Alhamdulillah dah masuk pun bulan Ramadhan. Remember tentang my last post about I putus asa, putus harap dan kufur nikmat before this? I am still working on it untuk perbetulkan diri I ni dan menyambut Ramadhan adalah sesuatu yang I nanti2kan. I am looking forward untuk lebih dekat dengan Allah s.w.t. I want my Iman to recover. I miss my-old-self.
So what I do?
First of all I cuba cukupkan solat 5 waktu. Yang ni lah yang paling penting.
Secondly, I banyakkan berzikir.
Thirdly, I mengaji Quran semulaa. Lama tinggal merangkak2 I baca.
Fourthly, I banyakkan dengar orang mengaji, pergi dengar ceramah ugama and pergi tarawih.
Astagfirullah al azim....tak sangka I boleh jadi macam ni. Malu je. Malu pada Allah... Korang jangan sesekali jadi macam I. Nikmat iman tiada tolak bandingnya. Jagalah ia...kuatkanlah ia. Jangan biarkan diri sendiri lemas dalam kelemahan diri sendiri.
Bukanlah sebab I nak berubah pada bulan puasa ni je tapi pada I bulan puasa ni penuh dengan cahaya. Hati kita yang kelam, hitam dan degil pun boleh lembut dan cair bila kita ubah cara hidup kita. I harap suasana bulan Ramadhan yang indah ni, yang penuh barakah, yang sentiasa menggesa kita membuat kebaikan ni dapat membantu I bina Iman I semula.
Semasa solat berjemaah di masjid semalam hati I jadi sayu. Rasa berdosa sangat. I rindu rasa tu. I rindu perasaaan gembira dan tenang bila mendekati Allah s.w.t. Dalam masa yang sama I juga bimbang kalau2 perasaan insaf ni hanya untuk sementara waktu. Seriously I perlukan sokongan orang terdekat expecially suami. Jika baik pasangan kita, maka baiklah kita. Jika pasangan kita sambil lewa, maka macamtulah kita...
Dulu sebelum kahwin, iman ada juga turun dan naik tapi tak adalah teruk sehingga tak mahu sembahyang langsung. I selalu je tinggal sorang2 especially masa bujang. I tak perlukan pun sokongan untuk buat perkara2 wajib tu. Masuk je waktu tahu je nak pergi ambil sembahyang dan dirikan solat. Tak ada rasa dipaksa pun. Tak perlu disuruh pun. Tapi bila dah kahwin ni dugaannya berat. I nampak orang2 yang tak sembahyang di sekeliling I. I nampak mereka ni masih bahagia dan dapat apa yang mereka nak walau pun tak solat. Tak tutup aurat! Tak sembahyang! Tak mengaji! tapi masih dapat anak...masih hidup senang...masih hidup bahagia. I pernah lawan perasaan tu tapi bila I sorang je yang buat berbanding orang sekeliling yang tak menitikberatkan solat, I berubah. I malas. I tak mahu buat. Biar I jadi macam diorang. I seolah2 orang yang tak pernah belaja agama pulak. I jatuh, lemah dan I biarkan diri I macam tu sebab I rasa kalau I jadi baik balik pun, I tak rasa orang2 rapat disekeliling I akan berubah. Sebab I dah pernah cuba, mereka masih macam tu.
Seiously memang susah nak jadi macam dulu balik...I harap sangat ramadhan kali ni beri makna, I dapat cari cahaya keimanan, harap sangat I dapat ubah diri I dan suami. I harap sangat bulan puasa ni ibadah suami I beransur menjadi lebih baik. Harap sangat dia akan mengaji. Harap sangat dia akan mengutamakan ibadah dalam kehidupan seharian dia mulai Ramadhan ini hinggalah selamanya. I harap sangat macam tu supaya matlamat hidup kami sama, ada hala tuju yang sama, bahagia, senang, tenang, aman damai.
I cuba fikir kat mana silapnya I boleh jadi macam tu. Rukun Iman ada 6. I dapati ada 2 perkara yang I tak buat...
1. Percaya kepada Tuhan
2. Percaya kepada al-Quran
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada Nabi & Rasul
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya kepada Qadar & Qadar
Satu adalah percaya dan yakin tentang janji2 Allah... I hilang keyakinan. Sedangkan selama ni Allah sentiasa bantu I. Banyak doa2 I yang Allah makbulkan tapi bila yang satu itu (anak) I tak dapat, I tak tahu kenapa I boleh jadi lemah sangat. Seolah2 beban yang besar dan I tak boleh terima yang I susah nak dapat anak. Apa yang I fikirkan adalah Allah tak dapat nak makbulkan doa I sebab keadaan I sendiri tak sesuai untuk mengandung because I am obese (level 2 almost reach level 3). I have tried so many thing so that I can reduce my weight but at the end, i failed. At the same time I wish that Allah will still makbulkan doa I untuk mengandung walau pun dalam keadaan I yang obese teruk ni sebab I percaya Allah Maha Kuasa dan Allah Maha Pengasih & Penyayang. I berdoa, berzikir, bersedekah, mengaji, bertaubat, rapatkan diri dengan Allah dan luahkan segalanya kepadaNya supaya Allah makbulkan doa I. Sampai satu tahap bila I tengok I je yang beria, partner I tak macam tu pun dan I tengok kawan2 I, biras2 I yang buruk perangai, kurang ajar dengan suami, yang tak pernah sembahyang, yang tutup aurat, yang obese jugak boleh dapat anak....then hari2 I sedih. I started questioning... Why Allah don't treat me like how He treat them?Mereka tak sembahyang pun. Suami mereka pun tak sembahyang. Mereka tak hormat pun suami meraka. Mereka tak hormat mak bapak mertua. Kenapa mereka dapat pulak apa yang mereka nak? Apa salah I? Apa dosa I? Kenapa? I tak layak ke? I was so sad. I always crying inside the bathroom. I was comparing myself dengan diorang. Then, I decided to change. I want to protes. To whom? To Allah s.w.t.... I decided not to pray anymore...That was when my partner notice I was no longer praying and he just mad and hard to believe that. Lama2 bila dia tengok I macam tu dia pun jadi macam tu. Dia pun jadi tak menitik beratkan sembahyang.
However, deep inside my heart, I always wanted to bertaubat. Cuma I yang malas. Dan I tahu susah I nak jadi baik balik. And of course mesti susah hubby nak jadi baik balik. That is why, di kesempatan bulan Ramadhan ni, I harap we can change. I selalu doa supaya hubby diberikan cahaya petunjuk, keimanan, ketaqwaan supaya dia boleh bimbing I. Dan 1 perkara yang I nak sangat2 jadi dalam hidup I selain dapat anak adalah I nak suami I jadi hamba Allah yang soleh, beriman, bertaqwa. Dan maybe doa I dari anak dara sampai sekarang untuk punyai anak yang soleh & solehah Allah tak makbulkan lagi sebab nak tunggu we (my husband & I) berubah sama2 jadi orang yang soleh dan solehah dulu.
It may takes time...takes a lot of effort melawan nafsu dan sebagainya. I harap tak ada sape2 pun yang berkecil hati baca entry I ni especially my hubby, my friends, my biras-biras. I just want the best. I love u all no matter what. But, dear hubby....
sayang tak mahu dato bandar,
sebab abi lah dato segala bidang pada sayang
cuma sayang nak kan seorang imam...
Iman yang boleh bimbing sayang sampai masuk syurga
Iman yang pandai mengaji, yang tak tinggalkan solat, yang rajin berjemaah di masjid, yang boleh bagi tazkirah dan ajar ilmu2 agama pada sayang.
I believe our happiness does not only rely on harta yang kita ada kat dunia ni, duit yang banyak semata2 tapi:
1. Hubungan yang baik dengan Allah s.w.t
2. Kesihatan yang berpanjangan
3. Anak2 yang beriman, soleh & solehah
Ketiga2 tu kita hanya boleh dapat sekiranya kita berubah dari sekarang untuk jaga solat kita, amal ibadah kita, bersyukur, dan percaya kepada Allah s.w.t, qada & qadar nya serta semua rukun iman dan rukun Islam. Barulah ada hubungan yang baik dengan Allah s.w.t. Seterusnya jaga kesihatan especially pemakanan. Bila kita sihat, in shaa Allah ada rezeki kita untuk dapat anak.
Note for Abi:
If you reading this, sayang minta maaf kalau abi tak suka apa sayang tulis ni. Tapi sayang harap Abi bacalah dengan hati yang terbuka. Mudah2an apa yang sayang cuba sampaikan ni betul2 sampai di hati Abi.
Note for TTCians:
We are going to meet Dr. Kadir at O&G HUKM today. Nervous nak tengok result ujian darah, hormon and sperm. I'll catch up u all later ;) Please pray yang 'good good' for both of us kay
By the way, Selamat menyambut ramadhan, selamat berpuasa, selamat mengerjakan tarawih....
Ate' logo