Monday, 8 October 2012

Bermulanya kisah TTC Ummi

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2...(walaupun masa ni masih tak ada kawan hehehe)

Saya tak cerita lagikan bagaimana bermula nya kisah saya...here we go (baca dengan sabar ya)

Kami berkahwin pada 16th March 2012. It was Friday. The next day hari persandingan kami. Saya datang period pula. Before marriage, future husband ada cakap nak anak awal..kalau lepas kahwin terus mengandung lagi bagus. Apabila dah tahu niat bakal suami nak anak cepat sebelum berkahwin saya berdoa supaya segera dapat anak. Apabila dah kahwin we were actively 'berusaha' secara natural. Setiap waktu memanjatkan doa ingin anak segera. Setiap kali bersama pasti mengharap supaya ada perenang yang berjaya. Lama-kelamaan saya merasakan tekanannya. Saya tak pasti sama ada saya bersama dengannya kerana rasa tanggungjawab atau mahukan anak semata-mata.

Setiap bulan saya akan beli UPT. Lewat sehari je saya dah test. Keputusannya hampa. 1 line x pernah 2. Dan setiap kali itu la saya akan menangis. Saya murung. Macam-macam di fikiran saya. Saya rasa tak normal. Saya rasa diri saya bermasalah. Lebih teruk apabila kawan sekerja yang kahwin 1 minggu awal daripada saya dah mengandung. Selepas 3 bulan kahwin dia dah mengandung dan merahsiakannya daripada saya apabila usia kandungan dah pun 3 bulan :( Saya jadi give up. Kesian hubby kena menghadapi saya yang sangat beremosi.

Saya rasa down sangat. Menangis bila balik ke rumah. Saat tu saya nampak suami saya tidak lagi mengharap sebaliknya sentiasa memberi sokongan pada saya. Dia betul-betul positive. Di bulan puasa kami masih berusaha namun memilih hari-hari subur sahaja diselangkan setiap 2-3 hari. Bulan puasa saya bangun malam dan berdoa. Menitis air mata meminta-minta. Ikhlas. Memang pada saat itu saya mengharap rezeki yang satu ini dari Allah s.w.t tapi dengan hati yang ikhlas apa juga ketentuan Ilahi.

Entah macam mana saya rasa ada sesuatu dalam perut saya. Saya seperti yakin ada benih yg telah bersatu dalam rahim ni. Saya kerap usapnya. Kadang-kadang saya menyanyikan lagu, membahasakan diri ummi dengannya. Suatu hari hubby mengadu loya-loya. Rasa nak muntah. Kerap juga beberapa hari. Saya pula rasa sakit2 pinggang. Masa tu dah hampir 40 hari saya tak datang period. Tapi nak sedapkan hati yang dah banyak kali kecewa dengan UPT test, saya anggap biasa-biasa saja. Genap 40 hari saya masih belum period saya ke rumah abang ipar. Dia baru masuk rumah baru dan buat kenduri serta jamuan rumah terbuka. Saya ada makan nenas masa kendurinya. Masa tu saya langsung tak ingat untuk berjaga-jaga. Saya menyedapkan hati bahawa period lambat kali ni bukanlah sebab saya mengandung. Mungkin kerana badan saya susut sedikit.

Namun rupanya anggapan saya salah. Esoknya saya turun darah. Sangat banyak hingga saya tidak boleh bergerak banyak. Habis bocor di baju kurung dan seat kereta. Hari ke 4 masih banyak tak seperti selalu hari 4 period saya dah mula kering. Malam hari ke-4 saya rasa seperti ada sesuatu yg besar nak keluar dari bawah miss V. Masa tu saya di Giant bersama hubby. Balik ke rumah saya terus ke toilet dan bertenggong. Ya, Allah pertama kali saya tengok gumpalan darah beku seperti perut ikan berselaput putih keluar dari miss V. Saya takut saya panggil hubby utk tengok. Saya tanya dia apa benda tu...Saya pegang, saya tengok, dan akhirnya saya keliru tak tahu nak buat apa. Saya tak simpan tapi terus cuci air bawa ia pergi namun hati ni rasa sayu sangat. Benih akukah tu atau bukan??

Esoknya saya ke Klinik Dr Nora. Saya ceritakan segalanya kepada dia. Dia kata saya kemungkinan keguguran. Saya tanya kenapa saya langsung tak rasa sakit. Katanya keguguran saya jenis complete abortion. Saya keluar darah banyak dulu kemudian baru keluar darah ketulnya. Masa tu saya tak pasti dengan perasaan saya. Masih tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Sedih!! Ya, Allah saya sangat sedih dan marah dengan diri sendiri. Dr beri saya ubat tahan sakit. Keluar shj dari klinik laju air mata menitis. Rasa kesal yang amat sangat. Saya call mama. Saya ceritakan pada dia. Menangis lagi saya...teringat pesan Dr Nora.

"Awak selepas ni berhenti cuba untuk mengandung selama 3 bulan. Bagi masa untuk kuatkan rahim awak. Lagi satu, kuruskan badan awak. Apabila badan gemuk, paras hormon rendah tak cukup untuk kukuhkan telur yang nak menempel di dinding rahim. Badan awak ni plumpy. Kuruskan badan yer. Untuk awak jugak"

Satu tamparan hebat dengan kata-kata Dr Nora. Well she was right. I admit that. Saya pun baca banyak artikel tentang TTC, berat badan ideal sangat penting utk seseorg perempuan itu mengandung. Sedih tapi itulah hakikat yang harus saya terima. Saya call hubby dan ceritakan padanya. Tak banyak yang dia boleh kata cuma mendengar kesedihan saya, menenangkan saya.

Setelah kejadian tu, saya dah sedar sesuatu...segalanya adalah kuasa Allah. Ada sebab Allah tak makbulkan doa saya. Mungkin kerana saya tergesa-gesa dalam berdoa. Mungkin kerana saya tidak meletakkan segalanya pada kuasa Allah s.w.t. Mungkin kerana saya tak betul2 sedia/layak mempunyai anak. Dan saya yakin jika saya tidak keguguran, pasti dgn keadaan diri saya yg obes ni boleh memudaratkan kandungan.

Maka bermulalah fasa baru dalam hidup saya iaitu menguruskan badan. Demi saya, demi suami, demi kandungan (Dengan izin Allah suatu hari nanti)

Doakan saya berjaya ya kawan2. Ikuti perkembangan sesi menguruskan badan saya okey!

Ok, setakat ini saja

ate' logo (jumpa lagi)

4 comments:

  1. Sebenarnya itu berita gembira sebab maksudnya u takde masalah utk conceive cuma mungkin rahim u tak kuat. Saya ada baca latest entry u yg kerap period...u better pergi check sebab u ada history keguguran, mgkn effect pada rahim. Jgn berhenti berusaha sebab u baru 7bln berkahwin, ada yg lebih lama dari u tp masih tetap mengharap :)

    ReplyDelete
  2. salam atie...

    saya pernah mengalamai keguguran tahun 2010...mcm awak jugak,saya dpt saksikan sendiri "jani" tu jatuh... atas nasihat doktor...3bulan kena rehat sbb nk bg pulih rahim...doktor ckp saya ni dh kira bersalin penuh..dgn sarung janin kluar skali & x perlu cuci...;)...

    ReplyDelete
  3. waa kita sama syazni...3 bulan tu da hampir tamat utk saya. dan skrg sy aktif berusaha TTC naturally...lepas tamat 3 bulan rehat apa yg awak buat? actually saya tak baca lagi your blog sepenuhnya. Akan cari masa utk baca jugak nnt

    ReplyDelete
  4. atie...

    lps gugur tu...saya ngangung then gugur lagi sbb luar rahim...in same year 2010...april & december...so, skrang ni sya continue mkn asid folic then mkn debunga kurma....nnt u search my blog tahuj "miscarriage" may 2011....enjoy reading...;)

    ReplyDelete