Tuesday, 22 January 2013

maaf saya tak suka cara awak bergurau

Credit to: sorry4theblog.com

Harini DG turun padang melawat ke office tempat aku kerja ni. Saya tak nak cerita sangat tentang event tu sebab everything went well. Saya pun rasa puas hati dengan kesudian beliau bersama pengarah-pengarah lain untuk turut serta.

Ada beberapa senario yang menyakitkan hati especially bila berhadapan dengan makcik-makcik  akak-akak yang tak lama lagi nak pencen ni. Dua yang pertama ni saya masih okay lagi but the third one, hati banyak sakit.

1. "Puan, sepatutunya biar la pegawai yang pegang bunga tu untuk sampaikan pada DG. Kenapa la diorang suruh budak-budak praktikal tu ek? Tak patut-tak patut"

Masa tu bos kat tempat saya ni nak sampaikan cenderahati kepada DG. Budak2 praktikal tu tolong pegangkan untuk hulurkan kepada bos sebelum bos bagi pada DG. Saya tak nampak pun sebarang masalah kat situ. Bagus la budak2 tu yang buat. Kalau saya yang disuruh, saya pun tak hingin. Dalam hati, agaknya akak ni tak puas hati kot kenapa bos tak mintak tolong dia pegangkan jambakan2 bunga tu semua.

2. Ada seorang makcik akak ni duk pegang-pegang belakang saya. Lepas tu pegang2 hujung tudung saya. Dia duk kat sebelah. Nak marah tak sedap lak. Saya toleh je la tengok dia pastu dia cakap " cantik tudung awak. Tapi tudung-tudung macam ni ada yang pendek je kan. Yang labuh tak de kan"

"Ada je kak"
" Eh, ada eh. Panjang sikit je la ye. Harga mahal?"
"Aah tudung tu labuh la. Harga lagiiii mahal" (sengaja stress kan perkataan lagi tu)

Lepas tu dia diam je tak usik2 dah tudung saya atau pegang-pegang kat belakang saya. Nak kata tudung dia labuh tak pulak. Singkat je. Tudung saya pakai ni pun harga RM20 je. Lebih labuh dari tudung dia. Tak tahu la apa niat dia sebenarnya tapi seriously saya bukan jenis yang suka bersembang tentang pemakaian atau sebarang accessories dengan orang. Especially orang kat tempat kerja sebab ada bakat 'mulut menyampai'. Dulu dia pernah bagitahu saya dia tak pernah beli tudung kat tempat-tempat biasa. Walau tudung 1 warna pun paling kurang beli kat Ariani. Pada saya mana-mana pun sama ikut preference dan kemampuan diri sendiri. Saya ye kan je lah.

3. Aktiviti terakhir DG dalam lawatan beliau adalah melawat makmal kultur tisu. My friend, an RO ada sediakan satu sikat pisang hasil dari pokok kultur tisu ni. Pisang tu disediakan untuk DG dan Pengarah2 ni rasa. Ada buah pisang tu kembar dua. Tak ada siapa pun nak makan.  Hmm, korang nak tahu sapa yang jadi bahan? Saya? Yes, saya lah yang kena bahan.

Ada yang konon nak jadi pak dukun bagitau saya makan pisang kembar dapat anak kembar la dan macam-macam gurauan lagi. Saya bagitahu yang saya pernah dengar ayat tu dari kecik lagi. Diam terus Encik tu.
FYI, dulu masa saya budak2 (sekolah rendah rasanya), memang ada seorang opah ni offer makan pisang kembar dua. Dia bgtahu benda yang sama dengan Encik tu. Saya memang ada makan pun. Opah tu pun dah meninggal sekarang ni. Dalam hati saya cuma doa semoga gurauan mereka-mereka ni dimakbulkan Allah s.w.t supaya saya dapat anak kembar. Masa tu saya boleh terima lagi gurauan2 mereka tu.

Dalam banyak2 gurauan tu ada satu je yang terkesan kat hati ni. Terdiam terus lepas saya dengar. Ada sorang makcik ni tepuk lengan saya. Dia cakap, " Makanlah! Mana tahu lambat-lambat dapat anak ni terus dapat dua". Lepas tu dia gelak2 kecil

Pada saya ayat tu rude sebab dia cakap di tempat yang ramai orang. Lagi pun ayat dia 'lambat-lambat' tu rasa sakit sangat bila dengar. Saya tak pernah mohon supaya Allah lambat beri saya anak. Saya tak mintak semua ni. Saya kenal anak-anak dia. Anak-anak dia memang subur. Cucu berderet. Dia pun memang ada cucu kembar. Kalau betul niat dia baik, saya maafkan cuma lepas ni jagalah pertuturan supaya sesuai dengan tempat. Rasa malu sangat. Lepas makcik tu cakap macam tu yang lain-lain senyap tak cakap apa dah. Saya cuba jauhkan diorang dan ikut bontot DG je.

Sebenarnya saya harap usaha TTC Group nak buat persatuan nanti banyak event akan dibuat supaya orang luar sana yang diberi peluang oleh Allah mudah mendapat anak ni buka mata dan hati diorang supaya ada rasa simpati, hormat, dan bantu golongan kita ni. Bukannya menyindir, mengata, membuat spekulasi tanpa usul periksa, bergurau tanpa batasan dan sebagainya.

Ya Allah, doaku masih sama. Aku masih menanti zuriat dariMu Ya Allah. Kurniakanlah. Jika aku punyai penyakit, aku redha. Maka Kau bantulah aku mengatasinya. Semoga aku diampunkan dosa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

Ate' logo

16 comments:

  1. eee :( benci lah dgr gurauan mcm tu...yeah tu la tujuan nak segerakan pendaftaran TTC group tu...masyarakat mmg sangka lambat dpt anak ni satu benda yang lucu. :( sigh..mgkin dia niat baik, ur right tapi ayat dia sedikit pedih. takpelah. doakan dia satu hari supaya dia sedar smua ni bukannye di tangan kita.
    dan bukan juga di tangan pisang kembar. hoho.

    ReplyDelete
  2. Atie, makcik2 gomen mmg mcm ni perangainye dah paham sgt2 dah... tabah yea...

    ReplyDelete
  3. anggaplah kata gurauan dia satu doa. part dapat kembar tu.

    ReplyDelete
  4. btul kta jay tu,mungkin sesetengah orang ni niatnya baik nak bg petua pda kita,cuma cara penyampaiannya yg tak betul,takpelah...kita maafkan je lah mereka dan aminkan kata2 mereka,kata2 tu kan 1 doa.(wlaupun dlm hati benci sgt2 dibuat mcm tu)...moga persatuan ttcians tu nnti akan lebih mmbuka mata masyarakat sekeliling ttg kita2 yg msih ttc ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama...atie maafkan dia dah...mls la nak emi lama2...atie fikir lebih baik atie redha je. Dah mmg kenyataan kita ni tak mcm diorg. Cuma tu la atie harap sgt masyarakat kat luar lebih sensetif dgn isu kita ni

      Delete
  5. Atie, nina ada kena jgk. Diorg kaitkan yg weight gain ni mesti preggy.. Yelah, org dah kawin ni ada sesetengah yg naik berat bdn kn..

    Asyik dok ulang2 "Ooo, naik je badan tu ingat berisi..". Adoilahhhh...

    Atie RO Mardi eh?

    ReplyDelete
  6. Nina, masa awal2 kawin dulu atie pernah kena mcm tu jugak...buat xtahu je la xsuke layan. Rasa mcm diorg menyibuk huhu. About ur question tu i leave it in the blank je la yer hihi xnak identiti terbocor. ceh mcm artis plak hahaha

    ReplyDelete
  7. amin..mudah-mudahan kata2 mereka menjadi doa satu hari nti..sabar jelahh..dorang xrasa apa yang kita rasa..

    ReplyDelete
  8. xsuka juga kena mcm ni,sangat menyakitkan ati!!!kt office ni ada akak 2 siap tayang mykid anak sambil ckp dpn sy ''KO ADA''.....
    sy pun jawab soon kak,nati sy branak lagi ramai dr akak.

    ReplyDelete
  9. hi atie.. hmm... bile bace flow citer ni, seolah2 kite keje di bawah boss yg sama..

    ReplyDelete
  10. hai sizuka...yeke...
    kalau betul awak senyap2 je la yer hehe. Saya rasa awak faham kenapa kan. Please don't share anything in this blog to anyone. Takut diorang kenal saya. tq...

    Anyway, salam perkenalan yer ^_^

    ReplyDelete
  11. Jgn risau... sy bukan jenis type yg suke heboh2.. haha

    ni emel sy, sweetbaby.cutebaby@gmail.com

    ReplyDelete
  12. over laa itu makcik..hmmm~
    tasuke jgk..
    kawan2 ttc,
    klo sudi jenguk la blog saya
    http://iez2linejourney.blogspot.com/

    ReplyDelete