Tuesday 17 June 2014

Penyoal tegar


Sehingga semalam dah 2 tahun 3 bulan usia perkahwinan I dengan hubby.
Yup, masih belum ada anak.
Yup, masih ada yang tak puas hati kenapa perut I masih belum ada isi.
Tapi percaya tak korang, orang2 yang tak puas hati tu adalah orang yang sama je sejak dari awal I kahwin sampailah sekarang.
Orang-orang yg 'degil' ni je yang masih bertahan untuk mempersoalkan hal zuriat ni kepada I.
Yang lain2 semua dah tak tanya. Kalau tanya pun mungkin sebab I yg mulakan dulu bercerita tentang anak.

Korang nak tau..yang degil2 ni ada dua orang. Dua2 pun Hajah. Yang sorang tu siap pergi umrah setiap dua tahun sekali. I pelik tengok manusia begini. Sorang ni saudara I, sorang lagi orang kat office.

Bila I balik kampung selalu je saudara I ni datang umah. Selalu usha perut I tgk kembong ke tak. I tau dah jap lagi mesti I kena tanya macam2. As expected, dia tanya;

'Yang kamu ni Pxxxx, tak mengandung2 lagi ke? Ate kenape lambat beno? Kome tak usahe ke?'

Penat weh nak jawab. Kadang2 I fikir apalah jawapan yang paling sesuai supaya I tak perlu jawab berkali2 soalan yang sama tu. The lastest answer I jawab gini.

'Nak kate tak usaha kume laki bini dah pergi hospital buat rawatan. Dah belum rezeki nak buat macam mana. Rezeki anak ni kan kerja Allah. Bukan kume duk lenggang je tak buat apa2'

Slow je suara dia jawab. Kalau tak bukan main nyaring bagi satu rumah dengar soalan panas dia tu. 'Oh, ate ape masalohnye kome berdue?'

Adui, ingatkan boleh stop kat situ dah rupanya nak tahu lebih mendalam pulak masalah kesuburan orang. Seriously, I bukan jenis yang tak boleh share dengan orang hal ni tapi she is not the right person. Takut I heboh sekampung. Mana nak letak muka kami laki bini. Then I jawab gini.

'Itu hal yang terlalu peribadi pada kume Pohsu. Kume tak suka share dengan orang'. Terus I basuh tangan blah dari dapur. Erk, tensen!

Bila dia dah balik, I mengadu pada mama sedangkan sepanjang masa tu mama memang ada je kat dapur cuma dia batukan diri. Dia kesiankan I. Dia sendiri pun tak tahu nak buat apa, nak cakap apa. Pohsu tu mak sedara dia. Kira opah sedara I. See, I yang terlebih berani menjawab. Mama sendiri cakap dia pun tak suka tapi nak buat camna tak kan nak halau pulak kan. Pohsu ni ada anak sorang je. Perempuan juga. Tua setahun dari I. Anak dia tu kerap sangat beranak. Itu pun dia bising juga. So, I ringkaskan yang dia memang jenis tak tahu nak menghormati aturan Allah s.w.t. Kalau boleh elakkan, elakkan perbualan yang panjang dengan dia. Hubby bila nampak dia terus duduk dalam bilik tak keluar dah. Next time I nak buat camtu gak. Boleh?

Sorang lagi makcik kat opis I ni. Dia tak ada topik lain bila nampak I cakap pasal anak. Kadang2 terserempak dengan I selamba je cakap, 'Puan Axxxxx rileks je kan'

I ingat dia cakap pasal kerja. Punyalah positifnya I ni. 'Kenapa kak? Saya nampak macam tak banyak kerja ke?'

'Eh, bukan tu...yelah, Puan rileks la tak ada anak lagi...lama dah ke Puan kahwin?'

Erk, rasanya baru bulan lepas dia tanya bila I kahwin. Hmmm.
'Bulan ni dah 2 tahun 3 bulan la saya kahwin...'

'Oklah tu, belum 10 tahun lagi...Sedara saya tu umur dah 40 baru ambil anak angkat. Menyusukan pulak tu jadi anak susuan. ee....'

Panjang cerita dia. I ye kan je.Aritu cerita pasal anak buah dia gemok gedempol tapi boleh mengandung dan beranak. Kali ni cerita pasal sedara dia ambil anak angkat. Adui, next time nak cerita pasal sedara mana lah pulak ni. Yang pasti, I terasa jadi bahan je ngan dia. Bila dia kata I nampak rileks bila tak ada anak I terfikir dia cemburu ke dengan I atau dia kesiankan I. To me, dia jenis tak tahu nak jaga hati manusia. Hidup dah lebih 50 tahun masih belum dpt mengajar diri jadi manusia yang positif.

Banyak Hajah yang I jumpa dalam hidup ni tapi berapa kerat je yang betul2 baik dan bersikap positif tak mempersoalkan ketentuan Allah.

Walau pun perit berhadapan orang2 'degil' macam ni I rasa syukur wujudnya diorang dalam hidup I. Sebab diorang aware tentang I. Sebab adanya diorang buat I rasa I perlu terus usaha dan berdoa. Nasib baik ada 2 je yang degil, kalau ramai tak tahulah macam mana.

Can we do it to penyoal tegar?
Have faith in Allah!



Ate' logo

13 comments:

  1. samalah dgn me..selalu pun org yg sama je persoalkan,skrg dah malas nak jmpe org tu..
    kalo jmpe pun setakat salam,pastu blah..sbb kalo mula berbual,mmg itu je la soalannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh memang nak elak dari jumpa tapi kalau dah mereka tu saudara yang rajin datang rumah dan orang satu office susah nak elak kan. Terpaksa berhadapan juga.

      Delete
  2. erm..sy ade sorg makcik ni..nk lari pun xdpt..aritu blk kg dukung anak sedara, bole die tnye "ni dukung anak org tak teringin ke anak sendiri". sy senyap je xjwb..dlm hati ckp mane ade pmpuan xnk anak sendiri ape la. hish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik kan. Dia seorang perempuan dan seorang ibu pun tak tahu perasaan perempuan lain. Senang cerita mereka ni tak ada ilmu dan maklumat isu infertility ni.

      Delete
  3. Oh Atie..saya baru kena tadi masa breakfast..si penanya seorang ustazah dan membuat dua orang kawan yang makan sama2 jadi janggal je dengan pertanyaan dia...soalan2 yang macam tak paham kenapa kena buat ivf, tak boleh ke pregnant biasa dan lain-lain..alahai..maafkan jek la..anggap la dia benar2 tak tau..kot nanti sedara mara dia ke kaum keluarga dia ke aada masalah yang sama at least saya dah educate dia..paham ke tak..wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nuriz. I rasa ramai perempuan kat luar sana tak tahu isu infertility ni. That is why they come out dengan soalan pelik2. To them kita ni yg pelik buat IUI IVF bagai. but once they understand why, they supposed wont ask much. Kadang2 bila dah educate diorang ni fikiran diorang ni pulak yg tertutup dan terlalu negatif. Ni cabaran untuk kita...

      Delete
  4. sudah dugaan orang tiada anak mcm kita. mmg senantiasa ada aje mereka2 yang asyik bertanya2 soalan cepumas ni. sampai kdg2 kita jadi trauma nak jumpa orang tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rina...susah nak elak dari jumpa org2 degil camni. So kita kena tabah je dan stay positif. Walau sakit hati tapi inilah cabaran dan dugaan yg kita kena lalui selain rezeki anak yg belum pasti. bayangkan pahala masyuk yang berkepuk2. hihihi

      Delete
  5. Atie, kalo ditanya lagi apa problemnya, kata je la x de apa2 problem, minta dia tolong doakan kita je... org jenis gini kadang tu makin kita cerita, makin dia nak tau...and if dia berani tanya soalan private cam tu, i takut dicanang pulak sekampung... but it's good that u keep on positive thought...kita bertabah je la hadapi org cam ni kan...

    ReplyDelete
  6. Hurm...Yani tak ingat last bila diasak soalan2 macam ni....dah lama x de org tanya kot? Atau mungkin Yani dah tak berada dalam cycle orang2 yg terlebih ambil berat ni....raya kali ni pun raya belah Yani, jadi "selamat" sedikit dari tadah mata dan telinga tgk ade yg tgh sarat mengandung/baru bersalin/sedara yg dok tanya soalan bila nak ada baby setiap kali raya....amaaaaaannnn idup aku~

    ReplyDelete
  7. atie, sakit hati btul dgn opismate tu kan tanya soklan cam ni.. baru2 ni ade sorg cousin lelaki..dh berumur la..duk tanya sue bila lagi nak dtg kenduri bawak anak.. tanya kuat2 plak tu.. biar smua org dengar .. sue jawab next kenduri!! sibuk je..dia tu ade dua bini, tapi bini kedua pun tak ngandung2 lagi..huh, sibuk hal org..

    ReplyDelete
  8. atie L dulu slalu jawab 'belum ade rezeki lagi..' tapi mcm biase org yg same asik 'ambil berat' tanye n org2 tu susah nk elak. L jawab 'coming soon..' haha even xde pn lam perut. Malas layan org cmni.

    ReplyDelete
  9. saya dulu sama juga, 2 tahun lebih juga belum rezeki anak, macam-macam dengar dan terima...saya cadangkan rajin-rajin bersedekah dan solat hajat malam...dalam kita bersedekah, kadang-kadang doa orang yang kita sedekah lebih dimakbulkan daripada doa kita sendiri...ini berdasarkan pengalaman saya yang mana saya didoakan murah rezeki orang seorang warga kurang upaya...saya jangkakan murah rezeki dari sudut lain...rupanya Allah makbulkan doa orang tersebut...pasal mulut2 orang, biarlah...mulut tempayan boleh juga kita tutup...mulut orang, macamana nak tutup...masing-masing ada bahagian masing-masing...mungkin Allah nak uji atie sekeluarga dalam berusaha disamping memohon kepadaNya...jangan berhenti berharap yer...insya Allah, rezeki Allah ada untuk hamba-hambaNya yang sabar dan berusaha...^_^

    ReplyDelete