Sunday, 7 October 2012

Register at Fitness First

Assalamualaikum,

Saya nak cerita tentang usaha saya kurangkan berat badan....Since Dr advise untuk turunkan berat badan dan minta saya stop TTC, saya bincang dengan suami macam mana cara saya nak kurus...Hubby teringat pada kawan sekerja saya yang pergi Fitness First.

Dia pernah ajak saya ikut sama sebelum saya kawin dulu...masa tu saya dan dia serumah. Saya refuse sbb nak kumpul duit untuk kawin. Lagipun masa tu mmg tak ada keinginan langsung untuk kurus sbb saya dah selesa sangat dengan badan besar. Dari kecik mmg saya tak pernah kurus...Semasa di universiti dan praktikal adalah cuba tp buruk akibatnya yang saya dapat sob sob...

Memanglah turun berat badan tapi daripada tak ada gastrik terus saya dapat gastrik. Sakitnya bukan kepalang. Kene cucuk kat bontot baru hilang. Daripada situ, saya xnak usaha tahan makan dah, xnak kurus dah.

In fact, tiap kali tanya si dia, dia suka aja badan saya macam mana pun. Dia makin suka saya besar adalah. Saya pun ambil kesempatan sbb si dia tak kesah. Tak tahu pulak buruk akibatnya dapat selepas kahwin :(

Semasa di matrik berat saya 66 dengan ketinggian 149cm. Bayangkan je la gemoknya macam mana. Masa tu i manage turunkan berat badan kepada 56 sbb rajin pegi main badminton tiap petang dan pergi joging hari weekend. Masuk universiti badan saya slowly naik balik jadi >70kg. One day i decided to stop taking white rice. Saya hanya makan ikan dan sayur+buah-buahan. Dari situ lah saya dapat gastrik. I was suffering for many days. Setiap malam saya semput tak boleh bernafas. Apa shj yang saya cuba makan akan terluah balik. Betul-betul lembik badan saya. I went to clinic, and Dr gave an injection at my arm. Unfortunately, masih tak baik lagi. Few days later, dah tak tahan sangat saya terus pergi wad kecemasan and told them about my gastric. Seorg MA cucuk saya lagi but this time kat bontot. Cucuk kali ke-2 ni barulah berkesan. Kat bontot la katakan...Alhamdulillah saya sihat selepas tu.

Semester akhir waktu praktikal saya ambil Jusmate 5 dan pergi joging 5km every evening at Tasik Jitra. Berat saya turun <70kg. Banyak jugak turun tapi saya hadapi masalah sama iaitu penyakit gastrik kembali menyerang. Dengki sangat dia saya nak kurus. Itulah kali terakhir usaha saya menguruskan badan which two years ago.

FYI, sebelum berkahwin berat saya 73-74kg but after 7 months of marriage (recently) i was 85kg :(
Mendadak sangat naik. Saya gembira sangat agaknya. Tambahan pula dapat enzim, hormon gembiara saya pun jadi lain macam tindakbalasnya. After what was happened to us, i decided to join FF. I told him and he's agree, and willing to lend his credit card for me to register with FF.

Kos untuk kuruskan badan dengan FF:
Register: RM264
Pakej BODYFIRST (ada personal trainer utk 3 jam yang pertama): RM149 (akan dipulangkan semula jika attendance sama atau lebih 16x utk 2 bulan yang pertama)
Monthly fee: RM190++ (gov tax)
Contract: 1 year

Ok itu saje setakat ni

ate' logo

No comments:

Post a Comment