Tuesday, 9 October 2012

Body weight update 1

Assalamualaikum,
 
Hai, having your lunch already? I just finish mine.. Sejak control makan ni perut saya dah mula biasa dengan pengambilan nasi yang sedikit. Bila ingat-ingat balik kuat makan nasi jugak saya ni. Rupanya kita manusia ni boleh control apa kita nak makan, banyak mana kita nak makan, bila masa kita nak makan..x susah pun kalau tak cuba memang xtahu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
 
Lagi satu, saya nak share ngan korang tentang Apps Android ---> Noom. Saya tak sure Iphone ada ke tak tapi this application memang boleh membantu usaha orang nak diet macam saya ni. Ada smartphone or tab boleh la install yer. Mula-mula masukkan serba sedikit maklumat tentang diri kita (dah install nanti korang tahu la nak wat kan). Yang bagusnya kita boleh update berat badan kita setiap hari kat dalam tu. Dia boleh set berapa lama kita nak achieve target body weight kita bersama dengan grafnya sekali.
 
Everyday, Noom akan bagi penerangan tentang pemakanan/exercise yang kita seharusnya buat. Selain itu, Noom akan measure berapa langkah kita jalan setiap hari, dan kita log in makanan yang kita makan dalam Noom. Noom akan measure berapa kalori yang kita dah ambil untuk setiap makanan tu. Walaupun, nasi lemak memang tak ada dalam senarai but at least  kita boleh discard terus nasi lemak tu dalam kamus hidup berdiet kita...So, pilihlah makanan yang Noom label warna hijau dan kuning...Yang warna merah nak ambil sikit je tau....
 
I found it really helping la. Especially bila pergi workout, saya masukkan schedule workout dalam Noom. Noom will remind me to do the workout. Moreover, ia akan ukur berapa lama kita buat aktiviti workout kita dan berapa kalori yang dah terbakar. Siap ada lagu lagi. Memang layan hehe. Pastikan smartphone ada bateri la.
 
Kepada yang dah guna Noom teruskan..atau kalau ada apps sebegini yang lebih bagus boleh share dengan saya. Boleh la saya install juga heee :)
 
Ok, let see my body weight progress after 2 times workout at FF (Dah 5 hari tak pergi sebab saya period. Will continue tonight, insyaAllah)
 
24/9 --- 85 kg
25/9 --- 85.4 kg
29/9 --- 84.4 kg
4/10 --- 83 kg
7/10 --- 82.7 kg
8/10 --- 82 kg
9/10 --- 83 kg
 
Ada satu petua saya nak share..ni pun tutor saya masa di universiti bgtau. Sekarang die sambung study di US. Haritu dia nampak saya post tentang nak diet di facebook saya then, dia bagi petua ni.
 
1 sudu apple cider vinegar
1 sudu madu
1 cup of plain water
 
Bancuh dan minum 30 minit sebelum kita nak makan...
I haven't try it yet sbb tak ada apple cider vinegar di rumah. Belum beli lagi. Rasa dia macam jeruk sikit. Kalau suka jeruk memang ok la. Work best with excercises....
 
Ok, itu sahaja setakat ni.
 
ate' logo (jumpa lagi)
 

No comments:

Post a Comment