Monday, 30 September 2013

Household nutrition in the hands of women

Arini I belajar tentang seed germplasm....

1 perkara yang capture my interest is how important the women role as a wife and a mother to ensure her family members obtain enough daily nutrition. Jangan salah faham ya. Bukan wanita yang perlu sediakan bajet@wang untuk beli keperluan tersebut. Itu tanggungjawab ketua keluarga (para suami, bapa-bapa). Wanita, para isteri perlu masak makanan yang berkhasiat dan cukup ( 5 warna sayur/buah setiap hari) untuk keperluan dan kesihatan ahli keluarga.

Sebenarnya, kalau suami tak nak beli, macam man kita nak masak kan. Suami kena la beli sayur2 tu dan support usaha isteri nak masak makanan berkhasiat.

Last night, DH and I have discussed about my plan to grow vegetables at home for our daily consumption. Surprisingly, he really encouraging me to do so and he feels excited too. In fact, he already brought some seed of chilies and planting material of serai from his mother's house. (Cepat yer abi, sayang belum balik Malaysia pun lagi ni)

I already bought seeds of various types of vegetables such as chilies, sawi, kale, ceri tomato, jagung, salad, pak choy batang hijau, dan pak choy batang putih. I ada experience tanam sawi, ceri tomato, jagung dan cili je. As far as I know, sawi pak choy, salad, and kale require lower temperature. I still nak cuba. It would be very interesting to see their performance at lowland. Satu lagi, I nak cuba grow mushrooms kat rumah...Kena menuntut dulu la. Ada peserta dari Cambodia@Kemboja pandai buat tapi dia susah nak explain sebab masalah komunikasi.

Kenapa tiba2 beria nak bercucuk tanaman ni?

1. To change my lifestyle and dietary patterns (no more fast-food, unhealthy food consumption)
2. To ensure I have fast access to fresh vegetables everyday
3. To ensure my husband & I eat 200-400g vegetables/fruit everyday (as recommended by WHO)
4. To improve my healthy because it is my priority (I am TTCian maaa.....)
5. To ensure safety food for my family consumption and food security for my family members
6. For the sake of future generation...(healthier with green agriculture)

Even lives in the apartment, condominium, or flat still can grow vegetables....Ada caranya. Jom cuba

Ate' logo

Sunday, 29 September 2013

Hujung minggu di Kamphaeng Saen

Hai selamat pagi...

Pagi ni I pergi joging dan bersenam kat KU Innovation Health Related Physical Fitness Park. Fuh, panjang nama park ni. Park ni kat dalam Kasetsart University je. Tak jauh dari pintu utama universiti. Dari apartment tempat I tinggal dalam 300 meter.

Seronok beriadah kat park ni sebab tempatnya teduh dan banyak fitness amenities. Tak payah susah2 pergi gym dan bayar fee. Lagi satu tempatnya memang tenang. Orang Thai kat sini peramah pulak tu. Kebanyakan yang tegur kami memang boleh berkomunikasi dengan bahasa Inggeris. Dan kebanyakannya tenaga pengajar kat Uni tu. So, tak hairanlah kan.

Kan best kalau tempat tinggal I kat Malaysia ada park macam ni...


nyaman


lebih dari 10 jenis fitness amenities yg ada


suka tengok tasik...rasa tenang tengok air tu

eh eh eh 



Rindu pulak kat Bukit Ekspo UPM. Jog kat sana pun best sebab redup ada banyak pokok besar dan ada tasik. Rasa tenang jugak. Tapi tak ada fitnesss amenities yang boleh gerak2...dengar khabar alat2 kat sana pun dah reput2.

Saturday, 28 September 2013

An inspirational story to be shared

Hai...apa khabar? I nak share pengalaman yang I dapat hari ni. Hope korang enjoy baca entry ni.

Harini saya dibawa melawat ladang hidroponik. Jauh masuk ke dalam kampung. Jalan pun tak elok. I was wondering ladang hidroponik yang macam mana la koordinator ni nak bawa...But, surprisingly it was far better than what I have imagined.  I was touched and inspired by the efforts of the owners of the farm. Diorang ni suami isteri. Masing2 tiada langsung background pertanian. Background si suami IT. Adiknya pula sains computer. Sebelum ni bekerja di Bangkok. Cakap English memang fluent. Tak ada pelat Thai langsung. Semuanya bermula apabila diorang dapat tahu anak diorang suffer from nephrotic syndrome (masalah kidney). They have to monitor closely pemakanan anak diorang ni dan diorang perlukan safe food from trusted source. Initially diorang decided to produce kecil-kecilan sahaja untuk sekeluarga, but later on they found out it has big potential to be a business. The wife took a step to go to a training course on hydroponic vegetables production selama 1 tahun di Universiti Kasetsart, Kamphaeng Saen. Then, mereka suami isteri mencari kawasan untuk mereka buka ladang. Memang pedalaman kawasan yang diorang dapat ni. Kawasan ni hutan pada awalnya. Slowly they developed the hydroponic system here.

Bermula dengan structure yang second hand sebab diorang tak boleh afford untuk build structure dengan material yang baru. Pengeluaran yang awal2 semua tak dapat jual sebab diorang tak da market. Tak ada tempat nak jual. In fact, pengeluaran mereka terlalu banyak sebab tak tahu lagi nak anggarkan berapa banyak mereka perlu keluarkan dalam 2 hari. Middle man (orang tengah) offer nak beli sayur diorang tapi harga sangat murah. Diorang tak setuju. Daripada jual kat middle man lebih baik dia bagi percuma pada orang2 kampung kat situ. Dari situ, orang kampung belajar makan salad. Dan diorang mula sukakannya. Si isteri ambil keputusan untuk handle bahagian marketing, manakala suaminya menjadi bos dan adiknya jadi farm manager yang bertanggungjawab ke atas pengeluaran. Pada mulanya, I ingat salad2 mereka ni di eksport atau dijual kepada supermarket atau hypermarket sebab production dia memang banyak. Tapi rupanya hanya dijual untuk local market dan masih tidak mencukupi untuk keperluan kawasan sekitar tu. They manage to educate the communities about importance of vegetables consumption and safety food. Demand sangat tinggi. Pagi2 mereka dah keluar ke local2 market untuk jual sehingga pukul 2.30 p.m. Jika ada balance, mereka akan bawa ke kedai diorang di Bangkok. Initially, they manage to sell their product di 28 local market sebulan. Selepas 4 tahun iaitu sehingga sekarang, mereka boleh jual di 141 local market dalam 1 bulan. Dan pengeluaran mereka adalah sebanyak 4 tan/bulan.  Can you imagine that? 1 head (1 pokok salad) diorang jual 25 BATH ~ RM2.50. Usually, kat supermarket harga salad2 tu 38 BATH/head. Walaupun harga mereka jauh lagi murah, they manage to get profit.

Bukan keuntungan sahaja yang mereka kejar tapi yang penting adalah menyediakan makanan yang sihat dan selamat kepada orang tempatan. Selain itu, diorang juga ada buka sekolah untuk mana-mana individu yang berminat untuk belajar pengeluaran sayur secara hidroponik. Besides that, diorang juga bekerjasama dengan sekolah di kampung tersebut dengan membina sistem hidroponik di sekolah. It is win and win situation. Sekolah boleh menggunakan sistem tersebut dalam pembelajaran dan memupuk minat budak sekolah terhadap teknologi pertanian dan kepentingan pengambilan makanan yang sihat dan selamat. 10% hasil pengeluaran pelajar2 seolah ambil untuk diorang makan, 10% lagi diorang jual pada cikgu2 dan staf sekolah, manakala 80% lagi diorang jual pada Suami isteri ni. Sebulan diorang boleh dapat 6000 -8000 BATH. Suami isteri ni pula boleh jual balik hasil budak2 sekolah tersebut. Bagus kan diorang!

Sebelum mereka datang ke kampung tersebut, kes pengambilan dadah oleh budak2 sekolah agak tinggi di kampung tersebut. Namun, selepas 4 tahun iaitu sejak kehadiran mereka di kampung tersebut dan pembaharuan serta perubahan yang dibawa mereka telah mengubah sikap community dan tiada lagi kes dadah si situ. Mereka memberi semangat dan motivasi kepada pekerja2 mereka yang juga penduduk kat situ. Secara tak langsung, memberi kesan positif kepada community kampung tersebut. Siap dapat anugerah Social Award dari kerajaan Thailand lagi tu. Dan kampung tu dapat No. 1 terbaik kat Thailand ni.

Ladang diorang ni mendapat certificate GAP, GMP and Food Safety. Tak ada langsung racun yang digunakan. Mereka hanya guna biopesticide which is trichoderma untuk control pest. Salad diorang cantik2. Geram I tengok. From time to time, mereka expand perniagaan ni dan sentiasa berusaha menambahbaik sistem hidroponik mereka. Banyak juga yang mereka invest bagi memastikan suhu dalam rumah evaporative system dan larutan nutrient mereka sentiasa sejuk iaitu 27-28°C. Bukan senang nak buat sebab kawasan mereka di lowland. Usually, salad hanya subur di kawasan bersuhu dingin sahaja iaitu di highland. Banyak research yang diorang buat untuk menambahbaik sistem pengeluaran mereka. Kagum I. Diorang dalam perancangan nak menjadikan tempat tu ‘Farmpermarket’. Like a supermarket where people come to buy their needs, but this place will be a place where people can come inside the hydroponic houses and choose and buy the vegetables they want. Menarik kan. I pun nak buat kat Malaysia lah! haha

I sangat happy, teruja dan tersentuh dengan effort diorang ni. Initially only for the sake of their child, but then what they have done had successfully:
11.   Educate the community and school children about healthy and safe food
22. Improve community’s lifestyle (reducing number of drug addicts in the community and encourage them to eat more vegetables)
33.  Promoting agriculture technologies (hydroponic system)
44.  Buka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan penduduk
55. Encourage people to be a successful farmer
Dan banyak lagi….
I hope by sharing this story, u all juga dapat inspirasi. Lets slowly change our lifestyle. Eat more vegetables and consume less rice. Good for TTCian. Grow your own safe vegetables. Macam yang Dr Hamid selalu pesan. Dia pun selalu share kebaikan sayur2 kan. Ha, ini la sebabnya....TTCian mesti banyak makan sayur2 berkhasiat.


p/s: I excited nak bercucuk tanam bila balik Malaysia nanti. Seed I dah beli. Planting box I nak beli kat MARDI je nanti. Anyone nak join? hehe

Ate' logo








Alamat website diorang: http://www.namonammonfarm.com/

Friday, 27 September 2013

My entry not appear at the 'Dashboard'

Hai korang...
Kenapa ye my post tak appear kt my dashboard?

Mula2 tak perasan tapi masa nak blogwalking tengok tak ada pulak my entry title. Then i tengok kt statistic, no one read my post. For few days already.

I did post an entry on 25th Sept. Therefore, i am wondering what had happened to my blog...kenapa jadi mcm tu. Entry tak appear kt dashboard. My latest entry tu xde sape baca. Huhu macam mana nak solve masalah ni...

Anyone tahu x macam mana?
Entah2 entry ni pun korang tak nampak kt dashboard korang. So mcm mana korang nak baca kan...

Erm sedih la

Wednesday, 25 September 2013

Obesity & TTC

I just nak share few things in my mind after I read few articles and journals about obesity and its relation to health issue.

Kita semua aware that obesity ni merbahaya dan mengancam status kesihatan seseorang manusia. Human with obesity problem tend to suffer from masalah circulatory system macam sakit jantung dan stroke dan juga masalah respiratory system, contohnya sakit paru-paru. Selain itu, orang obese ni mudah kena sakit kencing manis, in other word is diabetes. Itu potong kaki punya sakit. Kenapa orang obes tend to suffer these diseases? Sebab mereka mempunyai terlalu banyak fat, kolestrol dan calcium. That will affect the circulatory system. Selain tu, human with obesity tend to have metabolic disease iaitu masalah untuk menghasilkan insulin atau menggunakan insulin. Insulin ni adalah hormon yang dihasilkan di pankreas (hati). Fungsinya adalah mengawal keseimbangan glukosa (gula) dalam darah. Dia promote glukosa yang dihasilkan dari benda-benda yang kita makan untuk digunakan di dalam sel kita. But, when the insulan kurang atau can not work anymore, gula dari makanan yang kita makan tak di promosi untuk digunakan oleh sel2 dalam badan, therefore gula tersebut jadi berlebihan in our body. Bila berlebihan, terjadilah penyakit kencing manis. That is how diabetes is described.

Selain 3 penyakit tu, satu lagi kaitan obesity dengan kesihatan adalah pregnancy. I am not going to share about the effect of obesity during pregnancy, but it is about obesity and TTC. Sebenarnya, dah banyak kajian dibuat to relate obesity dengan etnik/race, genetik, culture, environment factors, agama dan banyak lagi termasuklah pregnancy or to be exact---TTC. Kajian2 tersebut memang dah berjaya buktikan bahawa perempuan yang obese highly correlated to miscarriage and difficulties to get pregnant. Most of obes women mempunyai kes keguguran bayi dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dibuat. Dan kebanyakan perempuan obes kat Malaysia ni tinggal di bandar bukan di kawasan rural. Dan mereka adalah individu yang bekerjaya (mempunyai pekerjaan).

If we relate all these info, we can answer why many TTCians are among perempuan2 yang bekerjaya dan kebanyakannya tinggal di kawasan urban, dan bukan rural areas. The factor that contributing to this problem (obesity) is not only the genetic but mainly because of our environmental factors and lifestyle. Kita selalu dengar ayat 'Apa yang kita makan, itulah diri kita'. Well it is true.

Kita semua dah terbiasa di ajar makan nasi setiap hari. Not only once a day, but 3 times a day. It is a lot of rice. Kita tak perlukan nasi sebanyak tu pun untuk hidup sihat. 1 cawan hingga 1 1/2 cawan nasi sehari dah cukup. We can eat more if we work harder like petani, kerja-kerja pembinaan, pelaut, dan seangkatan dengannya. Kita TTCians ni mostly duk kat kelas, office, labs, meeting room and go outside once in a while. Not much energy we have lost. But we eat a lot of calories. That is why bila kita kena jumpa dietician, she/he always remind us to eat only what our body need. The amount of food (calories) should be equal to the amount of calories burn. We should reduce the amount of food that we consume everyday especially the rice and get rid of the fast-food and so on.

In fact, purata jumlah nasi yang rakyat Malaysia makan adalah 78kg/person/year (2001). It is supposed to be lower which is 45-50kg/person/year. Dan rakyat Malaysia hanya makan 15-20kg vegetables/capital/year. Tahu tak berapa banyak sayur yang sepatutnya each of us kena makan as recommended by the WHO? It is 250kg/capital/year. Nampak tak betapa jauhnya beza jumlah yang kita makan? Mesti ada yang tanya, then kenapa di Malaysia tak ada kes kekurangan nutrient macam kat Afrika? Sebabnya, kita ada sistem pengurusan kesihatan yang bagus di hospital-hospital dan klinik. Dari saat kita lahir, kita dah diberi macam2 ubat, vitamin, cucuk2 dan supplements. In facts, ibu-ibu di Malaysia ni pun dah diajar untuk feed anak yang dilahirkan dan merancang keluarga. Sebab tu, up to now, tak ada lagi dah kes baby/kanak2 meninggal kerana kekurangan nutrient atau makanan di Malaysia. We are all educated but then we don't put healthy as our priority in our life.

As a woman, a wife, and a mother-to-be, we should really be careful with our lifestyle and diet. Masa masih belum ada anak lagi ni la kita kene ubah cara hidup dan pemakanan kita. Memang kita ada kerjaya, ada duit untuk makan diluar, kita boleh beli bila2 masa in fact much easier bila dah ada drive-thru, dan kita tak ada masa atau tak sempat nak masak makanan yang berkhasiat untuk keluarga bila balik kerja BUT there is always a way to change everything. 

The first thing that we should do is to reduce the rice intake. From 3 times a day to once a day. From a full plate into a cup or 1 1/2 cup of rice. From everyday to twice a day. Don't eat rice everyday. We can change to noodles like bihun sup, bihun tomyam and laksa. Nanti ada yang cakap, susah nak buat ni sebab suami mesti tak setuju sebab dia kuat makan dan suka makan nasi. Well, bermulalah second step which is to educate the family members. Jika dia nak makan nasi setiap hari, let him do that but we as the women, the wife, a mother-to-be should be strong and keep telling our partner the benefits of taking more vegetables in the daily meal. Third step is be creative! We must make the food look nice, beautiful, colorful and delicious. Masa ni la nak mencurah segala idea kepada makanan. Lama2 mesti suami suka jugak. Biasakan diri kita. Biasakan suami kita. The most important step is make fast access to various types of vegetables. Part ni mungkin susah sikit pada korang yang tak ada pengalaman bercucuk tanam sendiri kat rumah. Actually sangat mudah je nak bercucuk tanaman. What you need is only visit to Unit Biji Benih di MARDI HQ dan beli 1-2 greenkit dan biji benih untuk permulaan. Jika korang minat dengan lettuce (salad), tomato ceri, sawi, bayam, kangkung, kekacang, ulam-ulaman dan macam2 lagi leafy vegetable, korang boleh dapatkan seed kat mana2 kedai hardware yang jual barangan2 pertanian. Kalau tak tahu cara tanam dan penjagaan, korang can always ask the officer atau just google. Last option, korang boleh tanya I. In fact, terdapat banyak sangat cara untuk buat home-gardening ni tak kiralah rumah korang ada tanah (kawasan) atau pun tak. Kita boleh guna bahan2 dari rumah kita sendiri. Banyak maklumat dan cara nak buat di Internet. What you need is only the very first step before the first step iaitu keinginan untuk berubah.

Makanlah lebih banyak sayur-sayuran. Kurangkan nasi. Tingkatkan kesihatan diri dan keluarga. And of course, for the sake of Allah dan usaha kita untuk mengandung

Ate' logo


Saturday, 21 September 2013

Allah does hear me

Remember I posted an entry last Wednesday?
Actually, after posted the entry I did blog walking to the other TTCians and ex-TTCians blogs. I was surprise that our friend Nina is already few months conceived. I am so happy for her. Very happy. Cuma I lambat tahu berbanding kawan2 lain. Anyway, congrats Nina... Please take care of  urself and the baby. I am really happy for you....Doakan I yer :)

But the worst part was I couldn't control my emotions. I was comparing myself to her. She is very lucky because her TTC journey was not too long. I started to ask why, why and why I can not conceive.... What and what and what is my problem is.... I menangis semahu-mahunya. And it was very bad. Rasa hiba sangat. Sedih sangat. I was questioning Allah, what is wrong with me. Aku dah la tak mengandung2, period pun tak datang... I couldn't control myself. I couldn't stop crying. Lebih 2 bulan dah, period masih belum datang.

Later, I laid down on my bed. I pasrah. I biarkan diri menangis semahu-mahu meresapi segala kesedihan dan berhenti menyoal segala ketentuan Tuhan. Sebelum lelapkan mata, I mohon supaya Allah tak abaikan I. Supaya Allah dengar rintihan I. Supaya Allah bantu I.

The next morning, I went to Kasetsart University in Bangkok. Ada lecture yang kena dihadiri kat sana. During lunch time, I pergi toilet nak buang air. Terkejut I tengok underware dah bocor. I period!! U know what was happened next? I was crying inside the toilet with a very big smile....Syukur sgt pada Allah. Masa tu I dapat rasa kasih sayang Allah s.w.t. I was crying badly last night, and the next day Allah datangkan period. I memang tak expect langsung. Even pad pun I tak bawa pergi Bangkok. Dah la kena stay 3 hari kat sana. Nasib baik ada tisu. Then I manage to get one from of the participants after lunch time.

Kalau orang lain yang tak ada masalah macam ni mesti dah pelik AF datang pun nak buat entry kan. But to me, datang period tu pun satu anugerah. Sangat stress bila period cycle tunggak terbalik sedangkan sebelum kahwin tak pernah ada masalah.

Since period kali ni kat Thailand, I masih tak berkesempatan nak buat HSG. Kalau kat Malaysia, I dah boleh call pusat Radiologi HUKM untuk buat appointment. I think not much can be discussed during next appointment with Dr. Kadir. Maybe he will ask DH to do sperm analysis once again and ask me to undergo the HSG scan when I have the next AF. Buat sementara ni tiada la aktiviti berusaha secara natural kerana suami jauh di sana. Redha je la. Allah s.w.t ada sebab untuk semua ni.

In shaa Allah, kita jumpa lagi next entry.

Assalam.

Ate' logo






Wednesday, 18 September 2013

Salam rindu dari Thailand

Assalam semua....

Sawa dee kha....

Apa khabar? or saa bai dee reu?
Harap semua korang semua sihat. Alhamdulillah I kat sini sihat. Cuma I rindu Malaysia sangat-sangat. Today is my 4th day in Thailand. 22 days to go before I can go back to Malaysia. Sebenarnya 22 hari lagi sebelum nak balik tidaklah lama sebab jadual kat sini memang padat. Selain menghadiri lectures, kena buat amali, proposal projek pembangunan, presentations dan lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan dengan latihan+kursus ni. Sekejap je I rasa tapi dah masuk hari ke-4. I haven't start doing the proposal yet. It is a big task for every participants. And all of us need to present them one day before we leave Thailand.

Cabaran tinggal kat sini memang banyak. Paling utama adalah kepayahan untuk mendapatkan makanan HALAL. SANGAT-SANGAT SUSAH. I memang ada bawa makanan dari Malaysia tapi tak sempat nak masak. Balik kelas dah letih. Finally end up dengan makan buah je. Apa yang bagusnya I cabar diri I untuk tak makan nasi. In the first two days, i reduced the amount of rice and on 3rd and 4th day I dah tak makan nasi. Bila kat negara orang senang pulak nak buat sebab food resources limited dan bila sorang-sorang (no family members or close friends) kita tak dipengaruhi oleh sesiapa apa kita nak makan. So, I can control myself what to eat and what not to eat as well as the amount of food. Balik Malaysia nanti I tak tahu la boleh continue ke tak.

Cabaran kedua adalah berhadapan dengan terlalu banyak anjing liar walau di mana jua di Thailand ni. Tak kiralah di kafeteria, library, kawasan tempat tinggal, tepi2 jalan, dalam universiti, kawasan parking dan di mana2 saje lah. Tak bersih hokey ada banyak anjing kat tempat makan. Dan tak selamat okey tempat belajar even kat library pun ada anjing. OMG, stress betul bab anjing ni. Kat night market pun banyak... Last year ada kes peserta training yang kena gigit dengan anjing. Scary kan. I can't barely imagine if it happened to me. Please Ya Allah, protect me.

Cabaran ketiga adalah ketiadaan transport yang labih laju daripada basikal melainkan basikal itu sendiri. Setiap peserta diberikan basikal untuk kemudahan untuk bergerak but only inside the campus. Dari main gate sampai ke appartment jalanlah kaki dan seberanglah jalan dengan naik tangga just like macam kat Malaysia. Kat Malaysia much better sebab ada roof tapi kat Thailand not only tak ada roof tapi tak ada penghadang yang tinggi. Sangat tak selamat. Walau bagaimanapun, cycling, walking and climbing the stairs are good exercises. I berpeluh banyak setiap kali pergi attend lecture dan balik. Dari appartment ke campus main gate 200m of walking and climbing stairs. Then cycling for 3.4km to the lecture room. Went out to have lunch at the campus canteen by cycling for 2++ km (two ways). Then at the afternoon, naik basikal 3.4km lagi balik ke main gate. Then jalan kaki dan naik tangga untuk pejalan kaki menyeberang jalan besar nak balik ke appartment. I believe can have slim body if I stay here longer, at least three months.

Walaupun banyak cabaran, semuanya ada hikmah. All the participants care to each other even we are from different countries, backgrounds and religions. We are like siblings. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. Duduk sini buatkan I meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah s.w.t. Bukanlah nak cakap sebelum ni tak macam tu tapi memang ada beza bila kita di negara sendiri dan di negara orang. Hanya Allah je yang betul2 ada untuk kita minta tolong. I harap apa yang I rasa kat sini berterusan walaupun I dah balik nanti.

Selain itu, ilmu yang I belajar kat sini memang banyak walaupun hanya baru 4 hari. Ilmu tu semua mengingatkan I kepada kebesaran Allah s.w.t. I bersyukur kerja I berkaitan benda hidup, iaitu sayur-sayuran. Yang menjadi sumber makanan kepada umat manusia. Sekarang I berbangga. Kalau masih ada orang cakap 'buat apa buat research tentang sayur, nanti makan jadi tahi' pun I tak kesah. I akan jawab balik kat dia "kamu orang kufur nikmat".

Last but not least, I nak ajak korang semua makanlah banyak sayur-sayuran. Eat more vegetables. Hay an nhieu rau (Thai). Kumain ng maraming gulay (Philippines). Negara2 east asia lain sayur sangat murah. Dan diorang memang makan banyak sayur like the Viatnamese, Cambodian, Bangladeshy, Phillipinos, Myanmary, Laosy, Siamese, and so on.They care about their healthy. Bila tengok statistik, Malaysia paling tinggi rakyat obesiti among negara2 Asia Timur lain. I la tu salah sorangnya. Jom makan sayur banyak-banyak. Remember, we are the TTCians. We must eat more vegetables and herbs. 5 colours every day.

Itu saje kisah I dari Kamphaeng Saen, Nakhon Phatom, Thailand. Salam rindu untuk anda semua. Take a gud care. Ada masa I tulis lagi.

Ate' logo


Saturday, 14 September 2013

Forgive me and pray for my safety

Alhamdulillah dan tahniah kepada TTCian yang dah preggy. Tak boleh panggil TTCian dah la kan. Tahniah kepada Nailah dan juga Nory. Jangan lupa doakan kami yang masih menanti.

Kita yang masih belum ni keep fighting ya. And keep think positive and have faith in Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kita.

Actually, I nak minta maaf kat semua TTCian atau pembaca blog ini jika ada silap dan salah. Tomorrow I will be going to Bangkok for almost 1 month. Bukan becuti tapi menghadiri kursus dan latihan. I takut tak sempat minta maaf dengan korang kalo jadi pape kat I, nauzubillah. Kemudian, I nak minta tolong korang doakan I selamat pergi, selamat pulang dan selamat sepanjang kat sana.

To tell the truth, I tak pernah pergi sejauh tu. Paling jauh pun Sabah je. Seriously, I memang takut sebab macam2 yang I dengar kes kat Thailand ni. Peliharalah aku Ya Allah...

Nak selit jugak hal TTC kat sini...
Sesiapa yang pernah baca entry I tentang I turun darah one night kat Terengganu last 29th August, I masih tak period sehingga ke hari ni (CD58). Takut memikirkan period yang lama tak menjengah, I decided to assume that turun darah on 29th August tu as my period. So menjadikan cycle tu 39 hari. Lepas cycle tu I kira cycle baru so sehingga hari ni I dah berada pada CD17. On 3rd Sept (CD6) I dah start ambil BBT every morning and surprisingly my BBT chart menunjukkan yang I ovulate pada CD12. Kebetulan I mmg ada BD. I am not expecting early ovulation tapi sayangnya I tak double confirm dengan OPK test. Hati I kuat mengatakan tak ada telur yang keluar masa tu sebab no sign like EW and so on. Usually, I do have.
So, sekarang ni I berada di DPO5. I will keep taking my BBT while in Bangkok, hopefully.

Apa yang merisaukan adalah I masih tak berkesempatan nak cek tube seperti yang Dr suruh. Supposed I dah dapat buat kalau period tak ting tong dan jumpa Dr lepas balik dari Bangkok nanti (18 Oktober) dah boleh  tengok dan discuss. I betul2 tak gembira dengan masalah period ni. I am still working on it by taking supplements and work out. Cakap pasal work out, my current body weight is 84.4kg. Bulan puasa turun dari 87 ke 83 then naik jadi 86 lepas raya. Hopefully sebulan kursus kat Thailand nanti boleh menurunkan berat badan I lagi. Sehatttt kau Atie! Hari-hari naik basikal k. Jangan ngelat!

Oklah kawan2, keep updating ur blog. I nak baca dari sana.

Ate' logo



Thursday, 5 September 2013

Bersungguh2lah berusaha

Lepas blog walking just now, ramai kawan TTC yang meluahkan perasaan dan memberi semangat kepada kawan2 TTC yang lain. Bila I baca entry Sweet tooth, I teringat kejadian DH dan I few days ago.

I was reading blog Nailah, she shared usaha2 dia berjaya pregnant. I baca sambil share dengan DH (bacakan untuk DH dengar sekali). Tapi dia tak fokus pun. Penat I cerita kat dia, dia cakap pasal kereta pulak dengan I. Tak pasal2 I sentap. Dia marah dan dia bagitahu yang lelaki ni tak suka isteri dia cakap benda2 tu. Kemudian dia compare usaha dia compared to myself. Terdiam I. Rasa down sangat masa tu. Rasa macam looser.

I muhasabah diri, walau pun sakit hati tapi ada betulnya cakap dia. Memang DH disiplin makan supplements walau pun semua supplements tu I yang belikan untuk dia. Tapi I tak disiplin makan supplements. Ubat Dr bagi pun I tak makan (metmorfin & pil perancang). Walau pun DH tak work out tapi DH banyak jalan kaki setiap hari dan DH sangat mudah berpeluh.

It is not only hubby having fertility problem, me too. But what I have done? I found out usaha I selama ni tak pernah bersungguh2. Beria2 beli supplements, madu, debunga kurma, pati delima, VCO, apple vinegar tapi tak beria2 makan semua tu. Beria2 beli alat2 senaman, tapi tak beria2 buat. Beria2 jumpa Dr, tapi tak beria2 makan ubat Dr prescribed. Beria2 nak Allah beri anak, tapi tak sungguh2 berdoa dan menambah amal.

DH was right...I tak sungguh2. I did ask myself, kenapa aku beria2 nak anak? Lama I fikir, at the end I buntu. Then, I asked myself back, layak ke aku untuk dapat anak?All old bad and black memories came to my mind. I teringat my childhood life, and how I grown up, dan semua kisah2 hitam dalam hidup I. I sangat2 tak nak anak I jadi macam I.

The only way is to bersungguh2 dalam usaha. Bersungguh2 dalam doa. Kita memang kena strict dengan diri sendiri. Betulkan niat kita, in shaa Allah.

I still remember what my uncle said when he tried to tilik my hand. Pakcik I ni belajar dengan arwah Tok I. Arwah memang pandai la bab 'baca' ni dan tak pernah salah semasa hayat dia ada lagi. Back to the story, pakcik I cakap my life wont be easy. I hanya akan dapat atau berjaya jika I berusaha lebih dari biasa. Masa tu I masih belajar kat Universiti. Bila I ingat2 balik kehidupan yang dah lalu dulu, memang betul yang I ni jenis kena berusaha extraordinary baru boleh dapat/berjaya. Tak macam orang lain yang I kenal. I don't know, mungkin untuk dapatkan zuriat juga I perlu berusaha lebih dan betul2 beri komitmen.

Allah, sesungguhnya Engkau yang menentukan. Hanya Engkau memakbulkan doa. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Berikan kami kekuatan Ya Allah.
Amin

Ate' logo

Monday, 2 September 2013

Unhappy scenarios while attending a conference

Sepanjang minggu lepas I outstation ke Terengganu menghadiri sebuah konferens. Stay di Prinzpark Hotel. First story ni bukan nak cerita tentang TTC tapi nak cerita tentang sikap manusia yang bongkak.

Konferens tu mostly attended by researchers selain daripada academicians dan scientists. Dari institut I ni ramai jugak la dan most of us memang kenal sebab we all dari same batch. Salah seorangnya cakap mcm ni when he looked at my poster last time (sila baca dengan gaya lelaki lembut ya korang):

'Buat apa la buat poster pasal terung...makan2 jadi taik jugak nanti' (sambil jari dia pointing to my poster)

I was standing in front of my poster terkejut dengar dia cakap macam tu. One of my friend yang kawan baik dia jugak tanya kat dia, ' Eh , kau tahu tak ko cakap pasal poster sapa? cuba ko baca nama betul2'

Tau gelabah dah tahu nama I owner poster tu, cepat2 minta maaf. Sorry to say la, melampau gila dia tu.
I tunjuk penumbuk depan dia, then cakap "Nampak ni?"

Then, I sambung, "this topic may not important for a consumer like you, but it is important for seed producers"

Then, dia boleh pulak reply macam ni dengan gaya 'nyah' dia tu

'Ko mesti perah otak kan nak explain kat aku'

Then I jawab, "Aku tak perah otak. Aku tunggu otak ko terbuka sikit!" Lepas tu I terus blah. Surprisingly jumpa manusia macam tu padahal bukan budak2 tapi dah berotak, dah ada master, nak buat PhD dah pun tapi fikiran sempit. Baca poster orang biar habis, biar sampai faham, tak faham tanya. Janganlah disebabkan bidang ko berbeza dengan orang lain ko hina hasil kerja orang lain. Ko besar tagun, gemok macam tu sebab ko minum air je ke? tak makan?

Semua makanan jadi tahi. Tapi dari mana datangnya makanan yang ko makan? Dari hasil pertanian. Hasil pertanian dari mana? Dari benih yang berkualiti. Dari mana datangnya benih? Dari mana datangnya sayur-sayuran,buah-buahan, makanan? Dari Tuhan...Dari Allah. Allah menciptakannya sama macam Allah menciptakan manusia. Mentang2 bidang ko tak de kaitan tentang food crop yang at the end makan jadi tahi ko nak perkecil2 dan hina hasil penyelidikan orang lain. Phuiii

I was told that lelaki ni memang well-known satu Malaysia dalam bidang dia. Sebut je nama, orang mesti kenal. Muda lagi baru 28 yrs old. Dah jadi editor journal. Dah menang anugerah sana sini. Journal berwasit dia dah bederet2. Jadi consultant untuk sebuah lab di UM. Dan macam2 lagi la.

Satu pun tak impress I. Sikap sama macam orang tak sekolah. Sepanjang duduk sana, I know him better than last time we met during Program Induksi. Banyak lagi situasi lain dan percakapan2 dia sepanjang kat sana yang membuatkan I tak suka dia. Always menaikkan diri sendiri, pandang rendah kat orang lain, memerhatikan orang lain, judging people, mengutuk dan mengumpat bagai.

Moral of the story, setinggi mana pun kita pergi, sehebat mana pun kita, kita ni datang dari Allah s.w.t. Jatuh bangun hidup kita ni Allah yang tentukan. Jangan sombong, jangan bongkak, jangan riak, jangan merendah2kan orang lain. Nikmat dan rezeki Allah tu boleh diberi dan ditarik bila2 masa. Esok2 dah jatuh, jangan tanya kenapa....

Nak dijadikan cerita, after what was happened I terus demam. Pagi hari kejadian (Rabu) rasa tak sedap badan je. Sesi petang I tak join dah sebab tak larat sangat. I rasa I terkena sergah dengan hantu mamat tu kot. Next day (Khamis) I felt better lepas makan panadol 2 biji dan tidur yang cukup. So, I join trip ke Tasik Kenyir. Indah ciptaan Allah s.w.t. I suka warna air kat sana. Warna turqoise lembut. Macam2 pengalaman menarik I dapat.

Balik dari Kenyir, I demam balik. Malam tu kawan2 ajak pergi main bowling. I teringin nak main tapi cek UPT dulu sebab period dah lewat manalah tahu ada rezeki. Since the result was -ve, I pun join la. OTW nak pergi tempat bowling tu I terjatuh. Kaki tersepak batu. Punyala sakit. Tu la pakai kasut wedges lagi, malam gelap lampu tak ada pulak tu. Jatuh gaya nak sujud dah kat atas jalan raya tu. Nasib baik hubby ada ikut dia jampi dan urut2 kan. Terus sihat I boleh main bowling terus. First game siap dapat No. 1 but second game dapat no. 4 out of 5 places. Penat sudah.

Masa main tu I rasa lain macam je, macam darah turun. Rasa macam kita nak period tu. I siap bagitahu hubby, 'Abi, sayang rasa macam nak period la. Lain macam je ni' sambil usap2 perut I. I tak terus pergi cek. Lepas main terus pergi makan malam. Dah balik hotel I cek tak ada pulak darah ke spotting ke. Then I buang air kecil. Pun tak ada darah yang keluar sama. Tapi masa I lap peha dan kemaluan nak keringkan terkejut pulak tengok kat towel tu ada darah. Cepat2 I pakai pad. I ingat banyak la sampai the next day tapi tak...banyak mana yang keluar malam tu, itu je la kat pad tu. Tak bertambah dan terus tak keluar dah sampailah hari ni. Pagi tu (Jumaat) I kena cirit birit. Hubby tak kena sedangkan hubby makan separuh dari nasi goreng I malam tu. Tanya kawan2 lain yang pergi makan sama pun tak ada yang kena cirit birit. Sampai hari ni I masih cirit birit. Jumaat la paling teruk sampai 8 kali. Sabtu ada 5 kali. Ahad 4 kali. Harini 2 kali.

Kawan2 apa pendapat korang, turun darah tu period kah? Patutkah I jumpa Dr pergi cek? Tapi UPT I negatif....until today I belum repeat UPT lagi. What should I do?


Ate' logo