Monday, 25 March 2013

(Part 3-Final) Tunamya Resort Beach & Spa

Sebenarnya I tak sabar nak habiskan entry ke Tunamaya ni. Nak simpan baik2 kemudian I boleh focus on post tentang TTC pula.


Suasana waktu pagi from our room
On 16th (Saturday) our main activity was snorkling. Pagi2 pergi breakfast dulu. Makanan memang puas hati, banyak choices sebab buffet kan. Then terus ke opis snork & dive tu. I tak ingat apa nama bangunan tu but kat sanan kami jumpa Mike and GF untuk booking masa. We missed the morning session so terpaksa ambil sesi petang iaitu start pada 1 tengahari. Ha, amik kau nak sangat pergi la time panas terik camtu. So, tips kat sini korang sebolehnya booking lah lebih awal iaitu at least one day earlier untuk pergi waktu pagi sebabnya cuaca pun tak panas sangat dan angin tak kuat. In shaa Allah boleh pergi ke pulau yang corals dia superb cantik! Ada nama pulau tu tapi I tak ingat. Huhu, sedihnya tak dapat ingat.


Ni la restaurant Pawana...tempat buffet dia

Ha kat sini la I syorkan korang mandi...kurang batu...2nd day kami mandi kat sini hehe

Sementara tunggu tengahari kami pergi mandi laut!! Again? Yup, again and this time mandi kawasan depan lobby. Kat situ tak banyak sangat batu dan air dia dalam sikit. DH & I apa lagi macam2 aksi berenang, panjat batu la, kejar anak ikan la, berlumba berenang la, lawan2 pukul air la dan macam2 lagi. Lagi best kalau korang sewa snorkling gear boleh tengok ikan dengan jelas. Masa tu kami tak sewa tu sebab DH tak nak...so mandi main air je la. Dah letih kami berehat sekejap keringkan baju dan duduk depan villa lepak bawah payung tu. Best rehat kat situ...angin laut lembut je menyapa pipi. Air laut biru boleh nampak ikan berenang...pemandangan awan dan langit yang cantik...cuma yang tak bestnya aweks omputih kat situ semua pakai baju dalam dan spenda je. Sila remind pasangan anda jangan pandang diorang. Tapi tipu la tak pandang kan....


Waktu ni air da mula pasang..view from front of our room

Cantik warna laut tu...very clear..i even can see anak ikan jerung berenang....

Jangan lupa bawa selipar yer kawan2...

Cantiknya!! rindu nak pergi lagi
Pukul 12 macam tu kami pergi lunch dulu. No buffet but chef bagi pakej makanan tengahari kami. Actually I don't really like it tapi nak buat macam mana no choice makan je la. Nasi putih 2, sweet & sour fish fillet 2, salads with thousand island, and sky juice. Bagi kitaorang yang suka makan ni, makanan macam ni celah gigi je huhu. Teruk kan..bila la tabiat makan I ni nak berubah. Sebab tu la I susah nak kurus...sebab I suka makan!! Ha, masa ni la En.Hashim/En. Hisham (either one sebab I tak ingat) datang berborak dengan kami. Sangat mesra dan sopan kepada kami. Banyak dia cerita tentang Tunamaya. Salah satunya tentang we were the 3rd Malay couple yg datang sana. Then, tentang establishment of the place itself. About Tunamaya clients. About reviews on Tunamaya dan macam-macam lagi.


Sayur untuk kami...DH kata dia makan rumput hahaha

On the way ke Pulau Jahat

Pulau Jahat

Ni la Fiona..dia beru tunjuk ajar pada new diver

Divers
Settle makan kami naik bot. Equipment semua dah dibawa oleh Mike & GF dia. Aduh lupa pulak nama perempuan tu. Fiona rasanya. Kami tak dapat pergi pulau yang sangat best tu (corals island) sebab cuaca kurang baik angin terlalu kuat. Jadi kami pergi dua pulau je iaitu Pulau Jahat dan satu lagi I lupa nama pulau tu. DH&I tak pandai berenang so kami diberi , snorkling gear, life jacket, fins dan TALI untuk kami pegang. Haha tu la tak pandai berenang terpaksa la bergantung pada tali yang diikat pada bot. Firstly, pergi Pulau Jahat...DH turun sekali je lepas tu tak nak turun dah. Dia cakap dia macam gelabah dan rasa nak lemas. Tapi die merasa la juga tengok barakuda. Wah, memang besar ikan tu. Fiona pesan kat kami jangan pergi dekat sangat atau tengok lama sangat takut dia mengganas. I nampak 4 ekor je dari jauh. DH nampak 6 ekor. Fiona pun nampak 6 ekor. Then, ada satu jaring besar kat bawah tu, kat situ ada coral yang sangat besar dan cantik, nampak macam kelopak2 bunga yang besar dan ada banyak ikan berenang kat situ. Second time turun, betul2 bawah I, I nampak 3 ekor barakuda. Seriau gila I jadi takut pulak. Kalau Fiona tak cakap macam tu mesti I tak takut.  Team diving masuk dalam diorang nampak lebih jelas.

Next, kami ke pulau lagi satu. Wah, memang best gila! tapi tak puas....air kat situ lebih cetek dan lebih clear. DH tak turun pun. I je turun sorang-sorang. This time tak pakai fins dah. Rasa menyusahkan tapi masih pakai life jacket dan pegang pada pelampung yang diikat pada bot. Memang tak puas tengok keberasan Allah s.w.t kat bawah tu. I tak nampak sharks tapi I nampak ikan yang macam-macam warna, rupa dan bentuk...huhu, I miss them. I miss the place. Seriously, I tak puas tengok. Dua kali I turun, tak puas. I wish I could swim so that I tak bergantung kepada tali. Bila bergantung kepada tali yang diikat pada bot, I terpaksa ikut pergerakan bot. Bot tak statik, dia bergerak ikut tolakan angin dan ombak sebab dia tak boleh labuhkan sauh dia nanti rosakkan corals kat bawah. So, masa mula2 dia drop I kat kawasan air cetek memang best la lepas tu dia makin lama makin bergerak ke tengah lama2 tak nampak apa dah, gelap je. Masa tu I panggil Fiona minta dia naikkan I dan bot start enjin semua pergi ke kawasan cetek tu semula. 2 kali je I merasa. Seronok sangat...Ada satu kumpulan ikan kecil2 warna kuning berenang2 sekali dengan I!! I ada nampak ikan warna biru muda yang terang. Cantik sangat! Nampak banyak ikan Finding Nemo berenang2 kat dalam macam rumput warna pink tu. Aduh, I rindu la rasa nak pergi lagi snorkling...Gila jeles dengan diorang yang boleh swim dan boleh diving. Ada sorang mat saleh ni ada kamera yang boleh bawa masuk dalam laut. Kecil je kamera tu. Dia dapat tangkap macam2 gambar. Itu satu lagi perkara yang I jeles. Mamat nama dia Matthew. Orang Jerman. Kat pulau pertama dia pergi diving. Kat pulau kedua dia snorkling je macam I juga tapi dia ada nampak shark, I tak ada nampak pulak. He, geram sebab tak nampak. I tanye dia berapa harga kamera tu dia cakap murah sahaja. Duit kita dalam RM1600. Murah ke?? Tapi I rasa berbaloi juga kalau ada 1 kan. Apa pun, I bersyukur sangat dapat jugak buat aktiviti tu. Memang impian I! Alhamdulillah.

On the way balik ke resort

On the way balik ke resort..penat!! tapi syok!!

Laut bergelora dan angin sangat kuat
Lepas tu kami balik resort. Masing-masing dah letih. Muka pun dah teruk sun burn. Cuma kat sini I nak bagi tips kat korang yang nak pergi. Sebaiknya bawalah pakaian yang sesuai. Sekarang dah ada pakaian swimming muslimahkan...better pakai yang tu proper sikit. Kemudian, rambut tu perkemaskan dan pakailah tudung yang betul2 kemas tak mudah terbuka. I first time snorkling jadi I tak prepare sangat. Shame on me. Kalau korang nak dive, pakai la diving suite...kalau tak ada mungkin boleh sewa I pun tak pasti. Masa I pergi yang dive semua lelaki dan suite diorang semua lain2 dan sesuai dengan saiz badan masing2. I rasa diorang bawa sendiri la. Lagi satu, nak dive mesti kena ada sijil/lesen....

Ok, next lepas da siap2 mandi, semayang, rehat sekejap kami pergi dinner. Sampai je, diorang da tunjuk meja kami...Ada perhiasan susunan kerang dan siput berbentuk love. Tersentuh sekejap. Kami duduk, diorang serve air dan diorang tanye nak makanan pakej atau nak makan makanan buffet? Mestilah buffet sebab ada banyak choices dan boleh makan banyak mana pun!! Sebelum tu I tengok dulu menu makanan pakej, huh tak best pun...Lagi pun, chef da buat banyak special menus dalam buffet malam tu.Hm...ada satu menu yang buat I teringat2 dan terliur bile teringat hahaha. Pasta!! I memang suka makan pasta tapi pasta kat situ is the best yang pernah I makan....first dish yang I makan adalah pasta tu. I tak ambil banyak sebab banyak makanan lain yang I nak rasa. But once, semua makanan I dah rasa, I dah full dan tak larat nak makan pastu tu lagi. Masa tu I menyesal sikit tak amik banyak sikit hahahaha. DH pun puas hati dapat makan banyak malam tu. Seriously memang lapar lepas banyak jam berendam dalam air. Desert dia semua sedap...ha, masa nak ambil dessert, Chef Nathan datang kat I tanya I macam mana makan malam on 2nd night tu. I apa lagi puji dia melambung la... memang kenyataan makanan dia sedap2 especially the pasta. Kami berborak lama jugak dan dia sempat pesan kat I supaya buat review about Tunamaya dekat boss die Mr. Mohan dan minta I sebut nama dia, manalah tahu naik gaji katanya. I gelak besar, dia memang pandai bergurau, seronok berborak dengan dia. FYI, kat Tunamaya ni semua staff dia dah biasa menerima tips (duit) daripada guests. Macam DH & I ni tak biasa bercuti dan tak biasalah nak bagi tips ni memang tak bawa duit lah. Simpan dalam safety box dalam bilik je. So, agak malu jugak bila tak hulur tips especially pada waitress yang buatkan decoration untuk meja dinner kitaorang. However, next day, before I left, I sempat bagi dia (Rina) dan seorang lagi waitress yang sentiasa melayan kami bila lepak kat Pawana restaurant dan Ombak bar sedikit tips...Terkejut dia I bagi tips dan muka nampak sedih I nak balik. Buat2 atau betul2 tu tak tahu la hahaha.

Pasta yang I enjoy sangat2 tu....hmm nak lagi.....

We

deco candle light dinner kami...nanti Nina pergi rasanya sama kot hiasan meja dia hehe
Then tepat pukul 9.00 malam I pergi spa. I amik pakej RM288 je. Bermula dengan sesi sapu skrub seluruh badan, kemudian sapu seluruh badan dengan yougurt sejuk dan dia biarkan kita selama 20 minit. I sempat jugak tertidur siap berdengkur hahaha. Penat sangat la tu. Kemudian dia sapu badan dengan minyak apa entah dan urut 1 badan I. Adui, I rasa timing I pergi spa tak betul la. Lepas snorkling badan rasa sakit-sakit lepas tu kene pulak urut, memang menjerit la I. Sakit Kak Ros tu urut...Dia first day kat situ pulak tu. Dan yang tak best nya kak ros ni banyak sangat cerita pasal hal peribadi dia. Hmm, tak payah la I cerita kat sini. I sendiri menyampah dengar buat apa la I cerita kat korang. Dalam pukul 11 settle. I balik bilik tengok Dh dah tidur...hahaha penat la tu terjun dalam laut.

Next morning start rasa tak best dah sebab dah nak balik...Ferry kami pukul 1 petang tapi dari Tunamaya kena gerak pukul 11 pagi. Pagi tu waktu breakfast I makan puas2. Haha, kerja I makan je kan. Bayar mahal-mahal kena la enjoy what u like betul2...Lepas breakfast bot hantar kami pergi Asah waterfall. Dua couple je. We and satu couple orang putih + cina ...pergi sana tak mandi pun cuma ambil gambar je. Dah siap cantik2 nak balik lagi pun tak sempat nak mandi kami kena balik dah pukul 11 nanti. Dalam 10.30 bot datang ambil. Kali ni speed bot yang datang ambil. DH bukan main suka lagi sebab dari awal kami datang tak merasa lagi naik speed bot tu, tak sangka pulak dah nak balik ni merasa jugak akhirnya. DH kata, it was like a dream comes true...hihihi ( dia tiru  ayat I bila dapat bercuti ke Tioman, pergi snorkling, having candle light dinner dan pergi spa)


Kami kat Asah waterfall....

Bahagian bawah...kami tak pergi naik sampai atas

DH... hehehe

Saje cuba buat effect low speed
Muka puas hati DH dapat naik speed bot haha

Tunamaya-1

Me

DH

Another couple kat hujung sana

Bob <3 Ati
Once we got to our room, kami rehat kejap dan ambil beg semua. Awal2 kami dah packing sebab tahu nanti tak sempat. Then, pergi jumpa receptionist to settle other bils (snorkling & spa) selain daripada harga dalam promo then minum sky juices kejap then baru gerak ke bot. Masa tu baru I tahu minum sky juice kat situ free je. kalau I tahu, tiap kali lepak I nak minum banyak2. Cuaca panas dan stok mineral water kami sikit je. Sebelum pergi bot, kami sempat bergambar dengan Mr. Mohan, GM Tunamaya dan borak2....Dia pun friendly juga orangnya. Orang Bercham, Perak...

Me @ Tunamaya

DH....

Tunamaya villas

Mr. Mohan and us...first time Mr. Mohan ambil gambar dekat situ and it was with us!!

Masa nak balik, once again, kami naik speed bot...sebab ramai kot...Bot hantar kami ke Kg. Tekek yang ada aiport tu. Rupanya ferry kami lambat lagi. Pukul 2 lebih baru ada...Sementara menunggu kami makan tengahari dulu. Mahal ye kawan2..biasa la tempat perhatian orang memang macam tu. Sebenarnya kami nak cari tempat jual cenderahati untuk buat kenang-kenangan dan hadiah pada saudara mara tapi tak nampak satu kedai pun yang jual...Dah balik baru tahu sebenarnya ada free zone kat situ. Korang kalau pergi jangan berat mulut macam kami ni. Tanya kat diorang Salang kat mana. I was told by BIL yang kat Salang tu ada free zone area, ada orang jual macam2 jugak...boleh la beli buat kenangan...

Ferri sampai kami cepat2 naik, but unfortunately local people ni memang tak respect each other. Slumber je buat kerusi tu macam katil pulak berbaring. Kami ramai-ramai yang naik daripada jeti Kg. Tekek ni diorang buat tak tahu je. I geram I slumber je amik beg diorang atas kerusi tu letakkan di bawah. Terkejut I buat macam tu dia bangun sekejap kemudian sambung tidur balik. Huh, pelik orang kita nih.

Then, dah sampai, DH drive all the way to Bahau, his parents' house. I  berborak dengan diorang sekejap je kemudian masuk tidur. Badan terasa sakit-sakit dan sangat penat. Berenang punya pasal, otot bekerja keras dan dia sakit sebab nak membesar. Tapi apa pun I really enjoy our first anniversary at Tunamaya. It is a dream comes true!!

U know what? Repeating guest will be given special offer (s)....I am thinking of coming again in future :)
Harap korang enjoy baca my experience & reviews about holidays in Tunamaya....

Thank you Allah for this opportunity. I am so grateful that you destine him as my husband. Please last our marriage till Jannah. Please give us children so that we are not alone till our death. Please make our duas come true.

Ate' logo



5 comments:

  1. seronok baca review ni, teringat kenangan saya gi Pulau Sibu tu

    ReplyDelete
  2. atie,saya pun suka mkn jgk..
    yg tak best tu bila kena order ala carte kan...kalau buffet bleh ceduk byk2..hihi

    anyway,thanks a lot sbb dah tlg i buat research psl tunamaya..tak sabar nak tunggu mei ni..

    ReplyDelete
  3. Yana...Pulau Sibu mesti lagi cantik...teringin nak pergi sana juga...

    Nina...enjoy ur holiday nanti yer...

    ReplyDelete
  4. Atie, saya pun tak sabar nak pegi tunamaya 11 mei ni (drp bulan 1 dah bookingnya). Thanks for sharing. Rasa seriau pulak. Naper tah.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete