Monday, 13 January 2014

Cycle 1: IUI 1

Sebenarnya hati ni berat nak wat entry ni. Sedih pilu ase hati ni. Bergenang air mata bila mengingatkannya kembali.

Last time I ada beritahu perkara yang tak sedap didengar masa IUI aritu.

Pada hari kejadian perut & pinggang I sakit betul. I believe it was because of the ovulation. Kedua2 belah rasa sakit but sebelah kanan lebih sakit. Ovary sebelah kanan lebih banyak telur dan saiz besar2. Memang tak senang duduk i. Rasa sakit macam senggut time period. Duduk salah. Berdiri salah. Dari pukul 8 pagi menunggu, pukul 11 baru prosedur dijalankan.

Berita yang tak best tu adalah keadaan sperm suami. Terkejut apabila diberitahu bilangan sperm sangat rendah. Pre-washed hanya 0.4 juta dan selepas dicuci jumlah tidak dinyatakan berapa tapi analyst tulis kat form "few alive sperm seen". I tanya nurse maksudnya berapa yang ada. Dia terkedu dan tak boleh nak jawab. Dia cuba tenangkan kami dan nasihatkan kami supaya banyak2 berdoa kerana semuanya adalah kuasa Allah.

Masa sebelum prosedur Dr ada mention yang sperm sikit tapi I tak tengok lagi form tu so tak tahu 'sikit' macam mana. Dr ada tanya hubby ada buat apa2 ke sebelum ni. Dr juga risau jika hubby ada jangkitan kuman. Masa tu hubby juga tak tahu berapa 'sikit' yang dimaksudkan Dr. At that time kami masih fikir yang baik2 aje.

Prosedur dijalankan dengan lancar. I tak ada rasa sakit apa2. Mungkin dengan bantuan nurse yang suruh I berselawat dan mengajar teknik menarik nafas.Sepanjang prosedur I mulakan dengan berselawat, membaca ayat kursi, menbaca doa nabi zakaria dan berzikir Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir. Setelah selesai Dr bacakan doa. Kami tak dapat dengar dengan jelas sebab Dr baca perlahan je. Pun begitu I rasa sebak. Dr keep saying to berdoa supaya ada 1 sperm berjaya bersenyawa dengan telur.Mengalir juga airmata ni. I berehat selama 1 jam di bilik IUI. Tidak mengiring ke kanan atau ke kiri kerana kedua2 belah ovary ada telur yang matang. Hubby sentiasa disisi sepanjang prosedur dan sama2 berzikir dengan I. Air mata ni duk mengalir je dan hubby tenangkan.

Selesai rehat, hubby pergi settle bills dan beli ubat Dusphaton & Progestrone. I diarahkan untuk datang selepas 10 hari prosedur untuk cek darah. Sebelum balik tu la nurse serahkan form result sperm hubby. We were very shocked to see it. Susahnya nak terima time tu. Ya Allah sedihnya....sedih sangat. Especially bila nurse tak mampu nak jawab berapa sebenarnya sperm yang hidup tu ada. Dia suruh kami berdoa dan serahkan kepada Allah s.w.t.

Kesian hubby. Dia sangat kecewa. Dia macam give up. Dia kata lepas ni tak nak dah buat treatment. Tak nak dah makan ubat. I sangat risaukan dia. I cuba tenangkan dia. Dalam masa yang sama I cuba tenangkan diri sendiri juga. Berat sungguh dugaan Mu ni Ya Allah.

Sehingga ke hari ni 3dpiui (13/1/2014) I ambil bacaan BBT. Bacaan semakin menaik kecuali pagi tadi bacaan dah turun. I tawakal je pada Allah. Namun I sangat mengharap IUI ni berjaya. Until today masih tak ada spotting apa2 lagi. Dan I tak ada alami sebarang simptom pening ke, bloated ke, mabuk ke, apa2 pun tak de.

Alhamdulillah sampai hari ni I mampu bangun malam solat sunat tahajud. Pagi buat solat sunat dhuha. Tp hari ni dah miss sebab keluar tadi bawa kucing2 pergi vet. Lewat sampai rumah. Dan I amalkan membaca surah maryam setiap hari. Waktu magrib kalau tak mengaji I buat solat sunat hajat. Ibadah ajelah yang mampu tenangkan I.

Kawan2...I nak jadi orang yang tabah. I nak jadi orang yang boleh terima kegagalan. I nak jadi orang yang kuat. I nak jadi orang yang tak kan putus asa. Dan paling penting I nak jadi hamba yang sentiasa yakin padaNya. Allah...kuatkan aku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.

Jumpa lagi.

14 comments:

  1. Atie..anggap semua yg berlaku Allah nk uji kita. Mcm L risau dan sedih dalam hati Tuhan saja yg tau. Atie jgn fikirkan sgt pasal sperm hubby dan iui kali ni. Kita cuma nk 1 sperm shj utk peratusan berjaya IUI. Doa banyak2. Kalau dh rezeki InsyaAllah. atie jgn sedih2. Hubby atie skrg tengah down. Bagi dia masa utk tenangkan fikiran jgn push die utk ubat dsbg.. biar die rest dulu sampai fikiran die tenang dan insyaAllah nanti sambung treatment. Semua org nk berjaya bila dh smpai tahap buat iui mahupun ivf. Bagi L utk 1st IUI L dh bersedia utk kedua2 result berjaya atau gagal. Sentiasa tenang. Yg ptg skrg atie banyakkan rehat dan berdoa..yakin dengan ketentuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DH cakap kat atie..m
      Kalau sayang kecewa, Abi lagi kecewa. Sebab ia datang dari diri Abi. Abi tak buat apa2 yang salah pun. Abi makan ubat tiap hari. Sayany janji sayang tak kan marah Abi. Sekarang ni sayang dah marahkan Abi.
      Menitik air mata Atie. Sungguh atie tak marah dia cuma atie sedih mengenangkan sperm yg sgt sedikit. Menyebabkan atie mendiamkan diri sebab rasa kecewa betul perkara mcm ni boleh jadi.

      Delete
    2. tu lah atie..kdg2 org lelaki lebih sensitif dari kita..banyakkan bersabar..walau resah mna pn atie jgn mention pasal tu.. Biar je dulu. Niat kita xmarah tp dlm keadaan ni mcm2 boleh rasa. Kita kena support sesama kita. Mcm juga suami ok isteri xok.. suami kena support isteri..masalah ni masalah berdua sebab kita dh jadi suami isteri. Byk bersabar atie yer.

      Delete
  2. L doakan IUI atie berjaya.. jaga diri. hugz.

    ReplyDelete
  3. Jgn sedih ye atie.. buat biase2 jek...

    ReplyDelete
  4. Jangan fikir sangat Atie...positifkan diri. Macam mana Atie berikan semangat pd Yani haritu ms Yani down lepas buat HSG, mcm tu juga niat Yani beri semangat untuk Atie kali ni....

    ReplyDelete
  5. In shaa allah atie..ada rezeki untuk iui kali ni...banyakan berdoa dan keep positive ya :-)

    ReplyDelete
  6. Atie, u r indeed strong, sebab tu Allah bagi ujian. Tugas kita manusia ni hanya berusaha, the rest is kerja Allah. Siapa lah kita nak persoalkan tentang rezeki dan ujian yg diberi pada kita kan... I agree ngan L, let ur hubby tenangkan hati. Nanti dia dah tenang, mungkin boleh berbincang semula. Apa2 pun, it is not over. Doa senjata org mukmin, kita doa banyak2 ya...Smg Allah berikan kekuatan buat Atie dan suami, dan Allah kurniakan cahaya mata buat kalian berdua...amin... InshaAllah, ada kesenangan di sebalik kesulitan....

    ReplyDelete
  7. -__-" iya pon sedih bl bace entry ni atie.Ya Allah,atie such a strong person.strong wife.u will get through this just fine.inshaaAllah.iya percaya Allah itu Maha Mengetahui segalanye.atie pon tahu juge kannn.pujuk suami utk kuat juge.mungkin kali ni berjaya Alhamdulillah.but if this time failed...doesnt mean both of u failed each time rite?cube +ve kan diri.kembali semangat.kami kawan2 ttc always support atie.yes,u are strong!be with Allah always k :)

    ReplyDelete
  8. salam atie..ingat satu je "kun faya kun"
    kalau dah tertulis rezeki tu akan dtg,insyaAllah..
    doa byk2..atie dah usaha,skrg masa utk tawakal..
    tawakal dan redha seredha2 nya..
    jgn fikir byk...me doakan atie berjaya ya..

    ReplyDelete
  9. insyaallah dear,
    kalau kita baca the basic thing to conceive is we only need 1 sperm and 1 ovum... jgk risau k...
    i doakan procedure u kali ni berjaya...think positive dalam time 2ww ni... jgn fikir byk sgt....skrg ni kita dah takda kudrat nak buat apa2....biar Allah yg tentukan rezeki kita...kita dah berusaha...ok...doa byk2 *hugs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is true dear...but we also know that a lot of sperm died along the way to meet the ovum right....itu yg merunsingkan I. But now I feel much better. Tak mo sedih2 dah. Redha je.

      Delete
    2. yes, that's the fact, but who knows yg sikit tu lah rezeki korang berdua kan.... keep on praying :)

      Delete
  10. atie, be strong ek. Allah ada bsama kite sedih & gembira. Hamba yang diuji adalah hamba yg hebat.

    ReplyDelete