Thursday 30 May 2013

Iman bagaikan ombak di laut yang ada pasang & surut

pemikiran ini keluar ketika hatiku sedang berduka
duka ini jahat!
ia berjaya membuatkan aku jadi hamba yang jahat
daripada seorang yang menjaga solat
aku tega meninggalkannya
mula dengan satu dua waktu
sehingga tiada satu waktu pun aku mengangkat takbir


aku lihat
kawan2 ku yang tidak menutup aurat
apatah lagi mendirikan solat
juga diberikan peluang untuk punyai anak
makanya aku berduka dan kecewa
aku tertanya2
mengapa aku yang menjaga solat
menjaga hubungan dengan ibu bapa
dengan keluarga
dengan saudara mara
sentiasa bersedekah
mengeluarkan zakat
menutup aurat
menjaga percakapan
tidak diberi rezeki untuk punyai anak?

bagaimana harus aku lakukan kini
aku manusia yang sudah putus asa
putus asa meminta daripadaNYA
sedangkan aku tahu
hanya DIA Maha Mendengar Maha Memberi
hanya dia memakbulkan doa

wahai kawan
wahai teman
aku kini kufur nikmat
aku kini manusia tanpa cahaya
hatiku hitam
jiwaku kosong
aku ditegur suami
dimarahi suami
tapi aku melawan
bertambah dan bertambah lagi dosaku

hatiku dipenuhi dengan kehampaan
aku bagaikan hilang keyakinan
bahawa Yang Maha Esa Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan

aku silap
aku perlu kembali
tapi bagaimana
aku ingin kembali
bisakah DIA menerima
bagaimana harus ku mula

kembalikan cahaya kejiwaku
berikan cahaya di wajahku
mengangkat takbir setiap 5 waktu
berpuasa juga membantu
taat pada suami setia dan patuh
Yakini Allah yang satu
Segalanya hanya DIA yang tahu


luahan hati yang ingin saya kongsikan dengan kawan2 semua. Saya manusia lemah. Iman saya ada turun naiknya. Kali ini ia bukan turun tapi ia jatuh terburai. Saya harus kutip dan cantumkan kembali. Saya tak nak berterusan macam ini dan selama ini saya bukan seorang yang macam ini. This is not me. I need to find myself back. I need to find my faith in Allah. I miss you Allah!! I miss you


Ate' logo









16 comments:

  1. Be strong atie, fitrah manusia imannya pasang dan surut. Jgn putus asa, u r as strong as your believe. So believe u r strong... Talk to someone if u need to. I have 2 shoulders if u need it. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear. I wish i can meet you someday.

      Delete
  2. ya Allah ya Rahim..kuatkan lah semangat sahabat ini..murahkan lah rezeki cahaya mata utuknya dan untuk semua yg menanti anugerah itu..aammin..

    ReplyDelete
  3. Awak mampu laluinya atie...Awak harus kuat..Dugaan ini pasti ada hikmah disebaliknya..Hari ini kita susah,esok2 pasti ada kesenangan untuk kita..kuatkan semangat~

    ReplyDelete
  4. Atie..kuatkan semangat k..walau lemah mcm mana pun jangan ke tepikan Allah...Dia maha pengasih..maha penyayang...cuba rasakan kasih sayang dia di setiap hembusan nafas kita...insyaAllah...rezeki untuk dapat zuriat tu akan sampai pada kita semua...aminn=)

    ReplyDelete
  5. Atie dear, i pn pnh terfikir, "Kawan2 yg seksi (freehair + jns pakai skirt, shorts, pn cepat je conceive." Aku yg bertudung ni nape susah? Pastu cpt2 ckp dlm hati, "Ini ujian, ini ujian, aku kena kuat.."

    Atie, be strong ye...Allah sentiaa mendengar.amiklah masa utk berdoa + menangis slps solat...lpskan je air mata tu...

    ReplyDelete
  6. Korg semua memang baik. I malu dengan korg. I lemah. Cpt putus asa. Tak bersyukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah uji kita sebab Dia sayang kita. InshaAllah ada rezeki kita nnt. Tapi kalau kita tak berusaha dan give up, tak boleh jugak kan? Atie jangan give up tau. Kalau sedih, fikir apa yang Allah dah bagi kat kita. Banyak sebenarnya kan? Tapi kita selalu lupa sebab kita asyik fikir kekurangan yang satu ni. Doa banyak-banyak my dear. InshaAllah satu hari nanti Dia akan perkenankan doa kita. Amin :)

      Delete
  7. allahuakbar, setiap yg allah turunkan pasti ade hikmah. bersangka baiklah pada Allah

    salam perkenalan dr nanie ^_^

    ReplyDelete
  8. Atie, mmg betul kekadang myself pun duk compare dgn diorang yg free hair lah kaler rambut lah.. contoh senang mcm artis tu ha.. seksi kemain tp preggy jugak. tp jom kita cepat2 istighfar.. bisikan syaiton tu mmg meniup2 je kalau kita start bersangka tak baik pd ujian Allah SWT. paling penting kita jaga solat ye dear, mudah2an Allah bg kita semua kekuatan! =)

    ReplyDelete
  9. Salam atie..saya selalu hayati lirik lagu ni bila saya down..yakinlah setiap org tak terlepas dari ujian..saya pun tak terlepas dari fikirkan benda yang sama macam atie fikir..tapi hubby selalu pujuk at least saya ade suami yang menjaga saya- tempat utk saya mengadu..cube bayangkan kawan2 kita yang masih belum berkahwin..sabar ye dear....saya sentiasa doakan buat rakan2 ttc saya agar dikurniakan zuriat2 yabg soleh/solehah..In Shaa Allah.

    Jangan difikir derita akan berpanjangan
    Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
    Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
    Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

    Ujian adalah tarbiyah dari Allah
    Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
    Kesenangan yang datang selepas kesusahan
    Semuanya adalah nikmat dari tuhan

    ReplyDelete
  10. sis, sesungguhnya kadang kala sy juga begitu. Iman sy juga selalu ada pasang surutnya..kite sbgai manusia biasa sama2lah saling ingat-mengingatkan antara 1 sama lain. Sy berdoa agar kite semua diberi hidayah oleh Allah dan agar kite ditunjukkan jalan yang lurus menuju ke jalan-Nya. Insyaallah! semoga kite sama2 akan peroleh zuriat sbg permata hati untuk mengisi kekosongan hati. Amin

    ReplyDelete
  11. atie....

    saya pon mcm awak jugakkk..kekdg tu rase tak fair bila org yg xnk anak senang2 mengandung,yg saya ni beriya2 nk anak payah nk dapat....bersangka baik dengan Tuhan...saya percaya dengan janji Allah....

    take care ye...

    ReplyDelete
  12. Atie, K pun penah lalui, rasa dan fikir mcm tu.. Tp, ada suara halus yang selalu igtkan K yang Allah terlalu sayangkan K berbanding mereka, sbb tu Allah uji K mcm ni.. kalau kita sedar yg kita telah lalai.. beristighfarlah... dan cepat2 ambil wuduk dan solat taubat.. Insya'Allah... itu pun dah dpt merawat hati kita.. :)

    ReplyDelete
  13. Allahuakhbar.penah juge mengalami begitu.semoga Allah membantu kamu.in shaa Allah.kami doakan anda.awak kuat.tetapkn iman. :)

    ReplyDelete
  14. Yani pun pernah berperasaan macam Atie juga....tapi bila fikir-fikir balik, banyak hikmahnya Allah masih belum beri rezeki yang satu itu pada Yani dan hubby. Percayalah Atie, Allah tak pernah kejam pada hambaNya, Allah cuma uji untuk lihat kesabaran kita menghadapi ujianNya, ada hikmah disebalik semua ni...

    ReplyDelete