Tuesday, 13 October 2015

Air kanji beras + air pati kunyit

Ya Allah, terkejutnya baca blog ST tadi.
Baru tahu anak Kak Nuriz masuk NICU kerana dehydration.
Mari semua doakan supaya anaknya cepat sembuh.
Semoga Kak Nuriz kuat hadapi dugaan ini.

Entry kali ni nak share pengalaman ikut suami pergi jumpa tukang urut batin lelaki.
Rasanya semua dah maklum yang kami berdua ada masalah fertility.
Jadi niat husband nak berurut adalah salah satu usaha dia untuk dapatkan zuriat.

Wak ambil tangan husband dan cek.
Katanya hubby tak boleh berurut lagi.
Kena baiki kandungan sperma nya dulu.
Caranya minum air kanji beras.
Cara buatnya, masa masak nasi, sebelum nasi siap masak, ambil air beras yg sedang menggelegak tu.
Sesenduk sahaja kemudian sejukkan. Selawat 3 kali kemudian pasang niat dan minum. Amalkan setiap hari.
Bila dah ada perubahan baru datang mengurut dengan dia.

Saya juga dia cek.
Dia kata saya juga ada masalah.
Dia tanya adakah saya alami 'senggugut kering'?
Maksud dia, mengalami sakit seperti senggugut di luar waktu period.
Jawapan saya tidak.
Dia tanya adakah saya period setiap bulan.
Jawapan saya ya, setiap bulan cuma dia tetap.
Wak suruh saya amalkan minum air kunyit. Katanya untuk cuci rahim, cuci perut.
Caranya bakar dulu ibu kunyit (kunyit hidup) tu, kemudian dapatkan patinya dan minum.
Dia suruh amalkan di luar waktu period.

Saya jadi confuse.
Bidan yang saya pergi urut di N9 tempoh hari minta minum air kunyit juga tetapi pada CD3-CD5 (waktu period). Tapi Wak suruh minum di luar waktu period.
Di FB pula saya ada terbaca post seorg wanita. Dia amalkan minum atau makan kunyit setiap hari sebagai usaha untuk dapatkan zuriat dan alhamdulillah dia berjaya mengandung.
Kena google lebih sikit ni untuk dapat info yang lebih tepat.

Okay itu saje. Saya rasa kita semua boleh amalkan saranan Wak ni. Masa kami dpt tahu masing2 ada problem, my mom ada tanya pada seorg ustaz macamana nak buat. Ustaz tu bagi petua minum air kanji. Suami dan isteri. Setiap hari. Jadi petuanya sama macam yang Wak cakap. Cuma Wak syorkan suami sahaja yang minum air tu. Dan isteri minum air kunyit macam Mak Pak suruh.

Menyesal pulak tak amalkan petua ustaz tu dari awal. Alasannya MALAS.
Jadi sekarang, baru nak mula. Mudahan ada perubahan positif.

Jom ramai2 kita cuba.

Ate' logo

1 comment:

  1. Air kunyit tu untuk kecutkan rahimkan? Selalu orang amalkan bila period dah kering.
    Tapi tak boleh amalkan selalu.

    ReplyDelete