Monday, 8 October 2012

Workout 1: Umpama badak naik treadmill

Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua...Saya spend a lot of time untuk design this simple blog. Tak bersemangat nak update kalau blog ni tak cantik di mata saya. Ok, today i would like to share my first workout with FF (1/10/12 yang lalu). Perasaan saya gementar masa tu. Al  maklumlah x pernah ke gym atau mana-mana tempat bersenam indoor mcm FF tu. Satu alat pun saya xtahu guna. Malah nama alat pun saya sengal-sengal ubi tak tahu nama kecuali treadmill hehe.

Ok on my first day, i asked a female trainer to give me an introduction about all equipments for cardio excercises. Tanpa warm up saya dengan bersemangatnya start workout using treadmill. Lepas 15 minit saya stop. Saya rasa sangat pening dan badan terhuyung-hayang. Semua benda di sekeliling saya nampak berpusing-pusing. Kaki pulak rasa tak jejak lantai.Alamak masa tu ingat nak tumbang je. Saya pegang handle treadmill tu kuat-kuat and slowly turun. I went to drinks corner and take a glass of warm skyjuice. Saya rehat 5 minit sebelum sambung lagi.

Speed:4.5-5 km/hr
Duration: 15 mins je
Kilometer: 1 km ++
Kalori yang terbakar: 100++

Selepas tu saya guna Step machine (sama macam kita naik tangga). Alat ni akan calculate berapa tingkat bangunan kita naik. Saya tak kisah sangat tentang tu sbb saya lebih concern tentang tempoh saya workout. Saya set machine untuk 15 minit workout. Waahhh memang best...saya suka alat ni. Banyak peluh saya keluar, even kaki pun tak rasa sakit macam guna treadmill. Saya rasa alat ni lebih sesuai dengan saya.

Difficulty level: 3.3 je (paling rendah hikhik)
Tingkat berapa: saya tak notice
Masa: 15 minit je
Kalori yang terbakar: saya lupa nak tengok

Next, saya masuk aerobic class. Ada step dance. Huhu difficult dance ever. Tak ada satu step pun yang saya boleh ikut. Disebabkan saya, coach ulang kali mengajar step dari mula. Orang lain dah terror nampak senang je diorang buat. About 15 minutes i tried to catch up but end up with failure. Tension punya pasal, i just leave the class and terus ke locker. Pakai towel dan masuk bilik sauna. 15 minit kat dalam tu. Hidung rasa nak terbakar. Panas betul. Then only, i took a shower before balik rumah. Senang balik terus boleh rehat. Hubby cium pun bau tak busuk..hehehe

Equipment lain yang saya nak cuba guna adalah basikal tapi masih x berkesempatan. Ramai sangat orang. Awal-awal diorang dah cop basikal tu. Saya sampai pun da lambat..mmg tak sempat nak cop awal-awal.

Saya boleh pergi workout only after habis kerja selepas hubby balik kerja. Saya ambil dia di komuter. Dia kerja di KL. Jauh... Dari komuter hubby antar ke FF. Lebih kurang 8.30 malam jugak baru saya boleh mula workout. Lambat kan...

Mama saya pesan supaya pergi workout hari-hari tapi 1 jam sahaja setiap kali pergi. I asked her why? Mama cakap "sebab awak tu isteri. Awak ada tanggungjawab di rumah"
Saya faham maksud dia tapi lepas kejadian tu, dan atas nasihat Dr, kami memang jarang TTC naturally walaupun saya tahu ianya adalah salah satu tanggungjawab saya. Saya cuma nak bagi ruang pada diri sendiri. Seriously, saya tak nak beriya-iya berusaha dah.

Satu lagi kebaikan yang rasa dpt selepas join FF ni, tidur saya lena dan cukup. I feel fresh and happier when woke up in the morning :)

Status berat: 84.4 kg (29/9/2012)...Masa 1st day workout tak timbang berat. Tak sempat.

Ok, setakat ini saja

ate' logo (jumpa lagi)



No comments:

Post a Comment