Monday, 8 October 2012

Workout 2

Assalamualaikum,

Banyak post yang saya buat hari ni. Bukan apa, saya takut lupa kalau tunggu esok2 baru nak tulis. Ok, post ni nak ceritakan 2nd day ke FF (3/10/2012). Hey, it was my 25th birthday...Siang hari hubby bawak jalan di Sogo and saya dapat hadiah fresh dari sana...a handbag...cantik thank you abinya.

Petang ke Jusco B.Tinggi, saya nak cari seluar utk ke fitness. Cerita sedih berlaku kat sini. Orang gemuk mcm saya memang susah la nak cari oufit terutama seluar. Bontot besar, lebar, tonggek semua ada. Ada satu seluar ni jenama Forest saya tgk ia strechable. Minta saiz ada saiz L sahaja. Since dia jenis strechable saya pun nak cuba la. Tp sales promoter makcik India tu tak bagi!! Dia kata takut pinggang seluar tu kembang lepas saya cuba. Saya pelik. So what?? Saya cuba display je pun. Kembang pun nasib la. Sy bukannya tak pernah jadi sales promoter macam dia lepas abis belajar dulu. Dia tak boleh cakap mcm tu kpd pelanggan. Jatuhnya HARAM sama sekali. Tak boleh menjatuhkan maruah, memalukan pelanggan. Customer always right maa...Lagipun, bukannya ada 10 org selepas saya yang badannya juga seperti saya nak cuba seluar tu. Kalau macam tu harus la kembang mokcik...Disebabkan saya hangin dgn perangai dia, saya terus blah. Muka panas rasa malu sangat. Hubby masa tu macam xtahu pape sbb dia leka dengan tab dia. Saya jalan laju ke kerata dan menangis. Rasa terhina sangat. Saya marah-marah hubby sbb buat xtahu. Kesian dia jadi mangsa keadaan...Hari jadi saya juga jadi hari yang menyedihkan buat diri saya dan suami saya. I'm sorry Abinya.

At night, i went to FF. Firstly naik step machine for 15 munites. Lepas tu naik treadmill 20 munites. Then, masuk aerobic class. Tak igt belajar apa tapi I was enjoying the class very much. Kene melompat, berlari pusing kelas, berlari laju setempat but yang suffer nya kene buat pumping!!! Sakit oii...tapi best :)

All calories, kms, speeds semua saya tak record because not in the mood. Still mad with my husband masa tu. Settle semua saya pegi mandi dan balik. Nampak dia dah tertidur depan tv. Hati rasa sayu dan bersalah.

Saya bari close next to him and hug him tightly. I am thankful to Allah because i have a husband and it is him.

Ok, check out for Workout 3 ya...esoknya slpas besday saya, period dtg menjengah. Hubby terus faham kenapa saya mengamuk2 semalam. Memang pelik tanda nak period saya ni. Saya sendiri pun pelik heee...diri sendiri pun tak boleh nak kesan

Ok, setakat ini saja..nak pg lunch...nak makan sayur & buah banyak2

ate' logo (jumpa lagi)

No comments:

Post a Comment