Tuesday, 20 October 2015

Separuh jiwa ku hilang hari ini

Kucing kesayangan aku telah pergi buat selamanya pagi tadi.

Aku balik kampung starting Friday dan balik semula ke rumah hari Isnin.
Adik aku balik rumah hari Ahad. Dia inform kata semua kucing okay. Hati aku lega sebab aku tinggalkan diorang di rumah tak bawa balik kampung. Risau tak terlayan sebab balik kampung kali ni sibuk kenduri kahwin adik ipar.

Sepanjang di kampung duk teringat kucing kesayangan, si Tony. Umur baru 2 bulan lebih. Tapi dia la paling manja dengan aku. Bila balik kerja aku buka pintu rumah dia dah ada kat kaki. Padahal duduk dalam sangkar. Disebabkan badan dia kecil, dia boleh keluar ikut celah2 pintu DIY sangkar yang suami aku buat. Yang bagusnya, dia keluar bila aku balik kerja je. Kalau tak elok je dia duduk dalam tu dengan kucing2 lain.

Allahuakbar. Sambil menaip air mata mengalir. Sungguh aku sayang dia. Sedih sangat2 dengan pemergian dia yang tak disangka2. Menyesal pun tak guna sebab dia dah tak ada.

Tony ni dua beradik. Abangnya Tobby. Badan lebih besar daripada dia. Tony sejak lahir memang badannya kecil. Tapi suara nyaring. Sampai dia dah mati dia tak pandai makan pallet lagi. Bergantung pada susu ibu sahaja. Sekali sekali suami aku bagi makan wet food. Aku perasan Tony ni memang slow berbanding Tobby. Tobby lari sana sini, dia berjalan je. Main main juga tapi lebih suka memerap. Dan mata Tony selalu ada banyak tahi mata. Setiap hari aku bersihkan mata dia. Ibunya Bona dah taknak bagi anak2nya menyusu.

Sampai rumah semalam dah 10 malam. Terus aku keluarkan Tony dari sangkar dan bawa masuk rumah bersihkan mata dia. Aku perasan nafasnya lain macam. Hidungnya seperti berhingus. Dia bernafas melalui mulut. Aku dah dapat rasa dia ni tak sihat. Badan kurus, boleh rasa tulang-tulangnya. Aku tak sedap hati. Aku masukkan Bona dan Tobby ke dalam rumah sekali dan cuba letak dia pada Bona mana tahu mahu menyusu. Tapi dia taknak. Aku letakkan dia atas kain tuala. Terus dia baring dan tidur. Terfikir juga nak bawa pergi klinik tapi fikir mana ada klinik haiwan buka malam2. Aku cakap dengan Tony, esok aku janji beli wet food untuk dia.

Aku tidur dengan dia tapi pukul 4.15 pagi aku dengar dia mengiau. Menarik nafas kuat. Aku pegang dan peluk dia. Kali ni perutnya makin kempis. Makin terasa tulang-tulang di badannya. Aku tahu dia dah tak lama. Dia semakin sukar bernafas. Dalam masa sama aku berdoa supaya Allah panjangkan umur dia. Bagi aku masa untuk bawa dia ke klinik dan belikan wet food. Tapi Tony makin lemah. Sambil peluk dia aku menangis. Dia la penghibur hati aku. Aku sgt rapat dgn dia. Aku macam tak percaya masa tgk keadaan dia macam tu. Akhirnya pukul 6 pagi dia pergi.

Aku tahu dia pergi sebab ajalnya dah sampai. Tapi aku tetap rasa bersalah sangat2.

Sepatutnya aku bawa dia dan mak dia balik ke kampung sama.
Sepatutnya aku siap sediakan wet food untuk dia sebab itu je dia boleh makan selain minum susu ibu dia.
Sepatutnya aku tak biarkan dia duduk di dalam sangkar di luar rumah dan terdedah pada jerebu teruk.

Ya Allah, rindunya kat Tony. Tiada lagi penghibur hati. Tiada lagi peneman. Terasa kosong jiwa ni.
Tony...Maafkan K.Pinas ye.
K. Pinas sayang kamu.
K. Pinas minta maaf K.Pinas cuai dan tak jaga kamu dengan baik.


3 comments:

  1. Kebetulan sama kesedihan kita hari ni Atie...kucing kesayangan Yani (Tiger) mati pagi tadi. Sedih sangat sebab dari malam tadi dah makin sejuk badan dia...dapat rasa dia dh tak lama dah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Semoga Allah gantikan puan dengan pengganti yang lebih baik...amin

    ReplyDelete
  3. sedihnya... tapi jgn rasa bersalah atie...kadang tu kejadian berlaku hanya penyebab ja... dah ajal dia...

    ReplyDelete