This blog would tell you the journey of a wife who's really wanted her own child, her own house, a career, an ideal body weight and a happy family with her husband, her mother and her siblings
Tuesday, 26 February 2013
Apa khabar semua?
Apa khabar semua...Saya bukan saja tak sempat nak post apa-apa kat sini malah tak sempat nak blog walking pun. Ada beberapa perkara yang membuatkan saya sibuk sekarang
1. Kerana hal kerja di pejabat dan projek penyelidikan yang telah bertambah
2. Urusan pembelian rumah yang sangat menduga kekuatan emosi dan ketabahan saya
3. Usaha mencari duit lebih untuk menampung kos hidup
Apa usaha TTC?
Memang tiada. Tiada langsung. Ke gym? Langsung tidak. Makan supplements? Pun tidak. Mahu berhenti usaha? Tidak juga. Sekarang telah pun CD54. Masih belum period. Tak pernah saya mengalami situasi begini. Mama pun dah mula bimbang. Repeat urine test? Dah saya dah buat recently dan keputusan macam biasa, tetap negatif. Suhu badan saya juga rendah. Walau pun kadang-kadang masih ambil suhu badan tapi saya dah tak key in dalam FertilityFriend. Bukan malas. Cuma fed up. Satu, sebab saya benci tengok chart yang rocky mountain tu. Kedua, sebab rumah sewa baru ni susah nak dapat line. Nak hantar SMS pun susah. Buka apps lagilah tak boleh langsung. Akibatnya memang tak key in langsung la. Walau bagaimanapun, in shaa Allah saya akan cuba dapatkan treatment. Mungkin bulan 3 ni. Doakan yang terbaik untuk Atie ^_^
Beli rumah
Alhamdulillah, selesai juga akhirnya proses ni. Sebenarnya bukanlah 100% dah selesai. Cuma apabila loan dah approved, S&P pun dah sign, saya rasa lega sangat. Saya tak berjaya dapatkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku sebab komitmen dah terlebih. Jadi cuba apply 90% loan Alhamdulillah diluluskan. Dalam masa yang sama saya cuba apply personal loan. Alhamdulillah lulus juga. Alhamdulillah banyak perkara juga saya dapat selesaikan dengan personal loan tu selain bayar deposit rumah. Sentiasalah ingat pada Allah apa jua yang kita nak buat, sentiasa bergantung kepadanya, berdoa dan bertawakal.
Orang lain saya tak tahulah tapi saya memang terasa perit melalui proses ni. Macam-macam dugaan. Mula2 saya apply Skim Rumah Pertamaku since kami suami isteri memang tak ada duit 10% untuk bayar deposit. Nak cari bank yang sanggup uruskan permohonan tu pun dah susah. Banyak yang tak nak dan bagi macam-macam alasan. Maybank memang awal2 dah tolak. Pegawai dari Hong Leong dan RHB pun sama tapi saya cuba di branch lain. Alhamdulillah mereka sanggup namun permohonan saya tak lulus sebab komitmen gaji saya sekarang dah lebih limit yang diorang tetapkan. Then, kami decide untuk cuba 90% loan. Masa ni dah pening fikir mana nak cari duit untuk bayar deposit. Saya tak ada pilihan lain selain cuba apply personal loan. Saya terus terang sahaja kepada pegawai Bank Rakyat tu sebab apa saya nak buat loan, berapa harga rumah, berapa deposit kena bayar, berapa monthly installment dan sebagainya. Tawakal je pada Allah, apa pun keputusan saya redha. Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati saya. Lulus personal loan tu. Selain bayar deposit rumah saya selesaikan hutang2 kecil yang lain. Dan saya belikan Mama sebiji mesin jahit tepi sebagai kemudahan dia menyiapkan tempahan. In shaa Allah ada lebihannya nanti saya akan guna untuk buat treatment.
Official page business saya dan mama
Alhamdulillah berkat doa saya supaya bisnes mama berkembang dimaklbulkan Allah. Tak sangka saya juga lah orang nya yang harus bantu mama kembangkan bisnes. Kini kami dah ada page di Facebook dan dah ada blog. Korang semua boleh buka dan tengok. Boleh klik LIKE kepada yang sudi. Boleh tengok produk2 kekabu yang mama keluarkan. Harga sangat berpatutan. Yang bestnya, free delivery for Shah Alam & Serdang area. Area tu saya la yang akan hantar. Jumpa kat mana2 di kawasan tu untuk delivery dengan syarat bayar 50% daripada total price. Bukan apa takut kita dah buat tak jadi ambil pulak. Banyak juga kes macam tu sebelum ni. Kalau nak menempah pula, mesti sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal. Tak sampai sebulan pun tak apa cuma jangan la seminggu sebelum baru nak order. Takut tak sempat nak siapkan. Macam mana pun ready stock in sha Allah ada. Oklah, boleh cari Tipah Kekabu di Facebook ya. Untuk TTCians in sha Allah ada special price ^_^
Antara produknya adalah:
1. Set tidur baby
2. Set bantal dewasa
3. Set bantal pengantin
4. Tilam nikah
5. Tilam bujang
6. Tilam sembahyang
7. Tilam double
8. Kusyen TV/kereta/Sofa
9. Set cadar katil queen dengan comforter saiz King 100% cotton
dan lain-lain....
Kami juga ada bagi free gift kepada insan2 bertuah yang dipilih dari semasa ke semasa. Untuk bulan Feb dah ada calon. Untuk Mac belum buat pengemuman lagi. In shaa Allah setiap bulan ada pemenang free gift daripada Tipah Kekabu. Jenguk lah page Tipah Kekabu, material yang kami guna semuanya berkualiti.
Ok, setakat ini saje. Doakan terbaik untuk saya supaya boleh cepat2 mulakan treatment dan suami mudah dipujuk untuk buat treatment sama. huhu isau pulak.
Ate' logo
Thursday, 14 February 2013
Creamy, watery & egg white CD40 and above
Dear TTC friend especially yang pernah experience long period cycle, 40 days and above, I nak tanye u all...
Masa korang mengalami long period cycle tu:
1. What do u think about urself and what do u feel?
2. What do u do to make urself feels better?
3. Have u experience few times of creamy,watery & eggwhite within the long period cycle eventhough u are at CD40 and above?
4. Actually all the menses mean what especially when they come out at CD40 and above?ovulated?AF is a round the corner?stress?
5. Do think wait the AF to come naturally is better or forcing the period come is much much better?
I hope u guys boleh share dengan I.
Ate' logo
Monday, 11 February 2013
Frust and Mad!!
I don't know. Betul ke apa yang I buat sekarang. I feel so bad to myself. I hate my workplace. I hate people surrounding me in the workplace. I feel like I don't wanna go to work. I hate when I do not have money to pay 10% deposit to buy a house. I am mad when my 100% housing loan application is unlikely to get approval. I hate when my AF still hasn't coming yet. Hey, 7 days late already. Where are you going? Kenapa taknak muncul2 lagi? I tak pregnant kan. Dah tu datang jelah. Jangan la buat orang susah hati. Benci tengok BBt chart. Benci sangat. Turun naik turun naik. Nampak berpenyakit tau tak. I am sick!! I hate I can't get anything for my life!! This life is so difficult. Ohh, I am so sad...
I know this is not the right time for me to conceive. I just know that I won't be getting pregnant by this month. Currently, I am focusing on buying a house. Therefore, I just hope AF will come just at right time, however today already CD38 and no AF is coming. I did the hpt test this morning, as expected the result was negative. In fact, I do not undergo any other common symptoms of pregnancy. All nausea I felt last time were because of I fall sick. I do not expect AF will late this month because AF for last two months already follow the right cycle which is 31 days. Moreover, looking at the BBT chart just make me feel so down. I am no longer taking the EPO, folic acid, New Obimin and drinking Hi-goat. I am no longer going to the gym and taking care of what I eat, what I drink. I feel a looser. I don't know how to fix all these. Again, I feel like a loser.
I tak layak jadi kawan TTC korang untuk dijadikan panduan. I am having a hard time now. Sorry, I shouldnt be like this but I am so weak
Current cycle (Jan 2013) |
CD38, -ve HPT result |
Friday, 8 February 2013
Takziah kepada keluarga Ahmad Adam Syukri
Selamat pagi semua...
Sebenarnya saya rasa tak layak nak buat entry tentang arwah adik Ahmad Adam Syukri (AAS) kerana tak banyak yang saya tahu mengenainya termasuklah tentang penyakitnya, tentang penderitaannya, tentang kesusahan yang ditanggungnya, tentang ibu bapanya. Entry ini lebih kepada kesesalan diri saya yang langsung tak menyumbang apa-apa kepada arwah adik AAS sementara dia masih hidup di muka bumi ini.
Saya memang jarang buka FB. Kalau buka pun sejekap aje lihat sekali lalu. Ada sekali saya lihat gambarnya di wall FB. Seorang kawan share gambar beliau dan like. Entah kenapa saya tidak pula tergerak hati untuk menekan link gambar tersebut untuk membaca lebih lanjut. Selfish nya saya. Dan ada sekali saya terlihat cerita tentang arwah di TV. TV3 menunjukkan no akaun Maybank kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan. Masa tu saya tak salin tapi saya cuba ingat. Asyik sebut2 di bibir tapi tak salin. No akaun kan panjang. Manalah mampu ingat untuk jangka masa yang lama. Lepas tu hilang macam tu aje la. Dalam masa yang sama saya cuba untuk mengingat saya ada duit ke untuk menderma kerana masa tu saya memang tengah kering. Jadi bertambahlah rasa tak apa tak menderma sebab duit pun tak ada kan...
Hari ni saya cuti, pagi2 saya buka TV3. Masa tu Malaysia Hari Ini pun nak habis dah, keluar satu video tentang arwah adik AAS yang sedang dikafankan untuk dikebumikan. Mashaallah, sedih...mengalir air mata ni. Tak sangka saya dia dah meninggal. Ralatnya saya tak menderma apa-apa tempoh hari. Melalui video tu saya dapat lihat wajah ibunya yang redha dengan pemergian arwah. Wajah ayahnya yang tenang dan dia sendiri yang memandikan, mengkafankan, solat kan, dan memasukkan jenazah ke dalam keranda. Hmmm, sayu sungguh. Saya tak boleh bayangkan jika saya ditempat ibu bapanya. Adakah saya mampu redha sepertimana ibu bapa arwah.
Disebalik kelalaian saya untuk berasa simpati, untuk menghulurkan bantuan, saya terfikir mengapa Allah memberi ujian sebegitu berat kepada mereka (ibu bapanya). Adakah kerana dosa lampau mereka? adakah kerana Allah memang tahu mereka orang yang bisa melalui dan menerimanya? Adakah kerana mahu kejadian ini sebab bagi mereka berdua ke syurga kelak? Adakah kerana Allah mahu menaikkan darjat mereka? Adakah kerana Allah ingin membuka mata umat manusia yang lain untuk bersimpati? Adakah Allah ingin memberi jalan dan peluang kepada hambanya yang lain untuk berbuat baik kepada sesama manusia lain? Banyak persoalan yang timbul di fikiran saya. Namun, sesungguhnya Allah s.w.t lah yang lebih mengetahui.
Terlalu besar dugaan yang Allah berikan kepada ibu bapa arwah. Kata2 ibu arwah "Adam anak yang baik" itu terlalu menghayat hati. Setiap kali saya kenang saat ibu arwah memegang kepala dan badan arwah dan menyebut kata2 itu, pasti air mata ini mengalir. Betapa beliau amat sayangkan anaknya itu. Betapa jelas kita semua boleh lihat. Namun dari nada suaranya, dia seorang ibu yang redha dengan keadaan anaknya. Saya sebagai manusia lain, antara hambaNya yang Allah pilih untuk terdengar/terlihat/tahu mengenai penderitaan arwah semasa arwah masih hidup tetapi tidak menghulurkan bantuan, saya rasa amat kesal dan rasa diri ini teruk sangat. Apa salahnya transfer aje duit tidak kisahlah berapa yang mampu asalkan jika dia pergi sekali pun, saya tidak perlu kesal sebegini.
Arwah telah pun pergi meninggalkan kita pada 7 Feb 2013, Khamis, semalam. Al-fatihah untuk arwah. Pastinya syurga untuk beliau. Semoga di akhirat kelak, arwah AAS akan menarik ibu bapanya ke syurga juga. Maafkan saya kerana tidak sempat membantumu. Hanya doa dan sedekah bacaan ayat al-Quran untukmu adik Adam. Maafkan ku Ya Allah kerana mempersia2kan peluang untuk ku berbuat baik kepadanya yang telah Engkau berikan kepadaku. Maafkan saya ibu bapa Adam kerana tidak membantu kalian.
Ya Allah, kau naikkanlah darjat kedua ibu bapa arwah. Kau ampunilah dosa-dosa mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka. Kau hadiahkanlah sebaik-baik hadiah daripadaMu kepada mereka. Gembirakanlah hati mereka, bahagiakanlah mereka Ya Alla. Amin Ya Rabbalalamin. Walhamdulillahirambilalamin.
"Adam anak yang baik" |
http://hachmad-haqimi.blogspot.com/2012/09/khas-buat-ahmad-adam-syukri.html
http://nikminijournal.blogspot.com/2012/09/ahmad-adam-syukri.html
http://mawarmerahjambu.blogspot.com/2012/09/ahmad-adam-syukri.html
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2012/10/a.html
Ate' logo
Wednesday, 6 February 2013
it was negative
Assalamualaikum...good morning...
Today is CD33. Supposes AF datang on CD32 because my cycle is 31 days. AF tak datang lagi semalam. This morning pun masih belum. So, i did the upt test. The result was negative just like what you see on the picture, only 1 band appeared. Just like my expectation.
Now, i am praying so that Allah datangi I dengan AF.
Tuesday, 5 February 2013
Demam + gastric + cirit birit + UPT Test
Last Friday, I had an interview session to be attended as one of the interviewers. It finished at 12 pm. Then I took 1/2 day leave. On Friday night, I met Reen, one of our TTCian (she is pregnant now) at Sek 7 Shah Alam untuk ambil MAQ100. Reen and Jay really recommend this product to TTCian. Korang boleh baca post mengenai MAQ100 di blog diorang. My review kena tunggu I habis cuba la ya.
On Saturday, DH, my lil brother and I was boing back to my MIL's house. Once arrived, kami masak sup tulang. Fuhh, sup tulang DH plus secret recipe from FIL memang sedap tak boleh jumpa kat tempat lain. Masing2 makan banyak. At night, I slept early because I felt so tired. DH was sleeping in front of TV and I just don't wake him because I know he won't listen to me to get inside our bedroom ( I have tried many times). In fact, as usual he will wake up himself in the middle of night to search for me.
The next day, all of us except FIL were going to Nilai 3. I nak cari fabrics for my mom. Actually, my mom produces products made of kekabu, for example, tilam dan bantal set baby, set pengantin, set orang dewasa, tilam bujang, tilam double, tilam sembahyang, kusyen, chior (tilam nikah), dan macam2 lagi all together with the sarung jika customer minta la. Usually memang customer minta dengan sarung sekali especially set baby because malas dah nak buat sendiri pulak kan. All homemade, dia buat sendiri. So, I pergi Nilai 3 ni pun nak tolong carikan fabrics untuk buat sarung set baby dia. I had sup berdengung for my lunch. DH, MIL, and adik I makan nasi campur. Petang baru sampai rumah. Malam kami dah siap2 nak balik after had dinner.
The next day, pagi2 lagi I dah rasa perut tak selesa. Bagitau DH dan ajak dia jumpa Dr. I rasa nak muntah tapi tak muntah2. Rasa tak selesa sangat. At 7 am dah keluar dah. Semua tutup. I dah semakin sakit dan lemah. At 8 am kami jumpa 1 klinik ni dah buka, Dr pulak tak sampai lagi. Tunggu 15 minit Dr sampai dan called me to go inside. I told him all my symptoms dan dia diagnosed I had gastric. Lepas dapat ubat semua on the way balik, kami singgah beli sarapan. Oh no, this time I rasa mual sangat terbau makanan tu semua. Geli tekak I. Rasa nak muntah. Cepat2 tutup hidung dan I pusing tengok tempat lain tak boleh tengok makanan tu semua. Loya. DH bungkuskan I 1/2 nasi lemak kosong.
At home, I dah start menangis. Rasa susah nak makan, tekak tak nak terima. DH paksa jugak kalau tak macam mana nak makan ubat kan. Daripada 1/2 nasi tu I makan 1 sudu je. Lepas makan ubat I tidur dan my temperature mula increasing. Dekat klinik 37 dan pukul 11 I measure using termometer BBT temperature dah naik 38.43 degree Celcius. I rasa sejuk sangat tapi DH rasa dahi dan badan I panas sangat. I pun da mula cirit birit. Nasib baik 2 kali je. Kalau banyak kali jenuh jugak la. DH bawa pergi klinik semula but this time pergi klinik lain, Dr perempuan. I pakai kain batik je. Takut ter.... hehe.
Dr check dan bagitahu I demam dan berkemungkinan terkena keracunan makanan. Kemudian dia tanya I period dah lewat ke. I said not yet, supposed today (which means yesterday). So dia bagi I ubat carbon untuk buang angin dalam perut, ubat sakit perut/muntah, dan UPT test. I pelik jugak dia bagi I UPT test untuk buat di rumah. Then she explained:
Dr: Sebenarnya, 1 minggu sebelum period, antara tanda-tanda yang kita boleh alami adalah rasa loya, rasa nak muntah, perut berangin, dan macam-macam lagi. Kalau kita pregnant pun ia salah satu tanda2 juga. Sama macam awak alami ni.
Saya: Gastrik pun?
Dr: Yup, gastrik pun tanda2 pregnant cuma yang berbeza sedikit kat sini awak ada cirit birit. Pendapat saya awak lebih kepada keracunan makanan. Tapi tak apa, saya bagi awak UPT test untuk cuba kat rumah in case your period delay. Kat sini kalau delay 1 hari baru kita buat.
After semua dah settle, kami balik. DH masak ayam masa cili for my lil brother and himself. For me, DH masak bubur nasi kosong just like pesanan Dr td. Bau masakan ayam tu betul2 buat I mual. Rasa geli geleman rasa nak muntah. Iklan makanan dalam TV pun geli tengok. Iklan McD, pizza tu semua. As today, period masih belum datang. I tak cuba pun UPT test tu. I tak rasa pun I pregnant sebab tak ada simptom2 lain seperti breast pain, muntah yang betul2 muntah dan as Dr said, I kemungkinan keracunan makanan, bukan pregnant. However, if arini AF masih tak datang, I will use the UPT test tomorrow morning. Kalau I betul2 mengandung ia suatu keajaiban yang besar. Sebab bulan ni rasanya I tak mengalami ovulation and currently I tak ada simptom2 biasa orang mengandung.
Doakan yang terbaik untuk I. Love u all
Sorry for cerita2 tak penting kat atas tu.
Ate' logo