Monday, 25 March 2013

(Part 2) Trip to Tunamaya Beach & Spa Resort

Hai semua..maaf ye baru sekarang nak update cerita trip ke Tunamaya for second part. Siape ada tengok myTv3 semalam? Tv3 bawa beberapa ahli dia ke Tunamaya..semalam keluar kat TV. I tak tengok pun sebab sibuk dengar MIL bercerita tentang adik beradik dia kat dapur. DH yang tengok dan menjerit beritahu saya.

Ok, saya janji nak bagi tahu kenapa tak ramai Malay people yang datang ke Tunamaya kan...Actually tempat to memang tak focus sangat thier expected clients from local people. They focus more on overseas people. Bukan maksudnya mereka tak berapa nak layan local people kalau ada yang berminat nak ke sana. Kalau dapat local people they will be entertain just like other customers as well just like us. Pergi sana rasa macam dapat layanan VVIP pulak. That is why tak banyak marketing diorang buat kepada local people. I was told we were the third Malay couple yang datang ke sana dan all these three couples datang sebab nak honeymoon/sambut annyversary. Tempat tu nak bawa budak-budak atau anak-anak bercuti I rasa kurang sesuai especially kat sana banyak sangat Minah/Mat salih yang almost berbogel. Jadinya, kat sana tak boleh lari daripada zina mata. Furthermore, menurut staff Tunamaya ni, bad review diorang mainly coming from local people. Local people yang datang banyak complaint tentang logistic la. Susah nak ke mana. To me, kalau nak pergi sana untuk nak relaks, hornymoon honeymoon,  buat aktiviti snorkeling, diving dan pergi spa, it is the best place la. Tapi kalo pergi sana sebab nak tidur kat sana je dan nak berjalan ke tempat lain memang tak sesuai la. Not at Tunamaya! or not at Tioman Island!

Ok, sambung cerita haritu...lepas dah amik kunci kami dibawa ke bilik naik kereta golf. Nombor bilik kitaorang 111. Huhu, memang sesuai sangat la nak sambut 1st anniversary kan. Semuanya 1. Beach Villa memang best sebab ia betul2 mengadap laut yang sangat cantik tu.

 Our room
Interior design beach villa

Katil dia

Welcoming fruit basket

Closet

Safety box

Toilet

Shower room

View from our verandah (beranda)
 I masuk je terus ambil gambar. Nanti DH & I dah duduk golek2 tak kemas dah tak cantik dah nak ambil gambar. Settle ambil gambar terus landing...Dah penat kan lama dalam kereta, kemudian naik feri pulak bila landing atas katil rasa syok betul2. Masing-masing tersenyum2 je hati senang. Masa tu kami tak ada apa-apa plan lagi nak buat apa. Lagipun waktu tu tengahari, cuaca pun panas. Jadi kami solat kemudian lepak2 je dalam bilik. Kat luar banyak je mat salih berjemur nak kan sun burn. Time ni kalau korang tak bawa air mineral, korang boleh masak air dan sejukkan dalam peti ais. Air mineral pun diorang ada bagi, so boleh sejukkan kalau nak minum air sejuk.



Dalam petang sikit pukul 5 petang macam tu, DH & I keluar jalan-jalan ke lobby. Minum coffee..Kemudian ke jetty ambil gambar kami berdua, permandangan sekeliling, laut dan ikan2 yang berenang kat jetty tu. Masa tu I dah mula geram tengok laut dan ikan2 tu, rasa nak terjun dan berenang sekali tapi I tak pandai pun berenang. Kesian I kan.


Anak ikan berenang2 dalam kumpulan...I sangat suka tengok ikan kat laut!!!

DH


Tunamaya's lobby from its jetty

Tunamaya
Tunamaya's beach

Me at Tunamaya's beach
Lepas tu kami balik bilik dan I rayu-rayu ajak DH mandi laut...Haha macam sangap je nak mandi laut. DH agree walau pun berat hati sebab cuaca masih panas. Lepas tukar pakaian, kami masuk laut. Kalau korang perasan, dalam gambar-gambar pantai Tunamaya kat atas tu ada banyak batu. Yes, memang banyak dan kat dalam laut lagi banyak termasuklah corals yang hidup dan mati. Jadi, korang sila hati-hati ye sebab kaki korang boleh terluka. Macam kami ni kali pertama mandi kat situ dah luka tapak kaki. Sebenarnya the best time untuk mandi adalah pada waktu pagi hingga tengahari kerana masa tu air laut pasang jadi dalam lah sikit. Lebih selesa dan seronok nak mandi. Dan kalau korang nak mandi, sila cari port yang betul. Port kami pergi petang tu terlalu banyak batu. Ia betul2 depan bilik kitaorang. Nanti Korang pergi mandi kat depan lobby  tu kurang batu dan memang best nak berenang-renang kat situ. Nak buat istana pasir pun boleh sebab kat situ.

Lepas kaki pun da sakit, da luka-luka kami tak sanggup lagi dah, hari pun da makin gelap, so kami naik ke bilik siap sedia untuk makan malam...Dinner malam pertama tak ada buffet. Diorang cakap kalau guest ramai baru chef akan buat buffet. So malam tu kami order je dari buku menu. Disebabkan ambil pakej masing-masing entitle untuk makan RM70 seorang. Order punya order, dah terlebih RM30. Yang lebih tu kami bayar masa check out. Kami order 2 gelas jus buah, nasi putih 2, 1 asam pedas ekor lembu, 1 sambal udang, 1 sayur tumis dan 1 biji pizza. Banyakkan kitaorang makan. Itu pun lepas makan pizza baru rasa puas makan. Hikhikhik...Semua tu RM170...Gila mahal kan! Tapi dah termasuk dalam pakej jadi kami tak terasa sangatlah...Kesian kat DH sebab DH jenis oang yang suka makan...Dia rasa tak puas sangat makan sikit-sikit macam tu. Masa kitaorang dah abis makan chef datang kat meja kami. Nama dia Nathan. Sangat friendly, happy go lucky and very nice. Dia tanye kami tentang masakan dia. I mulut cabul sikit bagitahu yang asam pedas ekor lembu tu rasa dia pelik sikit, tak pedas, tak masam macam kurang perasa. Yang lain2 memang sedaplah, thumbs up!! Then dia explain kenapa rasa asam pedas tu macam tu. Actually itu resepi daripada Borneo...Orang Sabah punya asam pedas memang rasa dia macam tu. Baru I faham dan sempat jugak I bergurau kalau I tahu I nak request supaya ia pedas. Then, dia cakap guest memang boleh request nak chef masak macam mana. So, kalau ada di antara korang yang nak try, request la supaya asam pedas tu pedas dan masam. Hehe...Then, perut pun dah kenyang kami balik bilik duduk kat beranda makan pizza...Pizza kami order tu kitaorang take away. Segan nak makan banyak kat restaurant tu. Haha..Memang sedap. Kalau boleh I nak order 2. Lepas tu kami masuk bilik berehat...

Next entry, I cerita tentang kami pergi snorkling ya!!

Ate' logo


6 comments:

  1. waaa...seronoknya Atie..teringin rase nak pegi..tgk scenery yang cantik!..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear mmg best pemandangan kat sana...best place to relax.

      Delete
  2. Atie, dah rupa superhero ur hubby berdiri gaya tu... Hehehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...i yg suruh die posing macam tu...gaya mcm superhero plak eh hehehe

      Delete
  3. wah..bestlah..cuma nk confirmkan cafe dia mmg halal la kan..sbb chef tu non-muslim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah halal nina...makanan dia mostly malaysian dishes...mcm rendang daging, kari ayam, ayam masak lemak, mee grg, kuewtiaw goreng dll...to kalau die nk letak something x halal tu tak tahu la tp i yakin mknan dia halal. They do serve non halal drink to mat saleh guests. Die punye bar tu seperate from buffet table. Mcm mn pun better confirm kan halal ke tak kan...nina call receptionist nama Farah tu tanye die. Kalau nk ckp dgn chef Mr Nathan tu pun boleh. Nnt update i

      Delete