Thursday, 21 August 2014

camat ari raya korang!!

Assalamualaikum
Holla!

Minta maaf minta ampun. Lama cek tak menaip di blog ni.
Banyak perkara nak diucap cuma tak terungkap.
Kengkonon sibuk la sangat kan.
But yes, bukan nak tipu cek memang tak dan' nak taip. 'Dan' buka dan baca blog kawan2 je. Lagi pun cek ni ambil masa lama bila menaip. Otak kretif sangat macam-macam nak tulis.

Sebelum Syawal kali ni habis, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat2 TTC. Saya juga mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, mengecilkan hati siapa2 dan sebagainya. Harap persahabatan kekal selamanya. Mudah-mudahan kita bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan dan berpeluang meningkatkan amal ibadat. Semoga tahun hadapan kita lebih baik.

Usaha TTC macam mana? Buat masa ini masih belum sambung treatment di mana-mana. Jalani hidup berdua macam biasa. Alhamdulillah lepas buat pap smear aritu tak ada lagi darah keluar selepas bersama. Cumanya cycle kali ni sudah lewat 3 hari. Period masih belum kunjung tiba. Rasa nak test UPT tapi saya tak yakin. Takut saya sedih pula nanti sekiranya -ve. Walaupun dan 2 tahun 5 bulan berkahwin@berTTC, saya masih belum matang menerima keputusan yang ditunjukkan pada UPT strip. Bukan maksudnya saya tidak percaya dengan result UPT tersebut tapi saya tak cukup berani nak buat ujian. Biarlah lewat 2 3 minggu baru buat ujian. Hubby jalani hidup macam biasa. Tiada apa-apa perubahan. Supplement dah tak makan. Katanya nak mula semula berTTC tahun hadapan. Saya akur sahaja kerana memahami situasi kewangan kami sekarang tak mengizinkan. Fokus lebih kepada proses nak pindah masuk rumah baru.

Alhamdulillah, nak pindah masuk rumah sendiri dah..In shaa Allah Sabtu ni pergi ambil kunci. Boleh dah minta orang datang ukur buat grill dan sebagainya. Bajet kecil jadi kami buat yang penting-penting sahaja.
Nak tanya korang...Apa persiapan nak masuk rumah selain buat grill, pasang lampu kipas dll? Maksud saya dari segi spritualnya apa persiapan yang perlu dibuat? Buat bacaan doa selamat ke? Kadang-kadang perkara kecil yang kita selalu terlupa/tertinggal sedangkan ianya sangat penting. Mohon korang share pengalaman masuk rumah baru. Apa step2 yg saya perlu buat...

tq semua. Love u all

ate' logo


5 comments:

  1. Atie!!! So good to hear from u...lama x update ni... hehehhe... buat bacaan surah al baqarah. Kalau x mampu nak baca, pasang la CD tu... kenduri doa selamat pun bagus, kiranya house warming utk kenal2 dgn jiran2... kalau boleh 'pagar' rumah pun bagus juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST...hehe rindu kat korang...boleh tak add I dalam group watsapp aritu. Phone I kena format so hilang nombor2 semua kenalan. Kalau u masih ada nombor phone I, please add me dear.
      Pasal nak pagar rumah tu my mom ada ajar macam mana.
      Bacaan surah al-baqarah ye...Ok2, tq for sharing...akan dibuat.

      Delete
  2. Salam kenal atie :) Oh buat kat MAC HUKM jugak ye. Dgn prof zainul ke? May Allah ease you way to pregnancy dear amiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat dengan Dr Kadir...nak prof Zainul nurse tak bagi sebab patient dia dah ramai...so akur je la. hihi

      Delete
  3. Kita semua sama... Still berttc. Insyaallah ada rezeki kita nanti

    ReplyDelete