Wednesday, 19 December 2012

Wordless Wednesday: Sebak

Assalamualaikum...

Dear friends, hope you guys are doing fine and always in the best health

Yes, entah kenapa dari pagi hati ni tiba-tiba sebak. On the way ke office hati rasa tak berapa tenang. Saya drive sambil mengalun-alunkan zikir:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah Ya Razak
Ya Allah Ya Khaliq Ya Bari Ya Musawwir
 
 
Entah bagaimana lama-lama saya berzikir hati jadi sebak dan saya tak pasti apa sebabnya cuma saya rasa saya ni kerdil sangat di sisi Allah. Rasa kerdil sangat sebagai hambaNya. Perasaan tu membuatkan saya mengalir air mata dan sukar untuk saya tahan. Teresak-esak juga saya menangis dan saya berdoa supaya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang mendengar rintihan saya dan memakbulkan doa-doa saya.
 
Semasa di pejabat saya ada sedikit perbincangan dengan pembantu. Saya ternampak gambar cucunya di hp terus saya teringatkan menantu dan juga anak perempuannya yang dikatakan nak bersalin Isnin lepas.
 
Saya: Anak dan menantu akak dah bersalin ke? Isnin lepas kan
Hajah: Menantu akak je dah bersalin. Anak akak kene induce. Jumaat ni baru nak bersalin. Ingat nak amik cuti la (sambil bukak telefon dan tunjuk gambar cucu-cucu dia, menantunya bersalin anak kembar)
Saya capai telefon dia dan masyaAllah tersangat comel babies tu. Sangat-sangat comel.
Saya: Comelnye kak..Ya Allah comelnya cucu akak
Hajah: Eh mestilah. Tengoklah mak bapak dia
Saya: Err saya tak pernah tengok (dalam hati rasa macam dia riak pulak)
Hajah: Tak pe nanti akak bawak Ipad anak akak tunjuk kat U
 
Saya sebak bertakung air mata. Rasa macam untungnya mereka dikurniakan anugerah Allah yang satu itu. Saya kesat air mata dan nak cover saya bergurau: Bagi la saya satu kak
 
Hajah: Eh mana boleh...memang comel. Ramai yang kerumun. Doktor-doktor pun suka
 
Saya senyum je. Tumpang gembira. Memang sah-sah gurauan saya mengarut. Ada pula nak minta anak orang. Selepas sedikit perbincangan mengenai kerja saya masuk bilik. Terasa lemah sangat diri ni. Terasa kerdil. Terasa serba kekurangan. Hmm tak baik kan ada perasaan macam tu.
 
Alhamdulillah lepas tu saya dapat berita gembira dari adik bongsu. Dia baru sahaja ambil keputusan PMR. Keputusan kurang baik sikit daripada saya punya PMR tapi masih okay kerana kurang satu A sahaja daripada saya. Saya bangga dengan dia. Balik kampung nanti kenalah bawa hadiah tanda penghargaan tanda ucapan tahniah tanda kasih sayang.
 
Setakat itu saja.
 
Ate' logo
 
 
 
p/s: Pesanan kepada diri sendiri: Apa jua masalah, kesulitan, dan dugaan jangan cepat rasa terancam. Jangan rasa lemah. Anggap semua tu boleh diselesaikan. Dapatkan bantuan dan pendapat-pendapat orang lain yang betul2 baik dan nak bantu kita. pasti ada walau satu dalam seribu yang kita kenal. Selalu minta petunjuk dari Allah s.w.t. Allah kan ada!!
 
 
 
 
 


5 comments:

  1. atie sabar ye..mama fham perasaan atie,mmg sbagai warga ttcians ni,perasaan cpat sgt tersentuh and sayu,especially bila tgk anak2 org lain..rasa mcm nak sgt jdi org tu.tpi yg pling pnting..jgn ptus asa dan ptus berdoa,yakinlah,suatu saat nnti doa kita akan dimakbulkan..cuma tunggu masa yg tepat je..dan Allahlah yg maha tahu bila masa yg tepat itu..mama sndri dah kwin 8 thun dah,awal thun ni dah mengandung tpi takdir Allah berkehendak lain..anak mama dah kembali kepadaNya stelah 4 hari kelahirannya..mama cuma sempat berkongsi nyawa dengannya slama 6 bln..tpi mama ykin rencana Allah ini adalah yg terbaik tuk mama,mungkin kami blum mampu tuk mendidiknya(eh ,panjang plak komen mama ni)atie jan sedih2 lgi ye..kita mesti mau kuat..>>peluk atie ketat2<<<<

    ReplyDelete
  2. hi atie, hehe nak tergelak bile part hajah tu kata Biasa lah, tgk la makbapak dia..nnt bile dah tunjuk gamba makbapak, die kata Tgk la makbapak kepada makbapak dia..(refer pada diri sendri) hehehe...takpelah anggap je die bergurau :P
    anyway mase zikir sampai mengalirkan airmata tu sy pernah. i think u are close enough to get what 'affirmation' is, zikir lagi sampai rasa puas dah tenang, masa tu insyallah system badan & hormon kite pun turut sama tenang. :)
    dan rasa diri tu kecik biasalah, i pun slalu rase mcm tu dulu. kite ni kan manusia normal. just dont get too carried out, cpt2 istighfar n terus pandang semua nikmat yg tuhan dah beri, insyallah perasaan tu hilang :)

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy pun sama dgn puan. Masih menanti anak sendiri dan masih 'junior' dlm ber ttc ni. Semoga ada rezeki kita nti. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Mama: besar sungguh dugaan Allah beri pada mama. Atie pasti mama mesti orang yang kuat dan tabah. terima kasih mama bagi inspirasi pada atie. Atie pun rasa nak peluk mama erat2

    Jay: Harap dia gurau jelah. kalau dia nak tunjuk jugak gambar anak menantu dia I think that's rude. Tak perlu kot. Betul tak?
    Sekarang I practice affirmation slowly...harap berksesanlah. I ada buat BBT chart tau and yes Rocky mountains shape. I cuba compare dengan u panya and finally i pun xfaham haha. Kalau tak silap I, 3 hari berturut2 suhu badan tinggi bermakna kita sedang subur. Is it true dear Jay?

    LH.R: Salam perkenalan awak... Tak apa TCC ni tak ada beza baru atau lama sebab matlamatnya sama cuma usaha, knowledge dan pengalaman masing-masing yang membezakan. Yang penting we should support each other...Semoga ada rezeki untuk kita ya. Hope we can be friend ^_^

    ReplyDelete
  5. Tabah yea atie,

    i faham perasaan itu, i am dealing with it now... tapi kan i kdg2 rasa bersyukur sbb hidup tenang, tido cukup, ada masa untuk vogue2 dan manjakan diri... take time to think that we are gratefull chosen people by Allah ok :)

    take care dear!

    ReplyDelete