Hari ni berlangsung satu jamuan kecil bagi meraikan perpindahan seorang staff di tempat kerja saya ke stesen lain di Pulau Pinang. Dia minta pertukaran supaya dekat dengan suami. Staff ni kira rapat juga dengan saya awal-awal dulu. Kami kahwin pada bulan yang sama cuma dia awal seminggu. Saya pergi kenduri dia di Kedah sana. 3 bulan lepas kahwin dia disahkan mengandung. Tapi hanya selepas dia dah disahkan 4 bulan mengandung baru dia bagitahu saya itu pun selepas saya tanya. Sangat sedih masa tu. Rasa dikhianati. Sebab kami rapat. Banyak perkara kami share. Selalu keluar makan sama. Jalan tengok wayang sama. Masa bujang, dia datang rumah saya lepak sama. Saya selalu juga teman dia ke mana-mana. Tapi sejak saya jadi antara orang yang lambat tahu dia dah concieve, saya rasa agak kecewa. Saya pun dah berkahwin jadi kurang luangkan masa dengan dia. Di office kalau dia datang ke bilik saya bagitahu saya ada banyak kerja. Hmm..kejam pulak rasanya. Tapi saya terpaksa supaya perhatian dan perasaan saya tak terganggu. Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kerja. Senang cerita sukar bagi saya berhadapan dan borak-borak macam dulu-dulu dengan dia. Yang pasti saya bukan benci, bukan tak suka cuma kelemahan saya tak boleh nak berhadapan dengan dia. Hati ni sangat fragile.
Harini hari terakhir dia di sini. Saya tak rasa sedih tapi rasa kehilangan. Mungkin kehilangan seorang kawan. Apa pun saya doakan dia bahagia bersama keluarga, suami dan bakal anak yang dilahirkan. Due to Dr's scan, its a girl...Tumpang gembira untuk dia. Before I leave her, I asked her to pray for my turn. Walau pun bunyinya macam bergurau but actually I meant it. I do!
Ok, setakat itu saja.
Ate' logo
No comments:
Post a Comment