Assalamualaikum...
Selamat pagi...hari ni saya cuti. Pindah rumah. Tengah dok bf ni saya teringat ustaz kat IKIM FM cakap last two days berkenaan mandi sunat fajar ni.
Rasulullah kita hari2 mandi sunat fajar ni tau. Bukanlah ketagih tapi ia sememangnya baik sgt2 untuk tubuh badan dan kesihatan kita. Saya percaya ramai yang dah tahu tentang tu. Yang menariknya mandi sebelum subuh ni jika di buat pada penagih dadah setiap hari in shaa Allah penagih ni boleh sembuh. Hilang ketagihan dia. Amazing kan betapa hebatnya penangan mandi sunat fajar.
Saya selama ni duk mandi pagi sebelum subuh xtau pun ada mandi sunat fajar. Hm ni la akibat jahil tak menuntut ilmu. Lately saya dah bangun makin awal. 4 atau 4.30 pagi dah terjaga. Lepas tu susah nak tido balik. Allah nak suruh saya sembahyang Isya' lebih awal kot plus nak bagi saya peluang sembahyang sunat agaknya. So selepas ni tiap kali bangun mandi nak sembahyang Isya' pagi-pagi tu saya nak niat untuk mandi sunat fajar. Mudah-mudahan jika ada penyakit, ia boleh disembuhkan. Nanti saya nak cari lebih maklumat tentang fadilatnya.
Next, satu perkara lagi yang saya nak kongsikan adalah makan di awal pagi hehe. Ni memang susah nak buat kepada wifey yang bekerja untuk prepare bf. Orang lain tak tahu la tapi saya memang tak pernah sempat nak buat bf pada hari bekerja. Makan awal pagi yang saya maksudkan ni adalah makan betul2 selepas sembahyang subuh. Ha awal kan. Selepas kita mandi sunat fajar tadi kita siap2 nak sembahyang subuh...dah masuk waktu kita sembahyang...ha dah siap sembahyang tu terus la makan. Makanlah kurma ke, roti ke, susu ke atau apa2 saja yang boleh dimakan hehe.
Nak tau apa kelebihannya? Manfaatnya ia sangat memberi kesan kepada kecergasan otak kita. Emosi kita lebih ceria. Kita rasa lebih bersemangat dan bersedia untuk hadapi hari kita. Kita dah dapat aura positif untuk mulakan hari kita. In shaa Allah kita rasa lebih positif... Manalah tahu perubahan ni buat suami kita lebih sayang dan hubungan as husband and wife tu semakin baik maka hidup pun lebih bahagia. I know it takes time tapi kalau tak cuba sekarang bila lagi kan. Mudah-mudahan stress kita pun berkurang. Usaha TTC pun semakin mudah.
ok, nak angkut barang plak.
Ate' logo
No comments:
Post a Comment