Monday 8 December 2014

I am aiming for 50 kg

Assalamualaikum,
Hi alls...

Harap sihat-sihat belaka.
Actually, I am interested with Yani's entry about 
4 Tip Berguna Untuk Mula Bersenam!

I rasa ramai di antara TTCians yang cuba menurunkan berat badan especially yang didiagnos mempunyai PCOS dan berat badan berlebihan.

Bila jumpa Dr je, selalu dapat pesanan ringkas turunkan berat badan kan...Kita yang dah selesa dengan berat badan berlebihan ni rasa 'berat' aka malass sangat nak bersenam. 

Sebenarnya, nak kurangkan berat badan bukan sepenuhnya bergantung kepada senaman semata-mata tapi penjagaan makanan tu yang penting. I ni jenis yang suka makan nasi, manisan like coklat, kek, sweet pastries, dan yang manis-manis la. Since I budak lagi kot. That is one of the reasons I ni susah nak susut. Terlebih gula dan lemak.

Recently, I ajak hubby buat Diet Atkins. The reason is I tak nak jadi gemuk lagi. I am sick of that. Cukuplah hidup selama 27 tahun sebagai seseorang yang gemuk. I was told by people surrounding me that I am fat since I was a kid. Imagine macam mana brain I di set yang badan I ni gemuk even masa berat badan susut banyak masa sekolah menengah which is other people yang notice (diri sendiri tak tahu pun badan susut and keep believing badan stay gemuk) diorang yang selalu mengutuk ni bisik-bisik je and prefer not to mention to me badan I dah okay just perlu maintain.

Masa I masuk matrikulasi berat badan I 66kg (tinggi 150cm, BMI 29.3 which is overweight). I masih ingat ada seorang budak lelaki yang sama group dengan I masa orientasi tegur bagitahu I ni gemuk. Perli-perli saiz badan I. At that moment, I tak rasa malu pun. Tahu kenapa? Sebab I tak kisah. I dah terbiasa orang cakap I gemuk walaupun I pernah kurus masa sekolah menengah. Ditakdirkan mamat tu pun masuk U yang sama dengan I dan sekarang dah kahwin dengan budak perempuan yang sangat kurus@skinny sama matrik dan U dengan kitaorang. Tapi kuasa Allah tu besar, dia pulak yang sekarang ni bersaiz besar. Tu lah tak baik kata orang kan...k, back to the point...

Tahu tak macam mana I tahu I kurus masa sekolah menengah? Tak ada siapa pun orang sekeliling I bagitahu yang I dah kurus sampai la Makcik I yang duduk KL balik kampung beraya tegur I bagitahu yang I dah kurus. I pula tak percaya and keep denying sebab I percaya dia cakap macam tu sebab dia dah lama tak nampak I, balik pun setahun sekali. Kalau betul dah kurus, mesti orang-orang yang asyik kata I gemuk dah bgtahu I awal-awal yang I dah susut dan kurus...but, it wasn't happen. That is why masa tu I masih percaya yang I masih gemuk dan tak mungkin boleh kurus walau pun banyak bersukan.

Masa di matrik, berat badan I turun ke 56kg (BMI-24.9 which is in NORMAL category). I hanya tahu berat I bila dah habis belajar kt matrik. I tak pernah concern pun pasal berat badan sepanjang belajar. Masa tu rasa semua tu tak penting. Antara faktor yang boleh buat I susut is kedudukan bilik I di tingkat 5. Hari-hari turun naik tangga. Lepas tu I rajin jemaah maghrib di masjid, jadi banyak berjalan kaki. Matrik Perak berbukit sikit kan so memang banyak berjalan, panjat tangga dan sebagainya. I rajin panjat bangunan lecturers pergi tanya soalan kat diorang. Selain tu, during weekend I pergi jogging sekitar kawasan kampus. Petang-petang kawan ajak main badminton I join. Masa tu I makan macam biasa je. Kalau nak ikutkan selera I sentiasa ada dan I tak kurangkan pengambilan nasi pun. 

Bila throwback, actually I am the one who is wrong all this while. I sendiri yang tak nak ambil tahu about my body weight, about how it can affects my health. Walau pun berdozen-dozen majalah, buku, artikel berkenaan kegemukan dan kesihatan pernah dibaca. Realitinya, I dah pernah cecah pun berat yang ideal tapi disebabkan sikap tak kisah dan tak ambil tahu I biarkan pembiakan lelemak dalam badan sampailah di universiti I overweight dan bila dah nak kahwin I mula obese peringkat satu dan la ni obese peringkat 3 dah. See, how bad is that!

Jauh di sudut hati, I rasa sedih selama ni I tak kisah. Biarlah orang sekeliling kutuk sekali pun atau buat tak tahu sekali pun, I sepatutnya yang kena sayang diri sendiri, jaga diri sendiri. Bila di uji dengan kepayahan mendapat zuriat, diuji dengan layanan istimewa terhadap kawan2 sepejabat yang cantik2 dan kurus2, dipandang rendah oleh kawan2 sepejabat, I rasa I need to make a big change to myself.

From there, I asked my husband to join Diet Atkins. I tahu mungkin ada diantara korang yang against this programme but this is our choice at this moment. Alhamdulillah hari ni hari ke-8 DA. Alhamdulillah ada penurunan. Selain DA, kami buat regular exercises. Kat rumah ada basikal statik, so kayuh la 20-30 min sehari. Minum air 4 L sehari.

Setakat ni husband dah lost 5 kg. Same goes to me. Berat I sekarang 82 kg. Masih jauh perjalanan. Sebab tu bila I ingat balik berat I masa habis matrik (56kg) I rasa sedih sebab I tak jaga. Bila I tengok gambar sahabat-sahabat DA di FB yang sama tinggi dengan I dan berjaya susut sampai berat 60kg baru I tahu actually badan I dah cantik dah masa 56kg tu. I je rasa I gemuk dan tak mungkin boleh kurus.

Pengajarannya, sebagai seseorang yang nak menjadi ibu dan kepada ibu-ibu di luar sana, kita kena concern tentang perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Kawal dari awal jangan biarkan ianya terlambat. Amalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang sihat, dan isi masa lapang dengan aktiviti riadah. Kena suarakan point2 penting kenapa kita perlu jaga pemakanan, berat badan dan senaman pada diorang. Paling penting, always be there for the kids masa diorang nak membesar. Biar dari kecil lagi anak-anak dah terdidik supaya menjaga kesihatan dan kepentingan berat badan yang ideal.


I nak respon 4 tip berguna untuk mula bersenam yang Yani post baru-baru ni:

1. I di kategori 'unconditioned beginner'
2. I have to exercise more than 40 mins/day untuk lose weight
3. I tak faham sangat, nak minta YANI explain. Boleh tak YANI....
4. I ada problem kat mana nak dapatkan panduan pelbagai jenis senaman. Tengok Yani buat macam best je. Ada pelbagai pilihan so tak adalah cepat bosan. Tolong habaq mai sat kat mana nak dapat panduan macam2 jenis senaman tu Yani?


Okay, kawan2 yang sedang berusaha untuk fit tu ayuh, kita usaha sama!


Ate' logo!

Wednesday 26 November 2014

'a long story', when it will end?

About one month left before we reach 2015.

Dah hujung tahun ni I mula nak tengok semula rekod menses dan rawatan sepanjang tahun ni. Unfortunately, tarikh-tarikh menses pada kalender hilang gara-gara HP ni reformat dengan sendirinya. Alamak, sakit lak hati kita ni. So kawan-kawan, pengajarannya jangan rekod kat HP sahaja, kalau boleh rekod kat tempat lain sekali like buku nota or apps yang tak akan hilang data walaupun HP terformat.

I could say menses cycle tahun ni memang tunggang langgang. Cuma last 3 months menses datang setiap bulan dengan cycle lebih kurang 30-32 hari. Yang tak best nya bulan 9 period mai 1 hari je walaupun tarikh cun. Ate, nipih bebenor ke dinding rahim teman ni?Setitik je mike keluor!
Hihi bile marah cakap loghat perak memang best. Ce kome cube.

Lepas buat IUI bulan Jan yang lepas boleh kata kami suami isteri tak usaha gigih mana pun untuk TTC. Adakah tahun depan kami nak usaha gigih untuk TTC? Soalan tu sukar I nak jawab. Sebab jawapannya hanya ada sekiranya husband juga ada matlamat yang sama. Nak capai matlamat yang sama tu yang sukar. He seems to be scared to start again. I mean rawatan dengan O&G. Bab jaga badan tu dia dah mula lakukannya walau pun perlahan-lahan. Consistency? Memang tak ada. Bila rasa nak buat, dia buat. Bila tak nak, jangan sesekali mention to him.

I beria nak tolong hubby sebab I masih ingat kata-kata Dr Kadir kepada hubby supaya jangan lambat-lambat buat rawatan takut sperm yang sikit tu terus tak ada. Dia ada patient yang macam tu. Seriously, it makes me scared. Disebabkan kekangan kewangan hubby dah lama tak ambil apa-apa supplements. I don't know what is 'his condition' right now. Makin better ke, sama ke atau worst.

All these had remind me to our first appointment with Dr Kadir at O&G HUKM. Before we left Dr's room, he said 'saya harap hanya pasangan perempuan yang bermasalah'. Dan I bergurau 'Kalau suami juga masalah macamana Dr?'. Then he said 'It's going to be a long story then. Lagi sukar dan banyak kerja kena buat'. I terdiam dan rasa takut.

The truth is we both have fertility problem and what Dr Kadir said is true, 'a long story'.

One day around last October, I told hubby that I want to proceed with IVF in 2016 if we still do not conceive until next year. He seems to be agreed. But, I don't tell him what is my TTC plan for next beside fighting to lose weight. Are we going to continue like what we are doing now or seek for Dr Kadir again?

Maybe, I should talk to him about this.
Cuma...
Macamana ye nak cakap...macamana ye nak pujuk...
Bab ni yang I lemah ni

Ate' logo

Sunday 9 November 2014

Saja luahkan perasaan seorang looser

Entah kenapa lately rasa down sikit.

Last year bila masuk bertanding tak menang i rasa sedih. But this year seeing my friend yang masuk dan menang I rasa lebih down sebab I tak masuk bertanding.

Rupanya bila tak masuk bertanding lagi rasa looser compared to kalah di dalam pertandingan.

I mula fikir apa masa depan I dengan institut ni. Macam mana nak put myself at a level higher than now. Huh, tension betul. Sungguh I tak bercita-cita tinggi. But, ada seorang senior pernah pesan kat I kalau nak berjaya dalam institut ni I kena ada target what I want to be in next 1, 2, 3, 4 years until pencen. Setakat buat kerja hakiki dan tak menonjolkan diri memang akan ketinggalan dan mendapat kesukaran untuk disukai orang dan dinaikkan pangkat.

Kena buat research yang significant dan high impact. Create something by innovation. Selalu promote diri. Hm..semua tu memang betul tapi I rasa I tak mampu. Kenapa la teruk sangat aku ni.
Serious, i rasa duk kat gomen ni lagi tinggi persaingan berbanding pengalaman I di swasta.

Mencik. Rasa nak sambung belajar sekarang jugak and come back as a new person dalam semua segi dan mencipta kejayaan.

Saja nak meluahkan perasaan. Tak tahu nak kongsi dengan siapa. I wish ada yang faham perasaan I.

Tuesday 28 October 2014

Jom ke arah lebih sihat sempena tahun baru 1436 Hijrah

Assalamualaikum
Hello everyone!

Eh, rajin pulak si Atie ni tulis blog bulan ni. Hihi, maybe sebab aura positif daripada kawan-kawan TTC dah berjaya meresap dalam diri.

Yeah, I boleh kata bukan mungkin tapi memang ya. Sejak balik dari ziarah Yana dengan dua twins dia, Haariz dan Haadif I rasa lebih positif. I have faith in Allah. Why don't I try and don't give up until I do my best. 

I pindah rumah baru awal Oktober haritu. Semangat duduk rumah baru ni lain macam. Lebih rajin mengemop dan vacuum rumah hahaha. Hubby pun rajin kemas rumah. Maybe sebab rumah pun kecil tak adalah berat mana beban mengemas rumah. Lagipun perabot apa pun tak ada lagi, hihi. Since we moved out, kami dah mula bersenam like pergi jogging during weekends. Ada juga main badminton malam-malam. 

I happy sangat sebab hubby nak join. Ada perubahan daripada dia. I bersemangat la bila dia ada sama. Just now, ada baca blog Zarith. Dia cakap tentang kegemukan dan estrogen level. Definitely apa yang dia sampaikan tu betul. I sendiri alami perubahannya. Like last month, I period 1 hari je dengan 1 titik darah. Tak bersenam, tak jaga pemakanan. Semua bedal. Masuk je bulan Oktober I bersenam dan kurangkan makan. Berat badan turun. Walaupun tak banyak, alhamdulillah ada penurunan. Then, Alhamdulillah bulan ni period on time dan puas hati banyak darah kotor. 

In shaa Allah, I akan teruskan bersenam. Perlahan-lahan kayuh asalkan istiqomah. Hubby pun ada menunjukkan perubahan. Dia dah mula makan ubat. I tak suruh tapi atas inisiatif dia sendiri. Syukur, alhamdulillah. 

Mari lakukan perubahan ke arah yang lebih baik setelah masuk tahun baru hijrah ni. 

Perancangan akan datang:
2015- SIHATKAN TUBUH BADAN
2016- UMRAH & IVF
2017- SAMBUNG BELAJAR

Sebaik2 perancangan, Allah s.w.t yang menentukan. Moh USAHA, DOA & TAWAKAL!





Monday 27 October 2014

IVFKU dan SEMINAR IVF JOURNEY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Apa khabar?

Entry kali ni nak share info that related to IVF.
Sebenarnya I tak pasti korang dah tahu atau tak tentang perkara ni but I still want to share, at least, for my record.

Last weekend saja google tentang fertility and I came across blog fertility Dr Natasha Nor. Maybe ada diantara korang yang dah pernah kenal or baca blog dia. Dia merupakan seorang Dr Pakar O&G sub specialising dalam infertility di KL Fertility Centre. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok profile dia kat sini.

Semasa baca blog dia, ada 2 perkara yang menarik perhatian I. Firstly, tentang IVFKU. Have u heard about it? To me that was my first time. To those yang belum pernah dengar I elaborate sikit ya. IVFKU is like a programme held by KL Fertility Centre (KLFC). Tujuannya nak bagi peluang kepada TTC couple buat IVF dengan kos yang lebih rendah since IVF always been the last option of TTC because of its high cost. Therefore they come out with a technique called 'low intensity' IVF di mana ransangan ubat-ubatan tu dikurangkan supaya tak perlu banyak telur yang terhasil tetapi cukup sekadar mencukupi dan berkualiti/bermutu tinggi.

Mesti korang rasa kurang yakin dan pelbagai persoalan timbul dalam fikiran. Berkesankah jika ransangan ubat-ubatan dikurangkan. Ada orang yang terpaksa cucuk banyak ubat hanya untuk dapatkan 1-2 biji telur. Bagaimana pula jika ransangan ubat dikurangkan, bolehkah telur keluar??

Sebenarnya I sendiri pun rasa tak yakin bila baca statement awal tentang low intensity IVF ni. Kaedah ini dikatakan sesuai untuk wanita muda. Menurut Dr Natasha, peratus kejayaan lebih tinggi kepada wanita muda dan bagi wanita berumur boleh berjaya setelah beberapa kali membuat low intensity IVF ini. Then, I refer to the IVFKU website dan lihat siapa yang sesuai utk rawatan ini. Pertama, mestilah berumur kurang 32 tahun. Kedua, mestilah berat badan tidak berlebihan. Ketiga, mestilah mempunyai bilangan antral folikel atau 'ovarian reserve' yang bersesuaian.

See? Maknanya tak semua wanita yg TTC boleh ambil peluang ni. Ia hanya terbuka kepada sesiapa yang memenuhi ketiga-tiga syarat tersebut. Kecewa I since I ni obes. Kosnya memang murah jika nak dibandingkan dengan kos di Hosp. swasta yang lain. Kos IVFKU ini adalah RM9900. Ia juga dikatakan mesra pelanggan kerana:

'melibatkan suntikan yang minima. Oleh itu, pemantauan yang diperlukan adalah lebih mudah dan anda tidak perlu kerap hadir ke klinik. Ini menjadikan rawatan IVFku lebih 'patient-friendly'. Di samping itu, risiko yang tidak diingini seperti hiperstimulasi ovari (OHSS) dan kesan-kesan sampingan dari suntikan hormon dapat dielakkan.
 
Here is the link for IVFKu website. Korang baca ya jika mahukan maklumat yang lebih tepat dan padat.

Alright. Now, the second info from Dr Natasha's blog that catches my eyes is about SEMINAR IVF JOURNEY which will be held on 8th November 2011 at Conference Room, KL Fertility Centre from 9.30 a.m. to 12.30 noon. Hellooo? Korang tak nak pergi ke? Kalau free memang nak pergi but that day I have to send my brother to PESADA, Port Dickson for a 6 months training as an army. Alahai, kenapa la buat 8/11. Buat la 9/11 ke..dapat juga pergi.

Kepada korang yang berminat sila mendaftar segera sebab seats are limited. Lagi satu diorang nak tahu berapa orang yang akan hadir untuk prepare kudap-kudap. Apa lagi daftar cepat! Kena bayar fee atau FOC? Itu I tak tahu sebab tak ada mention dalam flyers dia. Cuba korang tengok picture kat bawah mana tahu ada tulis. I baca tak perasan lak ada tulis kena bayar atau tak. Lagi bagus call dan tanya maklumat lanjut yang korang nak tahu.




U alls boleh request jika nak penceramah sampaikan ceramah dia dalam Bahasa Malaysia. Send ur email to Dr Natasha: drnatashanor@gmail.com
Kalau ada kawan-kawan yang pergi jangan lupa share ye maklumat dan pengalaman korang. I sebenarnya berminat nak tahu sebab I dan husband ada plan nak buat IVF sekiranya dalam tempoh 2 tahun lagi we are still childless. For the time being nak kumpul duit dulu dan do exercises and take supplements. Dua tahun lagi? Lama kan? Kita manusia merancang tetapi Allah s.w.t menentukan.















Friday 17 October 2014

We can live out our life happily

Now dah 2 tahun lebih kahwin masih chidless. And I am trying to enjoy my life. And I feel much relax compared to last year. Hari-hari fikir nak anak je. Sekarang ada juga fikir but so much. Mungkin tiada rezeki anak dari rahim aku sendiri tapi mungkin boleh adopt anak orang lain. Zaman sekarang anak dibuang-buang/ ditanam hidup-hidup dan sebagainya.

Aku teringat entry Rina baru-baru ni ada menyebut tentang Allah memilih pasangan yang dikurniakan anak lelaki atau perempuan dan Allah memilih pasangan yang tidak dikurniakan anak. Persoalannya kenapa? Aku tak ada jawapan tu tapi Allah ada. Aku sebagai hambanya tak layak mempersoalkan kenapa Allah benarkan pasangan yang tiada ikatan sah itu yang Allah pilih untuk diberi anak. Siapa boleh bagi jawapan tepat? No one!

So, disebabkan Allah la sebaik2 penentu, aku tak mahu mempersoalkannya lagi seperti sebelum2 ini. Berdosa! Nikmati sajalah hidup bersama insan-insan yang disayangi, perbaiki diri dan ibadah, dan teruskan berusaha dan berdoa.

Hidup ni macam mana mudah, senang atau sukar sekali pun, pasti ada supporter yang memberi semangat pada kita untuk terus hidup. Supporter kita adalah harapan kita.

Harapan saya adalah untuk masuk syurga --->ISLAM
Harapan saya adalah untuk beri kehidupan yang lebih baik buat bonda saya. Harapan saya adalah untuk senangkan hidup bonda saya. ----> BONDA
Harapan saya adalah untuk hidup bahagia dengan suami saya---->SUAMI
Harapan saya adalah untuk ........ ??? ---> ANAK

Sementara tiada anak ini, berbahagialah dengan hidup dengan harapan-harapan yang kita ada untuk terus hidup iaitu menjadi muslimat yg dijanjikan syurga, menjadi anak solehah yg berbakti kepada ibu bapa, menjadi isteri terbaik buat suami.

Aku percaya ada sebab kenapa Allah bagi lewat, atau mungkin tak bagi langsung pada aku. Dan aku redha jika itulah sebaik-baiknya. Aku cuma harap suami aku pun dapat terima dugaan ni like the way I do.

Mari muhasabah diri balik. Perbaiki diri dan ibadah. And keep on TTC!!

Ate' logo




Thursday 21 August 2014

camat ari raya korang!!

Assalamualaikum
Holla!

Minta maaf minta ampun. Lama cek tak menaip di blog ni.
Banyak perkara nak diucap cuma tak terungkap.
Kengkonon sibuk la sangat kan.
But yes, bukan nak tipu cek memang tak dan' nak taip. 'Dan' buka dan baca blog kawan2 je. Lagi pun cek ni ambil masa lama bila menaip. Otak kretif sangat macam-macam nak tulis.

Sebelum Syawal kali ni habis, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat2 TTC. Saya juga mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, mengecilkan hati siapa2 dan sebagainya. Harap persahabatan kekal selamanya. Mudah-mudahan kita bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan dan berpeluang meningkatkan amal ibadat. Semoga tahun hadapan kita lebih baik.

Usaha TTC macam mana? Buat masa ini masih belum sambung treatment di mana-mana. Jalani hidup berdua macam biasa. Alhamdulillah lepas buat pap smear aritu tak ada lagi darah keluar selepas bersama. Cumanya cycle kali ni sudah lewat 3 hari. Period masih belum kunjung tiba. Rasa nak test UPT tapi saya tak yakin. Takut saya sedih pula nanti sekiranya -ve. Walaupun dan 2 tahun 5 bulan berkahwin@berTTC, saya masih belum matang menerima keputusan yang ditunjukkan pada UPT strip. Bukan maksudnya saya tidak percaya dengan result UPT tersebut tapi saya tak cukup berani nak buat ujian. Biarlah lewat 2 3 minggu baru buat ujian. Hubby jalani hidup macam biasa. Tiada apa-apa perubahan. Supplement dah tak makan. Katanya nak mula semula berTTC tahun hadapan. Saya akur sahaja kerana memahami situasi kewangan kami sekarang tak mengizinkan. Fokus lebih kepada proses nak pindah masuk rumah baru.

Alhamdulillah, nak pindah masuk rumah sendiri dah..In shaa Allah Sabtu ni pergi ambil kunci. Boleh dah minta orang datang ukur buat grill dan sebagainya. Bajet kecil jadi kami buat yang penting-penting sahaja.
Nak tanya korang...Apa persiapan nak masuk rumah selain buat grill, pasang lampu kipas dll? Maksud saya dari segi spritualnya apa persiapan yang perlu dibuat? Buat bacaan doa selamat ke? Kadang-kadang perkara kecil yang kita selalu terlupa/tertinggal sedangkan ianya sangat penting. Mohon korang share pengalaman masuk rumah baru. Apa step2 yg saya perlu buat...

tq semua. Love u all

ate' logo


Thursday 3 July 2014

I am safe, Alhamdulillah

Assalam....
Holla!

Salam Ramadhan kepada semua sahabat2 TTC...Mudah-mudahan dalam bulan Ramadhan ni kita lebih cemerlang dari semua segi...

Rentetan daripada peristiwa I buat pap smear haritu, keputusannya I dah dapat. Alhamdulillah I tak apa-apa. As expected, Dr yang buat pap smear tu tak ada dan I dirujuk kepada Dr lain yang merupakan Dr tetap di Hosp. Umra. Dia kata darah yang keluar di pertengahan bulan@cycle besar kemungkinan disebabkan oleh masalah hormon yang tidak stabil. Then, dia suruh I bersama suami lepas habis period baru dan tengok ada bleeding lagi tak. Kalau ada, kena buat pemeriksaan lagi...

But, masa I dapat result tu, I masih tak puas hati. Leh gitu? Sebabnya I nak tahu apa benda yang terkeluar sikit dari lubang miss V dan kenapa selepas IUI benda tu ada. Dan I nak tahu adakah benda tu ada kaitan dengan masalah bleeding selepas bersama yang I alami. Dr pun cam tak puas hati so dia suruh I tunjukkan. Again, miss V I diperiksa doktor. Lepas dia tengok dan periksa dia bagitahu I yang benda tu adalah lebihan daging pangkal rahim. Sebenarnya dia keluar disebabkan masa prosedur IUI lubang tu telah dibesarkan menggunakan alat dan akibat daripada prosedur tu, daging tu sedikit terkeluar. Dia samakan situasi dengan mulut manusia yang terjuih kehadapan (korang boleh bayangkan?). Dia kata dia dah masukkan semula ke dalam tapi esoknya benda tu ada lagi terkeluar. Frust juga I but I redha je la.

Ok, setakat itu saje.

Ate' logo


Tuesday 17 June 2014

Penyoal tegar


Sehingga semalam dah 2 tahun 3 bulan usia perkahwinan I dengan hubby.
Yup, masih belum ada anak.
Yup, masih ada yang tak puas hati kenapa perut I masih belum ada isi.
Tapi percaya tak korang, orang2 yang tak puas hati tu adalah orang yang sama je sejak dari awal I kahwin sampailah sekarang.
Orang-orang yg 'degil' ni je yang masih bertahan untuk mempersoalkan hal zuriat ni kepada I.
Yang lain2 semua dah tak tanya. Kalau tanya pun mungkin sebab I yg mulakan dulu bercerita tentang anak.

Korang nak tau..yang degil2 ni ada dua orang. Dua2 pun Hajah. Yang sorang tu siap pergi umrah setiap dua tahun sekali. I pelik tengok manusia begini. Sorang ni saudara I, sorang lagi orang kat office.

Bila I balik kampung selalu je saudara I ni datang umah. Selalu usha perut I tgk kembong ke tak. I tau dah jap lagi mesti I kena tanya macam2. As expected, dia tanya;

'Yang kamu ni Pxxxx, tak mengandung2 lagi ke? Ate kenape lambat beno? Kome tak usahe ke?'

Penat weh nak jawab. Kadang2 I fikir apalah jawapan yang paling sesuai supaya I tak perlu jawab berkali2 soalan yang sama tu. The lastest answer I jawab gini.

'Nak kate tak usaha kume laki bini dah pergi hospital buat rawatan. Dah belum rezeki nak buat macam mana. Rezeki anak ni kan kerja Allah. Bukan kume duk lenggang je tak buat apa2'

Slow je suara dia jawab. Kalau tak bukan main nyaring bagi satu rumah dengar soalan panas dia tu. 'Oh, ate ape masalohnye kome berdue?'

Adui, ingatkan boleh stop kat situ dah rupanya nak tahu lebih mendalam pulak masalah kesuburan orang. Seriously, I bukan jenis yang tak boleh share dengan orang hal ni tapi she is not the right person. Takut I heboh sekampung. Mana nak letak muka kami laki bini. Then I jawab gini.

'Itu hal yang terlalu peribadi pada kume Pohsu. Kume tak suka share dengan orang'. Terus I basuh tangan blah dari dapur. Erk, tensen!

Bila dia dah balik, I mengadu pada mama sedangkan sepanjang masa tu mama memang ada je kat dapur cuma dia batukan diri. Dia kesiankan I. Dia sendiri pun tak tahu nak buat apa, nak cakap apa. Pohsu tu mak sedara dia. Kira opah sedara I. See, I yang terlebih berani menjawab. Mama sendiri cakap dia pun tak suka tapi nak buat camna tak kan nak halau pulak kan. Pohsu ni ada anak sorang je. Perempuan juga. Tua setahun dari I. Anak dia tu kerap sangat beranak. Itu pun dia bising juga. So, I ringkaskan yang dia memang jenis tak tahu nak menghormati aturan Allah s.w.t. Kalau boleh elakkan, elakkan perbualan yang panjang dengan dia. Hubby bila nampak dia terus duduk dalam bilik tak keluar dah. Next time I nak buat camtu gak. Boleh?

Sorang lagi makcik kat opis I ni. Dia tak ada topik lain bila nampak I cakap pasal anak. Kadang2 terserempak dengan I selamba je cakap, 'Puan Axxxxx rileks je kan'

I ingat dia cakap pasal kerja. Punyalah positifnya I ni. 'Kenapa kak? Saya nampak macam tak banyak kerja ke?'

'Eh, bukan tu...yelah, Puan rileks la tak ada anak lagi...lama dah ke Puan kahwin?'

Erk, rasanya baru bulan lepas dia tanya bila I kahwin. Hmmm.
'Bulan ni dah 2 tahun 3 bulan la saya kahwin...'

'Oklah tu, belum 10 tahun lagi...Sedara saya tu umur dah 40 baru ambil anak angkat. Menyusukan pulak tu jadi anak susuan. ee....'

Panjang cerita dia. I ye kan je.Aritu cerita pasal anak buah dia gemok gedempol tapi boleh mengandung dan beranak. Kali ni cerita pasal sedara dia ambil anak angkat. Adui, next time nak cerita pasal sedara mana lah pulak ni. Yang pasti, I terasa jadi bahan je ngan dia. Bila dia kata I nampak rileks bila tak ada anak I terfikir dia cemburu ke dengan I atau dia kesiankan I. To me, dia jenis tak tahu nak jaga hati manusia. Hidup dah lebih 50 tahun masih belum dpt mengajar diri jadi manusia yang positif.

Banyak Hajah yang I jumpa dalam hidup ni tapi berapa kerat je yang betul2 baik dan bersikap positif tak mempersoalkan ketentuan Allah.

Walau pun perit berhadapan orang2 'degil' macam ni I rasa syukur wujudnya diorang dalam hidup I. Sebab diorang aware tentang I. Sebab adanya diorang buat I rasa I perlu terus usaha dan berdoa. Nasib baik ada 2 je yang degil, kalau ramai tak tahulah macam mana.

Can we do it to penyoal tegar?
Have faith in Allah!



Ate' logo

Monday 16 June 2014

Sambungan kes bleeding selepas bermasa

Assalam...
Hai kawan2...

Atas nasihat korang I adukan hal ni pada hubby and dia ajak pergi jumpa Dr hari Jumaat lepas. I memang tak ada idea nak pergi hospital mana. Hubby offer nak google hospital yang sesuai. Then dia decide kami pergi Hosp. UMRA. Sound familiar to me. Cuma tak pernah jejakkan kaki.

Without appointment kami pergi. Orang ramai but alhamdulillah tak perlu tunggu lama nurse dah panggil jumpa Dr. I cerita sikit sejarah IUI yang lalu dan masalah keputihan yang I alami sebagai introduction. Then I maklumkan tentang masalah pendarahan selepas bersama suami. Dia tanya ada rasa sakit tak semasa bersama suami. Actually since baru kahwin dulu memang I rasa sakit bila bersama suami tapi tak berani nak beritahu hubby. Masa Dr tanya tu, I terus teras yang memang I rasa sakit bila bersama suami.

Then dia cakap I perlu buat pap smear. Lepas dia ambil sampel tisu dia beritahu kami suami isteri yang dia memang nampak ada luka pada pangkal rahim I. Mungkin luka tu yang mengeluarkan darah. Dia beritahu lagi yang I tak ada keputihan. Alhamdulillah, keputihan dah tak ada. Masa lepas IUI aritu memang teruk I kena. Tak tahan kegatalan di situ.

Dr memang nak cepat dapat result pap smear tu. Banyak kali pesan kat nurse dia suruh dapatkan cepat. Nurse dia pulak kata boleh dapat after 30 minutes. Then kami decide nak tunggu. Dr ambil nombor telefon I supaya dia boleh call bila dah dapat result. Tak sampai 30 minit Dr dah call beritahu nurse dia silap. Mustahil dapatkan keputusan dalam masa 30 minit. Actually they need 2 weeks. So Dr set appointment I 20hb ni untuk tengok result.

Dia eager sangat nak handle kes ni. Banyak kali beritahu nurse supaya maklumkan dia cepat result tu even if she is not around in the hospital. Kalau boleh dia nak in charge my case but since dia bukan permanently working kat UMRA so terpaksa bagi kat Dr lain kalau dia tak ada time dapat result tu nanti. Itu pun, dia banyak kali pesan kat nurse supaya call dia immediately after result keluar. I yang seram sejuk tengok dia beria sangat.

She said, kalau result tu shows something bad, dia nak I jumpa kawan dia pakar kat Hosp. Sungai Buloh. Dia akan tulis surat rujukan untuk I. Dia nak Dr tu scan guna alat seperti magnifying glass untuk lihat lebih jelas. Lebih kurang alat seperti otoscope (alat cek telinga). Erk, bila dia cakap macam tu I rasa takut sangat. Korang, doakan I tak apa2.

Anything bad, please go away!!

Tuesday 3 June 2014

Berdarah selepas bersama suami

Assalam,

Lama I tak pos apa2 kat sini. Memang banyak kerja tapi tak adalah sehingga tiada masa untuk post entry cuma I rasa tak ada perkara penting untuk dikongsikan jadi I banyak mendiamkan diri sahaja.

Untuk Yani, Atie ucapkan takziah atas pemergian bonda Yani pada bulan Mac yg lalu. Lama dah Atie tahu cuma x berkesempatan nak ucapkan. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Atie pernah kehilangan bapa semasa berumur 14 tahun. Adakah rasanya sama seperti apa yang Yani rasa pastinya tidak. Namun, sedikit sebanyak Atie faham rasa kehilangan itu. Semoga Yani terus tabah dan sentiasa mendoakan arwah.

Tahniah kepada Yana kerana usaha TTC membuahkan hasil dan sedang mengandung sekarang ni. I wish to meet u in HQ. Boleh usap2 perut ambil berkat kihkihkih. Kepada kawan2 lain yang berjaya, I am happy for all of you...

Kepada kawan2 yang dah berjaya deliver anak dan selamat tu, alhamdulillah tahniah diucapkan. Kepada sahabat2 yg Allah pinjamkan zuriat sekejap shj di muka bumi ni saya ucapkan takziah. Mudah2an putera puteri syurga anda sentiasa mendoakan kebaikan untuk anda.

Now entry yg XXX sikit. Mohon anda bersifat terbuka.
Ok, sebenarnya I ada masalah yang sukar untuk I faham. Bulan 4 yang lalu, period I spotting dan lendiran darah sahaja, tak ada fresh blood (cair) lebih kurang 4 hari. Pada bulan Mei, I period 5 hari. Heavy flow at day 1 until day 3 dan habis pada hari ke-5. Memang puas hati la tengok banyak darah kotor keluar sebab last month hanya spotting dan darah bentuk lendir sahaja. Then I bersama suami pada CD14. Lepas bersama suami I letak bantal bawah bontot konon tak nak bagi perenang keluar semula. In the morning (CD15) I tengok bantal yang i guna tu ada kesan darah+air mani yg dah kering. Masa tu I dah takut dah apasal ada darah ni.

But, tengahari CD15 sampailah CD17 ada darah yang keluar (not fresh blood) tapi darah dalam bentuk lendiran. Pada tengahari CD18 tiba2 I terasa ada sesuatu nak keluar dari vagina. I cepat pergi toilet. Kat underware dah ada darah (fresh blood) dan seketul darah keluar after I bertinggung. Masa tu I cepat2 pakai pad. The next day which is today, I notice pagi tadi ada lendiran darah juga.

Seriously I tak faham apa semua tu. Simptom penyakit ke ni? Penyakit apa ni?  kenapa berdarah bukan pada waktunya? Kenapa lepas bersama suami keluar darah dan kenapa berlanjutan hingga berhari2. I nak sembahyang pun jadi confuse bolehkah tak bolehkah sembahyang. Tiap hari mandi wajib.

Kawan2 ada pengalaman sama? ada apa2 info atau pengalaman berkaitan?


Thursday 20 March 2014

Āpa kaisē haiṁ?

Assalamualaikum semua blogger TTC...
Namaskar/Namaste...

Apa khabar? (Bahasa Malaysia)
Apa kaise hem? (Hindi)

Apasal sy tulis dalam bahasa Hindi lak ni kan...Sebenarnya saya baru sahaja balik dari New Delhi, India. Berkursus selama 2 minggu di sana. Tak ada fefilin Hindustan pun cuma masih teringat beberapa perkataan dalam bahasa Hindi.

Semasa dengar berita tentang kehilangan MH370 saya telah pun berada di sana. Terkejut. Sedih dan kesian. Rasa takut nak balik pun ya. Mudah-mudahan para penumpang dan krew MH370 selamat dan akan ditemui juga nanti.

Sebelum ke India pun saya dah lama tak buka blog. Dah balik ni mood kerja masih sipi2 jadi saya spend masa sikit buka blog. Tadi saya blogwalking dulu. Ada sahabat-sahabat yang mendapat berita gembira di dalam perjalanan TTC mereka dan ada juga yang melalui saat perit kehilangan anugerah yang dinanti-nantikan. Saya juga turut sedih atas kehilangan yang mereka alami. Mudahan tabah menghadapi dugaan dan tidak berputus asa untuk berusaha lagi. Kepada yang berjaya, saya tumpang gembira. Mudahan ada rezeki untuk saya dan kawan2 lain juga.

Sepanjang kat India saya jadi halfly vegetarian. Tak yakin nak makan lauk ayam yang diorang hidang walau pun katanya halal. Tapi telur ayam and fish fillet habis saya bedal. Setiap kali sarapan makan roti pratha. Setiap kali lunch and dinner mesti ada capati. Metabolisme rate pun increased duk sana. Asyik ke jamban je membuang. Saya paling suka roti pratha diorang. Kat Malaysia pun ada roti pratha tapi nama aja sama tapi rupa, rasa dan resepi sangatlah berbeza.

Orang2 kat sini tak de la friendly. Diorang tak suka foreigner ambil2 gambar kecuali tempat tu memang kawasan perlancongan. Lagi satu, cara mereka memandu dan menggunakan jalan raya sangatlah berbahaya. Tekan hon memanjang je. Kat traffic light boleh lihat jalan 3 lane jadi 5-6 lane. Diorang sangat suka bawa kereta atas line putih. Tapi sangat behave bila ada polis duk tepi jalan.

Shopping saree? Nope. Saya beli 1 je saree. Saja2 konon nak cukupkan syarat. Pergi India tak beli saree konon pelik la kan. Tapi saya beli banyak Punjabi. Orang kat India tak panggil Punjabi tapi panggil sut. dah beli nyesal pulak especially bila balik hubby tanya "Bila sayang nak pakai semua ni?"

Pergi Taj Majal? Alhamdulillah saya berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di India dan kebanyakannya di Delhi kecuali Taj Mahal yang terletak di negeri lain iaitu di Agra, Utar Pradesh. Saya juga sempat solat di masjid bersebelahan dengan Taj Mahal. Masjidnya tak berapa bersih. Tahi burung banyak. Cantikkah Taj Mahal? Subhanallah memang cantik bila dilihat dari jauh...semakin dekat semakin cantik. Ia diperbuat daripada batu marmar. Saya diberitahu seramai 20,000 orang buruh digunakan untuk membina Taj Mahal. Di dalam Taj Mahal ada makam Shah Jahan dan isterinya. Selain itu, saya juga melawat Qutb Minar, Lotus Temple, Rumah Indera Gandhi, Tempat peringatan Mahatma Gandhi dan India Gate. Red Fort saya tengok dari luar je. Kami diberitahu nak habiskan melawat Red Fort sahaja memerlukan 3-4 jam sebab kawasannya sangatlah luas. Disebabkan kesuntukan masa kami tengok dari dalam bas je la. Ada 1 lagi temple di Delhi yang sangatlah besar sehingga memerlukan 4-5 jam untuk habis tour seluruh temple. Kami tak masuk dan tengok dari dalam bas juga.

Sepanjang berkursus di sana, banyak benda yang saya tengok dan sentuh buat pertama kali seperti pokok gandum, pokok kacang kuda, pokok bawang dan bunganya, pokok karot, karot merah, pokok mustard untuk mustard oil, pokok castor dan lain2. Subhanallah...pengalaman yang sangat menarik. Ilmu yang saya dapat juga sangat banyak. Syukur sangat menjadi antara yang bertuah dapat berkursus di sana. Seed industry kat India memang tip top dan Malaysia perlu banyak lakukan pembaharuan dan perubahan jika nak jadikan seed industry di Malaysia juga tip top. In shaa Allah segala input yang saya dapat akan saya share dengan sahabat2 dan bos di tempat kerja. Mudah-mudahan dapat membuat perubahan dan pembaharuan.

Here a few pictures to be shared....
Plot pengeluaran biji benih gandum

Plot pengeluaran biji benih bawang

India Gate

Pintu masuk ke Taj Majal

Saya di depan Taj Majal

Pandangan sisi Taj Majal

Ate' logo

Monday 17 February 2014

3rd Appointment MAC

Lama dah blog ni menyepi. Tak ada cerita jadi ia dibiarkan sepi. Harini ni menaip nak cerita tentang appointment pertama selepas IUI pertama gagal. Tak ada apa yang istimewa cuma Dr cuba mencari punca yang menyebabkan IUI gagal. Macam post-mortem gitu.

Buat pertama kalinya I pergi jumpa Dr sorang diri. DH tak nak ikut. Mungkin dia pun tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Dr. Hasil post-mortem didapati jumlah sperm yang sedikit menjadi punca dan kes ni menghairankan Dr sebab sebelum ni sperm count DH meningkat dari 3 juta ke 6 juta but suddenly during IUI dropped to 0.4 million and only few were alive.

Dr tanya juga jika DH ada sebarang penyakit. Setahu I, DH sihat orangnya walau pun obese. I beritahu Dr bahawa besar kemungkinan disebabkan DH baru tukar ubat 1 bulan dah terus buat IUI. Dalam tempoh 1 bulan tak cukup untuk menampakkan kesan ubat. Sebelum ni pun Dr bagitahu at least perlukan 3 bulan untuk nampak kesan ubat. But, masa tukar ubat tu pun Dr yang suruh so kami akur je. Sedih juga bila jadi macam ni. In fact, masa planning nak buat IUI aritu pun, Dr sorang lagi suggest untuk buat sperm freezing (kumpul sperm beberapa kali before prosedur IUI) but my Dr kata tak perlu. Kali ni dia pulak yang suggest untuk buat sperm freezing untuk IUI ke-2.

Terus terang I beritahu Dr bahawa kami nak stop for a while. DH pun masih terkejut dan susah nak terima. DH sendiri minta I beritahu Dr yang kami nak rehat sekejap sebelum sambung balik. Dr akur dan suruh call buat appointment bila dah ready cuma dia pesan jangan lama-lama sebab ada patient dia yang terus kehilangan sperm bila dibiarkan tak buat apa.

I faham maksud Dr. Tak bermakna berhenti pergi hospital kami berhenti berusaha. Sekarang DH dah mula consume Proxeed Plus (PP). I nampak kesungguhan DH nak atasi masalah dia. Dia sendiri yang ajak I pergi beli ubat tu. Lepas beli dia tanya ada ubat apa lagi yang dia perlu makan. Cepat-cepat otak ni cuba ingat semula entry Sizuka tentang supplements yang hubby dia makan. Tapi since kami pun tengah kering so I suggest DH untuk makan PP je dulu. Nanti ada duit lebih baru beli yang lain2.


Ok, setakat itu saja.

Ate' logo

Monday 27 January 2014

AF after 1st IUI

Alhamdulillah semalam (26/1/14) AF dah pun menjengah. Menjadikan cycle kali ni 29 hari. I stop makan ubat Duspathon & Progestron pada hari yang I dapat result beta hcg walau pun masih ada sikit lagi baki ubat yang tinggal.Alhamdulillah tak menjejaskan period I.

Period pain tak sekuat selalu. Mild aje. Warna darah pun cantik iaitu merah terang. Selalunya warna dia gelap.

Next appoinment will be on 14th Feb 2014. I dah decide nak stop treatment for a while. Nak fokus kat hubby dulu. Bila dia dah okay baru nak buat IUI semula.

Oklah, setakat itu aje.

Ate' logo!

Wednesday 22 January 2014

Start fresh today...

Hai korang semua....

Alhamdulillah... I am feeling great today. Cerita sedih telah pun berlalu. I rasa terkejut juga dengan diri I ni. Tak sangka harini I rasa segar dan gembira seolah2 tak ada apa yang berlaku semalam. Syukur...Allah makbulkan doa I iaitu untuk jadi hamba yang redha dan kuat menerima ketentuanNya.

Yesterday, after having dinner at home, we went out to had some coffee. OTW keluar tu masing2 melayan perasaan. Senyap2 mengalirkan air mata. Dah balik rumah masa nak tidur sama2 menangis berpelukan. I want it to be the last day to cry about the first IUI. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah beri nikmat ni. Semoga esok lusa dan seterusnya I masih kuat begini. Let bygone be bygone.

Esok lusa ada peluang lagi...Tak berjaya hari ni tak bermakna akan gagal selamanya. Jika gagal dapat zuriat, ada rezeki lain yang menanti. Allah sebaik2 perancang dan Maha mengetahui.

Allah..kau letakkanlah aku sentiasa dalam dakapan Mu,
Lindungilah aku,
Peliharalah aku,
Jangan Kau biarkan aku terlepas dari dakapanMu,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung hamba-hambaMu yang beriman.

Ate' logo

Tuesday 21 January 2014

Result Cycle 1: IUI 1

Assalam....

It was negative as I did the hpt test this afternoon. Just now I got the beta hcg result from the hospital. The reading was less than 1.2 iu. Meaning that no fertilization occured. But, the nurse asked me to wait for the AF. I tak nak meletakkan apa2 harapan lagi. Cukup setakat ni untuk cycle kali ni. I terima walau pun ianya pahit. I strongly believe I wont cry but, I do now....

My plan in future is to help dear husband with his sperm problem. I am afraid if it is getting worse. So, we may stop stying to concieve for a while.

Macam mana pun, I wanted to say thank you to everyone who prays for us. Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan berlipat kali ganda. Inilah ketentuan Ilahi atas usaha kecil ini. I redha.

Ate' logo

Saturday 18 January 2014

Memujuk diri

Pagi ni rasa emosi betul. Air mata duk bergenang je. I tau tak ada rezeki kami kali ni. Bukan sebab dah buat upt tapi base on my BBT chart, I tau I tak pregnant. Suhu badan sebelum ovulate and after iui sama je. Malah sehingga sekarang tiada implantation spotting dan tiada langsung apa simptom. I langsung tak rasa apa2.

Semalam I dah pasrah. Boleh terima kenyataan. Tapi pagi ni rasa sedih sangat. Tiba2 lemah. Sedih. Pilu.

I boleh rasa usaha kali ni memang Allah permudahkan. I langsung tak rasa tertekan nak dapatkan duit untuk buat IUI. I tak kumpul duit pun. Duit tu datang dengan mudah seperti ia memang ditakdirkan untuk tujuan rawatan ni. Selain tu, IUI dibuat pada hari Jumaat yang penuh barakah. Dan I berpeluang untuk berehat pada hari Sabtu & Ahad. Dan kemudian kebetulan banyak cuti umum pada minggu seterusnya. Jadi tak banyak cuti yang I perlu ambil. Dalam masa yang sama hubby juga cuti panjang menghabiskan cuti dia sebelum masuk kontrak baru. Apa yang boleh I simpulkan, IUI kali ni was done at perfect timing. Malah semasa IUI I berehat sehingga 1 jam di bilik prosedur berbeza sedikit dari kebiasaan hanya 30 minit sahaja.

Walau bagaimana pun, disebalik kesempurnaan itu Allah uji dengan jumlah sperm yang sangat sedikit. Di sinilah teruji keteguhan hati supaya yakin dan terima apa jua takdir Allah. Adakalanya diri ni kuat dan tak rasa apa2. Boleh aje terima jika resultnya -ve. Adakala pula begitu emosi.

I harus mengingatkan diri sendiri bahawa IUI ini hanyalah usaha kecil yang I boleh buat. Tak terbanding dengan keizinan Allah s.w.t itu sendiri. Jadi janganlah terlalu bersedih. Sila redha dan serahkan segalanya pada Allah s.w.t.

Wednesday 15 January 2014

Haiwan Kesayangan Saya

I ada dua ekor kucing...yang mula2 I bela yang besar tu. Bona nama dia. Beli dari kawan satu Universiti. Masa beli umur dah 1 tahun 6 bulan. Masa mula2 duk rumah I, punyalah dia eksen. Suka duk tempat gelap. kadang-kadang tu letih jugak mencari dia. Lama2 dia okay jugak akhirnya. Bona ni pandai mengurut tau. Kalau letak atas badan mesti dia mengurut. Hehe seronok betul...Kadang2 dia sendiri yang datang mengurut kita.

Satu hari Bona lain macam betul. Tak keruan dan asyik mengiau je. I pelik kenapa dengan Bona ni. Rupanya dia nak beranak. Terkejut I. My friend yang jual Bona kata dia masih dara. Huhu kelahiran anak Bona memang unexpected. Seekor je anak dia dan umur anak dia tak panjang :( . Anak dia mati masa azam subuh a day after Bona giving birth. Puting Bona tak ada susu so anak dia tak dapat minum susu. Kelam kabut DH & I pergi beli susu formula khas for kitten. Kami fed anak Bona dengan susu tu. Tapi anak Bona semakin lemah dan akhirnya pergi tinggalkan kami. Menangis I...Walau pun sekejap, I dah sayang sangat kat dia. Masa dia lahir saiznya kecik sangat. Hubby cakap mungkin baby Bona lahir tak cukup bulan sebab kalau kucing kampung biasa pun, saiz baby tak sekecil tu. Lagipun, Bona ni bukan kucing kampung biasa tapi dia jenis DLH (Domestic Long Hair). Sejak daripada tu Bona jadi garang dengan kucing2 lain. Mana2 kucing lain yang datang ke rumah mesti dia menjerit (bingit telinga dibuatnya) dan kejar kucing2 tu. Sebab tu I tak bagi dia keluar rumah. Port yang dia paling suka lepak kat sliding door supaya dia boleh tengok mana2 kucing yang singgah atau lalu lalang depan umah. Pantang nampak mesti menjerit sekuat hati. The best part about Bona is she is intelligent, manja, pandai mengurut, dan  sangat mudah diurus. Bona & I ada special bonding yang susah diungkapkan. I sayang dan selalu rindukan dia.
Bona setelah bulu dah kering

Baru-baru ni (Ahad: 12/1/2014) hubby ada beli kitten. Jenis Munchkin Chincilla. Hubby bagi nama Tony. Mula2 kami risau juga dengan penerimaan Bona terhadap kucing lain dalam rumah tu. As expected, dia mengamuk gila. Menjerit dan asyik nak terkam Tony. Sangkar untuk Bona & Tony memang asing-asing. Masa awal2 salah seekor mesti dikurungkan bila seekor lagi bebas. Lepas beberapa hari Alhamdulillah Bona dah boleh terima Tony tapi bila bertembung je mesti kuarkan bunyi tanda "hep, jangan kacau aku". Haha I tak tahu nak taip bunyi tu macam mana tapi maksud bunyi tu macam tu la. Konon kucing tu nak bagi warning. Hari ni genap Tony umur 2 bulan. Harap dia membesar dengan sihat dan akan mesra dengan Bona. Meh layan gambar kucing2 I.
Bona baru lepas mandi...hihihi 

Tony
My dear Bona

Tony

Bona kacau I buat kerja

Bona saje menggedik.

Monday 13 January 2014

Cycle 1: IUI 1

Sebenarnya hati ni berat nak wat entry ni. Sedih pilu ase hati ni. Bergenang air mata bila mengingatkannya kembali.

Last time I ada beritahu perkara yang tak sedap didengar masa IUI aritu.

Pada hari kejadian perut & pinggang I sakit betul. I believe it was because of the ovulation. Kedua2 belah rasa sakit but sebelah kanan lebih sakit. Ovary sebelah kanan lebih banyak telur dan saiz besar2. Memang tak senang duduk i. Rasa sakit macam senggut time period. Duduk salah. Berdiri salah. Dari pukul 8 pagi menunggu, pukul 11 baru prosedur dijalankan.

Berita yang tak best tu adalah keadaan sperm suami. Terkejut apabila diberitahu bilangan sperm sangat rendah. Pre-washed hanya 0.4 juta dan selepas dicuci jumlah tidak dinyatakan berapa tapi analyst tulis kat form "few alive sperm seen". I tanya nurse maksudnya berapa yang ada. Dia terkedu dan tak boleh nak jawab. Dia cuba tenangkan kami dan nasihatkan kami supaya banyak2 berdoa kerana semuanya adalah kuasa Allah.

Masa sebelum prosedur Dr ada mention yang sperm sikit tapi I tak tengok lagi form tu so tak tahu 'sikit' macam mana. Dr ada tanya hubby ada buat apa2 ke sebelum ni. Dr juga risau jika hubby ada jangkitan kuman. Masa tu hubby juga tak tahu berapa 'sikit' yang dimaksudkan Dr. At that time kami masih fikir yang baik2 aje.

Prosedur dijalankan dengan lancar. I tak ada rasa sakit apa2. Mungkin dengan bantuan nurse yang suruh I berselawat dan mengajar teknik menarik nafas.Sepanjang prosedur I mulakan dengan berselawat, membaca ayat kursi, menbaca doa nabi zakaria dan berzikir Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir. Setelah selesai Dr bacakan doa. Kami tak dapat dengar dengan jelas sebab Dr baca perlahan je. Pun begitu I rasa sebak. Dr keep saying to berdoa supaya ada 1 sperm berjaya bersenyawa dengan telur.Mengalir juga airmata ni. I berehat selama 1 jam di bilik IUI. Tidak mengiring ke kanan atau ke kiri kerana kedua2 belah ovary ada telur yang matang. Hubby sentiasa disisi sepanjang prosedur dan sama2 berzikir dengan I. Air mata ni duk mengalir je dan hubby tenangkan.

Selesai rehat, hubby pergi settle bills dan beli ubat Dusphaton & Progestrone. I diarahkan untuk datang selepas 10 hari prosedur untuk cek darah. Sebelum balik tu la nurse serahkan form result sperm hubby. We were very shocked to see it. Susahnya nak terima time tu. Ya Allah sedihnya....sedih sangat. Especially bila nurse tak mampu nak jawab berapa sebenarnya sperm yang hidup tu ada. Dia suruh kami berdoa dan serahkan kepada Allah s.w.t.

Kesian hubby. Dia sangat kecewa. Dia macam give up. Dia kata lepas ni tak nak dah buat treatment. Tak nak dah makan ubat. I sangat risaukan dia. I cuba tenangkan dia. Dalam masa yang sama I cuba tenangkan diri sendiri juga. Berat sungguh dugaan Mu ni Ya Allah.

Sehingga ke hari ni 3dpiui (13/1/2014) I ambil bacaan BBT. Bacaan semakin menaik kecuali pagi tadi bacaan dah turun. I tawakal je pada Allah. Namun I sangat mengharap IUI ni berjaya. Until today masih tak ada spotting apa2 lagi. Dan I tak ada alami sebarang simptom pening ke, bloated ke, mabuk ke, apa2 pun tak de.

Alhamdulillah sampai hari ni I mampu bangun malam solat sunat tahajud. Pagi buat solat sunat dhuha. Tp hari ni dah miss sebab keluar tadi bawa kucing2 pergi vet. Lewat sampai rumah. Dan I amalkan membaca surah maryam setiap hari. Waktu magrib kalau tak mengaji I buat solat sunat hajat. Ibadah ajelah yang mampu tenangkan I.

Kawan2...I nak jadi orang yang tabah. I nak jadi orang yang boleh terima kegagalan. I nak jadi orang yang kuat. I nak jadi orang yang tak kan putus asa. Dan paling penting I nak jadi hamba yang sentiasa yakin padaNya. Allah...kuatkan aku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.

Jumpa lagi.

Friday 10 January 2014

Mohon doa kawan2 semua

Alhamdulillah telah selesai undergo proses IUI pagi tadi lebih kurang pukul 11 pagi.

Ada berita kurang sedap sebenarnya tapi kepada Allah saja kami berserah. Kami redha.

Mohon kawan2 doakan kami berjaya.

Ate' logo

Wednesday 8 January 2014

ET at CD12

Entry sebelum ni I lupa nak letakkan maklumat ketebalan dinding rahim (ET). Dah publish dan baca semula baru perasan maklumat tu tak diletakkan.Alhamdulillah setakat hari ni ET dah mencapai 8.5mm. Harap until Jumaat ni bertambah tebal la. I harap sangat nak bantu ET ni bertambah tebal jadi I buat sedikit pembacaan. Google sana sini dan jumpa apa yang I cari.Memula I google tentang Progynova. Rupanya ubat tu adalah estradiol valerate. Sila baca kenyataan di bawah untuk faham apa fungsi estradial valerate ni. 

Estradiol valerate contains a hormone which is similar to the hormone oestrogen that is produced by the body. When women go through the menopause, levels of oestrogen become low. This leads to symptoms such as hot flushes, night sweats and dryness of the vagina. Estradiol valerate helps to replace the low levels of oestrogen which may help to relieve the symptomsof the menopause. This is known as hormone replacement therapy.
Estradiol valerate helps to treat the symptoms of the menopause but it may also increase the chances of getting certain types of cancers and certain heart or circulatory problems.
You and your prescriber will need to weigh up the risks and benefits of hormone replacement therapy. Your prescriber will review your treatment on a regular basis.
Women who are on hormone replacement therapy will be advised by their prescriber to watch out for any symptoms of breast,endometrial or ovarian cancer. They may be advised to regularly examine their breasts for any changes or lumps or report any unusual vaginal bleeding to their prescriber.
Treatment with hormone replacement therapy needs to be tailored to each individual. Sometimes a medicine containing thehormone progesterone will need to be taken as well as Estradiol valerate. For more information about different types ofhormone replacement therapy, and the risks and benefits of having hormone replacement therapy, you should talk to yourprescriber.
Do not share your medicine with other people. It may not be suitable for them and may harm them.
The pharmacy label on your medicine tells you how much medicine you should take. It also tells you how often you should take your medicine. This is the dose that you and your prescriber have agreed you should take. You should not change thedose of your medicine unless you are told to do so by your prescriber.
If you feel that the medicine is making you unwell or you do not think it is working, then talk to your prescriber.

Ada pro and con amik ubat ni. Yang pasti ubat ni akan diberikan oleh Dr mengikut keadaan patient. Walau pun Dr tak bagi I ubat ni untuk tebalkan dinding rahim I still lega. So from this, I dapat tahu estradiol valerate ni similar to oestrogen. I cari pula apa supplement semula jadi yang boleh bekalkan oestrogen. Ada banyak rupanya dan salah satunya adalah Vitex. Wah, my reading become more interesting. Selain itu, blach cohosh and soy. I tak tahu apa bendealah black cohosh tu. But, soy I dah lama stop. Korang boleh baca dengan lebih lanjut kenyataan di bawah:

Plant-based regulators
As herbal prescriptions to alleviate symptoms associated with hormone imbalances date back 2,000 years, scientists began looking into these traditional remedies in earnest beginning in the 1950s. Vitex is an herb whose virtues were extolled around 450 BC, and the first modern extract was produced in Germany about 50 years ago.
Herbs can have a profound effect on hormonal balance. Phyto-oestrogen-containing plants like red clover, black cohosh, the Chinese herbs kudzu and psoralea, and of course soy and flax extracts, contain compounds that are not actually steroids but work like oestrogen in the body.
Vitex and black cohosh are examples of time-honoured herbs that can change hormone levels in the body by working on the pituitary gland, which controls the ovaries to produce oestrogen and progesterone.11,12 Black cohosh has been found to significantly change levels of luteinizing hormone, which is made in the pituitary gland.
Black cohosh contains phyto-oestrogens reported to have a direct oestrogenic effect, but it also has compounds that act as hormone regulators through the pituitary gland, and other as yet unidentified mechanisms.16
Red clover, soy and flax extracts have been shown to have a significant oestrogenic effect in animals and humans. Whether these effects translate into real clinical benefits for reducing hot flashes and protecting bone density remains to be proven with larger and better-designed clinical trials.17 The safety of regular long-term genistein use also has been questioned, but appears to be safe if the dose is kept under 60mg/day.
Hormone regulators are herbs that contain diverse compounds that affect human hormone production by stimulating the pituitary gland or adrenal glands to produce more or less of hormones like oestrogen or progesterone, or regulate the levels of other hormones like luteinizing hormone, prolactin and follicle-stimulating hormone.
These herbs do not contain compounds that act directly on the body?s cells like oestrogen or testosterone, inducing nuclear expression of DNA to produce proteins; rather, their effect on the body?s cells is indirect. The most credible and successful products — vitex and black cohosh — fall into this category. 

Summary of herbal effectiveness

Strong history of use and published scientific proof
Black cohosh: Warms and stimulates the uterus, relieves pain; relieves hot flashes, regulates oestrogen.
Vitex: Regulates synthesis of sex hormones; helps relieve hormone-related symptoms.
Ginseng: Red Chinese and Korean ginseng are used traditionally to support sex hormone production in men and women over 40; hormone-like effect noted in animal studies, questionable in humans (Murphy, et al, 1998).
Hops strobiles: Beer brewed with hops has a demonstrated but weak oestrogenic effect (Chadwick, et al, 2004). Hops is starting to get some interest for product development, although some wild claims have little science to back it up.
Saw palmetto: Strengthens genito-urinary tract, relieves inflammation; primarily used in products to relieve symptoms like frequent, difficult urination or benign prostatic hyperplasia in men; good scientific support (Boyle, et al, 2004).
Strong history of use, but no published science
Blue cohosh: Nourishing, mildly stimulant uterine tonic; relieves pain; concerns recently about toxicity to the fetus has limited its traditional use for promoting birth.
Dandelion: Promotes milk flow, clears the liver; favourite ingredient in many formulas; little scientific evidence for effectiveness.
Partridge berry: Traditionally used to stimulate uterine contractions and help induce labour; used by traditional herbalists.
False unicorn: Contains phytosterols and is used as a uterine and menstrual regulator; conservation and over-harvesting concerns.
Beth: Contains phytosterols and is used as a uterine-regulating and parturition herb; limited number of products available.
Red raspberry: Taken during pregnancy to gently increase tone of uterus and facilitate birthing; popular as a pregnancy tea.
Fennel: Traditionally used to stimulate mother?s milk (galactagogue); some evidence of oestrogenic effects, but few products.
Poor history of use, and no published science
Wild yam to reduce cramps.
Dong quai to nourish the blood, improving the health of female reproductive organs.
Cramp bark to relieve cramps.
Sarsaparilla to ?purify blood? and increase excretion of nitrogenous waste products from the urine. Contains diosgenin, which has no proven hormonal effect in humans.
I ingat nak beli supplement Vitex. Tapi takut tak de kesan sebab baru nak start consume. Usually herbs ni take long time juga kan baru nampak kesan.

Link 1: http://www.medicines.org.uk/emc/medicine/6434/spc
Link 2: http://www.medicines.org.uk/guides/estradiol%20valerate/Hormone%20replacement%20therapy
Link 3: http://newhope360.com/botanicals/natural-oestrogen-alternatives

Enjoy reading....

Ate' logo

Cycle 1: TVS3

Alhamdulillah dah selesai TVS kali ke-3 pada hari ni (8/1/2014). Sampai hosp dalam 9 lebih dan selesai urusan dalam 11 lebih. Lebih kurang 2 jam je.

I dapat turn ke 9 masuk bilik scan. Masa datang turn patient no. 6. Kali ni pegawai yang scan orang lain dan I tak pernah nampak dia. Orangnya ramah. Scan kali ni lebih sakit berbanding sebelum2 ni. Sakit di bahagian pinggang. Macam senggugut tu..

Pegawai tu cakap telur2 growing. Happy I dengar. Lepas selesai macam biasa kena bawa borang scan ke meja nurse. Agak terkejut tengok saiz telur. I siap tanya kat pegawai yang scan tu betul ke saiz telur ni. Nampak tak kedunguan di situ. Sah2 la betul dah kerja dia kan, tak kan dia nak tulis yang tak betul. Adeh... Dia angguk and cakap "Betullah tu saiz tu. 32mm x 30mm". Segera I angguk tanda faham.

Alhamdulillah setakat hari ni ada 4 biji telur yang besar ready untuk disenyawakan. 2 dari ovary kanan, dan 2 dari ovary kiri. Saiz telur adalah seperti berikut:

Right ovary:
1. 32x30
2. 27x23
3. 17x16
4. 17x12
5. 15x10
6. 14x14
7. 11x10

Left ovary:
1. 24x18
2. 19x18
3. 14x11
4. 12x12
5. 11x9
6. 10x8

Lepas nurse tunjuk kat Dr result TVS, Dr decide supaya IUI dijalankan pada Jumaat ni (10/1/2014). I kena cucuk Pregnyl 10,000 IU malam ni antara 7-8 malam. I tanya nurse nanti IUI kena tahan kencing ke. Dia cakap rahim RU tak perlu tahan kencing. Kita galakkan patient RU buang air kencing, kosongkan pundi. Jika rahim AR baru kita nak dia penuhkan pundi. Syukur tak perlu tahan kencing. I dah la kerap kencing hehe.

Masa balik OTW ke kereta DH tanya I, "Hati sayang berbunga2 tak?Hati Abi berbunga2 tapi sebenarnya Abi takut"
I senyum je. I merasakan perkara yang sama juga. Gembira dah usaha sehingga tahap ni. Takut jika tidak boleh menerima kenyataan sekiranya tidak berjaya.
"Abi takut apa?"
"Takut tak jadi..."
I pun takut. I sebolehnya nak nampak tenang depan dia seolah2 I tak risaukan apa2.
"Tak apalah Abi. Kita dah usaha. Korbankan duit, masa dan tenaga kita. Kalau tak berjaya pun kita kena redha dan usaha lagi"
DH diam. Dia genggam erat tangan I.

Betul kata kawan2 TTC semua, kita dah berusaha dan berdoa. Seterusnya kita kena tawakal. Bermaksud berserah kepada ketentuan Allah dan menerima dengan redha apa pun kesudahannya. Tak kira banyak mana telur yang kita ada, sehebat mana perenang2 suami kita yang menentukan adalah Allah s.w.t. Hendaklah kita yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita. Mudah2an IUI kali ni berjaya. Tak dapat kembar, 1 pun dah baik sangat.

And...one of my friend told me...Besides yakin dan pandang baik dengan perancangan Allah, I must be ready for the worst supaya tak rasa hampa nanti. Perkara ni yang I kena pesan banyak2 kali pada diri sendiri. I ni lemah orangnya. I takut I jadi macam dulu tersungkur tidak boleh menerima kenyataan bahawa I sukar hamil secara normal macam wanita lain maka I tidak yakin dengan Tuhan. Nauzubillah.. Syukur lepas pergi berubat dan diberi air untuk mandi dan minum I berjaya berubah. Alhamdulillah syukur sangat. Mudah-mudahan berkekalan dan I tak jadi macam tu lagi sekiranya usaha kali ni bertemu kegagalan. Harap kawan2 turut bagi sokongan pada I.

Kos hari ini:
Pregnyl 10000 IU RM83

Tuesday 7 January 2014

Pengambilan ubat tanpa arahan Dr

I nak tanya pendapat kawan-kawan semua...
Bolehkah kita ambil ubat tanpa arahan Dr?
Macam kes yang I alami sekarang ni adalah dinding rahim yang nipis kurang sesuai untuk penempelan telur. Boleh juga menyebabkan keguguran.
So lepas google tadi I jumpa satu blog yang Gynea dia prescribe ubat PROGYNOVA 1mg untuk tebalkan dinding rahim dia. Kes dia sama macam I dinding rahim nipis.
Bolehkah I ambil inisiatif sendiri pergi beli ubat ni dimana2 klinik atau farmasi?
Sebenarnya tak ada kekuatan pun nak buat macam tu sebab memandai2 je kan nak consume ubat tambahan. Nanti jadi apa2 macam mana. Sendiri tanggung la. But, I still nak tebalkan dinding rahim ni cuma tak tahu macam mana....

Until yesterday, CD10, ET was 7.3mm. Supposed it should be 8mm. During IUI, ET should be 10mm. That is the best thickness for penempelan telur.

I keep praying supaya dinding rahim cantik untuk IUI nanti. Itu je yang I boleh buat sekarang ni. Kawan2 kalau tahu cara nak tebalkan dinding rahim please share with me.

Ate' logo

Monday 6 January 2014

Cycle 1: TVS 2

Scan kali ke-2 dibuat pada CD10 iaitu pada hari ni (6/1/2014). Sampai hosp lewat sikit jadi dapat giliran scan no. 11.
Alhamdulillah nak tunggu sampai giliran tu tak de la lama. 
Dan saya jumpa seorang patient yang sama masa first scan aritu. She is Indian. Nak buat IUI juga. I rasa dia pun dah cam I sebab nampak je I terus sengih. Ovary sebelah kirinya ada cyst. I ternampak borang dia kat meja nurse. Huhu baru I tahu masa TVS pun boleh cek kewujudan ketumbuhan selain tgk ovum.
Masa 1st scan haritu I was wondering about the ovum size. Sesuai ke saiz yang I ada tu pada CD7. Tapi mulut ni berat je nak tanya kat nurse. Later masa kat meja nurse, datang sorang Dr Perempuan ni panggil patient dia. Patient dia ni wat TVS after I. I duk kat meja tu pasang telinga sekali la dan I boleh nampak borang patient tu atas meja. Dr tu cakap telur dia kecil2. That lady cakap 'tak pelah Dr, baru CD7 kan'
'Patutnya dah ada yg saiz 12mm. Yg sebelah kiri ni lagi kecil2.hmm mcm tak de harapan je'
I yang duduk depan Dr tu terkedu dengar dia cakap mcm tu. Hmm rasa macam dia x menjaga perasaan patient lak. Tapi dah kerja dia sebagai Dr mmg dia kena bgtau patient kan. Cuma ayat dia tu cam x kena je. Patient ru pun senyap terus. Kesian dia. Pada situ juga la I dapat tahu at CD7 sebaik2nya saiz telur 12mm. Cepat2 I pandang kat borang syukur ada 1 telur saiz 12mm. Both of us disuruh beli Puregon. Masa tu I tak terfikir kenapa I kena inject Puregon ni. And I tak tanya pun kenapa perlu ambil med tu.
Hari ni lepas scan, nurse hantar kat Dr tengok result 2nd TVS. I expect I tak perlu cucuk Puregon lagi but nurse inform Dr suruh I ambil Puregon sampai hari Rabu ni. Then I tanya nurse kenapa I kena inject Puregon ni. Terkejut nurse I tanya macam tu.
"Kita nak bagi telur awak banyak la"
"Telur banyak2 nanti ada risiko dpt OHSS kan"
"Eh OHSS tu lagi banyak telur sampai tak muat tulis dalam borang ni. Ni kira tak banyak la ni"
Tergelak I dia jawab macam tu. But I lega bila dia bgtau cmtu. Then dia bgtau kalau telur dah saiz 18mmx20mm tu dah cantik la untuk IUI. Then i tanya..
"Nurse, ET ni apa ye?" sambil tunjuk kat borang.
"Ni ketebalan dinding rahim"
"Oh, ok ke ketebalan rahim saya ni?"
"Sepatutnya CD10 ni 8mm. Awak punya nipis sikit. 7.3mm"
"Hmmm ye ke..."
"Cycle period awak panjang kan.. Cycle panjang selalunya rahim lambat sikit tebal. Tak pe nanti kita tengok lagi Rabu ni. Dinding rahim kena cukup tebal barulah sesuai untuk telur menempel"
"Ok, terima kasih ya"
Adeh, dinding rahim tak cun lah pulak. Ada ke apa2 yang I boleh consume untuk cantikkan ketebalan dinding rahim. Adakah ni effect Clomid pada I?
Huhu risaulah pulak.
Berikut saiz ovum2 yang ada setakat ni:
Right ovary:
1. 18×15
2. 18×14
3. 13×12 (2 biji)
4. 10×9
5. 9×8
Left ovary:
1. 16×13
2. 13×10
3. 10×8
4. 9×8
5. 7×6 (2 biji)
Mohon kawan2 juga doakan I punyai cukup telur yang matang dan dinding rahim yang sempurna untuk IUI kali ni. Doakan juga sperm DH berada dalam keadaan tip top. Doakan IUI ni berjaya bantu kami pregnant.

Kos hari ni:
Puregon 300IU RM388

Saturday 4 January 2014

Cycle 1: TVS 1

Back dated entry

TVS pertama dibuat pada CD7 iaitu hari ni (3hb Januari 2014). Kami sampai hosp. awal sikit daripada biasa.

I dapat giliran ke-4 untuk scan. Berikut progres telur2 yang ada. I pun tak tahu adakah saiz tersebut sesuai dengan CD7 atau sepatutnya lebih besar. Cuba jugak baca Sizuka & L punya entry TVS tapi tak jumpa maklumat yang dicari. Mr. Google, info please....

Right ovary:
1. 11×9
2. 12×9
3. 10×8
4. 8×6
5. 9×7
6. 7×6 (3 biji)

Left ovary:
1. 11×11
2. 11×9
3. 9×9
4. 7×7
5. 6×6 (2 biji)

Lepas dah scan kami pergi beli ubat Puregon. Kena cucuk bermula hari ni hingga Isnin depan (4 hari: CD7-CDCD10). Pen dan box kami sewa masing2 rm100. Hopefully dapat duit balik lepas pulangkan barang2 tu. DH wat praktikal cucuk perut I kat hospital tadi lepas nurse bagi tunjuk ajar. Lepas cucuk perut I dia sengih je. Amboi2, seronok ya Abi...

Cost for today:
Follicular scan RM50
Puregon 300 iu RM388
Box RM100
Pen puregon RM100
Jumlah: RM638

Mudah-mudahan telur membesar dengan baik dan sempurna. Doakan kami ye kawan2.

OTW balik tayar kereta bocor lak. Nasib baik tak jauh dah nak ke kedai tayar. Alhamdulillah tampal je tak perlu ganti tayar baru.

Ate' logo