Monday, 31 December 2012

2012 in memories

Assalamualaikum...

Tahun 2012 dah nak melabuhkan tirainya malam ini dan kita bakal memasuki tahun 2013. Kalau tanya apa azam saya, there are as below:

1. Nak dapatkan zuriat
2. Nak kurus dan sihat
3. Nak beli rumah
4. Nak bercuti

Recap 2012


Pre-wedding photoshoot
Jan: Photoshoot pre-wedding kat sawah padi. Costum ala-ala gadis kampung bercinta dengan jejaka paling handsome dalam kampung. Hahahaha

Feb: Sibuk dengan persiapan perkahwinan. Boleh tahan pressure jugak. Tambahan pulak masih tak biasa dengan tempat kerja baru

Mac: Berlangsungnya pernikahan kami pada 16 Mac 2012 dan resepsi di sebelah saya pada hari berikutnya. The next day buat outdoor photoshoot pulak. Walaupun letih tapi seronok sangat. Syukur, I am married!

 
Wedding guestbook
Ourdoor photoshoot
 
April: Masa ni dah mula nampak true colors pasangan. Mula-mula susah jugak nak hidup dengan orang lain. Biasalah gaduh-gaduh jugak. Awal-awal kahwin banyak dugaan. Kata orang dugaan nak mengenal hati budi yang sebenarnya.
 
Mei: Not much different dengan bulan sebelumnya. Budak office yang kahwin one week earlier than me dah concieve. Me? still wasn't.
 
Jun: His birthday!! We celebrate biasa-biasa je.
 
Jul: Orang dah start tanya tak ada isi lagi ke? Really irritating and annoying!!
 
Ogos: This time I was suspected pregnant and I just can feel it. 40 days tak period since my normal cycle is 31 days after get married. Sebelum kahwin 28 days. Hubby mengalami alahan loya-loya. But since takut sangat nak buat ujian hpt, we just lost him/her. Dr assuming I got complete abortion. The 'thing' keluar habis at one time. Salah saya... sedih
 
September:  Nothing interesting. Cuma saya berkira-kira untuk pergi gym untuk kuruskan badan since Dr nasihatkan supaya saya turunkan berat badan dan elakkan daripada usaha untuk dapatkan anak buat sementara waktu.
 
Oktober: Ada wage increment. Yeay, alhamdulillah...I started joining fitness first. Bersemangat masa ni. Bulan ni saya datang 8 kali. Saya kurangkan nasi (sangat-sangat sedikit) dan saya lebihkan makan sayur dan buah-buahan. Bulan ni baru kami pegi honeymoon. Itu pun kat Cameron Highland je. Cukup baik dah buat kami berdua.
 
November: Masih aktif ke fitness first dan masih jaga pemakanan. Kali ni saya datang 9 kali. Berat dah turun 5 kgs. Masa ni berat dah jadi 80kgs. 25kgs to go.
 
December: No longer active going to the gym. Rasanya ada la sekali dua je. Sibuk dengan kerja. MAHA International lagi. End year memang banyak kerja/meetings. Semangat nak ke gym pun dah kurang. Saya ada pergi berurut. Once, dan makcik tu minta datang lagi supaya cukup 3 kali. Saya belum ada masa lagi nak balik kampung. Maybe next month. This month, I already started consuming acid folic, EPO, New Obimin, and avocado smoothie. However until today (DPO 14) the hpt results were negative (I did the test 4 times). Berat badan pun dah bertambah since I no longer jaga pemakanan like previous couple of months. Pathetic!!
 

Overall, I am grateful that I am married and I am married to someone who really loves me more than I love him. I am grateful that my mother always being a very understanding and supportive mother. She's is my best friend as well. I am grateful she never forget to pray and solat Hajat for me. I am grateful that Allah gives an opportunity for my husband to start a bussiness and Alhamdulillah his bussiness just went so well.

Apa yang membuatkan saya tidak gembira adalah orang sekeliling yang suka bercakap tentang hal orang lain dan membandingkan kita dengan pegawai atau mana-mana individu yang lain. To be honest, orang-orang sebegitulah orang yang paling sukar untuk saya maafkan atau mungkin saya tak akan maafkan. Hmm, entah la. Gile tak suke kot! Semoga Allah sahaja lah yang memaafkan dosa mereka terhadap saya.

2013 is coming....It would be a very challenging year...workloads will be drastically increasing together with the pressures. Usaha untuk TTC lagi dan usaha-usaha lain untuk memcapai matlamat di atas....Doakan saya berjaya ya kawan2.

Sekian.

Ate' logo.











Saturday, 29 December 2012

Finally I did cried

Yes I did after three times -ve hpt result. The last one i did was this morning. Initially I didnt cry. Rasa macam boleh terima kenyataan sebab saya tak menangis tengok result tu.. tapi dalam toilet tu otak saya sempat bermonolog:

Mesti tak ada telur yang keluar..
Yalah macam mana nak keluar dah tu ko gemok sangat
Entah-entah aku ada PCOS
Yalah tu tengok ko punya bbt chart pun da tahu
Takkan la aku nak kene kurus, betol2 kurus baru boleh mengandung. Ya Allah!!
Ya sebab orang yang kurus je yang boleh mengandung, boleh keluarkan telor, tak ada penyakit


Saya dah tak sanggup nak layan otak saya yang sakit tu terus ambil air semayang dan solat subuh. Lepas solat ketika saya berzikirlah saya mula rasa sebak dan sayu. Saya menangis. Saya merayu kepada Allah s.w.t supaya dengar rintihan dan doa saya.

Hubby yang tengah sebok kemaskan ruang tamu berhenti sekejap bila dia tak lg dengar alunan zikir dari mulut saya melainkan esakan. Saya tersungkur di bahu suami. Saya luahkan pada dia apa saya rasa. Pujukan dia buat saya rasa lebih tenang.

"sayang, ada sebab Allah uji kita. Sayang kena kuat. Kita usaha lagi ya. Kita usaha sama-sama. Abi ada ni dengan sayang. Sayang jangan macam ni"

Dakapan erat seorang suami dan kata-kata lembut seorang suami sangat menyenang dan menenangkan. Saya bersyukur kerana saya sudah berkahwin, kerana saya ada suami, dan kerana dia suami saya. Ya Allah aku bersyukur sangat. Alhamdulillah

Tak apa menangis untuk lepaskan perasaan sedih cuma elak melayankan perasaan sedih tu. Stess and it wasnt good for us ladies. Always stay close with people you love. You will find urself being loved. TCC jouney in shaa Allah would be easier

Thursday, 27 December 2012

Update of my 1st BBT chart

Assalamualaikum

I just wanna put the chart here for my record which might be useful for me in the future as a reference. Its pattern was rocky mountain. Now i realize there is something wrong with my hormones/my body. Even the chart can predict the ovulation day but the erratic temperatures just showed me that I am neither really healthy nor normal. A normal and healthy women should has temperatures lower than the horizontal red line before ovulation day (0 DPO). Kalau naik lebih pun sikit-sikit je la. Later, a drastic increasing in temperature shows that ovulation is occured. Boleh dipastikan dengan ujian OPK. Then if you are pregnant, in this case if I am pregnant the temperature after ovulation days should continue increasing and will always above the red horizontal line sepanjang DPO. To get confirmation HPT should be done and the blue line color will change to green color starting the days we got +ve HPT result.

Jom doa sama-sama kawan2. Tadahkan tangan kita dan minta:
Ya Allah, please protect my husband and I from any illness, diseases or syndromes. Please give my husband and I the best health so that my ovaries can produce beautiful and healthy eggs, so that healthy and strong sperms given by YOU from my husband could fertilize the eggs, so that the DNA match perfectly, so that the cells could multiplies, so that the fertilized eggs could move and lay on my strong and steady uterus, so that the fertilized eggs could form embrios, form fetus and form perfect, beautiful, smart, healthy and strong babies. So that I could deliver them safely and easily. All I need is only YOU Ya Allah.

Jadikanlah zuriatku manusia yang cukup dan sihat sifat fizikal, mental dan rohaninya. Jadikanlah dia manusia yang bijak, yang mudah dididik, yang mendengar kata, yang menyejukkan hati dan pandangan, yang sentiasa mendoakan ibu bapa nya ke syurgaMu Ya Allah, yang beriman dan bertaqwa kepadaMu Ya Allah, yang menjalankan segala suruhanMu dan meninggalkan laranganMu, yang akan menjaga ibu bapanya hingga ke syurga, yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara, dan yang berjaya di dunia dan akhirat. Makbulkan doaku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Aalamin.


Cycle Disember 2012 setakat 27hb


Backdated post: (25/12/2012)
Last night I had a dream. I was pregnant. It was a very short dream. I couldn't feel the excitement because I was nervouse waiting for the hpt result in a clinic. Once I was told the result is positive I was crying and feel so greatful. I woke up. The dream just make feel even nervouse. 2ww just so uncomfortable/stressful.

Today is DPO8 which I believe hpT test is already can be done. I asked my husband but he did not want me to do the test this soon. He wants me to do the test if my next period is delayed. Well I understand he doesn't want me to get hurt if the result is negative.

On the afternoon my husband asked me to go to shopping at GM Klang with him. He wanted to buy scarves for me as he promised earlier. I told him that his hair looks messy, immediately he went to our bedroom and fixing his hairdo. Meanwhile I immediately took the hpt test into bathroom and did the hpt test without his notice. Initially I did not want to tell him the result but finally after looking at his face, I think he should know. Alhamdulillah dia tak marah walau pun saya tak dengar cakap dia. Dia pujuk saya to do the test again later at least near to expected date of next cycle. Yeah, it was negative. But I still believe this time I do concieve. It just a matter of time for the double lines to appear. Positif sungguh.

27/12/2012
Today is CD10. I did the hpt test again. The result was negative. Did I upset? Did I cry? No I am not. I smiled. I know its too early too test. Some women do have +ve hpt result at early DPO (less dan 12 DPO), some women just doesn't and I believe I am in the second category.  I will do the test next two days. Now, I keep praying that Allah makbulkan doa dan always pelihara ciptaanNya di dalam rahim saya. Yeah, definitely saya tak tahu ia ada atau tidak because only Allah know's better but I always have faith on Him that he will give me the greatest present, sooner or later. I just need to keep praying, working on it, tawakal and always have positive thought on it.

Saving
Now, I do keep money (sikit-sikit) which previously saya bukan jenis yang menyimpan duit. Mengabiskan duit ada lah hehe. Dan duit tu saya simpan untuk masa depan. Mungkin suatu hari nanti saya perlukannya untuk rawatan. Mungkin untuk future babies. Mungkin untuk pergi umrah. Yang penting semua tu untuk keperluan bukan kemahuan.

Cankered??
This morning after solat subuh I called my mom. Rindu nak borak dan dengar suara dia. Dalam perbualan tu mama ada mentioned isteri my cousin lelaki yang baru kahwin last October (if I'm not mistaken) dah pregnant. Baru masuk dua bulan. Saya rasa down sikit. Oh bukan sikit tapi banyak cuma malas nak layan rasa down tu. Cepat2 doa dan saya minta mama juga doakan saya supaya cepat dapat anak. Seriously it's not easy when we are surrounding with all normal and easily get pregnant women yang suka bercakap tentang hal orang. Depan-depan senyum tapi belakang Allah sahaja yang tahu. They never know what we are and what we have to face. Kita juga tak akan tahu kalau kita tak diuji. Apa yang kita boleh cakap kat dia, CONGRATULATION, YOU SHOULD BE GRATEFUL!! (don't forget to keep smile)

My Workout
Tentang workout saya masih ada kontrak dengan fitness first cuma sekarang dah jarang pergi. Huhu yuran potong jugak bulan-bulan. Hubby marah saya tak pergi. Tapi saya rasa letih sebab balik kerja terus balik rumah lepas tu pergi ambil suami balik kerja (masa tu da masuk magrib) lepas tu baru pergi fitness lepas tu baru balik rumah. Selalunya pukul 10 atau 10.30 malam baru sampai rumah semula. Dah letih saya terus nak tido je. Bila masanya nak ada masa dengan hubby. Bosan dan letih hidup macam tu. This time kalau concieve I nak freeze the contract so that every month bayar RM45 je. Kalau tak concieve mungkin saya akan berhenti fokus kepada TTC but more to workout activities. However, supplements intake will continue as usual.

Apology & thankful
Last but not least, a great appreciation to all my TTC friends who read my posts either 'transparently' or 'silently'. 2013 is just around the corner. I would like to ask for apology to everyone for any kind of my mistake sama ada melalui post-posy saya, komen-komen saya atau respon-respon saya. Sokongan anda amat bermakna buat saya. I am thankful to Allah dengan ujian ini kerana saya boleh menyelami masalah ini dengan ribuan yang lain, boleh berkenalan dan berkongsi cerita, pengetahuan, suka duka dengan kalian, boleh memahami sistem badan seorang wanita dengan lebih baik dan selebihnya saya makin jelas dengan kebesaran Allah s.w.t sebagai pencipta kita. Siapalah kita tanpa petunjuk dan hidayah dariNya.

Selamat menyambut tahun baru 2013 & happy holiday kepada yang pergi bercuti dan ambil cuti ^_^ hehe

Ok, setakat itu sahaja.

Ate' logo

Thursday, 20 December 2012

My first BBT chart

Assalamualaikum...

Belum abis charting lagi dak sibuk nak post kat sini. Sebenarnya saya just nak kongsikan dengan pembaca. Actually charting ni baru sampai CD17. Belum habis cycle pun lagi. Saya sebenarnya kurang faham dengan cycle saya ni. Average MC (menstrual cycle) saya 31 hari. Kalau ikutkan nasihat Dr Zubaidi, test OPK should be done dengan formula berikut:

MC-17 = CDX
like mine, 31-17 = CD14
Maka, perlu buat test pada CD14 sehingga 6 hari berikutnya
 
Tengok pada chart di bawah test OPK saya pada CD14 positif (double line terang merah) tapi saya tak pasti sama ada result itu valid atau tidak kerana:
 
1. Saya buat test petang lepas balik kerja (bukan 2-2.30 pm as recommended by Dr Zubaidi)
2. Saya my urine exceed the max sign on the OPK strip
 
On CD15 until CD17 the result were negative. And again I do not know they were valid or not since I do the test in the morning and after I got back from working.
 
Looking at the temperature chart pattern, I have know idea where the ovulation day should be. I do find my vagina become so watery since CD14 and even watery CD15. On CD16 I found eggwhite. Masa tu tengahari di office. When I got back I did the test but the result is samar-samar (definitely negatif la kan)
 
 
Oh makin banyak saya baca tentang BBT and OPK makin saya pening nak faham.
 
 
 
Ok, itu saja.
 
Ate' logo


Wednesday, 19 December 2012

Wordless Wednesday: Sebak

Assalamualaikum...

Dear friends, hope you guys are doing fine and always in the best health

Yes, entah kenapa dari pagi hati ni tiba-tiba sebak. On the way ke office hati rasa tak berapa tenang. Saya drive sambil mengalun-alunkan zikir:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah Ya Razak
Ya Allah Ya Khaliq Ya Bari Ya Musawwir
 
 
Entah bagaimana lama-lama saya berzikir hati jadi sebak dan saya tak pasti apa sebabnya cuma saya rasa saya ni kerdil sangat di sisi Allah. Rasa kerdil sangat sebagai hambaNya. Perasaan tu membuatkan saya mengalir air mata dan sukar untuk saya tahan. Teresak-esak juga saya menangis dan saya berdoa supaya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang mendengar rintihan saya dan memakbulkan doa-doa saya.
 
Semasa di pejabat saya ada sedikit perbincangan dengan pembantu. Saya ternampak gambar cucunya di hp terus saya teringatkan menantu dan juga anak perempuannya yang dikatakan nak bersalin Isnin lepas.
 
Saya: Anak dan menantu akak dah bersalin ke? Isnin lepas kan
Hajah: Menantu akak je dah bersalin. Anak akak kene induce. Jumaat ni baru nak bersalin. Ingat nak amik cuti la (sambil bukak telefon dan tunjuk gambar cucu-cucu dia, menantunya bersalin anak kembar)
Saya capai telefon dia dan masyaAllah tersangat comel babies tu. Sangat-sangat comel.
Saya: Comelnye kak..Ya Allah comelnya cucu akak
Hajah: Eh mestilah. Tengoklah mak bapak dia
Saya: Err saya tak pernah tengok (dalam hati rasa macam dia riak pulak)
Hajah: Tak pe nanti akak bawak Ipad anak akak tunjuk kat U
 
Saya sebak bertakung air mata. Rasa macam untungnya mereka dikurniakan anugerah Allah yang satu itu. Saya kesat air mata dan nak cover saya bergurau: Bagi la saya satu kak
 
Hajah: Eh mana boleh...memang comel. Ramai yang kerumun. Doktor-doktor pun suka
 
Saya senyum je. Tumpang gembira. Memang sah-sah gurauan saya mengarut. Ada pula nak minta anak orang. Selepas sedikit perbincangan mengenai kerja saya masuk bilik. Terasa lemah sangat diri ni. Terasa kerdil. Terasa serba kekurangan. Hmm tak baik kan ada perasaan macam tu.
 
Alhamdulillah lepas tu saya dapat berita gembira dari adik bongsu. Dia baru sahaja ambil keputusan PMR. Keputusan kurang baik sikit daripada saya punya PMR tapi masih okay kerana kurang satu A sahaja daripada saya. Saya bangga dengan dia. Balik kampung nanti kenalah bawa hadiah tanda penghargaan tanda ucapan tahniah tanda kasih sayang.
 
Setakat itu saja.
 
Ate' logo
 
 
 
p/s: Pesanan kepada diri sendiri: Apa jua masalah, kesulitan, dan dugaan jangan cepat rasa terancam. Jangan rasa lemah. Anggap semua tu boleh diselesaikan. Dapatkan bantuan dan pendapat-pendapat orang lain yang betul2 baik dan nak bantu kita. pasti ada walau satu dalam seribu yang kita kenal. Selalu minta petunjuk dari Allah s.w.t. Allah kan ada!!
 
 
 
 
 


Wednesday, 12 December 2012

Fertility

Assalamualaikum...

How are you dear friends...

Lets talk about fertility...leave the infertility...

Saya ada terperasan satu perkara iaitu kebanyakan pasangan yang TCC ni dikurniakan zuriat within three years and after three years of marriage. Well not so long right? Take it as a good news dear. Dan saya perasan ada di antara TTC couples who manage to concieve are couples who stop deeply thinking/seriously focusing on having child as soon as they could. These couples went for vacations/honeymoons, make themselve busy with the family/friends events, join classes like kelas agama, kelas memasak, kelas kraf, kelas macam-macam kelas, gym, yoga, thus having a lot of interaction with other people who can make them feel happier. No longer tied up with medical treatment. Stop seeing doctors and so on. Oleh itu, secara tak langsung lupa sekejap atau dengan kata lain tidak terlalu memikirkan masalah belum dapat anak. Tup tup je +ve you all. Tengok bagaimana Allah bagi rezeki. Waktu kita tidak menduga tapi bukanlah waktu kita putus asa. Allah pandang semua usaha kita tu. Allah tahu bila nak beri. Allah Maha Mengetahui. Baru-baru ni pun ada kawan kita cakap tentang Kun Fa Ya Kun. Semua tu betul. Dan kawan-kawan kita yang 'tup tup +ve' ni adalah bukti kebesaran Allah s.w.t, bukti Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui. Syukur Allahamdulillah...Tahniah kepada kawan2 TTC yang dah berjaya...
 
Jom tingkatkan kesuburan nak tak? I don't know how but I think they are few things could help us increase our fertility... How to get pregnant? Its not all about BD je terus pregnant...kalau tak kita bukan warga TTC dear...But its all about our body. Ketahui tubuh badan kita sendiri. Untuk mengandung bukan bahagian rahim, ovari, dan faraj kita sahaja yang perlu sihat tapi keseluruhan tubuh kita termasuk minda kita...
 
Jom tukar fokus kita...buat affirmation macam yang B&C post dapat blog beliau...macam yang Jay Farhana praktik kepada diri beliau. BE POSITIVE. Always tell ourselve that we are healthy. Tell ourselve that our priority is our health and getting healthier. Tell ourselve that we will get pregnant. Tell ourselve that our ovaries can produce nice,beautiful, big and healthy ovum(s). Use our imagination on the process of fertilization by ovum(s) and sperms until they multiply become embrio and finally become a baby. Sebutkan zikir-zikir dan selawat bersama-sama dengan imaginasi tersebut. Once a while before go to sleep or after praying is a good time to do this. Stop thinking of infertility. Lets help our body to balance the hormones inside! Taking supplements is a very good step. Cuma perlu buat sedikit research on supplements you take supaya you know what you eat and you know what are the effects. Ada orang kata buat BBT bukan bagus sangat. Pada saya salah tu. BBT membantu kita sebenarnya terutama untuk memahami tubuh badan kita. Memahami kitaran haid kita. Kan peluang yang bagus tu untuk memahami dalaman diri sendiri. FYI, saya dah mula buat BBT...tak susah pun. Download je aplikasi FertilityFriend kat smartphone anda. Everytime wake up in the morning take your temperature and key in into the application. Then always let your husband updated with the temperature and the ovulation day... ^_^ jangan lupa suh husband makan telur separuh masak sekali.
 
Next, lets reduce our stress. Haaa, mesti stress kan memikirkan masalah kita ni yang tak hamil-hamil lagi. Sabar..."Ish, asyik-asyik sabar je. Dah 4 tahun sabar ni. Awak tak tahu apa saya rasa" Jangan macam tu kawan-kawan. Istighfar banyak-banyak. Sebenarnya, daripada sabar itulah datangnya kekuatan. Dah 4 tahun sabar tapi kita masih lemah maknanya cukup sabarkah diri kita ni? Lebih baik sabar kita tu kita kepilkan sekali dengan aktivit-aktiviti yang mengurangkan stress. Stress memang banyak effect kat tubuh badan maka boleh menyebabkan macam-macam penyakit dan hormon pun jadi tak seimbang tau. So, kesuburan pun terganggu. Oleh itu apa nak buat untuk kurangkan stress?? Senang aja...buat apa saja yang anda suka...Asalkan suka kuranglah stress. Macam saya, saya suka memerap kat suami. Hehehe...Saya suka luangkan masa dengan suami. Apa sahaja aktiviti yang suami nak buat saya nak buat sama contohnya memancing, ronda-ronda tengok barang kereta, tengok bola dan sebagainya. Contoh saya bagi tak berapa best sangat tapi tengoklah contoh kawan-kawan TTC kita yang dah berjaya. As I mentioned in first paragraph sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kita berinteraksi dengan orang lain tapi tak serabutkan kepala kita contohnya pergi bercuti, pergi berjalan-jalan, pergi shopping, pergi melawat saudara mara, pergi kelas agama, kelas menari dan buat apa sahaja yang kita suka.
Bila kita sabar dan kita tahu cara mengurangkan stress secara tak langsung hidup kita lebih sihat dan kita jadi wanita yang lebih positif, lebih kuat. Apa jua cabaran dan dugaan kita boleh hadapi kerana kita tahu Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. So, be proud of yourselve...
 
Yang ke-3, jom tukar cara pemakanan kita...terus terang saya beritahu saya ni manusia yang paling suka makan fast food. Hey, I don't care (once upon a time lah)... Saya ni jenis bagilah apa saja saya boleh makan. Maksudnya saya jenis tak kisah makanan itu memberi kemudaratan atau tidak sebab saya memang tak ambil tahu. Memang sedih mengingatkan balik habit saya tu. Itu dulu semasa zaman saya remaja zaman saya pelajar zaman saya belum berkahwin zaman sebelum saya TTC. 24 tahun hidup dengan makan apa sahaja tanpa ambil kisah kemudaratan di kemudian hari. Jika saya suka makan sesuatu saya akan makan itu sahaja sampai saya sakit baru saya stop. Akibatnya sekarang umur baru 25 tahun saya dah tak boleh makan maggie, asam, dan makanan pedas. Fast food yang dulu saya rasa macam heaven sekarang rasa burger buat sendiri lagi sejuta kali sedap. Haru dibuatnya. Oleh itu, sebagai TTCians kita PERLU BANYAK makan avocados, grains, sayur-sayuran, minyak kesihatan (VCO, Sesame oil, olive oil, fish oil) dan MESTI ELAK makan makanan yang di proses, kafien, alcohol, minuman berkarbonat dan refined sugar. Amatlah baik jika kita boleh beli sayuran segar dan sumber protien yang segar sendiri dan masak di rumah. Buat avocado smoothie atau red dates smoothie sebagai minuman. Nyummy. Boleh kan...kita cuba sama-sama. 
 
Seterusnya adalah excercise...bukan senaman biasa-biasa tapi senaman yang konsisten. Bak kata Dr Hamid Arshad, kita orang perempuan ni kene buat senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit! Senaman ni boleh dalam macam-macam rupa atau macam-macam gaya. BD pun senaman jugak kan? ha mati la hari-hari wat senaman tu je. Senang aja kalau malas nak ke gym buat aja kat rumah. Kalau ada CD atau DVD senaman pasang dan follow. Kalau malas juga reka lah senaman sendiri. Lompat bintang, lari setempat, sit up, angkat dumbell, jogging, berjalan atau buat apa jua jenis senaman yang sesuai untuk diri kita bagi membakar lemak. Bagus tau bakar lemak sebab boleh tingkatkan tahap kesuburan. Hormon-hormon estrogen banyak tersimpan dalam sel lemak. Bila sel lemak kita terbakar lebih banyaklah hormon estrogen dilepaskan so lebih besar peluang untuk kita concieve. Kalau tak rasa nak marah je kan Dr Hamid bila minta nasihat je mesti suruh excercise. Sekarang bila dah faham kenalah buat sebab its good for our body...Chaiyok2!
 
Yeay, akhir sekali adalah perkara paling tak boleh diketepikan adalah BERDOA dan ENJOY YOUR LIFE. Kehidupan yang kita ada ini adalah satu anugerah daripada Allah s.w.t. Sentiasalah kita bersyukur dan menghargainya terutama orang yang paling rapat dengan kita iaitu suami, ibu bapa, dan adik beradik. Sentiasalah kita memanjatkan doa. Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab. Meminta-mintalah. Merayu-rayulah. Menangis-nangislah. Bersungguh-sungguh dalam berdoa. Ramai kawan-kawan kita yang berjaya concieve ni ada amalan dan bacaan doa yang mereka buat dengan konsisten dan ikhlas. Ada yang baca doa Nabi Zakaria, ada yang baca ayat dari surah Ali' Imran ayat 38, ada yang baca doa Nabi Ibrahim dan sebagainya. Semuanya membawa maksud yang hampir sama iaitu memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan zuriat. Jom kawan-kawan kita dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perlahan-lahan tak apa asalkan Allah pandang. Jangan kisah apa orang cakap. Lakukan puasa sunat, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat dhuha, bersedekah, berzikir, bangun malam merayu merintih pada Allah s.w.t in shaa Allah ada rezeki kita. Saya pun masih bertatih. Saya tak kata saya dah buat semua tu. Saya ni baru nak mula. Baru nak ajak suami buat sama-sama. Memang bukan senang tapi kita mesti cuba. Perlahan-lahan...Ini link blog Dr Hamid Arshat yang ada doa-doa yang boleh kita amalkan.
 
Hati yang resah pasti tenang dengan mengingati Allah s.w.t.. 
 
 
 
 
 

Saturday, 8 December 2012

Hubby mimpi dpt anak baby boy...

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2...Harap semua dlm keadaan sihat dan bahagaia disamping yg tersayahg...

Pagi ni sebelum hubby solat subuh hubby cite abi mimpi yang kami dapat anak lelaki. Katanya comel putih macam saya. Dalam mimpi tu hubby kata dia dukung baby. Dia jaga baby. Bagi baby minum susu. Huhu saya excited dengar cerita dia tapi dalam masa yang sama saya bimbangkan sesuatu...

Saya terfikir2 kenapa dia boleh mimpi macam tu ye. Adakah dia sering memikirkan untuk mendapatkan anak segera semenjak dua menjak ni. Kalau betullah sedihnya aku...Kasihankan suaki. Maafkan sayang abi sayang masih x mampu mengandung...Dengan Izin Allah suatu hari nanti pasti mimpi Abi akan jadi kenyataan. Abi kita sama2 berdoa ya
 
Ate' logo

Wednesday, 5 December 2012

Berurut dan berkemut

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...Alhamdulillah baru2 ni seorang kawan kita Joanna dah concieved...Rezeki dia dah pun sampai...berbaloilah dengan usaha-usaha yang telah beliau lakukan. Nak tahu apa boleh baca recent post by her... ni link nya : http://haveyoufoundonewomb.blogspot.com/2012/12/ttc-efforts-month-before-conceived.html

Ok, back to the title above, setelah 8 bulan berkahwin baru lah saya pergi berurut. Kenapa lambat sangat? sebenarnya, saya sukar nak mencari orang yang betul-betul saya rasa selesa berurut dengannya. Ada kawan recommend mak mertua dia. Saya rasa tak selesa pulak berurut dengan mak mertua kawan. Tak suka kalau ada yang menyampai2 cerita. Ada kawan suggest seorang makcik di Hulu Langat. Saya memang ada contact makcik tu dan dia kata kalau nak cepat mengandung datang berurut dengan dia waktu sedang haid. Aduss, dengar dia cakap macam tu saya jadi seram sejuk. Telefon mama tanya pendapat, mama tak bagi. Risau pulak sebab berurut semasa sedang period ni 'luar biasa' daripada kebiasaannya.

Dan akhirnya mama saya sendiri yang terjumpa seorang makcik di Ipoh yang boleh mendapatkan khidmat urut. Makcik saya yang kenalkan kepada mama. Saya diberitahu makcik ni bukan je pandai mengurut tapi ada kebolehan mengubati penyakit-penyakit tertentu. So, mama dah buat arrangement last Monday kitaorang pergi rumah dia.

 Mula2 biasa je saya tukar skirt pakai kain batik. Dia minta saya duduk membelakanginya untuk dia urut di bahagian pinggang dan pangkal pinggul. Mama kata itu prosedur awal untuk semua jenis khidmat urutan yang diminta pelanggan. Kira wajib la tu. Terasa sedikit sakit jugak la. Then dia minta saya baring. Dia mulakan dengan bismillah dan bacaan yang tak berapa saya dengar kemudian sapukan minyak di perut dan bahagian rahim. Malu jugak masa tu. Mama pun ada tengok. Tapi belasah je la kan nak buat macam mana lagi. Urutan makcik ni boleh tahan jugak la sakit walaupun tengok dia tekan lembut je.

Semasa dia mengurut dia dapat detect saya ada masalah ketika membuang air besar. Seterusnya dia tanya saya pandai kemut tak? Aduhh saya pandang mama. Malunya nak jawab soalan tu depan mak kita. Tengok mama sengih je saya pun malu2 cakap tahu. Kemudian dia minta saya kemut dan lepaskan perlahan-lahan. Berulang kali sampai saya naik mengah. Yelah, suruh kemut dalam2 dan lepaskan perlahan2 pulak tu. Terseksa. Waktu ini dia dapat detect saya ada sedikit masalah.

Katanya kedudukan rahim saya baik dan dia telah betulkan supaya saluran vagina saya selari dengan pangkal rahim. Kemudian dia menasihati saya supaya kemut sedalam-dalamnya apabila BD dengan suami terutama ketika suami sedang mahu memancut dan sedang memancut.. Dia mahukan kekuatan kemutan itu betul2 boleh sampai ke pangkal rahim kerana katanya kemutan asal saya 'terlalu jauh, tidak sampai'. Apa maksudnya saya sendiri tidak faham.

Selesai berurut, dia cuba meyakinkan saya bahawa in shaa Allah dalam sebulan dua pasti ada rezeki untuk saya. Saya tertanya2 bagaimana makcik ni sungguh yakin sedangkan yang memberi rezeki itu Allah s.w.t. Saya senyum saja. Dia minta saya bersama dengan suami sebelah petang atau malam Isnin itu juga tp kami dah terlalu penat balik ke Shah Alam, pesanan makcik tu tinggal pesanan je lah...the following day baru BD dan the next day menses. Tak ada rezeki nampaknya bulan ini. Usaha lagi untuk next cycle.

Dia minta saya datang lagi berurut selepas habis period ni. Macam tahu2 pulak saya akan period bulan ni. Huhu jauhnya nak balik Perak semata2 pergi berurut. Namun, in shaa Allah akan diusahakan jugak. Lagi satu dia minta saya elak makan apa2 ubat even asid folik. Emm tak syok lah macam tu. Setahu saya folic acid, new obomin, EPO baik untuk kesuburan tapi dia tak bagi ambil pula... rugilah saya dah beli supplements tu semua.

So, nak tanya pendapat korang should I follow her advice or macam mana? Kepada kawan-kawan yang dah pernah pergi berurut minta share apa advice tukang urut kalian...

Ok, itu saja.

Ate' logo