Tuesday 15 January 2013

Gelang kahwin (maharku) hilang

Last Thursday I was busy with other few officiers from Kejuruteraan buat site visit untuk kerja-kerja naiktaraf infrastruktur di tempat kerja. Bermula 9 pagi dan selesai pada 1 petang. Ada 5 tempat kami visit dan orang kejuruteraan ni datang untuk buat penilaian kerja-kerja naiktaraf yang saya dan pegawai-pegawai lain propose tu sesuai ke dengan peruntukan yang diberi. Huhu memang tak la, kami mintak macam-macam tapi tak semua yang boleh dibuat. Oleh itu, pegawai2 kejuruteraan ni akan semak semula dan buat plan cadangan baru yang sesuai dengan budget beserta quotations segala bagai tu la. Kami yang propose ni tunggu feedback daripada diorang je la setakat ni.

Berbalik kepada cerita gelang tangan yang hilang tu, seriously saya tak sedar bila ia hilang. Dan tak boleh nak ingat when was the last time I saw or touch it. Masa nak sembahyang Asar di office baru perasan sebab setiap kali nak ambil air saya akan tanggalkan watch, ring, dengan gelang. Ha, masa tu la baru perasan gelang tangan dah tak ada. Tak jadi ambil air sembahyang terus pergi cari merata, kat kereta, dalam office, dalam toilet huhu tak jumpa jugak. Masa tu dah risau yang amat sangat dan nak nangis dah. Otak ligat cuba ingat balik. Mungkin tercicir masa site visit. Mungkin juga ada orang masuk bilik dan ambil masa saya pergi ambil air sembahyang pada waktu Zohor dan terus tak teringat. Atau mungkin tak pakai tertinggal kat rumah tapi mustahil sebab I keep the watch, ring dan gelang tu at the same place. Tak akan pakai 1 atau 2, mesti akan pakai ketiga-tiga.

Gelang tu gelang emas DH bagi masa nak batal air sembahyang lepas akad nikah @ mahar perkahwinan kami. Harga masa beli RM2600. Sekarang tak tahu la berapa. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat gelang emas tak sampai 3K tapi pada saya ia amat bermakna. Gelang kahwin kot. Tanda ikatan suami isteri. Suami yang bagi dan RM2600 mahal sangat dah pada saya. Masa saya dapat gelang tu saya tahu dah ia mungkin satu-satunya barang kemas yang saya ada untuk 10 tahun yang akan datang sebab saya tahu saya tak mungkin akan beli lagi sebab saya bukan jenis minat barang kemas dan pada saya to spend a lot of money untuk beli barang kemas is not the right thing to do especially apabila gaji kami berdua tak seberapa dan perlu menyimpan untuk perkara yang lebih penting untuk masa hadapan. Dan kehilangan ia setelah baru 10 bulan kahwin sangat2 meruntun jiwa. Satu kehilangan besar. Satu yang amat menyedihkan.

Mula2 nak beritahu DH sangat2 takut setelah confirm kat rumah pun tak ada. Dan memang tepat, selepas saya beritahu DH terus marah. Tak sanggup nak tengok muka dia saya duduk dalam toilet menangis sorang-sorang. DH membebel2 kat luar. Saya ambil air sembahyang kemudian solat maghrib. Saya masuk bilik tak sanggup nak tengok muka dia. Finally he cames to me dan talks slowly dan pujuk saya. Huhu masa tu baru ada kelegaan dalam hati ni apabila dah dah dapat terima kehilangan gelang tu dan dia cuba pujuk saya untuk sama-sama redha. Dia peluk and said: Tak apa sayang. Jodoh sayang dengan gelang tu tak lama nak buat macam mana. Nanti kalau kita ada duit kita beli lain yer

Saya tak kata apa but I just know kami tak akan mampu beli lain.

Esoknya saya pergi office awal sebelum 7.30 pagi dah sampai. Semua berjalan ke semua tempat yang saya pergi site visit pada hari kejadian utk mencari tapi tak jumpa....Saya ada maklumkan kepada pegawai2 kat office dan assistant saya, minta supaya mereka pulangkan sekiranya terjumpa sebab hari tu adalah hari gotong-royong. Manalah tahu jumpa kan..unfortunately memang tak ada siapa yang jumpa...Saya mula terima it's gone. It just GONE!

Bila teringat balik gelang yang hilang tu saya sentiasa berdoa supaya Allah buka pintu hati sesiapa yang jumpa untuk pulangkan semula atau Allah gantikanlah gelang yang hilang itu kepada sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kami iaitu zuriat. 

Sekarang saya redha...ia bukan milik saya selamanya


Ada perkara yang saya nak cuba kaitkan dengan kehilangan harta benda ni. Antara sebab kita hilang harta benda kita adalah:

1. Sebab kita kadangkala riak (sama ada sedar atau tidak sedar). Dah sedar cepat-cepat istighfar dan janji tak akan buat lagi

2. Sebab kita sering leka dengan kesenangan dan dah tak dekat dengan Tuhan. Selalu-selalu lah berdoa Allah pelihara harta benda kita, rumah tangga kita, iman dan ibadah kita. Kadang-kadang shopping tak ingat akhirat. Solat tinggal, duit berabis pastu rasa riak pakai benda-benda berjenama dan mahal-mahal. Sedikit sebanyak ada perasaan nak menunjuk. Ha, its getting worst kan. Bahaya riak ni. Janganlah sesekali rasa riak dan terleka.

3. Sebab kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah beri. Allah dah beri macam-macam tapi kita rasa Allah tak bagi pun apa yang kita nak. Kita nak zuriat Allah tak bagi. Kita nak senang Allah tak bagi. Kita nak macam-macam lah tapi kita dok kata Allah tak bagi pun apa kita nak tapi dok kata Allah bagi dugaan je. Haa amik kau sekali dan semudah kentut tak da bunyi hilang nikmat Allah tarik macam tu je. Macam kes saya hilang gelang tau-tau je dah hilang, nak recall pun tak boleh dah tak ingat apa-apa langsung, jadi redha ajelah Allah dah tarikh harta sementara yang dia beri tu.

4. Sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa kita, dosa-dosa lampau kita sama ada  dosa denganNya atau dosa kita kepada orang lain. Kita ni buat dosa kat orang lain banyak je. Mengumpat bos, mengumpat orang-orang kat office, mengumpat mengutuk jiran, sambil drive tu menyumpah seranah orang, dosa dengan ibu bapa, keluarga, suami huhu banyaknya dosa kita kan...terbayar ke kita nanti di akhirat dengan pahala kita yang tak seberapa. Takut-takut tak sempat nak cari orang-orang yang kita buat dosa tu. Hilang harta benda ni adalah dugaan dari Allah swt. Salah satu hikmah di sebalik dugaan adalah untuk Allah hapuskan dosa-dosa kita. Jadi, +ve ye apabila ditimpa musibah.

5. Sebab Allah sayangkan kita....percaya tak sebab Allah sayangkan kita dia tarik nikmat yang dia beri pada kita? Kalau Allah tak sayang, dia biarkan kita hanyut dengan kemewahan, dengan kesenangan hidup, leka lewat-lewatkan sembahyang, malas mengaji dan macam-macam lagi. Sebab Allah sayangkan kita tak nak tengok kita terus ke jalan yang serong/pesong dia sedarkan kita dengan menarik nikmat atau harta benda kita. Lagipun, apabila kita sedar kesilapan kita, kita berubah, kita bertaubat, Allah dah pun berjaya naikkan martabat kita. Selain itu, secara tak langsung kes kita ni jadikan peringatan dan panduan orang lain disekeliling kita.

6. Sebab Allah nak beri nikmat/harta benda yang lebih besar/ lebih bermakna. Dah hilang barang/harta benda/nikmat banyak-banyakkan berdoa supaya Allah berikan/gantikan dengan yang lebih baik. Ya Allah, walaupun gelang emas itu hanya 2600 ringgit, tak akan sama nilainya dengan anugerah zuriat dariMu, namun kau kurniakanlah aku dan suamiku zuriat yang soleh dan solehah daripada sisiMu dan janganlah kau biarkan kami sendirian tanpa meninggalkan waris di bumi ini.

Mungkin ada banyak lagi sebab-sebabnya harta benda/nikmat kita ditarik Allah. Saya senaraikan beberapa sahaja yang saya nampak dekat pada diri saya. Saya harap post kali ni bukan saja boleh beri peringatan kepada diri sendiri tapi pembaca-pembaca jugak.

Dalam tempoh 10 bulan saya berkahwin ada dua musibah besar yang melanda kami:

1. Car accident, total lost more than 2K
2. Hilang mahar, total lost RM2600 (harga emas lama)

Nak senaraikan masa sebelum kahwin terlalu banyak hehe tak perlulah. Yang penting, take it positively dan muhasabah diri. In shaa Allah kita tak akan rasa sedih yang berpanjangan, malah kita rasa tenang dengan mengingati Allah s.w.t.


Ok, setakat itu saja.

Ate' logo

7 comments:

  1. so sorry to hear that...takpela atie...sama-sama lah kita redha dgn kehilangan masing2... dah takde rezeki kan...

    ReplyDelete
  2. ye betul tu LCDP...kita sabar dan redha ya. Doa supaya dapat yang lebih baik, amin.

    ReplyDelete
  3. Sorry to hear that. Xpe, kalau mmg still rezeki awk dgn gelang tu, inshaAllah akan jumpa balik. otherwise anggap je bukan rezeki awk. yup, manatau ia mungkin diganti dgn sesuatu yg lebih berharga? byk2 berdoa k dear.

    ReplyDelete
  4. Alahai, mesti u rasa ralat sgt... Its ok dear, redha je la... InshaAllah, Dia ganti dgn yg lebih baik :-)

    ReplyDelete
  5. Thanks guys...alhamdulillah I dah boleh terima. Semoaga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Amin

    ReplyDelete
  6. atie..pasti ade hikmah disebalik kejadian tu…yang penting atie dah redha okie ;) …saye pun penah hilang barang sbb kene rompak…tapi selepas dari kejadian tu Allah berikan saye hadiah yang lebih bermakna dan berharga.

    ReplyDelete
  7. salam kenal dari fifi.. :) fifi pon da hilang cincin kawen.. gelang emas pon da hilang.. rantai baru je tercicir.. lastlast tnggal earring je kat badan ni.. :( tengah kumpul duit nak ganti rantai or gelang baru.. mule2 memang sedih.. tapi bile fikir positif.. lupe da.. tapi kalau teringat.. sedihnye...

    ReplyDelete