Thursday, 17 January 2013

Faint OPK test result means -ve or +ve?

Assalamualaikum...
Hai....

Today is CD13. Last month on CD14 my OPK test result is positive. Two bright red lines appear. This month I did the test one day ealier. Saja nak tengok boleh dapat +ve result ke tak. I buat lepas balik kerja before solat.

Once done, the bright red line appear first. Lepas solat Asar I took a look again and I saw another red line but it was faint line. I dont know you all boleh nampak ke tak kat dalam gambar tu. That is the best pic yang I boleh ambil dgn HP I yang tak seberapa ni. Depan2 I ni memang jelas la second line cuma not as bright as the first line yg appear.

So i wanted to know, can this result consider positive? Atau sebaliknya?

Ate' logo

Wednesday, 16 January 2013

workout starts again

hai kawan2 ttc yg nak turunkan berat badan. Today I oficially joining you all...after two months tglkan workout today saya mula balik.

Lets do it ladies!!

Update picture after 45 minutes walking and running on treadmill.

3.76 km and 200 cal is burned. Sepatutnya setiap kali workout we should burn at least 300 cal. Dalam dalam masa sebulan kita kne workout 12 times. Untuk dapat result yg baik la. Kalau kita dapat consistent buat ni memang superb la.

Dont forget to do muscle development. I pun malas nak buat sebabnya tempat tu penuh dengan lelaki badan ketol2 rasa tak selesa la. I choose weekend utk develop muscle sebab masa tu x ramai yang dtg gym. Bebas sikit nak guna equipments yang ada.

Ok, all the best friends!! Sama2 support each other okay supaya tak cepat putus asa.

Love u all!

Ate' logo

I in dilemma (house vs treatment)

Actually memang betul saya dan DH masih tidak mendapatkan rawatan di mana-mana but we already talked about it. I decided to agree with him to wait for a few months before we start.

But recently he keep telling me that he is no longer can stand to stay at our current house. Actually we are renting a flat with monthly rent is only RM300. Tak dapat la nak cari rumah sewa dengan harga tu kat Shah Alam ni melainkan flat. Kawasan rumah saya ni penuh dengan Indian. Melayu boleh bilang dengan jari je. Diorang ni jenis Indian yang very3 low class. Sorry to other Indian readers ya (kalau ada). Bukan apa, Indian lain yang datang pun rasa tak sanggup nak stay dan mana yang tak tahan dah move out awal-awal dah. Pengotor nak mampus. Setakat ni dah dua kali tukar kontraktor pembersih kawasan, dua-dua cabut tak tahan. Tak sampai sebulan pun pekerja diorang sanggup buat kerja.

Even, orang-orang politik datang organize program gotong-royong dengan saya dan DH sekali join sebab kena panggil kitaorang turun sama-sama join program tu dengan harapan India-india ni sedar diri tahu nak jaga kebersihan. Huh kalau ikutkan hati ni memang nak sumpah seranah keluar bahasa gelap ni. Berasap je tengok attitude diorang. Diorang tak ada yang turun join pun tapi duduk diam-diam dalam rumah. Kalau yang keluar pun tengok dari kaki lima depan rumah diorang je. Lift diorang jadikan tempat longgok sampah. Ruang bawah tangga kat ground floor pun sama. Depan lift hampir di semua tingkat pun jadi tempat longgok sampah. Tahi, pampers, segala bagai ada. Pressure weh....anak kencing dalam lift pun buat bodoh je. Tak marah even tak tegur pun anak dia siap backing biasalah budak2. Wei celaka betul lah. Ha, kan dah kuar satu bahasa gelap.

Pencuri pun berlambak-lambak. Lift banyak kali rosak akibat tangan panjang india-india tu. Yang mencalarkan kereta pun ada. Duduk lepak atas kereta orang pun ada. Kereta saya salah satu mangsa. Curi kepala paip utama pun ada. Yang curi lampu, pecahkan tingkap, curi motor hmmm....bila senarai2 balik banyaknya kerosakan dan keburukan tinggal kat sana....tak tersenarai dah banyaknya. Yang saya tulis ni baru sebahagian. Semua ni saya dah rasakan pressure nya masa awal2 duduk sini dan boleh kata setiap hari mengadu kat DH. Tak tahan sangat. Tertekan. Tengok dia rileks je. Saya tahu dia bukan boleh buat apa since itu je yang kami mampu masa tu.

When time goes by, dah 10 bulan pun kami kahwin dan kiranya dah 10 bulan kami tinggal kat situ, sekarang DH pulak yang kerap cakap dah tak tahan duduk sana. Just like me when I told him masa awal-awal dulu, penuh dengan perasaan benci dan meluat dengan orang-orang dan persekitaran kat situ. So, he decided nak pindah dan betul-betul cari rumah sewa lain. Selama ni cakap-cakap je tapi tak cari betul-betul. Dia pun dah mula sakit-sakit badan since business dia tu memerlukan dia angkat barang-barang perniagaannya yang boleh tahan besar-besar dan berat-berat ke rumah kami di tingkat 8. Dah tak larat la tu. Saya pun takut jugak nak bantu angkat berat-berat tu. Itu la puncanya dia beria-ia nak pindah cari rumah bawah kali ni dan tak sanggup dah nak duduk kat flat tu lagi. Saya memang kesian. Saya memang sangat happy bila dia cakap nak pindah rumah lain. Cuma kecewa kenapa la tak cakap awal-awal.

Tapi at this point, rumah-rumah sewa yang saya selalu pergi cari sorang-sorang tu dah disewakan...Kami terlambat. Yang tinggal rumah 2stry dengan harga sewaan RM1100 and above. Fuh jauh bezanya tu kan...Mampukah??

Kami mungkin boleh bayar sewa rumah tu tapi masalahnya sekarang I decided nak beli rumah soon. Tunggu pemaju tu launch je. Lepas launch baru mula kerja-kerja pembinaan tapi as a buyer saya dah start kena bayar walaupun rumah tak siap lagi. Saya dah buat kira-kira kalau beli rumah tu monthly kene bayar dalam seribu lebih jugak. Abis tu mana nak cukup gaji bayar duit sewa umah dan bayar duit umah baru dengan gaji kami ni. Abis tu planning untuk dapatkan treatment pulak macam mana? Ya Allah itulah dilemanya... Saya takut nak cakap kat DH to think back about all these because I know finally I am the one yang kene mengalah.

Tak boleh nak kejar semuanya dalam satu masa. Saya betul-betul susah hati. Rasanya tak ada gunanya saya berjaya pujuk dia buat pemeriksaan kesuburan sebab when the time comes, kami tak ada duit pun for that. Habis bayar duit sewa rumah and future house je.

Saya kesian kat dia. Dia usaha cari duit lebih untuk kami berdua. Saya tengok dia pun happy buat business walau pun memang ada ups and downs nya. Biasalah kan...barang-barang yang dia jual dari luar negara. Kadang-kadang senang dapat barang. Kadang-kadang tunggu sebulan dua baru barang sampai. Bila barang tak ada, nak jual apa kan...Dia pun dah mula sakit-sakit tak larat nak angkat barang-barang dia. Saya cuma boleh tolong urut je la supaya kurangkan rasa sakit tu. Sekarang dia nak pindah. Kami dah jenuh cari rumah sewa yang lebih murah tapi tak ada. Sebab tu la saya rasa ralat kenapa la dia tak cakap awal sikit sebab saya memang ada pergi cari rumah sewa sebelum dia beria-ia cakap nak pindah dan ada je yang harga 700++. Kuranglah sikit beban kan.

Saya memang nak pindah rumah. Dah lama berhajat. Awal-awal dah rasa tak tahan tinggal kat rumah sekarang. Saya memang nak anak, nak buat pemeriksaan dan kalau perlu nak buat treatment. Yang ni pun dah lama saya berhajat. Dalam masa sama saya nak beli rumah. Dah lama usha kawasan tu. I was told it will be launched this January. This January dengar khabar pegawai intake 2011 akan dapat confirmation letter. Once dapat surat confirm nanti saya nak cuba beli rumah tu. Tak boleh buat joining loan dengan DH sebab dia masih dalam kontrak walaupun dah 5 tahun kerja. Hmmm tamak ke saya? Setiap orang ada impian. Setiap orang nak perbaiki kehidupan dia kepada yang lebih baik.

I want to help my DH. At the same time I wanted to do fertility check up and treatments. I wanted to buy a house because I know I wont be getting any chance to buy a house dengan harga yang lebih baik di kawasan saya tinggal. Properties kat sini semua mahal-mahal. Rumah yang saya nak beli tu pun rumah single storey je saiz pun kecil tapi harga almost 250K. Kalau saya lambat saya akan terlepas. Properties lain semua diluark kemampuan. Tambah pulak saya stay di kawasan tanah gambut yang terkenal dengan masalah mendap dan sebagainya menjadikan I am a bit choosy untuk membeli rumah.


Aduh dilemma....



Korang boleh tolong bagi opinion tak....



Tuesday, 15 January 2013

Gelang kahwin (maharku) hilang

Last Thursday I was busy with other few officiers from Kejuruteraan buat site visit untuk kerja-kerja naiktaraf infrastruktur di tempat kerja. Bermula 9 pagi dan selesai pada 1 petang. Ada 5 tempat kami visit dan orang kejuruteraan ni datang untuk buat penilaian kerja-kerja naiktaraf yang saya dan pegawai-pegawai lain propose tu sesuai ke dengan peruntukan yang diberi. Huhu memang tak la, kami mintak macam-macam tapi tak semua yang boleh dibuat. Oleh itu, pegawai2 kejuruteraan ni akan semak semula dan buat plan cadangan baru yang sesuai dengan budget beserta quotations segala bagai tu la. Kami yang propose ni tunggu feedback daripada diorang je la setakat ni.

Berbalik kepada cerita gelang tangan yang hilang tu, seriously saya tak sedar bila ia hilang. Dan tak boleh nak ingat when was the last time I saw or touch it. Masa nak sembahyang Asar di office baru perasan sebab setiap kali nak ambil air saya akan tanggalkan watch, ring, dengan gelang. Ha, masa tu la baru perasan gelang tangan dah tak ada. Tak jadi ambil air sembahyang terus pergi cari merata, kat kereta, dalam office, dalam toilet huhu tak jumpa jugak. Masa tu dah risau yang amat sangat dan nak nangis dah. Otak ligat cuba ingat balik. Mungkin tercicir masa site visit. Mungkin juga ada orang masuk bilik dan ambil masa saya pergi ambil air sembahyang pada waktu Zohor dan terus tak teringat. Atau mungkin tak pakai tertinggal kat rumah tapi mustahil sebab I keep the watch, ring dan gelang tu at the same place. Tak akan pakai 1 atau 2, mesti akan pakai ketiga-tiga.

Gelang tu gelang emas DH bagi masa nak batal air sembahyang lepas akad nikah @ mahar perkahwinan kami. Harga masa beli RM2600. Sekarang tak tahu la berapa. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat gelang emas tak sampai 3K tapi pada saya ia amat bermakna. Gelang kahwin kot. Tanda ikatan suami isteri. Suami yang bagi dan RM2600 mahal sangat dah pada saya. Masa saya dapat gelang tu saya tahu dah ia mungkin satu-satunya barang kemas yang saya ada untuk 10 tahun yang akan datang sebab saya tahu saya tak mungkin akan beli lagi sebab saya bukan jenis minat barang kemas dan pada saya to spend a lot of money untuk beli barang kemas is not the right thing to do especially apabila gaji kami berdua tak seberapa dan perlu menyimpan untuk perkara yang lebih penting untuk masa hadapan. Dan kehilangan ia setelah baru 10 bulan kahwin sangat2 meruntun jiwa. Satu kehilangan besar. Satu yang amat menyedihkan.

Mula2 nak beritahu DH sangat2 takut setelah confirm kat rumah pun tak ada. Dan memang tepat, selepas saya beritahu DH terus marah. Tak sanggup nak tengok muka dia saya duduk dalam toilet menangis sorang-sorang. DH membebel2 kat luar. Saya ambil air sembahyang kemudian solat maghrib. Saya masuk bilik tak sanggup nak tengok muka dia. Finally he cames to me dan talks slowly dan pujuk saya. Huhu masa tu baru ada kelegaan dalam hati ni apabila dah dah dapat terima kehilangan gelang tu dan dia cuba pujuk saya untuk sama-sama redha. Dia peluk and said: Tak apa sayang. Jodoh sayang dengan gelang tu tak lama nak buat macam mana. Nanti kalau kita ada duit kita beli lain yer

Saya tak kata apa but I just know kami tak akan mampu beli lain.

Esoknya saya pergi office awal sebelum 7.30 pagi dah sampai. Semua berjalan ke semua tempat yang saya pergi site visit pada hari kejadian utk mencari tapi tak jumpa....Saya ada maklumkan kepada pegawai2 kat office dan assistant saya, minta supaya mereka pulangkan sekiranya terjumpa sebab hari tu adalah hari gotong-royong. Manalah tahu jumpa kan..unfortunately memang tak ada siapa yang jumpa...Saya mula terima it's gone. It just GONE!

Bila teringat balik gelang yang hilang tu saya sentiasa berdoa supaya Allah buka pintu hati sesiapa yang jumpa untuk pulangkan semula atau Allah gantikanlah gelang yang hilang itu kepada sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kami iaitu zuriat. 

Sekarang saya redha...ia bukan milik saya selamanya


Ada perkara yang saya nak cuba kaitkan dengan kehilangan harta benda ni. Antara sebab kita hilang harta benda kita adalah:

1. Sebab kita kadangkala riak (sama ada sedar atau tidak sedar). Dah sedar cepat-cepat istighfar dan janji tak akan buat lagi

2. Sebab kita sering leka dengan kesenangan dan dah tak dekat dengan Tuhan. Selalu-selalu lah berdoa Allah pelihara harta benda kita, rumah tangga kita, iman dan ibadah kita. Kadang-kadang shopping tak ingat akhirat. Solat tinggal, duit berabis pastu rasa riak pakai benda-benda berjenama dan mahal-mahal. Sedikit sebanyak ada perasaan nak menunjuk. Ha, its getting worst kan. Bahaya riak ni. Janganlah sesekali rasa riak dan terleka.

3. Sebab kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah beri. Allah dah beri macam-macam tapi kita rasa Allah tak bagi pun apa yang kita nak. Kita nak zuriat Allah tak bagi. Kita nak senang Allah tak bagi. Kita nak macam-macam lah tapi kita dok kata Allah tak bagi pun apa kita nak tapi dok kata Allah bagi dugaan je. Haa amik kau sekali dan semudah kentut tak da bunyi hilang nikmat Allah tarik macam tu je. Macam kes saya hilang gelang tau-tau je dah hilang, nak recall pun tak boleh dah tak ingat apa-apa langsung, jadi redha ajelah Allah dah tarikh harta sementara yang dia beri tu.

4. Sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa kita, dosa-dosa lampau kita sama ada  dosa denganNya atau dosa kita kepada orang lain. Kita ni buat dosa kat orang lain banyak je. Mengumpat bos, mengumpat orang-orang kat office, mengumpat mengutuk jiran, sambil drive tu menyumpah seranah orang, dosa dengan ibu bapa, keluarga, suami huhu banyaknya dosa kita kan...terbayar ke kita nanti di akhirat dengan pahala kita yang tak seberapa. Takut-takut tak sempat nak cari orang-orang yang kita buat dosa tu. Hilang harta benda ni adalah dugaan dari Allah swt. Salah satu hikmah di sebalik dugaan adalah untuk Allah hapuskan dosa-dosa kita. Jadi, +ve ye apabila ditimpa musibah.

5. Sebab Allah sayangkan kita....percaya tak sebab Allah sayangkan kita dia tarik nikmat yang dia beri pada kita? Kalau Allah tak sayang, dia biarkan kita hanyut dengan kemewahan, dengan kesenangan hidup, leka lewat-lewatkan sembahyang, malas mengaji dan macam-macam lagi. Sebab Allah sayangkan kita tak nak tengok kita terus ke jalan yang serong/pesong dia sedarkan kita dengan menarik nikmat atau harta benda kita. Lagipun, apabila kita sedar kesilapan kita, kita berubah, kita bertaubat, Allah dah pun berjaya naikkan martabat kita. Selain itu, secara tak langsung kes kita ni jadikan peringatan dan panduan orang lain disekeliling kita.

6. Sebab Allah nak beri nikmat/harta benda yang lebih besar/ lebih bermakna. Dah hilang barang/harta benda/nikmat banyak-banyakkan berdoa supaya Allah berikan/gantikan dengan yang lebih baik. Ya Allah, walaupun gelang emas itu hanya 2600 ringgit, tak akan sama nilainya dengan anugerah zuriat dariMu, namun kau kurniakanlah aku dan suamiku zuriat yang soleh dan solehah daripada sisiMu dan janganlah kau biarkan kami sendirian tanpa meninggalkan waris di bumi ini.

Mungkin ada banyak lagi sebab-sebabnya harta benda/nikmat kita ditarik Allah. Saya senaraikan beberapa sahaja yang saya nampak dekat pada diri saya. Saya harap post kali ni bukan saja boleh beri peringatan kepada diri sendiri tapi pembaca-pembaca jugak.

Dalam tempoh 10 bulan saya berkahwin ada dua musibah besar yang melanda kami:

1. Car accident, total lost more than 2K
2. Hilang mahar, total lost RM2600 (harga emas lama)

Nak senaraikan masa sebelum kahwin terlalu banyak hehe tak perlulah. Yang penting, take it positively dan muhasabah diri. In shaa Allah kita tak akan rasa sedih yang berpanjangan, malah kita rasa tenang dengan mengingati Allah s.w.t.


Ok, setakat itu saja.

Ate' logo

Tuesday, 8 January 2013

Jumpa Dr sekarang atau tunggu genap setahun?

Ya Allah sukar betul nak bertindak sendirian ni. Ada suami mestilah kene ikut cakap suami kan. Saya sebenarnya, seboleh-bolehnya nak segera buat pemeriksaan. I really wanted to know if I have any fertility problem. Tapi suami tak nak buat sekarang. Dia nak jugak tunggu usia perkahwinan kami genap setahun.

Dia yakin benar saya boleh concieve sementara tunggu our first anniversary ni. Pada saya tak ada beza pun kalau mula sekarang atau tunggu lagi tiga bulan.

Hmm semoga Allah beri petunjuk pada kami apa yang terbaik.

I wish other TTCians berjaya dalam usaha korang mendapatkan anugerah Allah yang satu itu (zuriat)

Ate' logo

Monday, 7 January 2013

Alhamdulillah...Period dah regular semula

Alhamdulillah...

Hasil pemantauan selama dua bulan (Dec 2012 and Jan 2013) iaitu selepas dua bulan (Oct and Nov 2012)period datang 2 times in a month  ia dah kembali mengikut normal cycle nya iaitu 31 hari. Bulan 10 dan 11 (2012) tu datang dua kali mungkin disebabkan complete abortion of CP pada September lalu. Andaian saya saje la sebab I didn't do the hpt test much earlier. If I did, it would give a confirmation of CP or not...However, two Drs suspected I had a complete abortion. Boleh baca entry http://ttcstoryummi.blogspot.com/2012/10/bermulanya-kisah-ttc-ummi.html dan http://ttcstoryummi.blogspot.com/2012/10/ape-la-yang-tak-kena-dengan-saya-ni.html

Bulan 12 until CD31 begitu juga bulan Jan (2013) until CD31. The next day spotting and the following day menses. Tapi bulan ni punya menses for the first two days I was badly struggle menghadapi senggugut, moody, angin yang banyak dan rasa loya serta cepat lapar. Normally kalau saya makan sehari sekali pun dah cukup tak kira sama ada pagi, tengahari atau malam. Period kali ni kena makan pagi dan tengahari pun kena makan kalau tak saya menggigil. Lain sungguh. Ia diluar tabiat ni.

Angin pulak 2-3 days sebelum period kali ni asyik keluar angin je. Dari atas ye hehe. Tapi bile dah starts menses asyik kentut je hahaha.

Saya: Perasan tak sayang period kali ni banyak kuar angin kan?
Hubby:Aah..pelik jugak. Asyik kentut je. Abi sapukan minyak pun Abi kuar angin jugak

Errr hehehe malu teman...Nak buat macam mana huhu..

Senggugut kali ni memang sakit lebih daripada biasa. Terguling-guling tak kira dalam kereta atau kat rumah. Luckly first two days period was on weekend. Kalau workdays tak tau la macam mana. Tak boleh nak duduk diam. Cramping akan datang ikut suka dia but most of the time dia jadi peneman setia. Semua benda saya nak marah. Nama jalan Jalan Timun pun saya marah. Errr tak de pasal cari pasal. Dengan hubby sekali kene marah sampai dia masuk bilik pergi ke meja solek tulis macam kat bawah tu. Saya cuba tiru sebijik guna Paint apa yang dia tulis dan lukis kat buku nota kecik atas meja solek kami. Bila tengok balik kelakar la pulak. hahahaha



Harini nak pergi kerja baru saya perasan haha kejam kan. Kalau dapat tahu awal boleh awal sikit pujuk tak de la lama sangat dia muncung.

Next, rasa loya comes and goes...Yang ni pun diluar tabiat. Sesekali rasa loya betul macam nak termuntah tapi tak ada bende pun yang nak dimuntahkan. Until today CD3 rasa loya tu kadang-kadang datang juga.

Macam mana pun saya bersyukur period dah ok, cycle dah betul and all those symptoms tu normal and mostly happened to all women which I take it sebagai perkara biasa je la. Cuma mana yang tak pernah hadapi tu je saya anggap sebagai luar tabiat heheh.

On BBT chart, temp drop menjunam ke 36.20 (1st day menses), 36.21 (2nd day menses) and 36.10 degree Celcius (today). BBT for these three days nampak lebih baik berbanding my first chart. I hope this cycle I got ovulated, there are eggs ready to be fertilized, BD on the right time, having fun, and the eggs are fertilized and become healthy and smart baby/babies, In shaa Allah.

I wish everyone of you All the best.

Ate' logo


Friday, 4 January 2013

Majlis perpisahan staff@kawan

Hari ni berlangsung satu jamuan kecil bagi meraikan perpindahan seorang staff di tempat kerja saya ke stesen lain di Pulau Pinang. Dia minta pertukaran supaya dekat dengan suami. Staff ni kira rapat juga dengan saya awal-awal dulu. Kami kahwin pada bulan yang sama cuma dia awal seminggu. Saya pergi kenduri dia di Kedah sana. 3 bulan lepas kahwin dia disahkan mengandung. Tapi hanya selepas dia dah disahkan 4 bulan mengandung baru dia bagitahu saya itu pun selepas saya tanya. Sangat sedih masa tu. Rasa dikhianati. Sebab kami rapat. Banyak perkara kami share. Selalu keluar makan sama. Jalan tengok wayang sama. Masa bujang, dia datang rumah saya lepak sama. Saya selalu juga teman dia ke mana-mana. Tapi sejak saya jadi antara orang yang lambat tahu dia dah concieve, saya rasa agak kecewa. Saya pun dah berkahwin jadi kurang luangkan masa dengan dia. Di office kalau dia datang ke bilik saya bagitahu saya ada banyak kerja. Hmm..kejam pulak rasanya. Tapi saya terpaksa supaya perhatian dan perasaan saya tak terganggu. Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kerja. Senang cerita sukar bagi saya berhadapan dan borak-borak macam dulu-dulu dengan dia. Yang pasti saya bukan benci, bukan tak suka cuma kelemahan saya tak boleh nak berhadapan dengan dia. Hati ni sangat fragile.

Harini hari terakhir dia di sini. Saya tak rasa sedih tapi rasa kehilangan. Mungkin kehilangan seorang kawan. Apa pun saya doakan dia bahagia bersama keluarga, suami dan bakal anak yang dilahirkan. Due to Dr's scan, its a girl...Tumpang gembira untuk dia. Before I leave her, I asked her to pray for my turn. Walau pun bunyinya macam bergurau but actually I meant it. I do!

Ok, setakat itu saja.

Ate' logo