill hehe.

Ok on my first day, i asked a female trainer to give me an introduction about all equipments for cardio excercises. Tanpa warm up saya dengan bersemangatnya start workout using treadmill. Lepas 15 minit saya stop. Saya rasa sangat pening dan badan terhuyung-hayang. Semua benda di sekeliling saya nampak berpusing-pusing. Kaki pulak rasa tak jejak lantai.Alamak masa tu ingat nak tumbang je. Saya pegang handle treadmill tu kuat-kuat and slowly turun. I went to drinks corner and take a glass of warm skyjuice. Saya rehat 5 minit sebelum sambung lagi.

Speed:4.5-5 km/hr
Duration: 15 mins je
Kilometer: 1 km ++
Kalori yang terbakar: 100++

Selepas tu saya guna Step machine (sama macam kita naik tangga). Alat ni akan calculate berapa tingkat bangunan kita naik. Saya tak kisah sangat tentang tu sbb saya lebih concern tentang tempoh saya workout. Saya set machine untuk 15 minit workout. Waahhh memang best...saya suka alat ni. Banyak peluh saya keluar, even kaki pun tak rasa sakit macam guna treadmill. Saya rasa alat ni lebih sesuai dengan saya.

Difficulty level: 3.3 je (paling rendah hikhik)
Tingkat berapa: saya tak notice
Masa: 15 minit je
Kalori yang terbakar: saya lupa nak tengok

Next, saya masuk aerobic class. Ada step dance. Huhu difficult dance ever. Tak ada satu step pun yang saya boleh ikut. Disebabkan saya, coach ulang kali mengajar step dari mula. Orang lain dah terror nampak senang je diorang buat. About 15 minutes i tried to catch up but end up with failure. Tension punya pasal, i just leave the class and terus ke locker. Pakai towel dan masuk bilik sauna. 15 minit kat dalam tu. Hidung rasa nak terbakar. Panas betul. Then only, i took a shower before balik rumah. Senang balik terus boleh rehat. Hubby cium pun bau tak busuk..hehehe

Equipment lain yang saya nak cuba guna adalah basikal tapi masih x berkesempatan. Ramai sangat orang. Awal-awal diorang dah cop basikal tu. Saya sampai pun da lambat..mmg tak sempat nak cop awal-awal.

Saya boleh pergi workout only after habis kerja selepas hubby balik kerja. Saya ambil dia di komuter. Dia kerja di KL. Jauh... Dari komuter hubby antar ke FF. Lebih kurang 8.30 malam jugak baru saya boleh mula workout. Lambat kan...

Mama saya pesan supaya pergi workout hari-hari tapi 1 jam sahaja setiap kali pergi. I asked her why? Mama cakap "sebab awak tu isteri. Awak ada tanggungjawab di rumah"
Saya faham maksud dia tapi lepas kejadian tu, dan atas nasihat Dr, kami memang jarang TTC naturally walaupun saya tahu ianya adalah salah satu tanggungjawab saya. Saya cuma nak bagi ruang pada diri sendiri. Seriously, saya tak nak beriya-iya berusaha dah.

Satu lagi kebaikan yang rasa dpt selepas join FF ni, tidur saya lena dan cukup. I feel fresh and happier when woke up in the morning :)

Status berat: 84.4 kg (29/9/2012)...Masa 1st day workout tak timbang berat. Tak sempat.

Ok, setakat ini saja

ate' logo (jumpa lagi)



Sunday 7 October 2012

Register at Fitness First

Assalamualaikum,

Saya nak cerita tentang usaha saya kurangkan berat badan....Since Dr advise untuk turunkan berat badan dan minta saya stop TTC, saya bincang dengan suami macam mana cara saya nak kurus...Hubby teringat pada kawan sekerja saya yang pergi Fitness First.

Dia pernah ajak saya ikut sama sebelum saya kawin dulu...masa tu saya dan dia serumah. Saya refuse sbb nak kumpul duit untuk kawin. Lagipun masa tu mmg tak ada keinginan langsung untuk kurus sbb saya dah selesa sangat dengan badan besar. Dari kecik mmg saya tak pernah kurus...Semasa di universiti dan praktikal adalah cuba tp buruk akibatnya yang saya dapat sob sob...

Memanglah turun berat badan tapi daripada tak ada gastrik terus saya dapat gastrik. Sakitnya bukan kepalang. Kene cucuk kat bontot baru hilang. Daripada situ, saya xnak usaha tahan makan dah, xnak kurus dah.

In fact, tiap kali tanya si dia, dia suka aja badan saya macam mana pun. Dia makin suka saya besar adalah. Saya pun ambil kesempatan sbb si dia tak kesah. Tak tahu pulak buruk akibatnya dapat selepas kahwin :(

Semasa di matrik berat saya 66 dengan ketinggian 149cm. Bayangkan je la gemoknya macam mana. Masa tu i manage turunkan berat badan kepada 56 sbb rajin pegi main badminton tiap petang dan pergi joging hari weekend. Masuk universiti badan saya slowly naik balik jadi >70kg. One day i decided to stop taking white rice. Saya hanya makan ikan dan sayur+buah-buahan. Dari situ lah saya dapat gastrik. I was suffering for many days. Setiap malam saya semput tak boleh bernafas. Apa shj yang saya cuba makan akan terluah balik. Betul-betul lembik badan saya. I went to clinic, and Dr gave an injection at my arm. Unfortunately, masih tak baik lagi. Few days later, dah tak tahan sangat saya terus pergi wad kecemasan and told them about my gastric. Seorg MA cucuk saya lagi but this time kat bontot. Cucuk kali ke-2 ni barulah berkesan. Kat bontot la katakan...Alhamdulillah saya sihat selepas tu.

Semester akhir waktu praktikal saya ambil Jusmate 5 dan pergi joging 5km every evening at Tasik Jitra. Berat saya turun <70kg. Banyak jugak turun tapi saya hadapi masalah sama iaitu penyakit gastrik kembali menyerang. Dengki sangat dia saya nak kurus. Itulah kali terakhir usaha saya menguruskan badan which two years ago.

FYI, sebelum berkahwin berat saya 73-74kg but after 7 months of marriage (recently) i was 85kg :(
Mendadak sangat naik. Saya gembira sangat agaknya. Tambahan pula dapat enzim, hormon gembiara saya pun jadi lain macam tindakbalasnya. After what was happened to us, i decided to join FF. I told him and he's agree, and willing to lend his credit card for me to register with FF.

Kos untuk kuruskan badan dengan FF:
Register: RM264
Pakej BODYFIRST (ada personal trainer utk 3 jam yang pertama): RM149 (akan dipulangkan semula jika attendance sama atau lebih 16x utk 2 bulan yang pertama)
Monthly fee: RM190++ (gov tax)
Contract: 1 year

Ok itu saje setakat ni

ate' logo

"It's time"

Assalamualaikum, hi...ini dia TTC STORY UMMI...Saya buat blog untuk jadikan diari saya melalui hidup ni sebagai seorg isteri yang inginkan anak...seorang anak sulung dalam keluarga...sebagai seorg perempuan yang nak menambahbaik hidup sedia ada.

I wanted to share my activities, efforts, feelings, opinions and many things (if possible). Hopefully i can get as many as possible friends who are facing similar problem here, so that we can share the feelings and support each other, thus stand stronger.

Before this, I am only a silent reader for many TTCian blogs, but today I think it's time to join you all because we are in the same shoes. Mengenali anda semua pasti dapat memberi kekuatan dlm hidup ni.

Semoga usaha kita berhasil, Semoga Allah s.w.t makbulkan doa kita..yang pasti Allah akan makbulkan, cuma cepat atau lambat...Sesungguhnya apa yg kite usahakan itulah yang Allah berikan pada kita kawan2. InsyaAllah ada rezeki kita

Salam Perkenalan

ate' logo (jumpa lagi)