Wednesday, 23 October 2013

Dah dapat tarikh untuk test Hysterosalpingografi

Harini I rasa badan tak larat betul disebabkan period pain yang dah lama I tak alami. Last month AF mmg ada datang tapi I tak senggugut teruk. Bulan ni sakitnya...berdiri, duduk, baring pun sakit. I tak boleh kena sejuk. No air-cond in car neither in my office. At home, only 1, the slowest fan is allowed to be used. And no cold water. Bila sejuk, bertambah sakit senggugut. Macam biasa, minyak panas Yu Yi jadi best friend. Dan sebolehnya I tak nak jumpa orang.

Tadi I dah call Jab. Radiologi HUKM untuk dapatkan tarikh ujian HSG. So, it will be this 28th Oct (Monday), in shaa Allah. I was told not to have sex with husband sehingga tarikh tersebut dan berpuasa pada hari berkenaan.

Ini sedikit info tentang HSG test yang I google tadi. Siapa yang tak tahu atau ingin tahu, boleh la baca.

Normal (no blockage)
Hysterosalpingografi (HSG)
HSG adalah ujian yang boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Komplikasi HSG

Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
  • Pendarahan faraj
  • Luka pada serviks
  • Pengsan
  • Jangkitan kuman pada rahim
  • Alahan terhadap dye
  • Keputusan
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG

Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Credit to Portal Alam Hamil for all these information and picture. Doakan I tak ada masalah tubes ye kawan2.

Ate' logo

Tuesday, 22 October 2013

Datang dah dia!

Alhamdulillah....
Datang dah cik P saya hari ni (22/10/2013). Menjadikan cycle saya kali ni 33 hari. Wah, nampak sangat period ting tong terok bila berat badan naik. Bila berat turun cantik cycle cik P ni. Petunjuk ni kawan2....berat badan closely related to kebolehan Cik P datang menjengah kita setiap bulan. Ni lah salah 1 sebab kenapa kita kena kurangkan berat badan. YANI!!! SWEET TOOTH!! tolong Atie macam mana nak turunkan berat badan ni. Tak sabar nak kurus. Heheh (padahal exercise malas kemain)

Esok saya akan call unit radiologi HUKM. Nak dapatkan tarikh untuk buat HSG test. Takut ada. Excited pun ada. Janganlah ada pape masalah dengan tubes fallopian ku Ya Allah..AMIN

Ok, itu aje.

Ate' logo

Monday, 21 October 2013

1st appointment di MAC HUKM

Assalam
Harap korang semua sihat dan bahagia.

Last Friday (18/10/2013) I pergi jumpa Dr. Kadir. My first appointment di MAC. Supposed to be 4th Oct but since I was still in Thailand, the appointment was postponed to 18th Oct.

Masa registration nurse dah bising kenapa I tak tunda lagi kepada new date sebab HSG test still not done. Malas sebenarnya nak layan dia. I buat muka blur je. Biarlah I nak jumpa Dr pun apa salahnya. At least we can discuss about what procedure hubby and I can do in future.

Alhamdulillah tak tunggu lama pun Dr dah panggil kitaorang masuk. Dr was aware I tak dapat buat HSG test lagi. Dia decided nak explain into details about the treatments and procedures for us.

1. Usaha sendiri
2. IUI
3. IVF
4. ICSI

Untuk go through prosedur mana satu ada syarat masing-masing. Tapi semua prosedur pun perlukan period yang regular. Thus, Dr keep asking me to eat Diane 35. Ok, I will eat. About Metformin, I told him that I always get ceri beri every time I consume them. Dr suruh I stop makan Metformin tu. Lega I.

Dr akan syorkan 'usaha sendiri/bersama' jika si suami tiada masalah mengeluarkan sperm and the sperms itself. Dr just need to give meds to the PCOS wife untuk keluarkan telur dan pecahkan telur. Selebihnya suami dan isteri berusaha untuk 'bersama' at the right time. But since, we both ada masalah Dr tak syorkan usaha sendiri. Kami perlukan bantuan like IUI/IVF/ICSI.

To proceed with IUI, tube mestilah tiada blockage. If not, tak ada guna Dr bantu masukkan sperm suami tapi telur yang keluar tak boleh bertemu dengan sperms gara-gara ada blockage pada kedua2 tube fallopians. Ini pentingnya test HSG untuk tengok keadaan tube fallopians. Inilah yang I masih belum dapat buat lagi. Supposed period I dah datang last 19th tapi period masih belum menjengah. I tengah fikir macam mana nak buat supaya period cepat datang. Patut ke I amik ubat? or tunggu je? or buat extreme work out?

For hubby, I asked Dr to ask DH to undergo sperm test once again. The rational is to see is there any improvement or not after few months taking Sperman and Kapikachu. Selain tu, jika test HSG I turn to be normal, I akan rasa lebih yakin untuk proceed IUI if result sperm test DH is better than last time. Hubby setuju untuk buat next month. Alhamdulillah. Tolong doakan sperm hubby perform excellent this time.

If I do have problem in my fallopian tubes, tak ada cara lain melainkan IVF/ICSI. Atau pembedahan mungkin diperlukan untuk buang blockage. Nauzubillah. Jauhkanlah Ya Allah. Permudahkanlah urusanku mendapatkan zuriat Ya Allah. Bantulah hambamu ini. Januhkanlah dari perkara2 tak diingini. Amin
Seriously I xnak sampai ke tahap IVF sebab I tak berkemampuan dari segi kewangan, tak kuat nak terima kenyataan, tak kuat nak hadapi semua ni. I takut.

Oklah, setakat itu aje.

Ate' logo

Thursday, 17 October 2013

I dah balik Malaysia!

Rasanya baru few days tak BW tapi banyak perkembangan kawan2 TTC yang I dah miss. By the way nampak mostly in happy mood. Yang dah buat IUI & IVF, rehat cukup2 dan keep praying okay. Kita yang masih under treatment & consultation dgn gynea ni, keep fighting!

Alhamdulillah I dah selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu yang lalu. Selamat dah pulang ke pangkuan suami. heheh
Raya Aidil Adha tahun ni di rumah mertua. Gara2 suka makan somtam masa kt Thailand, I cuba buat kat rumah mak mertua. Ist time pulak tu. Alhamdulillah menjadi siap tak cukup pulak. Mak mertua suruh buat lagi. I buat untuk 2nd round pulak. Dia suruh I balik lagi next week buatkan somtam untuk majlis baca yassin kat rumah dia. Kesian juga tengok dia excited tapi I kena outstation ke Perak ada urusan kerja. Hubby pun x dapat ikut. Kesian jugak kat dia bini dia ni asyik sibuk kerja je.

Balik dari Thailand berat badan I memang ada susut. Tapi 1 kg saje haha. I sendiri pun susah nak percaya sebab setiap hari I berbasikal dengan lajunya 6++ km. Jalan kaki, turun naik tangga dalam 1 km. Peluhnya usah cakap la. Confirm baju n skarf kepala I basah. Makan nasi once a day during breakfast shj. Lunch & dinner I makan buah dan sayur je. Nampak sangat badan I ni susah nak turunkan berat badan kan.

Actually, how many kgs we loose tak menggambarkan sangat susut/tak susutnya badan kita. Once I got back, hubby cakap I nampak kurus. Dia peluk I dia rasa badan I kecik sket especially tang perut. Ahaks! FIL & MIL pun cakap I nampak kurus sket. Datang office pun orang cakap benda yang sama. Pelik kan padahal turun sekilo je. Selama ni bila berat turun sekilo tak ada rasa pape perubahan pun. Baju sama ketat jugak. Hahah. Tapi berbeza dengan turun 1kg akibat bersenam dan jaga pemakanan. Baju dan seluar pun rasa longgar.

So, I buat conclusion bahawa dgn workout & jaga pemakanan (more veggies + fruit) do help me to reduce my weight but for myself, I really need extra workout to see more KGs lost. Betul cakap dietitian I when I met her before I went to Thailand. Confident je I cakap kat dia I will loose many kgs since I will use bicycle for 7km/day for a month. Patut la dia senyum je and cakap 'You need to do more than that'. Muka I da macam stress je dengar dia cakap macam tu. Ha, padan muka I bila sekilo jek turun.

Tomorrow I will meet Dr. Kadir. Hurmm tak tahu lah apa yang nak dibincangkan esok. HSG test pun I tak buat lagi. Period yang tak menentu menyukarkan progress treatment I. I need to wait for next cycle so that I boleh buat HSG test. Please AF, jangan ting tong lagi this time!!


Ate' logo

Friday, 4 October 2013

I am officially 26 years old yesterday and I think I am fertile now but DH is just too far

My entry title already summarized what I want to share here, huh?

Yes, yesterday was my birthday (3rd Oct). So starting yesterday I am officially 26 years old. Semakin meningkat umur. Alhamdulillah Allah s.w.t masih bagi peluang wujud kat dunia ni. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Mudah-mudahan dugaan yang ada sekarang diganti dengan nikmat yang lebih dasyat pada masa akan datang. Amin yarabbal alamin.

This morning (4rd Oct: CD16), I checked my BTT and the tempt was increases sharply from yesterday reading. It was 36.59 degree C (the highest reading for this cycle). Yesterday was the lowest (36.02 degree C). Tengok pattern BBT macam I tengah subur sekarang ni. Pagi tadi tak ada eggwhite lagi but lepas lunch time dah ada eggwhite. Semakin ke petang semakin banyak. Kalau ada OPK strip lagi bagus boleh double confirm. But, DH is far from me. He is in Malaysia and I am here in the middle of Thailand. Tak dapat nak berusaha gigih. I cuma boleh doa je la supaya next month AF will come and I got eggs to be fertilized.



Btw, I nak share entry dari Dr. Hamid..Those yang nak baca boleh klik link kat bawah ni. See the relationship of eating more healthy food to fertility.

http://hamidarshat6.blogspot.com/2013/10/makanan-untuk-subur-dan-lepas-bedah_3.html

Orite, thats all.

Ate' logo