Friday, 4 December 2015

Aloha la sangat!

bosan sebenarnya nak cerita pasal period. Period lewat la, period awal la, tak period langsung la
Dah 3 tahun lebih kahwin..asyik la dengan masalah period. Bila la nak settle??

Like I mentioned in many previous entries, I ok lagi bila dapat UPT -ve. I know that belum tibanya rezeki mengandung. Tapi bila tak pregnant, tak pula datang period I memang risau. I know, period pun rezeki juga sama macam pregnancy tapi I tak boleh la. Bila jadi macam tu I susah nak plan for TTC. Period tak regular. Susah nak detect O day. Dan hormon badan I pun jadi tak stabil. Macam2 la emosi yang keluar. Jadi, I tak suka.

Bulan 11 ni expected to got AF at 29th Nov. Tapi until today tak mai2 lagi. So, today is CD 39. Paling lewat period datang tahun ni pada bulan September (CD37). Masa tu pun dah risau sangat2 sampai pergi berurut.
Malas nak fikir apa nak buat this cycle. Cek UPT -ve.

Layankan je lah.

Aloha!!


Friday, 6 November 2015

Pengajaran yang bonda kongsikan

Arini I call mama nak tanya khabar...

Seminggu jugak I tak call dia sejak dia terlanggar kereta orang minggu lepas.

Tak tahu la nak cakap sama ada I marah atau kecewa.

Sebenarnya macam ni...
Sebelum accident tu, mama kerap mengadu tak cukup duit. Bela orang tua which is my grandma banyak pakai duit. Adik-beradik dia jarang bagi duit. Kalau ada pun tak setiap bulan. Dia rasa terbeban sebab dia tak bekerja. Abang-abang dia tak nak jaga Opah. Dia bergantung harap daripada duit belanja yang kami anak-anak dia bagi. So dia kerap la mengadu duit tak cukup. Dan bila call je akan cakap pasal duit.

I sebagai anak sulung rasa susah hati juga macamana I nak tolong. Tapi I sendiri pun dah mati akal sebab belanja bulanan yang I bagi tu itu je yang I mampu bagi. Sebulan dua ni dia asyik mengadu tak cukup. Dan merungut hal-hal lain yang menyebabkan dia rasa tu antara punca dia tak cukup duit. Salah satunya kos bela orang tua la. Termasuk la kes adik-adik I yang kadang-kadang minta duit pada dia. Kes adik bawah I yang nak kahwin tapi tak ada duit simpanan. Bila pergi operasi asyik minta duit. I tahu dia tertekan.

Bila setiap kali I call isu duitlah yang dibangkitkan. I naik runsing pulak. Entah la. Most of the time I rasa duit yg ktorg bagi sepatutnya cukup tapi pelik kenapa mama asyik cakap dia tak cukup nak belanja. Jika dibandingkan dengan I, jatuh lebih kurang sama baki gaji yg I ada dengan jumlah yang mama dapat. Nauzubillah. I tahu tahu mcmana nak tenangkan mama. Macamana nak tolong dia. I cuma cakap, kakak boleh hold niat kakak nak buat treatment dan kakak boleh bagi pinjam duit simpanan kakak untuk bagi D kahwin. Dia lega. Dan dia pun cakap kat I kakak takyah la buat treatment dulu nanti lekat tak boleh lincah-lincah masa D kahwin. Lepas D kahwin kakak start la treatment.

Memang itu apa yang I cakap tapi bila mama respond macam tu entah kenapa I rasa sedih pula. I jadi geram kat adik I dia nak kahwin adik-beradik lain turut sama berkorban. Kalau dia tak ingat jasa kitaorang ni tak tahu la. Kereta D pun adik I yang sorang lagi tolong bayarkan. Dia cakap dia tak nak guna dah kereta tu dia bagi mama guna. Mama memang happy tapi mama tak ada income untuk byr bulan2. So adik yang tinggal sekali dengan I ni la tolong bayarkan. Dia kat sini pakai motor je.

Somehow, I rasa sedih. Kecewa pun ada. Tapi inilah yang dikatakan keluarga, kena berkorban bantu sama2 ahli keluarga.

Elok je lepas gaji minggu lepas, mama call bgtau dia langgar kereta orang. Alhamdulillah dia dan pemandu lagi sorang tu selamat. Kereta mama bawa okay tapi kereta yang dia langgar tu kemek pintu kereta. Mama susah hati. Cari tempat repair kos sampai 800. I pun jadi susah hati dan geram pun ada. I cakap kenapa la boleh accident. Duit tak berapa nak ada accident pulak. Kalau guna duit belanja kakak bagi ni nanti mama nak makan apa. Mama cakap benda nak jadi kak jangan persoalkan. Lain macam nada suara mama masa tu. Nak kata dia marah tak. Kecewa pun tak. Masa tu tak terfikir nak tanya.

Sesi perbualan telefon hari ini:

I: Assalamualaikum ma...apa kabo?
Mama: Wkmsalam...baik...hmmm...baru dengar suara kakak..
I: Hihi lama kakak tak call kan. Macamana kes langgar kereta aritu, dah settle ke?
Mama: Alhamdulillah dah settle dah
I: Berapa kena?
Mama: RM550. Baik budaknya kak. Bengkel sini mahal. Mama minta dia carikan bengkel lain. Kesian dia tu dah la mengandung dia sendiri susah payah pergi carikan bengkel yang murah sikit. Lakinya taknak menolong. Padahal kereta laki dia tu. Ada je duk kat umah. Perempuan tu keluar pagi petang baru balik rumah.
I: La, kenapa lakinya tak tolong? Tak kesian kat bini tengah mengandung ke...
Mama: Entah la..Mama hadiahkan dia set baby. Seronok dia. Dia cakap dia memang nak cari kain nak buat bantal baby. Dia tengok mama bagi seronok sangat dia
I: Hihi baiknya mama...
Mama: Ada hikmahnya benda ni jadi kak (lain nada suara mama masa ni..)
I: Kenapa ma? Mungkin sebab Allah nak sucikan rezeki kot
Mama: Mama ni kuat merungut. Asyik cakap tak de duit. Cakap duit tak cukup. Bela orang tua banyak pakai duit. Satu hari ada kawan mama datang rumah pesan kt mama jangan merungut. Bela orang tua ni tak boleh merungut. Kawan mama tu belajar sampai Tingkatan 6 lepas tu kerja. Daripada belajar dia dah bela orang tua dia, cari duit untuk orang tua dia tapi dia tak pernah merungut. Banyak kali dia pesan kat mama. Mama rasa insaf. Esoknya mama solat taubat. Menyesal dengan perbuatan mama. Hari yang sama mama solat taubat tu Allah uji mama sama ada mama ni betul-betul bertaubat ke tak. Mama terlanggar kereta orang. Masa terjadi tu mama diam je tak merungut. Mama takut. Sekarang ni mama tak berani nak merungut apa-apa.
I: hmm..ye ke...kakak perasan juga ma tiap kali kakak call mama asyik cakap pasal duit je (nada kesian)
Mama: Tu la...lepas ni tak nak merungut dah. Banyak berdoa je. Bela orang tua ni tak papa kedana. Ada je rezeki Allah nak bagi.
I: Ma, D kahwin bila?
Mama: Hujung bulan 5 2016
I: Oh, hujung bulan. Kakak igt awal bulan 5
Mama: Mama ingat tak jadi nak pinjam duit kamu. Mama nak buat pinjaman amanah ikhtiar.
I: Ma, yang sekarang pun belum habis byr lagi mama nak buat pinjaman baru? Tak payah la ma. Nanti tiap2 minggu nak bayar dengan apa.
Mama: Hmm...mama ingat macam ni lah. D sekarang pergi operasi kat Sabah. Bulan 2 baru balik. Dapat la menyimpan dia tak banyak guna duit time operasi ni. Bulan 12 ni bertunang bagi 4k dulu. Nanti bulan 3 bagi lagi 4K. Bulan 4 bagi 2K lagi. Bagi sikit-sikit.
I: Cukup ke ma lau bergantung pada duit gaji dia je?
Mama: Cukup...berdoa je. Mama doakan dia supaya dipermudahkan kumpul duit nak kahwin ni. Kita tak boleh merungut duit cukup ke tak. In shaa Allah cukup. Ada rezekinya tu.
I: Hm, ye lah..in shaa Allah
Mama: Kak, kamu nak buat treatment buatlah. Mama tak nak halang. Sebelum ni memang mama halang. Takut tak cukup duit D nak kahwin mama nak pinjam duit kamu. Tapi tak pe lah kak, ada rezekinya tu nanti. Kamu buat je la treatment tu.
I: (I was surprise and yet I rasa tak happy. Feels sorry for her.) Betul ke ni ma?
Mama: Betul...
I: Nantilah kakak bincang dengan Bob
Mama: Ok lah kak. Itu je la. Assalamualaikum
I: Waalaikumsalam

Mama anggap apa yang jadi pada dia suatu pengajaran. I juga anggap ia sebagai satu pengajaran.

Moral of the story, janganlah kita asyik merungut dengan rezeki yang Allah beri pada kita.
Bila jadi macam ni, I teringat perbuatan I kadang-kadang merungut kenapa la susah sangat kehidupan kerjaya I. Kenapa la I susah sangat nak dapat anak. Kenapalah...dan kenapa lah...

Sebenarnya, kita tak perlu over thinking about that. Cukuplah kita sekadar teruskan usaha dan berdoa. Tak perlu sentiasa memikirkannya, merungut, membuat spekulasi sendiri da akhirnya menyebabkan diri sendiri stress.

Ada 3 jenis sabar:

1. Sabar dalam menghadapi dugaan Allah s.w.t
Maksudnya kita tak merungut, tak berkeluh kesah, tak mengadu pada orang, tak bercerita pada orang sebelum mengadu pada Allah s.w.t.
2. Sabar dalam menjalani perintah Allah s.w.t
Maksudnya sabar dalam melaksanakan ibadah solat 5 waktu, ibadah puasa dan lain2
3. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t
Maksudnya sabar dan kuatkan iman dalam meninggalkan perbuatan jahat

Oklah itu saje.

Ate' logo




Friday, 30 October 2015

Bilangan hari AF saya yang singkat

I perasan bilangan hari AF I tak lama. Kebiasaannya bilangan hari darah merah cuma 3-4 hari sahaja. Jarang period 5 hari dan ke atas kecuali bulan Ramadhan. Selalunya lebih 4 hari.
Tak seperti kebanyakaan wanita lain especially kawan-kawan I masa zaman student dulu tiap bulan period sampai 5-7 hari.

Dulu-dulu tak faham kenapa berbeza sangat I punya dengan diorg punya period.

Now, I slowly understand my body.

Masa buat IUI dulu I dapat tahu uterus lining I ni cukup-cukup makan je. Jenis tak cepat tebal. Masa tu masih tak dapat kaitkan dengan tempoh period I yang singkat. CD10 baru 7.3 mm. Sepatutnya CD10 uterus lining 8.0 mm.

Then bila buat OPK untuk detect hari subur I found out I ni jenis lambat ovulate. Dan kebiasaannya, jika tak berjaya pregnant AF will come selepas 14 hari kita ovulate (lutheal phase). Itu kebiasaan kepada ramai wanita di luar sana tapi bukan wanita yang buat post ni. Period I datang lebih awal like 12-13 hari selepas ovulation. My lutheal phase lebih singkat. Jadi bila dikaitkan dengan pengalaman masa buat IUI dulu maknanya masa I period, dinding rahim I taklah tebal mana. Sebab tu bilangan hari period pun tak lama.

Perhatian: Semua ini adalah pemahaman dan assumption yang saya buat pada diri saya seorang. Lain orang lain situasinya. Jadi jangan ambil bulat-bulat dan samakan situasi anda dengan situasi saya.

OPK Cycle Jun-July- NEGATIVE: Not Ovulate

OPK Cycle Sep_Oct- POSITIVE: Ovulate CD20

Cycle Sept_Oct: AF came after 12 DPO: NOT PREGNANT

Okay setakat itu saje perkongsian tentang diri saya.


Ate' logo!

p/s: Misi mencari termometer BBT yang dah lama menghilang sejak pindah rumah. Rasa nak buat semula. Cik termo awak kat mana? awak kat mana?

Wednesday, 28 October 2015

Satu pantang yang aku mesti buat semasa period

Seperti yang dijangkakan, usaha bulan ni berakhir dengan AF.
Datang tepat seperti prediction dalam apps.
Cycle bulan ini 32 hari.

Ada satu pantang yang I kene buat setiap kali period iaitu avoid makan aiskrim, minum air sejuk dan air ais. Tidur pun tak boleh sejuk-sejuk. Pelik kan tapi itulah hakikatnya. Bila I period, husband sengsara tak dapat tidur macam selalu. Air-cond tak boleh pasang. Kipas pun tak boleh pasang laju. Cukup sekadar dapat rasa pergerakan udara sahaja. Bau minyak angin cap yuyi semerbak satu bilik.

Kalau makan aiskrim or minum air berais juga I akan diserang sakit senggugut dan sakit pinggang yang teramat. Sampai terguling-guling.

Nak cerita malam semalam CD1 I makan aiskrim tutti fruitti. Kononnya nak pujuk hati sebab usaha bulan ni gagal. Dan sebenarnya dah tahu dah akan dapat sakit tapi disebabkan aiskrim tu aiskrim tutti fruitti I belasah jugak. Pukul 1.20 pagi tersedar daripada tidur tiba2 sakit kat ari-ari dan pinggang yang teramat. Adoi, sakit sungguh. Tak boleh tidur sampailah pukul 3 lebih. Duduk sakit, baring sakit, meniarap sakit, sujud sakit. Seksa betul dalam tempoh hampir 2 jam tu. Merengek2 kesakitan. Husband pula tak ada pergi kursus. Memang mengesal betul. Lepas ni jangan la sesekali makan benda sejuk. Tak sanggup menanggung kesakitan tu. Minyak panas yuyi tu pun tak dapat membantu.

Korang macam mana? Ada benda kena pantang makan or minum masa period?

Cycle period up to Oct 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)
SEPT: 25/9/2015 - 28/9/2015 (4 days) (cycle length: 36 days)
OCT: 27/10/2015- today (X days) (cycle length: 32 days)

Ate' logo

Monday, 26 October 2015

A lil update

Due period esok.
Feeling nervous.
Hati kuat menyatakan usaha tradisional kali ni tak membuahkan hasil.
Perut dah mula terasa macam nak period.
Dalam masa sama mengharap juga.

Dari DPO5 dah test UPT. Awalkan.
Ada sebab test awal.
Terasa perubahan pada diri sendiri.
Breast sakit dari O day berlarutan sampai DPO 8.
Tidur malam terasa panas walaupun dalam aircond.
Boleh terjaga malam sebab panas dan terpaksa buka baju baru boleh tidur.
Terasa agak pelik.
Jadi DPO5 I cek UPT. Resultnya -ve. Lepas 1 jam nampak T line naik. I believe it was an evap line. DPO6 cuba lagi, I got the same result tapi lebih samar berbanding hari sebelumnya.
DPO9 cuba lagi then only C line sahaja naik.

If pregnant, supposed the T line become clearer but that was not what happened. So faham-faham sendiri je la. Apa yg dialami tu semua kerja hormon semata-mata.

Last weekends saya ikut husband and all his siblings pergi Melaka ada kenduri kahwin sepupu dia. Sambil pergi kenduri sambil bercuti la.

Adik ipar dan biras baru I pun ada sekali. Diorang baru kahwin sebulan lebih. Biras I memang agak manja dengan husband dia. Adik ipar I ni pun very protective. Daripada perbualan diorang yang berkias-kias tu I dapat agak she's pregnant. For example, husband dia tak kasi dia angkat benda berat2. Then dia marah anak buah dia bila asyik kacau wife dia especially bila anak buah dia main kasar sikit. Bila wife dia nak naik kuda kt pantai dia tak kasi takut terentak. I ada tanya biras I tu pregnant ke. Dia jawab xde lah. I tanya adik ipar dia jawab tak tahulah. So it's a bit confusing. If she's really pregnant, I am totally happy for them. Maybe they are not so sure yet and they are trying to be careful. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.
My MIL will be very happy jika dapat cucu baru.

I tak sabar nak tunggu adik I kahwin. Lepas dia kahwin baru I boleh guna simpanan yang ada buat treatment. Lambatnya bulan 5 2016...




Tuesday, 20 October 2015

Separuh jiwa ku hilang hari ini

Kucing kesayangan aku telah pergi buat selamanya pagi tadi.

Aku balik kampung starting Friday dan balik semula ke rumah hari Isnin.
Adik aku balik rumah hari Ahad. Dia inform kata semua kucing okay. Hati aku lega sebab aku tinggalkan diorang di rumah tak bawa balik kampung. Risau tak terlayan sebab balik kampung kali ni sibuk kenduri kahwin adik ipar.

Sepanjang di kampung duk teringat kucing kesayangan, si Tony. Umur baru 2 bulan lebih. Tapi dia la paling manja dengan aku. Bila balik kerja aku buka pintu rumah dia dah ada kat kaki. Padahal duduk dalam sangkar. Disebabkan badan dia kecil, dia boleh keluar ikut celah2 pintu DIY sangkar yang suami aku buat. Yang bagusnya, dia keluar bila aku balik kerja je. Kalau tak elok je dia duduk dalam tu dengan kucing2 lain.

Allahuakbar. Sambil menaip air mata mengalir. Sungguh aku sayang dia. Sedih sangat2 dengan pemergian dia yang tak disangka2. Menyesal pun tak guna sebab dia dah tak ada.

Tony ni dua beradik. Abangnya Tobby. Badan lebih besar daripada dia. Tony sejak lahir memang badannya kecil. Tapi suara nyaring. Sampai dia dah mati dia tak pandai makan pallet lagi. Bergantung pada susu ibu sahaja. Sekali sekali suami aku bagi makan wet food. Aku perasan Tony ni memang slow berbanding Tobby. Tobby lari sana sini, dia berjalan je. Main main juga tapi lebih suka memerap. Dan mata Tony selalu ada banyak tahi mata. Setiap hari aku bersihkan mata dia. Ibunya Bona dah taknak bagi anak2nya menyusu.

Sampai rumah semalam dah 10 malam. Terus aku keluarkan Tony dari sangkar dan bawa masuk rumah bersihkan mata dia. Aku perasan nafasnya lain macam. Hidungnya seperti berhingus. Dia bernafas melalui mulut. Aku dah dapat rasa dia ni tak sihat. Badan kurus, boleh rasa tulang-tulangnya. Aku tak sedap hati. Aku masukkan Bona dan Tobby ke dalam rumah sekali dan cuba letak dia pada Bona mana tahu mahu menyusu. Tapi dia taknak. Aku letakkan dia atas kain tuala. Terus dia baring dan tidur. Terfikir juga nak bawa pergi klinik tapi fikir mana ada klinik haiwan buka malam2. Aku cakap dengan Tony, esok aku janji beli wet food untuk dia.

Aku tidur dengan dia tapi pukul 4.15 pagi aku dengar dia mengiau. Menarik nafas kuat. Aku pegang dan peluk dia. Kali ni perutnya makin kempis. Makin terasa tulang-tulang di badannya. Aku tahu dia dah tak lama. Dia semakin sukar bernafas. Dalam masa sama aku berdoa supaya Allah panjangkan umur dia. Bagi aku masa untuk bawa dia ke klinik dan belikan wet food. Tapi Tony makin lemah. Sambil peluk dia aku menangis. Dia la penghibur hati aku. Aku sgt rapat dgn dia. Aku macam tak percaya masa tgk keadaan dia macam tu. Akhirnya pukul 6 pagi dia pergi.

Aku tahu dia pergi sebab ajalnya dah sampai. Tapi aku tetap rasa bersalah sangat2.

Sepatutnya aku bawa dia dan mak dia balik ke kampung sama.
Sepatutnya aku siap sediakan wet food untuk dia sebab itu je dia boleh makan selain minum susu ibu dia.
Sepatutnya aku tak biarkan dia duduk di dalam sangkar di luar rumah dan terdedah pada jerebu teruk.

Ya Allah, rindunya kat Tony. Tiada lagi penghibur hati. Tiada lagi peneman. Terasa kosong jiwa ni.
Tony...Maafkan K.Pinas ye.
K. Pinas sayang kamu.
K. Pinas minta maaf K.Pinas cuai dan tak jaga kamu dengan baik.


Tuesday, 13 October 2015

Air kanji beras + air pati kunyit

Ya Allah, terkejutnya baca blog ST tadi.
Baru tahu anak Kak Nuriz masuk NICU kerana dehydration.
Mari semua doakan supaya anaknya cepat sembuh.
Semoga Kak Nuriz kuat hadapi dugaan ini.

Entry kali ni nak share pengalaman ikut suami pergi jumpa tukang urut batin lelaki.
Rasanya semua dah maklum yang kami berdua ada masalah fertility.
Jadi niat husband nak berurut adalah salah satu usaha dia untuk dapatkan zuriat.

Wak ambil tangan husband dan cek.
Katanya hubby tak boleh berurut lagi.
Kena baiki kandungan sperma nya dulu.
Caranya minum air kanji beras.
Cara buatnya, masa masak nasi, sebelum nasi siap masak, ambil air beras yg sedang menggelegak tu.
Sesenduk sahaja kemudian sejukkan. Selawat 3 kali kemudian pasang niat dan minum. Amalkan setiap hari.
Bila dah ada perubahan baru datang mengurut dengan dia.

Saya juga dia cek.
Dia kata saya juga ada masalah.
Dia tanya adakah saya alami 'senggugut kering'?
Maksud dia, mengalami sakit seperti senggugut di luar waktu period.
Jawapan saya tidak.
Dia tanya adakah saya period setiap bulan.
Jawapan saya ya, setiap bulan cuma dia tetap.
Wak suruh saya amalkan minum air kunyit. Katanya untuk cuci rahim, cuci perut.
Caranya bakar dulu ibu kunyit (kunyit hidup) tu, kemudian dapatkan patinya dan minum.
Dia suruh amalkan di luar waktu period.

Saya jadi confuse.
Bidan yang saya pergi urut di N9 tempoh hari minta minum air kunyit juga tetapi pada CD3-CD5 (waktu period). Tapi Wak suruh minum di luar waktu period.
Di FB pula saya ada terbaca post seorg wanita. Dia amalkan minum atau makan kunyit setiap hari sebagai usaha untuk dapatkan zuriat dan alhamdulillah dia berjaya mengandung.
Kena google lebih sikit ni untuk dapat info yang lebih tepat.

Okay itu saje. Saya rasa kita semua boleh amalkan saranan Wak ni. Masa kami dpt tahu masing2 ada problem, my mom ada tanya pada seorg ustaz macamana nak buat. Ustaz tu bagi petua minum air kanji. Suami dan isteri. Setiap hari. Jadi petuanya sama macam yang Wak cakap. Cuma Wak syorkan suami sahaja yang minum air tu. Dan isteri minum air kunyit macam Mak Pak suruh.

Menyesal pulak tak amalkan petua ustaz tu dari awal. Alasannya MALAS.
Jadi sekarang, baru nak mula. Mudahan ada perubahan positif.

Jom ramai2 kita cuba.

Ate' logo