Friday 30 October 2015

Bilangan hari AF saya yang singkat

I perasan bilangan hari AF I tak lama. Kebiasaannya bilangan hari darah merah cuma 3-4 hari sahaja. Jarang period 5 hari dan ke atas kecuali bulan Ramadhan. Selalunya lebih 4 hari.
Tak seperti kebanyakaan wanita lain especially kawan-kawan I masa zaman student dulu tiap bulan period sampai 5-7 hari.

Dulu-dulu tak faham kenapa berbeza sangat I punya dengan diorg punya period.

Now, I slowly understand my body.

Masa buat IUI dulu I dapat tahu uterus lining I ni cukup-cukup makan je. Jenis tak cepat tebal. Masa tu masih tak dapat kaitkan dengan tempoh period I yang singkat. CD10 baru 7.3 mm. Sepatutnya CD10 uterus lining 8.0 mm.

Then bila buat OPK untuk detect hari subur I found out I ni jenis lambat ovulate. Dan kebiasaannya, jika tak berjaya pregnant AF will come selepas 14 hari kita ovulate (lutheal phase). Itu kebiasaan kepada ramai wanita di luar sana tapi bukan wanita yang buat post ni. Period I datang lebih awal like 12-13 hari selepas ovulation. My lutheal phase lebih singkat. Jadi bila dikaitkan dengan pengalaman masa buat IUI dulu maknanya masa I period, dinding rahim I taklah tebal mana. Sebab tu bilangan hari period pun tak lama.

Perhatian: Semua ini adalah pemahaman dan assumption yang saya buat pada diri saya seorang. Lain orang lain situasinya. Jadi jangan ambil bulat-bulat dan samakan situasi anda dengan situasi saya.

OPK Cycle Jun-July- NEGATIVE: Not Ovulate

OPK Cycle Sep_Oct- POSITIVE: Ovulate CD20

Cycle Sept_Oct: AF came after 12 DPO: NOT PREGNANT

Okay setakat itu saje perkongsian tentang diri saya.


Ate' logo!

p/s: Misi mencari termometer BBT yang dah lama menghilang sejak pindah rumah. Rasa nak buat semula. Cik termo awak kat mana? awak kat mana?

4 comments:

  1. My luteal phase selalunya 15 hari.
    If luteal phase kurang dari 10 hari. Might be ada luteal phase defect. boleh google pasal ni.

    yang pasal period tu. Kita pelik gak. hari heavy 1/2 hari je. Lepastu spotting je. IUI yang lepas pun dinding rahim tebal cantik. Tapi period 1 hari je heavy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...tapi bilangan hari period panjang ke?
      Mine bilangan hari period pendek tapi period heavy CD1-CD3. CD4 tinggal sikit-sikit je.

      Delete
  2. kena makan byk yg bo0st progstr0ne, lets bbt, jum2

    ReplyDelete
  3. salute kt org yg rajin bbt... dah jumpa ka termometernya atie?

    ReplyDelete