Thursday 18 June 2015

Cycle period semakin baik

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa, solat sunat tarawih dan lain-lain di bulan mulia bulan Ramadhan ini. Mudahan kita dapat perbaiki diri, hubungan kita dengan Allah s.w.t dan juga kesihatan kita.

Saya hari ni tak dapat berpuasa kerana bendera merah. Hari ke-2 period. Serba tak selesa. Macam biasalah senggugut, sakit pinggang, sakit ari-ari. Korang senggugut tak tiap kali period?

Macamana pun saya bersyukur, cycle period tahun ni boleh dikatakan semakin baik. Tapi belum betul-betul baik. Setiap bulan datang dan semakin ikut calendar 'My Calendar' di HP pun dah kira bersyukur sangat. Dan saya perasan day of ovulation (O) estimated by that apps kind of correct. By external observation, banyak egg white yang keluar pada hari berhampiran tarikh O dan pada tarikh O itu sendiri. Tapi betul-betul ovulate atau tak hanya dapat dipastikan dengan guna OPK test. Tu la sekarang ni tengah mencari supplier yang boleh dipercayai dengan harga murah. Anyone yang biasa beli, please suggest dengan siapa saya boleh beli OPK strips murah.

Tarikh period 1st half of 2015:
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - XXX (cycle length: 32 days)
(JUN: 17/6/15- 22/6/15 (6 days)- (updated at 24th June 15)

Bilangan hari period dengan darah merah 3 hari saja, hari ke-4 coklat dan hari ke-5 bersih. Sekejap saja turun darah merah. Adakah kerana ketebalan dinding rahim (ET) saya tidak tebal? Mungkin juga. One more thing, saya notice bila berat badan saya susut sedikit, cycle period lebih pendek. Something yang baik untuk diteruskan iaitu jaga pemakanan.

Saya sebenarnya bersemangat nak mula treatment di hospital buat kali-2. Cuma hajat tu kena hold dulu sebab saya sedang kumpul duit untuk lepaskan niat Bonda nak kerjakan umrah hujung tahun nanti. Jadi saya kena sabar tunggu tahun depan, in shaa Allah. Buat sementara ini, saya cuba turunkan berat badan (adeh, ni paling payahhhh sekali) dan eat healthy. Idola saya Yani (blogger: BatikPink), tapi usaha tak sampai pun 1/4 daripada usaha Yani hihi.

Hubby pula makan supplements. Buat masa ni semuanya herbs. Dua jenis iaitu debunga kurma dan ekstrak buat zuriat dari tanah suci Makkah (sekarang ni dah ada jual dalam bentuk pil, senang nak telan), dua jenis lain iaitu Speman dan Kapikachu dari Himalaya, Vitamin C dan multivitamin. Ada satu lagi ubat saya nak beli untuk hubby. 1 kotak RM180 for 2 weeks. Pernah beli sekali. Nak beli lagi tertangguh sebab harga mahal sangat. Lupa nama ubat tu. Husband Yana (blogger Sizuka) ada makan juga.

Jadi tahun ni sabar dulu. In shaa Allah, next year sambung treatment. 

Ate' logo






Monday 1 June 2015

Rawatan alternatif part 1

Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak post entry di blog. Hari ni ada cerita nak kongsi, boleh la post sesuatu.

Last Friday, saya balik kampung di Perak. Beberapa hari sebelum balik, pak chor (pakcik sy) call ajak pergi berubat. Tengok apa masalah kenapa masih belum pregnant. Masa tu rasa macam tak perlu pun pergi berubat pasal saya dah tahu apa masalah fertility kami suami isteri semasa buat rawatan di MAC sebelum ni. Tapi mengenangkan pakcik yang sangat perihatin dan mama juga nak berubat, maka saya turutkan juga. Appointment set pukul 10.30 pagi hari Sabtu.

Mulanya saya tak pasti rawatan jenis apa yang sepasang suami isteri ini lakukan. Setelah sampai, saya lihat banyak gambar-gambar kaki dan urat saraf di dinding bilik rawatan serta pam bekam. Barulah faham mereka tawarkan rawatan refleksologi dan bekam. Terfikir juga bagaimana rawatan ni dapat membantu masalah kesuburan.

Suami saya diuruskan oleh pakcik manakala saya diuruskan oleh makcik. Makcik urut kaki dan tanya jika saya rasa sakit dimana-mana. Kena tempat yang sakit memang menjeritlah saya.

Tempat yang saya rasa sakit adalah:

1. No. 69 (sendi pinggul)
2. No. 70 (dubur/rektum/usus)
3. No. 71 (titik hormon)
4. No.79 (tulang belikat)

Subhanallah, menakjubkan. Sebab apa saya kata macam tu sebab semua point2 yang saya rasa sakit bila diurut tu memang saya ada masalah. Memang kerap berasa sakit di tempat2 tu. Saya memang selalu sakit di bahagian sendi pinggul, juga ada masalah membuang, juga kerap sakit tulang belikat dan masalah hormon sudah tentu sebagai seorang PCOS. Tidak pula rasa sakit apabila diurut di point reproduktif seperti 72, 78, dan 82. Makcik cakap rahim saya sihat, berada dalam keadaan yang baik. Sepupu saya, anak pak chor turut ikut. Telah kahwin hampir setahun belum ada rezeki. Banyak tempat dia rasa sakit sampai senget2 badan menahan sakit. Makcik cakap saraf rahimnya tidak berada dalam kedudukan yang betul. Terkebawah sedikit. Makcik urut betulkan. Kesian tgk sepupu saya merengek kesakitan.

Suami pula semua point reproduktif dia rasa sakit termasuk sendi pinggul. Pakcik cakap dia ada masalah reproduktif. Lawatan pertama ni dia kena bekam 3 tempat. Lawatan akan datang hubby kena urut 1 badan dan urut khas di dia punya. Termasuk bekam di situ. Hee, ngeri. Makcik cakap saya kena bekam di ari-ari. Seriaunya dengar. 

In shaa Allah bulan depan rawatan seterusnya. Mudahan usaha kali ini diberkati dan membuahkan hasil yang baik. Usaha dan tawakal shj pada Allah. Allah sebaik-baik penentu. Mudahan dapat menamatkan penantian menjadi ibu dan ayah kepada amanah Allah s.w.t.

Ate' logo!