Thursday 21 March 2013

Trip to Tunamaya Beach & Spa Resort (Part 1)

Post kali ni nak record tentang percutian DH & I ke Tiomand Island. Ia lebih kepada menyimpan memori percutian ni dan selebihnya memang nak share dengan pembaca. At least I boleh buka balik post ni whenever I nak kenang semua kenangan kat sana selain boleh dijadikan rujukan kepada anda yang nak ke Tunamaya.

Ok, saya buat reservation tak sampai pun 2 minggu ke tarikh anniversary kami. Masa tu memang tengah mencari-cari tempat nak bercuti dan kebetulan tengok blog Nina Aman ada buat post tentang Tunamaya. I buka link yang Nina bagi dan surprisingly I nampak ada promotion start from Jan to Mac. Syukur anniversary kami memang dalam bulan Mac dan I mula buat calculation tengok kami boleh bayar tak kos tu semua.


Ok, picture kat atas ni la iklan promotion dia. I pilih 3 hari 2 malam je. Seorang RM938, jadi kami pergi berdua harga jadi RM1876. I upgrade our room ke Beach Villa sebab I nak kan beach view daripada bilik kami. So kene la tambah RM400 for 2 night and 2 persons. So, total is RM2276.

Untuk harga RM2276 dah termasuk semua dah. Penginapan kat beach villa, pengangkutan pergi dan balik feri dari Tanjung Gemok/Mersing --> Kampung Genting --> Tunamaya, makan tengah ari, makan malam, breakfast dan semua yang tersenarai kat dalam picture kat atas tu. Kalau korang nak naik flight pun boleh iaitu daripada Mersing ke Tioman. Airport dia kat Kg Tekek. Daripada situ, bot Tunamaya akan ambil korang bawa ke resort.

15th Mac 2013
Pukul 7.30 pagi kami dah gerak dari Bahau (rumah PIL) ke Tanjung Gemok. Masa yang diambil lebih kurang 3 jam. Sampai je kat sana kami bayar parking RM10 untuk 1 malam. Jadi untuk 3h 2m kene bayar RM20 je la. Tempat parking tu memang selamat sebab dia di dalam kawasan berpagar yang akan dikunci pada waktu petang dan ada pak guard yang akan jaga. So, tak payah risau sangat. Then, kami pergi ke kaunter Tunamaya untuk dapatkan tiket feri. Dia bagi tiket balik sekali, so simpan baik2 la jangan hilangkan. Lepas tu kami pergi register nama kami kat kaunter feri. Sape yang belum beli tiket diorang kena la beratur kat kaunter tu. Macam kami ni dia ada sediakan meja untuk daftarkan nama. Selesai register, kami pergi ke kaunter Taman Laut untuk bayar yuran Taman Laut. RM5 je per person. Tiket tu valid untuk 3 hari. So kami beli 1 sahaja untuk setiap sorang. Kalau stay 4 hari kena bayar lebih la. Ok kemudian kami pergi ke ruang menunggu. Jadi saya nak pesan kat korang yang nak ke Tioman, sila bawa air minuman (mineral water) secukupnya untuk keperluan korang dan makanan2 lain seperti meggi, jajan dan apa2 yang boleh mengenyangkan especially kalau korang yang jenis sentiasa nak makan. Contoh terdekat ye, my DH memang jenis suka makan. Bila boring nak makan. Tengok tv nak makan, lepak tepi laut nak makan, so siap sedialah bawa la sebanyak mana makanan yang boleh. Kita orang melayu ni tak macam orang putih. Dia boleh isi masa dengan baca buku all the time almost berbogel kat tepi pantai tu. Kalau macam DH dia nak isi masa dia dengan makan. Bila tak ada benda nak makan memang dia susah hati la. FYI, kat sana logistic sangat susah ye nak pergi shopping makanan ke apa ke memang tak de la unless u all sanggup bayar duit bot tu yang I rasa baik tak payah sebab mahal jugak la. So, once again I nak bagitahu, kalau korang sama jenis macam my DH better bawak la meggi, air mineral(paling penting), keropok2 dan lain2. On more thing, sila makan dulu ye sebelum korang naik feri. Kalau boleh sebelum sampai Tanjung Gemok atau Mersing tu korang singgah la mana2 makan dulu yer.

Bila feri dah sampai, korang sila alert ye. Macam DH & I tak alaert sangat tau. Kami biarkan je penumpang2 lain naik dulu. Kitaorang sempat pergi beli wafer lagi sebab masa tu I lapar sangat2 sebab kami tak singgah mana2 pun untuk makan tengahari. Kami ingat semua orang akan duduk ikut no seat yang tertera pada tiket but hell NO! Diorang main taram je dan kitaorang yang lambat ni tak dapat la tempat duduk yaang next to window. Tak syok sangat la tak dapat tengok laut dengan jelas. Tempat duduk dalam feri memang sempit yer. Bertahan la sekejap. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih juga. Kalau daripada Mersing lebih lama sebab Mersing ke Tioman lebih jauh berbanding dari Tanjung Gemok ke Tioman. Kami sempat la tidur. Puas jugak la tidur hehe. FYI, kalau naik daripada Tg Gemok, dia ada 1 trip shj sehari ke Tioman. Kalau dari Mersing memang ada banyak trip so kalau naik daripada sana tak payah risau sangat ada banyak trip kan. Mostly yang datang ke Tioman memang naik daripada Mersing. In fact, kat sana pun ada aiport untuk naik flight ke Tioman. Tiket feri simpan baik2 sebab diorang akan collect dan dia akan tanya kat jeti mana korang nak berhenti nanti. Dalam ramai2 tu DH&I je yang nak berhenti kat jeti Kg. Genting. Masa tu pelik jugak diorang ni nak ke resort mana. Nak ke Tunamaya memang kena berhenti kat jeti Kg. Genting.

Sampai je sana, staf Tunamaya dah tunggu. Cara nak cam dia pakai t-shirt dengan logo Tunamaya. I sampai2 je dia dah tegur I dulu dan greetings kami. I minta dia ambilkam gambar kami berdua. Lepas tu dia tak terus bawa naik bot tapi dia allow kami nak rehat kat situ dulu like nak makan ke atau nak shopping apa2 ke. FYI, kat Kg. Genting tu ada beberapa kedai makan la. Harga dia ok, murah jugak. Nasi Goreng dalam RM4..kira ok la kan. Kemudian, kat situ ada banyak kedai yang jual cenderahati seperti t-shirts, seluar, topi, segala pakaian yang sesuai dengan percutian di pantai la. Kami lunch kat sana dan beli seluar 2 helai kat situ. Jangan lupa nego harga ye. In shaa Allah boleh dapat murah. Silap kami kat sana tak beli air mineral atau pun megi. Ada kedai yang jual tapi kami tak beli. Kami ingat sebotol air mineral dan sebotol keropok Mr. Potato tu dah cukup memenuhi keperluan. Tapi kami silap. So, korang ingat ye bawa la air mineral secukupnya. Dah sampai Tunamaya susah da nak keluar balik...Ok, dah settle makan, perut pun da kenyang, seluar pun da beli, kami dibawa ke bot. Diorang masukkan beg kami dulu kemudian baru kami naik. Perjalanan dalam 20 minit je dah sampai Tunamaya. Dari jauh pun da nampak cantik tempat tu. Apa yang buat I tertarik sangat adalah warna air laut tu. Nampak biru je...biru muda yang sangat cantik.

Staf Tunamaya bawa kami ke lobby dan kat sana kami disambut dengan senyuman dan dia bagi kami duduk dan serve minuman serta towel sejuk. Memang best sangatlah dpt towel sejuk tu sebab masa kami sampai tu memang cuaca panas sangat. Dapat lap kat muka memang heaven. Welcome drink tu memang sejuk tapi masam sikit heheh. Lepas tu Farah, receptionist kat situ approach kami dan borak2. Friendly sangat. Then dia minta deposit RM400. Actually, masa booking tu I wasn't informed about that so I memang tak tahu pulak kena bayar deposit. I told her so. Then pun kata tak pe la since tak ada orang inform I pasal tu so dia tak de la paksa I bayar deposit RM400 tu. Bagus kan diorang. So, kalo korang nak bayar deposit tu pun tak de masalah. Actually I memang ada bawa duit lebih tapi duit tu I nak simpan in case of emergency especially kami driving kan takut jadi apa-apa so duit tu mungkin dapat membantu. Then dia bagi kunci bilik. Sebelum pergi bilik I tanya dia tentang trip ke Asah Waterfall minta dia arrange kan bila boleh pergi. Setakat tu everthing went smoothly, DH&I rasa sanagt selesa dengan layanan diorang. FYI, kami adalah the 3rd Malay couple yang datang ke Tunamaya since mereka buka pada Jun 2012!! Why?? Nanti I cerita ye. I need to go since I got a meeting lepas Zohor ni.

Sebenarnye I pun tak suka baca entry yang banyak sambungan ni but this time I terpaksa buat sebab ia memang panjang lebar. Heheh!

ok,

Ate' logo

3 comments:

  1. atie...samelah pakej yg nina nak amik ni..kitorang decide just nak dok bilik rainforest tu..tell me more. i am eager to know the story!

    ReplyDelete
  2. awak, kalau tak keberatan boleh tak share gmbr2 sekali.. teringin jgak nak gi cni.. hehe.. bila bca rase xcited :)

    ReplyDelete
  3. hi!staff mai sambut ke hotel dgn bot kena bayar asing lagi tak?

    ReplyDelete