last Thursday i was attending Majlis Konvensyen KIK in HQ. Right after I manage to get my car parked ada seorang kakak ni tegur I. She's my friend, an RO jugak same batch with me. Orangnya peramah and happy go lucky.
After greeting to each other we walked together to the hall. It's very nice to meet her dan borak2 dengan dia. Rasa macam jumpa kawan lama yang we used to share many things together. Dalam dewan while waiting for the event to start she asked me: awak dah pregnant ke?
Me: Belum....dalam usaha
Akak S: awak tahu kan aritu akak masuk hospital
Me: ermmm haah i saw it on ur fb
Akak S: akak baru je lepas operation dengan Dr Hamid Arshat. Sebulan akak cuti tak masuk kerja
Me: Oh patut la...saya tanya akak kat fb akak tak jawab...akak sakit apa
Akak S: Awak tahukan akak dah ada anak sorang. lepas dua bulan kahwin akak dah concieve dia. Lepas 2 3 tahun anak first dah lahir akak dgn husband usaha utk dapatkan yang second. Naturally la tapi tak berjaya jugak until we decided utk buat treatment. Akak buat kat LPPKN Jln Raja Laut. Before decided nak buat IUI tu akak dan suami run few tests la mcm semen analysis. dia memang tak ada masalah. lepas tu cek hsg utk tengok blockage kat tubes, cek ovaries, cek ada tak endometrosis yang darah2 beku kat rahim tu dan cek macam-macam lagi. Dr kata akak ok je. Dr bagi Clomid. 3 cycle jugak la dan setiap kali tu pergi scan telur2 tu tak membesar ke saiz yang sepatutnya. Ada tu ada tapi tak cukup besar. So akak rasa tak pe la so we decided nak buat IUI.
Me: Okay lepas tu apa jadi
Akak S: I got 4 big and healthy eggs. Akak dah berangan masa tu. Ada 4 biji ni tak akan satu pun x jadi kan....tapi memang tak jadi. Akak tanya Dr kenapa IUI ni tak menjadi sedangkan saya 4 biji telur yang besar.
Me: ye sebab apa...u might get twins (sedih pulak)
Akak S: Aah sebab tu akak berangan dah...at least mungkin dapat satu. But Dr just do not know why it was not successful. Then akak stop terus treatment kat situ.
Me: Lor Dr tu pun boleh tak tau..anak akak yang first tu pun dah besar kan
Akak S: Dah darjah 5 dia sekarang. 11 tahun dah umur dia.
Me: akak umur dah berapa skrg?
Akak S: 34 dah. Sebab tu terus jumpa pakar kali ni. Dr Hamid tgk sejarah treatmemt akak. Lepas tu scan kat bawah la. Alat tu lebih kurang sama je dengan Dr yang dulu guna. Dia bgtahu akak ada retroverted uterus.Dia pelik kenapa Dr lama boleh tak tahu melainkan memang Dr tu tak berpengalaman. Dia bgtahu rahim jadi macam tu selepas akak bersalin dulu. Very pity Dr lama tak boleh detect.
Me: Ya Allah da 11 tahun tu kak...IUI pun dah buat. Lama dah penantian akak. Baru sekarang dapat tahu kan
Akak S: Aah tu la sebabnya IUI tak menjadi. Dr Hamid suh buat operation untuk betulkan balik. Kos 8 ribu lebih. Akak pakai insurans. Akak ada bgtahu awak kan akak amik prudential. Dia cover semua tu. Dr Hamid tahu je akak ada insurans terus dia set date. cepat gila. akak tak expect secepat tu. bincang dengan husband, akak cek jadual akak dan anak akak pun cuti sekolah so kami on since tak ada apa-apa hal. Dr hamid memang lagi suka kalau patient dia ada insurans perubatan. Dia akan uruskan semuanya. Kita tak payah keluar duit. Akak operate pun kat Hosp Pantai. Kalau pakai duit sendiri mungkin kat Klinik Dr Hamid je.
Me: Kalau kita baru amik insurans boleh terus guna ke kak
Akak S: Ada cooling period. 3 bulan kalau tak silap akak. Akak punya dah lama ambik. dari tahun 2008 lagi.
Me: Oh macam tu. Akak punya period memang tak ada masalah ye?
Akak S: ok je period akak tak pernah miss datang je tiap2 bulan. Sebulan lepas akak operate akak terus datang period tau. MasyaAllah punyalah sakit pinggang akak rasa nak patah. Akak tanya kawan akak kenapa rasa sakit sangat pinggang ni kan...diorg kata tu la senggugut. Akak ni mana pernah senggugut. Tak pernah rasa sakit pun bila period.
Me: laa ye ke...hehehe. kalau saya tu rasa rahim macam nak terburai sakitnya. pinggang usah cakap la rasa mcm nak patah jugak. period je berguling2 la saya. Kat bahagian ari-ari akak tak sakit?
Akak S: Sakit juga sikit-sikit je la. Tak sakit sangat.
Me: Saya banyak jugak baca blog TTC, macam-macam kisah diorang. Macam-macam treatment diorang dah buat. Nak dibandingkan dengan saya memang jauh beza la. Tak buat apa-apa treatment pun lagi
Akak S: Kalau awak nak buat kat LPPKN pun boleh. Call je buat appointment. Dr diorang ada 3. Tak pasti la kalau dah tukar ke belum. Seorang lelaki, lagi dua perempuan. Dulu akak dapat yang perempuan India tu. Hm, tak best la dia. Kalau kat Dr Hamid ni pun boleh walaupun tak ada insurans. Cuma kita terasa sikit la setiap kali datang keluar duit. Kat LPPKN kos akak wat treatment dalam 2000 lebih je. Murah. Operation ngan Dr. Hamid ni dalam 8000 lebih jugak la.
Me: Saya cadang nak wat treatment kat LPPKN tapi lepas dengar kisah akak ni risau pulak. Ada kawan-kawan kat blog suggest pergi DEMC. Tempat tak jauh sangat dari tempat tinggal saya. Kat Shah Alam jugak.
Akak S: Cubalah call buat appointment.
Me: Sekarang dalam usaha nak pindah rumah kak. Stress duk rumah sewa sekarang ni. Pindah biasalah kena pakai duit lebih sikit. Nanti dah settle hal rumah baru boleh fikir pasal treatment ni.
Akak S: Oh ha settle kan yang tu dulu. Duduk rumah sekarang awak stress je tak guna jugak nak concieve.
Pungpang pungpang kami borak rupanya perasmian dah mula dah. Adus, DG duk berucap kat depan, kami berborak pulak. Cerita ni saya nak kongsikan dengan semua pembaca especially TTCian la. Ada banyak pengajaran kat sini kalau korang baca dan faham betul2.
1. Masalah retroverted uterus boleh terjadi right after bersalin (secara normal). So, lepas bersalin better check adakah masih normal uterus kita.
2. Mesti ada knowledge tentang masalah infertility. Ask as many questions as possible to your Dr. Macam kes akak ni, Dr tak tahu dia ada RU, dia lagi lah tak tahu. Lastly end up buat IUI. Dah ada 4 big eggs but finally the procedure met failure. Kalau boleh buat survey dengan kawan-kawan TTC lain yang pernah buat treatment kat mana-mana untuk dapatkan nama-nama Dr yang berpengalaman dan boleh beri layanan yang baik.
3. It's good to have insurance yang boleh support the fertility treatment. Senang kita tak payah keluar duit banyak selepuk in case we have to go for operations. Saya pun tak ada lagi. Rasa nak ambil tapi komitmen sangat banyak sekarang tak mampu nak bayar pulak nanti.
Ok, harap kita semua boleh mendapat manfaat daripada kisah seorang wanita yang telah TTC selama +-10 tahun untuk dapatkan anak kedua beliau. Mana nak tahu beliau diberi petunjuk hanya selepas 10 tahun setelah dia usaha sehingga buat IUI. Kisah ni jadi tauladan kepada kita semua supaya berhati-hati ketika membuat rawatan klinikal walau di mana Hosp/Klinik yang kita pergi. Seperti yang saya cakapkan kat atas, kita mesti kena ada knowledge. Saya pun masih banyak perlu baca dan faham ni huhu.
Ok, setakat itu saja.
Ate'logo
Thanks atie for sharing the info. Doc, diagnose saye as RU jugak dan saye ade tanye dengan doc - perlu ke saye kene operate untuk betulkan rahim saye yang RU..Doc mentioned tak perlu sbb ianya semulajadi (20% wanita dalam dunia ni mmg dah lahir dgn RU, macam ade org yang kidal (menulis dgn tangan kiri) and then doc ade mentioned yang kebanyakkan doc dah tak buat lagi operation untuk betulkan rahim...herm mungkin lain doc-lain opinion nyer..tapi yang saya faham kalau RU disebabkan endo ade doc mmg suggest untuk operate..saye confuse pulak kene operate ke tak..mybe kene tnye doc lain pulak ;)
ReplyDeleteU tanya ya Dr lain jugak tau. I pun tak boleh nak jawab ur question rite now. Tapi kalau I jumpa akak tu next time, I cuba tanyakan okay.
ReplyDeleteAtie, Dr Hamid Arshat mmg terkenal dgn style nya yg suke operate RU :D hehe..
ReplyDeleteye la every gynae has their own style kan, ada yg suke cara yang slow, consume clomid, yada-yada-yada..then fail byk kali baru suggest ubat lain blablabla....then baru IUI..
utk doc yg 'otai' mcm dr hamid, maybe all those treatment buang masa, dan slow jadi dia terus check if the patient ada RU ke tidak. kalau ada die terus suggest utk operate. Well my cousins ada 2org yg terus ke dr hamid, 1st treatment fail clomid dah terus kena suggest operate RU. nak2 lagi kalau patient tu ada insurance/keje dkt company yg besar, and company boleh tanggung. Dr hamid definitely akan terus suruh operate. (if u get what i mean)
(my cousins decide not to proceed, and one of them conceive naturally after applying other fertility method) - jadi maknanya RU tu bukanlah penghalang sebenar, just an option to 'improve' chances.
BUT, other gynaes, memang ckp tak perlu operate since their patients ramai yg conceive berderet2 WITH RU. my gynae Dr delaila (SJMC) ckp kalau ada RU tu semulajadi but it is not impossible to conceive as patient die ramai yg conceive ramai anak with RU. another gynae from Klinik Umra pun ckp tak perlu operate (dr ummul, dr sudha, dr rafi, dr karamjeet), selagi benih semua tak elok,.telur tak subur, no point betulkan RU. itu pendapat diorg la kan. well but i guess there is an advantage kalau betulkan RU ni sebab endo patients usually ada RU, sebab darah beku byk terkumpul dkt belakang, tersangkot n takleh kuar sbb RU, so kalau operate, mmg ada patient yg boleh conceive. apa2 pun semua kuasa Allah taala jugak kan :) doc pun gave their best to help us :)
FYI, i pun RU. -tapi tak betul2 terbalik, just ke belakang and senget entah mcm mana tah. havent done anything about it sbb doc ckp my major problem was telur kecik/PCOS. i bet if i went to dr hamid, dia pun dah lama suruh i operate :P
Hehehe macam tu rupanya style Dr Hamid..Kena dengar banyak pengalaman dari banyak orang ni baru kita tahu.
ReplyDeleteI got what u mean about his preferences on patient yang ada insurances and so on tu. However, tak dinafikan he's expert in his field. Yang berkemampuan boleh aje nak dapatkan treatment daripada dia kan.
Hopefully Butterfly read ur comment. Dia pun dah confuse after read post I ni hehe. Jay's comment is very useful.
Tentang Akak S, I also not sure. Maybe she really needs the operation. 10 years waiting and IUI pun dah buat. Well apa pun she knows best. Hope dia berjaya concieve lepas ni...
saya pernah pergi dgn dr Hamid...:)
ReplyDeletehanya buat 2 apoiment saja...lps tu tukar doc masitah di klinik medina. well mmg betul...kalo RU x semestinya kene operate...lain doc lain pandangan..dr Hamid pernah kelurakan statement di fbnya..x semua yg RU dia suggest operate..depends on case..
saya juga spt dlm cite dia atas..sudah 7 thn kawin..anak juga dh sekolah. saya bunting pelamin. masih belum rezeki dpt anak ke 2..sy tak de RU.ada sebab2 lain yg pjg sgt nak ceritakan :)apa2 pon..saya percaya. mungkin sebab belum rezeki saya lagi
assalamualaikum kak.. blh recommend kan sy ejen insurans akak gune x? sy nk buat operation dgn dr hamid.. tp takde insurans..
ReplyDelete