Wednesday, 12 April 2017

Kesan kenaikan berat badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebelum saya ceritakan kesan kenaikan berat badan, saya nak respond sikit tentang komen sahabat-sahabat pada post saya yang terdahulu. Terima kasih bagi yang memahami keadaan saya. Mungkin ada segelintir yang tak faham kenapa saya boleh jadi gemuk balik sedangkan saya boleh je exercise kat rumah or ajak suami exercise or makan makanan diet bersama-sama suami. Betul, sayalah manusia paling happy kalau suami saya nak buat semua tu dengan saya. Bukan tak ajak, tak pujuk, tapi dia memang berkeras tak nak. Cara hidup dia totally lain dan dia nak saya follow cara dia. Tak perlu lah saya detailkan kat sini sebab saya takut bunyinya nanti terlalu memburuk-burukkan suami. Cukuplah anda faham saya terpaksa hentikan diet saya sebab saya kena follow selera makan dia dan tidak bersenam.

Kesan daripada itu, berat badan kami naik mendadak. Husband mula complaint pakaian banyak tak muat, dan dia cepat rasa letih. Ekoran daripada itu suami mula kurangkan makan nasi tapi tetap makan nasi setiap malam. Dia cakap dia memang tak boleh skip nasi for dinner. Saya pula slowly ubah menu daripada yang berlemak, bergoreng dan bersantan kepada yang direbus atau dibakar tapi tak setiap hari lah sebab suami tak suka sangat. Alhamdulillah dia boleh terima la.

Disebabkan dia rasa bersalah dengan perbuatan dia yg lalu, dia hadiahkan saya jam tangan fitness last March during our 5th anniversary. Dia kata dia terasa bersalah sangat bila saya cakap saya kurus dan gemuk semula disebabkan dia. Dia nak saya bersenam balik. Tapi dia tak nak join. Belum sampai seru lagi katanya. Zaman belajar dulu aktif sukan, badan fit tapi lepas tu tak jaga, membesar lebih 110 kg sekarang ni. Dia cakap dia malas nak go through balik seksa bersenam tu untuk kurus. Itu la apa yang I rasa sekarang ni. Seksa nak diet semula tapi macamana pun kena la buat walau pun perlahan-lahan sebab nak sihat nak conceive kan. So currently, saya dah mula bersenam but not everyday, during weekends only. Alhamdulillah dah 2 kali weekends berjaya bersenam around 35-45 minutes/session dan 1 session suami ikut sama. Untuk kurus sebenarnya kena bersenam at least 5 times a week with 40 minutes each time plus penjagaan makan yang betul. Exercises contribute 20-30% to weight loss while diet contributes 70-80% to weight loss. So jaga makan ni sangat-sangatlah penting untuk turunkan berat badan. Tapi husband not agree with that. Itu la kesukaran saya.

Buat masa ni berat saya masih 85 kg. Sejak berat dah mencecah 85 kg ni period cycle saya dah jadi tak betul. Last month period sampai 29 hari. Saya jumpa gynea di Hosp. Umra dia scan jumpa cyst. Dia yakin tu body functional cyst dan akan monitor lagi pada next appointment (25 Mei). Tapi dia tak rasa cyst tu penyebab saya bleeding sampai hampir sebulan. Dia pun tak pasti. Jadi, saya fikir nak minta dia buat referral letter ke HUKM lepas 2nd appointment nanti.

Last Sunday (CD38), keluar spotting brownish yang sangat banyak dan pekat lepas saya bersenam. Kemudian bersih sampai CD39. CD39 ada bersama suami. CD40 ada sedikit brownish. Very little. And CD41 which is today ada sedikit darah merah tapi sangat sedikit. Bila jadi macam ni confuse juga la kan. Dan setiap hari mandi wajib sebab dia keluar sikit-sikit je. Simptom period like bloating or senggugut tak ada. Selalu kalau saya period memang senggugut. Cuma saya sakit pinggang dah dua minggu start daripada hari pertama mula bersenam. Dan sejak semalam dah 2 hari saya demam dan batuk.

Banyak keburukan bila berat badan naik mendadak ni. Kesihatan kita, imunisasi kita, hormon kita semua jadi tak betul. Masa badan saya fit, saya rasa sihat sangat. Cycle period cantik. Tak mudah demam. Bersenam teruk mana pun tak sakit badan lama-lama. Ok lah ada kerja sikit, saya tinggalkan dulu post ni walau pun rasa macam tak habis cerita lagi.

Ok itu saje.

Ate' logo


2 comments:

  1. Atie, dilema yang sama kita alami skrg ni. Kurang sokongan dari spouse dalam usaha nak sihatkan badan. Terbabas naik berat badan dalam 2 tahun lebih (especially lepas arwah Mak meninggal) dan ikutkan selera makan suami...inilah hasilnya, berat naik balik ke 82KG. Mulut Yani bising menyalahkan dia punca Yani gemuk semula tapi apa gunanya? Subscribe dia sama-sama join WLC bulan Jan 2017 sebab nak sama-sama turunkan berat badan tapi banyak sangat beralasan, so Yani dah fed-up. Yani teruskan juga WLC sampai skrg sebab nak fokuskan pada diri sendiri dulu. Malas nak fikir diri org lain. Bertatih balik setiap bulan jaga makan dan bersenam, takpelah usaha perlahan-lahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi suami yani rajin juga ikut yani p jogging atau lari. Suami cek memang x nak langsung.

      Delete