Wednesday 22 July 2015

Selamat Hari Raya 2015 dan result UPT

Assalaualaikum...

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin

Especially kepada semua bloggers yang saya pernah tinggalkan komen di blog anda atau membalas komen anda di blog saya sendiri. Kot2 kata-kata saya mengguris hati dan perasaan korang. Kot2 saya ada menghasut. Kot2 saya ada bercakap hal di luar batas. Minta maaf ye semua.

Bulan syawal tahun ini agak sibuk. Angan-angan nak buat rumah terbuka macam x sempat je.
Weekend ni ada jemputan kahwin adik biras saya di PD. Berkampung la di sana nanti. Next week pula seorang lagi biras saya buat kenduri sempena kelahiran anak ke-2 beliau baby Dhia di Banting. Weekend yang sama ada jemputan kahwin di Klang dan saya dah mula masuk kelas Bahasa Jepun Shah Alam (setiap Sabtu). Keluarga mertua akan berkampung di rumah saya nanti. Pening juga kepala ni nak uruskan semua tu.

The following weekend (8&9 Ogos) je setakat ni free belum ada apa2 program kecuali kelas bahasa jepun. Syawal terakhir pada 15hb Ogos nanti saya dah outstation ke Perak attend conference. Mudahan Allah permudahkan segala urusan.

Last post saya ada share gambar result OPK test kan. Resultnya seperti negative cuma saya je berfikiran positif mengatakan pada CD19 itu ovulation occurred. Kemudian pada CD29 (2 hari sebelum raya) saya buat UPT test. Breast dah mula rasa sakit macam nak period. As expected, it turned out negative. Sebagai seorang yang sgt mengharap rezeki di bulan ramadhan ni saya rasa sangat sedih tapi pelik tak ada air mata yang keluar. Kesedihan itu seperti dirasai di dalam tubuh sahaja dan berakhir di dalam hati tak sampai ke mata. Cuma seketika. Ajaibnya...selalunya saya pasti menangis bila terlalu mengharap. Hebatnya kuasa Allah, tak mahu saya bersedih di hadapan ahli keluarga, kemudian dilenyapkan rasa sedih itu dengan mudah dan indah sekali.

Pada lewat petang raya pertama dah mula period. Sangat heavy pada raya ke 2 hingga ke-4. Nasib mama ada pad. Positif melampau punya pasal terlupa bawa pad balik kampung. Kelakar pulak bila diingatkan semula. Datangnya period hari pertama raya hari tu menjadikan cycle bulan ini 30 hari. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Ubat speman dah habis. Bulan ramadhan haritu cari sampai ke Sogo dah habis stock. Proxeed Plus pun belum beli lagi. Dulu RM180/box without GST. Sekarang tak tahu berapa harga. Supplement untuk wifey pun nak cari juga la. Asyik husband je makan ubat wife tak makan tak boleh juga kan.

Oklah itu aje.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
p/s: Kalau nak datang raya rumah saya di Bandar Putera 2, Klang. Email sy di syukrienas87@gmail.com. Habaq awai2 nak senang nak masak apa2 ke hihihi

Ate' logo!


My reference: Cycle period 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)














Tuesday 7 July 2015

Result OPK cycle Jun_July

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 20.

Petang ni akan masuk ramadhan ke-21. 10 days left. Cepatnya masa berlalu. Dan saya masih terkedek2 tak terkejar dek kepantasan hari-hari di bulan Ramadhan ini berlalu. 10 hari terakhir ni kena usaha lebih sikit untuk istiqamah. Mudahan Allah permudahkan dan beri kekuatan.

Bermula CD13 saya buat ujian untuk ovulation using OPK (the top). CD14 saya tak buat kerana lupa. Kemudian sambung CD15 sehingga CD20 (the bottom). Sayangnya saya tidak catit masa ujian dibuat. Cuma boleh dikatakan semua ujian dibuat selepas 11 pagi tetapi sebelum 6 petang.

Melihat pada gambar di bawah, tak ada result positif. Cuma pada CD19 saya mengalami ovulation pain di sebelah kiri bawah abdomen. Eggwhite pun memang banyak. Kalau tak silap, saya test masa nak solat Zohor lebih kurang pukul 1 lebih.

Saya share gambar ni di Kelab PCOS (ttc) Malaysia. Ada yang komen dapat line kabur juga tapi alhamdulillah berjaya mengandung. Jadi saya positifkan diri. Jika tak berjaya tak mengapa. Saya akan terus usaha lagi.

Kun fa ya kun. Allah kata jadi, maka jadilah ia. have faith in Allah s.w.t

Ate' logo