Wednesday, 23 October 2013

Dah dapat tarikh untuk test Hysterosalpingografi

Harini I rasa badan tak larat betul disebabkan period pain yang dah lama I tak alami. Last month AF mmg ada datang tapi I tak senggugut teruk. Bulan ni sakitnya...berdiri, duduk, baring pun sakit. I tak boleh kena sejuk. No air-cond in car neither in my office. At home, only 1, the slowest fan is allowed to be used. And no cold water. Bila sejuk, bertambah sakit senggugut. Macam biasa, minyak panas Yu Yi jadi best friend. Dan sebolehnya I tak nak jumpa orang.

Tadi I dah call Jab. Radiologi HUKM untuk dapatkan tarikh ujian HSG. So, it will be this 28th Oct (Monday), in shaa Allah. I was told not to have sex with husband sehingga tarikh tersebut dan berpuasa pada hari berkenaan.

Ini sedikit info tentang HSG test yang I google tadi. Siapa yang tak tahu atau ingin tahu, boleh la baca.

Normal (no blockage)
Hysterosalpingografi (HSG)
HSG adalah ujian yang boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Komplikasi HSG

Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:
  • Pendarahan faraj
  • Luka pada serviks
  • Pengsan
  • Jangkitan kuman pada rahim
  • Alahan terhadap dye
  • Keputusan
Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG

Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Credit to Portal Alam Hamil for all these information and picture. Doakan I tak ada masalah tubes ye kawan2.

Ate' logo

5 comments:

  1. InshaAllah, semua berjalan lancar... :-)

    ReplyDelete
  2. saya doakan semuanya berjalan lancar...
    HSG taklah menyakitkan sangat..cuma x berpa selesa je...insyallah..
    awak boleh melaluinya:)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kami semua doakan you.
    Semoga berjaya with your HSG.

    ReplyDelete
  4. saya pon baru je wat HSG last thursday kat PPUM...keputusan, tiub sbelah kiri tsumbat...kena tunggu gynae bg solution untuk next step...doc ckp bleeding hanya halfday...tp kes saya berlanjutan sampai 4 hari...tkejut gak tp rasanya tu darah piyed yg x kuar abeh kot...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete