Assalamualaikum/selamat sejahtera
Apa khabar semua...Saya bukan saja tak sempat nak post apa-apa kat sini malah tak sempat nak blog walking pun. Ada beberapa perkara yang membuatkan saya sibuk sekarang
1. Kerana hal kerja di pejabat dan projek penyelidikan yang telah bertambah
2. Urusan pembelian rumah yang sangat menduga kekuatan emosi dan ketabahan saya
3. Usaha mencari duit lebih untuk menampung kos hidup
Apa usaha TTC?
Memang tiada. Tiada langsung. Ke gym? Langsung tidak. Makan supplements? Pun tidak. Mahu berhenti usaha? Tidak juga. Sekarang telah pun CD54. Masih belum period. Tak pernah saya mengalami situasi begini. Mama pun dah mula bimbang. Repeat urine test? Dah saya dah buat recently dan keputusan macam biasa, tetap negatif. Suhu badan saya juga rendah. Walau pun kadang-kadang masih ambil suhu badan tapi saya dah tak key in dalam FertilityFriend. Bukan malas. Cuma fed up. Satu, sebab saya benci tengok chart yang rocky mountain tu. Kedua, sebab rumah sewa baru ni susah nak dapat line. Nak hantar SMS pun susah. Buka apps lagilah tak boleh langsung. Akibatnya memang tak key in langsung la. Walau bagaimanapun, in shaa Allah saya akan cuba dapatkan treatment. Mungkin bulan 3 ni. Doakan yang terbaik untuk Atie ^_^
Beli rumah
Alhamdulillah, selesai juga akhirnya proses ni. Sebenarnya bukanlah 100% dah selesai. Cuma apabila loan dah approved, S&P pun dah sign, saya rasa lega sangat. Saya tak berjaya dapatkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku sebab komitmen dah terlebih. Jadi cuba apply 90% loan Alhamdulillah diluluskan. Dalam masa yang sama saya cuba apply personal loan. Alhamdulillah lulus juga. Alhamdulillah banyak perkara juga saya dapat selesaikan dengan personal loan tu selain bayar deposit rumah. Sentiasalah ingat pada Allah apa jua yang kita nak buat, sentiasa bergantung kepadanya, berdoa dan bertawakal.
Orang lain saya tak tahulah tapi saya memang terasa perit melalui proses ni. Macam-macam dugaan. Mula2 saya apply Skim Rumah Pertamaku since kami suami isteri memang tak ada duit 10% untuk bayar deposit. Nak cari bank yang sanggup uruskan permohonan tu pun dah susah. Banyak yang tak nak dan bagi macam-macam alasan. Maybank memang awal2 dah tolak. Pegawai dari Hong Leong dan RHB pun sama tapi saya cuba di branch lain. Alhamdulillah mereka sanggup namun permohonan saya tak lulus sebab komitmen gaji saya sekarang dah lebih limit yang diorang tetapkan. Then, kami decide untuk cuba 90% loan. Masa ni dah pening fikir mana nak cari duit untuk bayar deposit. Saya tak ada pilihan lain selain cuba apply personal loan. Saya terus terang sahaja kepada pegawai Bank Rakyat tu sebab apa saya nak buat loan, berapa harga rumah, berapa deposit kena bayar, berapa monthly installment dan sebagainya. Tawakal je pada Allah, apa pun keputusan saya redha. Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati saya. Lulus personal loan tu. Selain bayar deposit rumah saya selesaikan hutang2 kecil yang lain. Dan saya belikan Mama sebiji mesin jahit tepi sebagai kemudahan dia menyiapkan tempahan. In shaa Allah ada lebihannya nanti saya akan guna untuk buat treatment.
Official page business saya dan mama
Alhamdulillah berkat doa saya supaya bisnes mama berkembang dimaklbulkan Allah. Tak sangka saya juga lah orang nya yang harus bantu mama kembangkan bisnes. Kini kami dah ada page di Facebook dan dah ada blog. Korang semua boleh buka dan tengok. Boleh klik LIKE kepada yang sudi. Boleh tengok produk2 kekabu yang mama keluarkan. Harga sangat berpatutan. Yang bestnya, free delivery for Shah Alam & Serdang area. Area tu saya la yang akan hantar. Jumpa kat mana2 di kawasan tu untuk delivery dengan syarat bayar 50% daripada total price. Bukan apa takut kita dah buat tak jadi ambil pulak. Banyak juga kes macam tu sebelum ni. Kalau nak menempah pula, mesti sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal. Tak sampai sebulan pun tak apa cuma jangan la seminggu sebelum baru nak order. Takut tak sempat nak siapkan. Macam mana pun ready stock in sha Allah ada. Oklah, boleh cari Tipah Kekabu di Facebook ya. Untuk TTCians in sha Allah ada special price ^_^
Antara produknya adalah:
1. Set tidur baby
2. Set bantal dewasa
3. Set bantal pengantin
4. Tilam nikah
5. Tilam bujang
6. Tilam sembahyang
7. Tilam double
8. Kusyen TV/kereta/Sofa
9. Set cadar katil queen dengan comforter saiz King 100% cotton
dan lain-lain....
Kami juga ada bagi free gift kepada insan2 bertuah yang dipilih dari semasa ke semasa. Untuk bulan Feb dah ada calon. Untuk Mac belum buat pengemuman lagi. In shaa Allah setiap bulan ada pemenang free gift daripada Tipah Kekabu. Jenguk lah page Tipah Kekabu, material yang kami guna semuanya berkualiti.
Ok, setakat ini saje. Doakan terbaik untuk saya supaya boleh cepat2 mulakan treatment dan suami mudah dipujuk untuk buat treatment sama. huhu isau pulak.
Ate' logo
murah nya rezeki.. insyaallah andai niat kita baik, Allah swt permudahkan jalan nya
ReplyDeleteInshaAllah...semoga dipermudahkan semua urusan... Amin
ReplyDeleteWah congrats dah setel rumah baru :)
ReplyDeletewill checkout ur fb page!!!
Nvm, its okay to be mad at ur bbt charts. i pun benci gila i punye chart dulu, burok gile zigzag tu kan. menyampah tgk.
wah kelas kau tipah kekabu....
ReplyDeletegood luck with your business yah!
*hugs...
Thanks semua...Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan.
ReplyDelete