Assalam...
Hai kawan2...
Atas nasihat korang I adukan hal ni pada hubby and dia ajak pergi jumpa Dr hari Jumaat lepas. I memang tak ada idea nak pergi hospital mana. Hubby offer nak google hospital yang sesuai. Then dia decide kami pergi Hosp. UMRA. Sound familiar to me. Cuma tak pernah jejakkan kaki.
Without appointment kami pergi. Orang ramai but alhamdulillah tak perlu tunggu lama nurse dah panggil jumpa Dr. I cerita sikit sejarah IUI yang lalu dan masalah keputihan yang I alami sebagai introduction. Then I maklumkan tentang masalah pendarahan selepas bersama suami. Dia tanya ada rasa sakit tak semasa bersama suami. Actually since baru kahwin dulu memang I rasa sakit bila bersama suami tapi tak berani nak beritahu hubby. Masa Dr tanya tu, I terus teras yang memang I rasa sakit bila bersama suami.
Then dia cakap I perlu buat pap smear. Lepas dia ambil sampel tisu dia beritahu kami suami isteri yang dia memang nampak ada luka pada pangkal rahim I. Mungkin luka tu yang mengeluarkan darah. Dia beritahu lagi yang I tak ada keputihan. Alhamdulillah, keputihan dah tak ada. Masa lepas IUI aritu memang teruk I kena. Tak tahan kegatalan di situ.
Dr memang nak cepat dapat result pap smear tu. Banyak kali pesan kat nurse dia suruh dapatkan cepat. Nurse dia pulak kata boleh dapat after 30 minutes. Then kami decide nak tunggu. Dr ambil nombor telefon I supaya dia boleh call bila dah dapat result. Tak sampai 30 minit Dr dah call beritahu nurse dia silap. Mustahil dapatkan keputusan dalam masa 30 minit. Actually they need 2 weeks. So Dr set appointment I 20hb ni untuk tengok result.
Dia eager sangat nak handle kes ni. Banyak kali beritahu nurse supaya maklumkan dia cepat result tu even if she is not around in the hospital. Kalau boleh dia nak in charge my case but since dia bukan permanently working kat UMRA so terpaksa bagi kat Dr lain kalau dia tak ada time dapat result tu nanti. Itu pun, dia banyak kali pesan kat nurse supaya call dia immediately after result keluar. I yang seram sejuk tengok dia beria sangat.
She said, kalau result tu shows something bad, dia nak I jumpa kawan dia pakar kat Hosp. Sungai Buloh. Dia akan tulis surat rujukan untuk I. Dia nak Dr tu scan guna alat seperti magnifying glass untuk lihat lebih jelas. Lebih kurang alat seperti otoscope (alat cek telinga). Erk, bila dia cakap macam tu I rasa takut sangat. Korang, doakan I tak apa2.
Anything bad, please go away!!
result pap smear memang 2 minggu,saya berdebar2 jugak tunggu result tu..inshaAllah tak ada apa2..atie boleh baca entry saya result pap smear.harap membantu.
ReplyDeletethanks nuriz..i dah baca ur entry. Thank you for sharing the important information.
DeleteAs Salam sis.. Nak tanya sikit, sakit tak sewaktu ujian Pap Smear tu? Waktu bila yang sesuai buat ujian tu ye? Kalau tak keberatan boleh tak sis sharekan :) Saya tgh pikir2 nk buat ujian tu... Thx sis :)
ReplyDeletetak sakit. I dah 2 kali buat. Dua2 pun tak sakit cuma senak sikit. Badan cuma perlu rileks masa prosedur. Sekejap sahaja proses dia. Bila2 pun boleh buat asalkan bukan waktu haid.
DeleteAtie, InshaAllah, x de pape... don't worry too much k... let's wait the result... take care...
ReplyDelete