Wednesday 18 September 2013

Salam rindu dari Thailand

Assalam semua....

Sawa dee kha....

Apa khabar? or saa bai dee reu?
Harap semua korang semua sihat. Alhamdulillah I kat sini sihat. Cuma I rindu Malaysia sangat-sangat. Today is my 4th day in Thailand. 22 days to go before I can go back to Malaysia. Sebenarnya 22 hari lagi sebelum nak balik tidaklah lama sebab jadual kat sini memang padat. Selain menghadiri lectures, kena buat amali, proposal projek pembangunan, presentations dan lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan dengan latihan+kursus ni. Sekejap je I rasa tapi dah masuk hari ke-4. I haven't start doing the proposal yet. It is a big task for every participants. And all of us need to present them one day before we leave Thailand.

Cabaran tinggal kat sini memang banyak. Paling utama adalah kepayahan untuk mendapatkan makanan HALAL. SANGAT-SANGAT SUSAH. I memang ada bawa makanan dari Malaysia tapi tak sempat nak masak. Balik kelas dah letih. Finally end up dengan makan buah je. Apa yang bagusnya I cabar diri I untuk tak makan nasi. In the first two days, i reduced the amount of rice and on 3rd and 4th day I dah tak makan nasi. Bila kat negara orang senang pulak nak buat sebab food resources limited dan bila sorang-sorang (no family members or close friends) kita tak dipengaruhi oleh sesiapa apa kita nak makan. So, I can control myself what to eat and what not to eat as well as the amount of food. Balik Malaysia nanti I tak tahu la boleh continue ke tak.

Cabaran kedua adalah berhadapan dengan terlalu banyak anjing liar walau di mana jua di Thailand ni. Tak kiralah di kafeteria, library, kawasan tempat tinggal, tepi2 jalan, dalam universiti, kawasan parking dan di mana2 saje lah. Tak bersih hokey ada banyak anjing kat tempat makan. Dan tak selamat okey tempat belajar even kat library pun ada anjing. OMG, stress betul bab anjing ni. Kat night market pun banyak... Last year ada kes peserta training yang kena gigit dengan anjing. Scary kan. I can't barely imagine if it happened to me. Please Ya Allah, protect me.

Cabaran ketiga adalah ketiadaan transport yang labih laju daripada basikal melainkan basikal itu sendiri. Setiap peserta diberikan basikal untuk kemudahan untuk bergerak but only inside the campus. Dari main gate sampai ke appartment jalanlah kaki dan seberanglah jalan dengan naik tangga just like macam kat Malaysia. Kat Malaysia much better sebab ada roof tapi kat Thailand not only tak ada roof tapi tak ada penghadang yang tinggi. Sangat tak selamat. Walau bagaimanapun, cycling, walking and climbing the stairs are good exercises. I berpeluh banyak setiap kali pergi attend lecture dan balik. Dari appartment ke campus main gate 200m of walking and climbing stairs. Then cycling for 3.4km to the lecture room. Went out to have lunch at the campus canteen by cycling for 2++ km (two ways). Then at the afternoon, naik basikal 3.4km lagi balik ke main gate. Then jalan kaki dan naik tangga untuk pejalan kaki menyeberang jalan besar nak balik ke appartment. I believe can have slim body if I stay here longer, at least three months.

Walaupun banyak cabaran, semuanya ada hikmah. All the participants care to each other even we are from different countries, backgrounds and religions. We are like siblings. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. Duduk sini buatkan I meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah s.w.t. Bukanlah nak cakap sebelum ni tak macam tu tapi memang ada beza bila kita di negara sendiri dan di negara orang. Hanya Allah je yang betul2 ada untuk kita minta tolong. I harap apa yang I rasa kat sini berterusan walaupun I dah balik nanti.

Selain itu, ilmu yang I belajar kat sini memang banyak walaupun hanya baru 4 hari. Ilmu tu semua mengingatkan I kepada kebesaran Allah s.w.t. I bersyukur kerja I berkaitan benda hidup, iaitu sayur-sayuran. Yang menjadi sumber makanan kepada umat manusia. Sekarang I berbangga. Kalau masih ada orang cakap 'buat apa buat research tentang sayur, nanti makan jadi tahi' pun I tak kesah. I akan jawab balik kat dia "kamu orang kufur nikmat".

Last but not least, I nak ajak korang semua makanlah banyak sayur-sayuran. Eat more vegetables. Hay an nhieu rau (Thai). Kumain ng maraming gulay (Philippines). Negara2 east asia lain sayur sangat murah. Dan diorang memang makan banyak sayur like the Viatnamese, Cambodian, Bangladeshy, Phillipinos, Myanmary, Laosy, Siamese, and so on.They care about their healthy. Bila tengok statistik, Malaysia paling tinggi rakyat obesiti among negara2 Asia Timur lain. I la tu salah sorangnya. Jom makan sayur banyak-banyak. Remember, we are the TTCians. We must eat more vegetables and herbs. 5 colours every day.

Itu saje kisah I dari Kamphaeng Saen, Nakhon Phatom, Thailand. Salam rindu untuk anda semua. Take a gud care. Ada masa I tulis lagi.

Ate' logo


4 comments:

  1. Nak pupuk minat makan sayur ni...x suka. Sekarang kn paksa suka juga..kerana ttc ku rela:-)

    ReplyDelete
  2. Wah...memang cabaran...bagus that atie take it positively. Peluang nak get fit and healthy :-)

    ReplyDelete
  3. hehehe new exposure lah kan? bestnyeee dpt jalan2. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Pnsusu...sayur sedap. cuba dulu nnt mesti suka. hehe

    Sweet tooth...I have no choice here. So be positive is always the best. Dah 3 minggu kat sini I makin suka n sayangkan tempat ni. Banyak sumber makanan sihat boleh dapat kat sini

    Farhah, hehe jalan2 sikit je...balajar yang banyak. Apepun memang best belajar kat sini

    ReplyDelete