Assalamualaikum,
Hai, apa khabar semua...
Harap korang sihat dan happy selalu. Dua hari lepas (Isnin) saya dilanda ujian yang tak disangka-sangka iaitu kemalangan jalan raya. Kejadian berlaku betul2 di pintu pagar ke pejabat saya. Masa tu kereta2 telah memberi laluan kepada saya untuk masuk ke simpang pejabat tetapi ada sebuah motosikal yang sama arah dengan kereta2 tersebut menghentam kereta saya.
Saya sangat terkejut masa tu melihat hamba Allah tu bergolek di atas bonet hadapan kereta. Masa tu saya cuma doa janganlah dia mati. Seriously, what was happened freaking me out. Saya segera keluar dari kereta berkaki ayam dan mahu memeriksa keadaan dia. Alhamdulillah dia ok cuma lututnya tercalar. Dalam gigil, saya periksa pula motosikal dia. Alhamdulillah xde yang rosak. Saya hulurkan RM50 untuk perubatan. Namun, dia masih mahu menghantar motosikal ke bengkel. Saya segera telefon suami untuk maklumkan kejadian tu.
Entah apa saya cakap suami pun x dpt dengar. Dengar saya menangis2 je. Huhu perasaan masa tu Allah je tahu. Masa tu saya tak tengok lagi keadaaan kereta saya. Lepas tengok lampu yang pecah, bumper yang pecah, bonet dan fender yang bengkok/kemek lagi kuat saya menangis. It was bad. Saya bertambah cemas. Oh no, oh no...
Nak dijadikan cerita, saya minta kebenaran timbalan pengurus untuk keluar uruskan hal kereta dan terus pergi ambil suami saya yang terpaksa berpatah balik (masa tu dia dah ada dalam train ke tempat kerja). Suami drop saya di rumah sekejap untuk dia pergi periksa motorsikal lelaki tu. Tak ada yang rosak tapi lelaki tu insist nak minta duit kerugian padahal dah terang2 tak ada apa yang perlu dibaiki. Suami saya pun budak main motor masa bujang. Pasal motor memang expert la. Tapi lelaki tu dah kowtim dengan bengkel terpaksa jugak la suami keluarkan RM150 seperti yang dia minta. Suami saya marah dia kenapa tak berhenti sedangkan kereta semua dah berhenti. Tapi dia nak betul jugak, masih menyalahkan saya. Err sakit hati je bila dgr balik.
Lepas tu kami pergi mencari alat ganti. Tak sanggup beli yang original dari pusat servis. Mahal gilosss
Kenapa tak report polis?? sebab saya tak nak panjangkan cerita. Bulan 12 ni nak bayar roadtax dan insuran. Tak nak la insuran jadi mahal balik gara-gara kemalangan ni. Tak pe la berabis duit sikit daripada byr insuran mahal. Duit saman pun nnt nak kena byr kalau report.
Beli aje bodypart Made In Taiwan asalkan kerosakan tu berganti. Lampu head lamp kami beli yang original kerana tiada pilihan lain dah. Hon pun dah tak berbunyi kemek kene hentam. Alhamdulillah ada abg ipar yang pandai baiki kereta. Kepada dialah kami bergantung harap.
Saya cuti satu hari sebelum masuk ofis arini, ramai yang bertanya. Cepatnya heboh. Saya sebenarnya kurang selesa namun saya mengharapkan simpati mereka bukan gurauan yang saya rasa kadang menyakitkan hati.
Mana-mana yang minta saya bersabar tu saya hargainya dan bersyukur ada yang prihatin. Mana-mana yang nak bergurau atas musibah yang menimpa saya ni, saya tak faham langsung orang macam tu.
Apa pun, bersabarlah duhai hati. Allah s.w.t bg dugaan kepada hambanya yang mampu. Kami suami isteri redha dengan dugaan ini. Saya pasti ada hikmaknya. Mungkin untuk mensucikan rezeki yang Dia telah beri selama ini. Mungkin juga untuk uji kesabaran dan keimanan kami. Mungkin juga untuk mendekatkan kami kepadaNya. Ada banyak sebab...saya masih tak mengandung setelah berkahwin 8 bulan ni pun pasti ada sebab... Sama-sama kita sabar ya kawan2.
Kerna dari kesabaran itu datangnya kekuatan. In shaa Allah
Ate' logo (jumpa lagi)
No comments:
Post a Comment