Friday, 8 February 2013

Takziah kepada keluarga Ahmad Adam Syukri

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua...

Sebenarnya saya rasa tak layak nak buat entry tentang arwah adik Ahmad Adam Syukri (AAS) kerana tak banyak yang saya tahu mengenainya termasuklah tentang penyakitnya, tentang penderitaannya, tentang kesusahan yang ditanggungnya, tentang ibu bapanya. Entry ini lebih kepada kesesalan diri saya yang langsung tak menyumbang apa-apa kepada arwah adik AAS sementara dia masih hidup di muka bumi ini.

Saya memang jarang buka FB. Kalau buka pun sejekap aje lihat sekali lalu. Ada sekali saya lihat gambarnya di wall FB. Seorang kawan share gambar beliau dan like. Entah kenapa saya tidak pula tergerak hati untuk menekan link gambar tersebut untuk membaca lebih lanjut. Selfish nya saya. Dan ada sekali saya terlihat cerita tentang arwah di TV. TV3 menunjukkan no akaun Maybank kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan. Masa tu saya tak salin tapi saya cuba ingat. Asyik sebut2 di bibir tapi tak salin. No akaun kan panjang. Manalah mampu ingat untuk jangka masa yang lama. Lepas tu hilang macam tu aje la. Dalam masa yang sama saya cuba untuk mengingat saya ada duit ke untuk menderma kerana masa tu saya memang tengah kering. Jadi bertambahlah rasa tak apa tak menderma sebab duit pun tak ada kan...

Hari ni saya cuti, pagi2 saya buka TV3. Masa tu Malaysia Hari Ini pun nak habis dah, keluar satu video tentang arwah adik AAS yang sedang dikafankan untuk dikebumikan. Mashaallah, sedih...mengalir air mata ni. Tak sangka saya dia dah meninggal. Ralatnya saya tak menderma apa-apa tempoh hari. Melalui video tu saya dapat lihat wajah ibunya yang redha dengan pemergian arwah. Wajah ayahnya yang tenang dan dia sendiri yang memandikan, mengkafankan, solat kan, dan memasukkan jenazah ke dalam keranda. Hmmm, sayu sungguh. Saya tak boleh bayangkan jika saya ditempat ibu bapanya. Adakah saya mampu redha sepertimana ibu bapa arwah.

Disebalik kelalaian saya untuk berasa simpati, untuk menghulurkan bantuan, saya terfikir mengapa Allah memberi ujian sebegitu berat kepada mereka (ibu bapanya). Adakah kerana dosa lampau mereka? adakah kerana Allah memang tahu mereka orang yang bisa melalui dan menerimanya? Adakah kerana mahu kejadian ini sebab bagi mereka berdua ke syurga kelak? Adakah kerana Allah mahu menaikkan darjat mereka? Adakah kerana Allah ingin membuka mata umat manusia yang lain untuk bersimpati? Adakah Allah ingin memberi jalan dan peluang kepada hambanya yang lain untuk berbuat baik kepada sesama manusia lain? Banyak persoalan yang timbul di fikiran saya. Namun, sesungguhnya Allah s.w.t lah yang lebih mengetahui.

Terlalu besar dugaan yang Allah berikan kepada ibu bapa arwah. Kata2 ibu arwah "Adam anak yang baik" itu terlalu menghayat hati. Setiap kali saya kenang saat ibu arwah memegang kepala dan badan arwah dan menyebut kata2 itu, pasti air mata ini mengalir. Betapa beliau amat sayangkan anaknya itu. Betapa jelas kita semua boleh lihat. Namun dari nada suaranya, dia seorang ibu yang redha dengan keadaan anaknya. Saya sebagai manusia lain, antara hambaNya yang Allah pilih untuk terdengar/terlihat/tahu mengenai penderitaan arwah semasa arwah masih hidup tetapi tidak menghulurkan bantuan, saya rasa amat kesal dan rasa diri ini teruk sangat. Apa salahnya transfer aje duit tidak kisahlah berapa yang mampu asalkan jika dia pergi sekali pun, saya tidak perlu kesal sebegini.

Arwah telah pun pergi meninggalkan kita pada 7 Feb 2013, Khamis, semalam. Al-fatihah untuk arwah. Pastinya syurga untuk beliau. Semoga di akhirat kelak, arwah AAS akan menarik ibu bapanya ke syurga juga. Maafkan saya kerana tidak sempat membantumu. Hanya doa dan sedekah bacaan ayat al-Quran untukmu adik Adam. Maafkan ku Ya Allah kerana mempersia2kan peluang untuk ku berbuat baik kepadanya yang telah Engkau berikan kepadaku. Maafkan saya ibu bapa Adam kerana tidak membantu kalian.

Ya Allah, kau naikkanlah darjat kedua ibu bapa arwah. Kau ampunilah dosa-dosa mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka. Kau hadiahkanlah sebaik-baik hadiah daripadaMu kepada mereka. Gembirakanlah hati mereka, bahagiakanlah mereka Ya Alla. Amin Ya Rabbalalamin. Walhamdulillahirambilalamin.



"Adam anak yang baik"
Link tentang kisah arwah:
http://hachmad-haqimi.blogspot.com/2012/09/khas-buat-ahmad-adam-syukri.html
http://nikminijournal.blogspot.com/2012/09/ahmad-adam-syukri.html
http://mawarmerahjambu.blogspot.com/2012/09/ahmad-adam-syukri.html
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2012/10/a.html

Ate' logo

No comments:

Post a Comment