How are you dear friends...
Lets talk about fertility...leave the infertility...
Saya ada terperasan satu perkara iaitu kebanyakan pasangan yang TCC ni dikurniakan zuriat within three years and after three years of marriage. Well not so long right? Take it as a good news dear. Dan saya perasan ada di antara TTC couples who manage to concieve are couples who stop deeply thinking/seriously focusing on having child as soon as they could. These couples went for vacations/honeymoons, make themselve busy with the family/friends events, join classes like kelas agama, kelas memasak, kelas kraf, kelas macam-macam kelas, gym, yoga, thus having a lot of interaction with other people who can make them feel happier. No longer tied up with medical treatment. Stop seeing doctors and so on. Oleh itu, secara tak langsung lupa sekejap atau dengan kata lain tidak terlalu memikirkan masalah belum dapat anak. Tup tup je +ve you all. Tengok bagaimana Allah bagi rezeki. Waktu kita tidak menduga tapi bukanlah waktu kita putus asa. Allah pandang semua usaha kita tu. Allah tahu bila nak beri. Allah Maha Mengetahui. Baru-baru ni pun ada kawan kita cakap tentang Kun Fa Ya Kun. Semua tu betul. Dan kawan-kawan kita yang 'tup tup +ve' ni adalah bukti kebesaran Allah s.w.t, bukti Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui. Syukur Allahamdulillah...Tahniah kepada kawan2 TTC yang dah berjaya...
Jom tingkatkan kesuburan nak tak? I don't know how but I think they are few things could help us increase our fertility... How to get pregnant? Its not all about BD je terus pregnant...kalau tak kita bukan warga TTC dear...But its all about our body. Ketahui tubuh badan kita sendiri. Untuk mengandung bukan bahagian rahim, ovari, dan faraj kita sahaja yang perlu sihat tapi keseluruhan tubuh kita termasuk minda kita...
Jom tukar fokus kita...buat affirmation macam yang B&C post dapat blog beliau...macam yang Jay Farhana praktik kepada diri beliau. BE POSITIVE. Always tell ourselve that we are healthy. Tell ourselve that our priority is our health and getting healthier. Tell ourselve that we will get pregnant. Tell ourselve that our ovaries can produce nice,beautiful, big and healthy ovum(s). Use our imagination on the process of fertilization by ovum(s) and sperms until they multiply become embrio and finally become a baby. Sebutkan zikir-zikir dan selawat bersama-sama dengan imaginasi tersebut. Once a while before go to sleep or after praying is a good time to do this. Stop thinking of infertility. Lets help our body to balance the hormones inside! Taking supplements is a very good step. Cuma perlu buat sedikit research on supplements you take supaya you know what you eat and you know what are the effects. Ada orang kata buat BBT bukan bagus sangat. Pada saya salah tu. BBT membantu kita sebenarnya terutama untuk memahami tubuh badan kita. Memahami kitaran haid kita. Kan peluang yang bagus tu untuk memahami dalaman diri sendiri. FYI, saya dah mula buat BBT...tak susah pun. Download je aplikasi FertilityFriend kat smartphone anda. Everytime wake up in the morning take your temperature and key in into the application. Then always let your husband updated with the temperature and the ovulation day... ^_^ jangan lupa suh husband makan telur separuh masak sekali.
Next, lets reduce our stress. Haaa, mesti stress kan memikirkan masalah kita ni yang tak hamil-hamil lagi. Sabar..."Ish, asyik-asyik sabar je. Dah 4 tahun sabar ni. Awak tak tahu apa saya rasa" Jangan macam tu kawan-kawan. Istighfar banyak-banyak. Sebenarnya, daripada sabar itulah datangnya kekuatan. Dah 4 tahun sabar tapi kita masih lemah maknanya cukup sabarkah diri kita ni? Lebih baik sabar kita tu kita kepilkan sekali dengan aktivit-aktiviti yang mengurangkan stress. Stress memang banyak effect kat tubuh badan maka boleh menyebabkan macam-macam penyakit dan hormon pun jadi tak seimbang tau. So, kesuburan pun terganggu. Oleh itu apa nak buat untuk kurangkan stress?? Senang aja...buat apa saja yang anda suka...Asalkan suka kuranglah stress. Macam saya, saya suka memerap kat suami. Hehehe...Saya suka luangkan masa dengan suami. Apa sahaja aktiviti yang suami nak buat saya nak buat sama contohnya memancing, ronda-ronda tengok barang kereta, tengok bola dan sebagainya. Contoh saya bagi tak berapa best sangat tapi tengoklah contoh kawan-kawan TTC kita yang dah berjaya. As I mentioned in first paragraph sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kita berinteraksi dengan orang lain tapi tak serabutkan kepala kita contohnya pergi bercuti, pergi berjalan-jalan, pergi shopping, pergi melawat saudara mara, pergi kelas agama, kelas menari dan buat apa sahaja yang kita suka.
Bila kita sabar dan kita tahu cara mengurangkan stress secara tak langsung hidup kita lebih sihat dan kita jadi wanita yang lebih positif, lebih kuat. Apa jua cabaran dan dugaan kita boleh hadapi kerana kita tahu Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. So, be proud of yourselve...
Yang ke-3, jom tukar cara pemakanan kita...terus terang saya beritahu saya ni manusia yang paling suka makan fast food. Hey, I don't care (once upon a time lah)... Saya ni jenis bagilah apa saja saya boleh makan. Maksudnya saya jenis tak kisah makanan itu memberi kemudaratan atau tidak sebab saya memang tak ambil tahu. Memang sedih mengingatkan balik habit saya tu. Itu dulu semasa zaman saya remaja zaman saya pelajar zaman saya belum berkahwin zaman sebelum saya TTC. 24 tahun hidup dengan makan apa sahaja tanpa ambil kisah kemudaratan di kemudian hari. Jika saya suka makan sesuatu saya akan makan itu sahaja sampai saya sakit baru saya stop. Akibatnya sekarang umur baru 25 tahun saya dah tak boleh makan maggie, asam, dan makanan pedas. Fast food yang dulu saya rasa macam heaven sekarang rasa burger buat sendiri lagi sejuta kali sedap. Haru dibuatnya. Oleh itu, sebagai TTCians kita PERLU BANYAK makan avocados, grains, sayur-sayuran, minyak kesihatan (VCO, Sesame oil, olive oil, fish oil) dan MESTI ELAK makan makanan yang di proses, kafien, alcohol, minuman berkarbonat dan refined sugar. Amatlah baik jika kita boleh beli sayuran segar dan sumber protien yang segar sendiri dan masak di rumah. Buat avocado smoothie atau red dates smoothie sebagai minuman. Nyummy. Boleh kan...kita cuba sama-sama.
Seterusnya adalah excercise...bukan senaman biasa-biasa tapi senaman yang konsisten. Bak kata Dr Hamid Arshad, kita orang perempuan ni kene buat senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit! Senaman ni boleh dalam macam-macam rupa atau macam-macam gaya. BD pun senaman jugak kan? ha mati la hari-hari wat senaman tu je. Senang aja kalau malas nak ke gym buat aja kat rumah. Kalau ada CD atau DVD senaman pasang dan follow. Kalau malas juga reka lah senaman sendiri. Lompat bintang, lari setempat, sit up, angkat dumbell, jogging, berjalan atau buat apa jua jenis senaman yang sesuai untuk diri kita bagi membakar lemak. Bagus tau bakar lemak sebab boleh tingkatkan tahap kesuburan. Hormon-hormon estrogen banyak tersimpan dalam sel lemak. Bila sel lemak kita terbakar lebih banyaklah hormon estrogen dilepaskan so lebih besar peluang untuk kita concieve. Kalau tak rasa nak marah je kan Dr Hamid bila minta nasihat je mesti suruh excercise. Sekarang bila dah faham kenalah buat sebab its good for our body...Chaiyok2!
Yeay, akhir sekali adalah perkara paling tak boleh diketepikan adalah BERDOA dan ENJOY YOUR LIFE. Kehidupan yang kita ada ini adalah satu anugerah daripada Allah s.w.t. Sentiasalah kita bersyukur dan menghargainya terutama orang yang paling rapat dengan kita iaitu suami, ibu bapa, dan adik beradik. Sentiasalah kita memanjatkan doa. Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab. Meminta-mintalah. Merayu-rayulah. Menangis-nangislah. Bersungguh-sungguh dalam berdoa. Ramai kawan-kawan kita yang berjaya concieve ni ada amalan dan bacaan doa yang mereka buat dengan konsisten dan ikhlas. Ada yang baca doa Nabi Zakaria, ada yang baca ayat dari surah Ali' Imran ayat 38, ada yang baca doa Nabi Ibrahim dan sebagainya. Semuanya membawa maksud yang hampir sama iaitu memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan zuriat. Jom kawan-kawan kita dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perlahan-lahan tak apa asalkan Allah pandang. Jangan kisah apa orang cakap. Lakukan puasa sunat, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat dhuha, bersedekah, berzikir, bangun malam merayu merintih pada Allah s.w.t in shaa Allah ada rezeki kita. Saya pun masih bertatih. Saya tak kata saya dah buat semua tu. Saya ni baru nak mula. Baru nak ajak suami buat sama-sama. Memang bukan senang tapi kita mesti cuba. Perlahan-lahan...Ini link blog Dr Hamid Arshat yang ada doa-doa yang boleh kita amalkan.
Hati yang resah pasti tenang dengan mengingati Allah s.w.t..
you wrote a very good entry here atie :) thanks for quoting me back, i pun ikot ape yg disarankan oleh most fertility websites. mmg dulu pikir blk, its hard to Be Positive. sbb kite akan slalu down bile dpt -ve, bile kwn2 pgnant, tapi once we know HOW to be positive, insyallah boleh improve fertility.
ReplyDeletejoin activity2 luar tu bagus. tahun 2011 i byk join activity2 charity. sekaligos dpt buat i lupe psl TTC sbb byk lagi insan lain yg berganda2 kali susah dari i. dan sekaligos buat kite bersyukur. masa tu kite lebih2 akan positive sbb kite tau kite ni sbenanye masih beruntung, diuji TTC saje, orglain diuji pelbagai rupa yg kite sendri pun belum tentu sanggup nak hadapi.
about avocados tu dont eat too much tau. once a day dah cukup :) ada yg i baca kalau makan byk2 dlm sehari badan cepat naik pula :P sehari sebiji is enough for fertility :)
good luck atie! moga2 kawan2 TTC yg lain akan dpt manfaat dari ur entry ni :) moga2 taklame lagi Atie akan ada rezeki zuriat sendri :)
atie i replied ur comment from my blog thru email ya.nnt check ur email.
ReplyDeletealamak sori dear i replied thru email tapi email bounced back. can u give me ur correct email address or u can email me at jayfarhana at gmail dot com
ReplyDeletesorry I lupa nak bagi the correct email address. it's syukrienas87@gmail.com
Delete