Wednesday, 28 October 2015

Satu pantang yang aku mesti buat semasa period

Seperti yang dijangkakan, usaha bulan ni berakhir dengan AF.
Datang tepat seperti prediction dalam apps.
Cycle bulan ini 32 hari.

Ada satu pantang yang I kene buat setiap kali period iaitu avoid makan aiskrim, minum air sejuk dan air ais. Tidur pun tak boleh sejuk-sejuk. Pelik kan tapi itulah hakikatnya. Bila I period, husband sengsara tak dapat tidur macam selalu. Air-cond tak boleh pasang. Kipas pun tak boleh pasang laju. Cukup sekadar dapat rasa pergerakan udara sahaja. Bau minyak angin cap yuyi semerbak satu bilik.

Kalau makan aiskrim or minum air berais juga I akan diserang sakit senggugut dan sakit pinggang yang teramat. Sampai terguling-guling.

Nak cerita malam semalam CD1 I makan aiskrim tutti fruitti. Kononnya nak pujuk hati sebab usaha bulan ni gagal. Dan sebenarnya dah tahu dah akan dapat sakit tapi disebabkan aiskrim tu aiskrim tutti fruitti I belasah jugak. Pukul 1.20 pagi tersedar daripada tidur tiba2 sakit kat ari-ari dan pinggang yang teramat. Adoi, sakit sungguh. Tak boleh tidur sampailah pukul 3 lebih. Duduk sakit, baring sakit, meniarap sakit, sujud sakit. Seksa betul dalam tempoh hampir 2 jam tu. Merengek2 kesakitan. Husband pula tak ada pergi kursus. Memang mengesal betul. Lepas ni jangan la sesekali makan benda sejuk. Tak sanggup menanggung kesakitan tu. Minyak panas yuyi tu pun tak dapat membantu.

Korang macam mana? Ada benda kena pantang makan or minum masa period?

Cycle period up to Oct 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)
SEPT: 25/9/2015 - 28/9/2015 (4 days) (cycle length: 36 days)
OCT: 27/10/2015- today (X days) (cycle length: 32 days)

Ate' logo

1 comment:

  1. so far x de pantang apa2... heheheh... my period pain pun on off. kadang ok, kadang sakit. tapi banyak ok dari sakit la...
    cer tido pakai stokin atie...

    ReplyDelete