Tuesday, 16 October 2012

Mengandung juga akhirnya

Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua...harini saya dapat berita gembira daripada kakak angkat saya...Dia ni dah jadi kakak angkat saya masa saya sekolah lagi di Tingkatan 2 sehinggalah sekarang. Dah lama kan...Dia kahwin semasa saya belajar di universiti...masa saya baru2 masuk U.

Dia menunggu 6 tahun dan akhirnya harini ini dia mendapat berita paling gembira dalam hidup dia. Syukur Ya Allah, saya tumpang gembira dengan berita ni. Saya mintak dia jaga diri dan jaga kandungan dengan baik. Katanya penantian selama 6 tahun ini memang ada hikmahnya. Jadi, saya mengambil pandangan positif terhadap penantian dia selama ini. Jika dia mampu bersabar, berdoa, berusaha, menanti selama 6 tahun saya yang baru 7 bulan ini apalah sangat. Saya juga percaya pasti ada rezeki untuk kami suami isteri, InsyaAllah.

Ok, setakat ini sahaja.

ate' logo (jumpa lagi)

No comments:

Post a Comment