Friday, 6 November 2015

Pengajaran yang bonda kongsikan

Arini I call mama nak tanya khabar...

Seminggu jugak I tak call dia sejak dia terlanggar kereta orang minggu lepas.

Tak tahu la nak cakap sama ada I marah atau kecewa.

Sebenarnya macam ni...
Sebelum accident tu, mama kerap mengadu tak cukup duit. Bela orang tua which is my grandma banyak pakai duit. Adik-beradik dia jarang bagi duit. Kalau ada pun tak setiap bulan. Dia rasa terbeban sebab dia tak bekerja. Abang-abang dia tak nak jaga Opah. Dia bergantung harap daripada duit belanja yang kami anak-anak dia bagi. So dia kerap la mengadu duit tak cukup. Dan bila call je akan cakap pasal duit.

I sebagai anak sulung rasa susah hati juga macamana I nak tolong. Tapi I sendiri pun dah mati akal sebab belanja bulanan yang I bagi tu itu je yang I mampu bagi. Sebulan dua ni dia asyik mengadu tak cukup. Dan merungut hal-hal lain yang menyebabkan dia rasa tu antara punca dia tak cukup duit. Salah satunya kos bela orang tua la. Termasuk la kes adik-adik I yang kadang-kadang minta duit pada dia. Kes adik bawah I yang nak kahwin tapi tak ada duit simpanan. Bila pergi operasi asyik minta duit. I tahu dia tertekan.

Bila setiap kali I call isu duitlah yang dibangkitkan. I naik runsing pulak. Entah la. Most of the time I rasa duit yg ktorg bagi sepatutnya cukup tapi pelik kenapa mama asyik cakap dia tak cukup nak belanja. Jika dibandingkan dengan I, jatuh lebih kurang sama baki gaji yg I ada dengan jumlah yang mama dapat. Nauzubillah. I tahu tahu mcmana nak tenangkan mama. Macamana nak tolong dia. I cuma cakap, kakak boleh hold niat kakak nak buat treatment dan kakak boleh bagi pinjam duit simpanan kakak untuk bagi D kahwin. Dia lega. Dan dia pun cakap kat I kakak takyah la buat treatment dulu nanti lekat tak boleh lincah-lincah masa D kahwin. Lepas D kahwin kakak start la treatment.

Memang itu apa yang I cakap tapi bila mama respond macam tu entah kenapa I rasa sedih pula. I jadi geram kat adik I dia nak kahwin adik-beradik lain turut sama berkorban. Kalau dia tak ingat jasa kitaorang ni tak tahu la. Kereta D pun adik I yang sorang lagi tolong bayarkan. Dia cakap dia tak nak guna dah kereta tu dia bagi mama guna. Mama memang happy tapi mama tak ada income untuk byr bulan2. So adik yang tinggal sekali dengan I ni la tolong bayarkan. Dia kat sini pakai motor je.

Somehow, I rasa sedih. Kecewa pun ada. Tapi inilah yang dikatakan keluarga, kena berkorban bantu sama2 ahli keluarga.

Elok je lepas gaji minggu lepas, mama call bgtau dia langgar kereta orang. Alhamdulillah dia dan pemandu lagi sorang tu selamat. Kereta mama bawa okay tapi kereta yang dia langgar tu kemek pintu kereta. Mama susah hati. Cari tempat repair kos sampai 800. I pun jadi susah hati dan geram pun ada. I cakap kenapa la boleh accident. Duit tak berapa nak ada accident pulak. Kalau guna duit belanja kakak bagi ni nanti mama nak makan apa. Mama cakap benda nak jadi kak jangan persoalkan. Lain macam nada suara mama masa tu. Nak kata dia marah tak. Kecewa pun tak. Masa tu tak terfikir nak tanya.

Sesi perbualan telefon hari ini:

I: Assalamualaikum ma...apa kabo?
Mama: Wkmsalam...baik...hmmm...baru dengar suara kakak..
I: Hihi lama kakak tak call kan. Macamana kes langgar kereta aritu, dah settle ke?
Mama: Alhamdulillah dah settle dah
I: Berapa kena?
Mama: RM550. Baik budaknya kak. Bengkel sini mahal. Mama minta dia carikan bengkel lain. Kesian dia tu dah la mengandung dia sendiri susah payah pergi carikan bengkel yang murah sikit. Lakinya taknak menolong. Padahal kereta laki dia tu. Ada je duk kat umah. Perempuan tu keluar pagi petang baru balik rumah.
I: La, kenapa lakinya tak tolong? Tak kesian kat bini tengah mengandung ke...
Mama: Entah la..Mama hadiahkan dia set baby. Seronok dia. Dia cakap dia memang nak cari kain nak buat bantal baby. Dia tengok mama bagi seronok sangat dia
I: Hihi baiknya mama...
Mama: Ada hikmahnya benda ni jadi kak (lain nada suara mama masa ni..)
I: Kenapa ma? Mungkin sebab Allah nak sucikan rezeki kot
Mama: Mama ni kuat merungut. Asyik cakap tak de duit. Cakap duit tak cukup. Bela orang tua banyak pakai duit. Satu hari ada kawan mama datang rumah pesan kt mama jangan merungut. Bela orang tua ni tak boleh merungut. Kawan mama tu belajar sampai Tingkatan 6 lepas tu kerja. Daripada belajar dia dah bela orang tua dia, cari duit untuk orang tua dia tapi dia tak pernah merungut. Banyak kali dia pesan kat mama. Mama rasa insaf. Esoknya mama solat taubat. Menyesal dengan perbuatan mama. Hari yang sama mama solat taubat tu Allah uji mama sama ada mama ni betul-betul bertaubat ke tak. Mama terlanggar kereta orang. Masa terjadi tu mama diam je tak merungut. Mama takut. Sekarang ni mama tak berani nak merungut apa-apa.
I: hmm..ye ke...kakak perasan juga ma tiap kali kakak call mama asyik cakap pasal duit je (nada kesian)
Mama: Tu la...lepas ni tak nak merungut dah. Banyak berdoa je. Bela orang tua ni tak papa kedana. Ada je rezeki Allah nak bagi.
I: Ma, D kahwin bila?
Mama: Hujung bulan 5 2016
I: Oh, hujung bulan. Kakak igt awal bulan 5
Mama: Mama ingat tak jadi nak pinjam duit kamu. Mama nak buat pinjaman amanah ikhtiar.
I: Ma, yang sekarang pun belum habis byr lagi mama nak buat pinjaman baru? Tak payah la ma. Nanti tiap2 minggu nak bayar dengan apa.
Mama: Hmm...mama ingat macam ni lah. D sekarang pergi operasi kat Sabah. Bulan 2 baru balik. Dapat la menyimpan dia tak banyak guna duit time operasi ni. Bulan 12 ni bertunang bagi 4k dulu. Nanti bulan 3 bagi lagi 4K. Bulan 4 bagi 2K lagi. Bagi sikit-sikit.
I: Cukup ke ma lau bergantung pada duit gaji dia je?
Mama: Cukup...berdoa je. Mama doakan dia supaya dipermudahkan kumpul duit nak kahwin ni. Kita tak boleh merungut duit cukup ke tak. In shaa Allah cukup. Ada rezekinya tu.
I: Hm, ye lah..in shaa Allah
Mama: Kak, kamu nak buat treatment buatlah. Mama tak nak halang. Sebelum ni memang mama halang. Takut tak cukup duit D nak kahwin mama nak pinjam duit kamu. Tapi tak pe lah kak, ada rezekinya tu nanti. Kamu buat je la treatment tu.
I: (I was surprise and yet I rasa tak happy. Feels sorry for her.) Betul ke ni ma?
Mama: Betul...
I: Nantilah kakak bincang dengan Bob
Mama: Ok lah kak. Itu je la. Assalamualaikum
I: Waalaikumsalam

Mama anggap apa yang jadi pada dia suatu pengajaran. I juga anggap ia sebagai satu pengajaran.

Moral of the story, janganlah kita asyik merungut dengan rezeki yang Allah beri pada kita.
Bila jadi macam ni, I teringat perbuatan I kadang-kadang merungut kenapa la susah sangat kehidupan kerjaya I. Kenapa la I susah sangat nak dapat anak. Kenapalah...dan kenapa lah...

Sebenarnya, kita tak perlu over thinking about that. Cukuplah kita sekadar teruskan usaha dan berdoa. Tak perlu sentiasa memikirkannya, merungut, membuat spekulasi sendiri da akhirnya menyebabkan diri sendiri stress.

Ada 3 jenis sabar:

1. Sabar dalam menghadapi dugaan Allah s.w.t
Maksudnya kita tak merungut, tak berkeluh kesah, tak mengadu pada orang, tak bercerita pada orang sebelum mengadu pada Allah s.w.t.
2. Sabar dalam menjalani perintah Allah s.w.t
Maksudnya sabar dalam melaksanakan ibadah solat 5 waktu, ibadah puasa dan lain2
3. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t
Maksudnya sabar dan kuatkan iman dalam meninggalkan perbuatan jahat

Oklah itu saje.

Ate' logo




2 comments:

  1. alhamdulillah, saya pun dpt pengajaran, saya pun sama, setiap bulan bg mak dan ayah duit belanja, kalau saya tak bagi memang tak ada siapa lg yg bg sebab adik2 yg lain pun gaji cukup2 makan, tak apa atie, dlm rezeki kita, ada utk rezeki org lain.... bile bagi, family happy, saya bertambah happy, kadang2 rasa mcm , nk buat treatment tp takut tak cukup duit pula , tp rupanya, once kita bantu family, Allah bantu kita kembali... happy ttc atie...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    Bagus cerita ni, atie. Terima kasih. Kadang kita bukan tak tau benda-benda ni. Cuma kena diingatkan selalu kan. I faham sangat perasaan equation duit+parents-own needs. Sekarang ni dalam konsep tawakal mohon Allah tunjukkan jalan :)

    ReplyDelete