This blog would tell you the journey of a wife who's really wanted her own child, her own house, a career, an ideal body weight and a happy family with her husband, her mother and her siblings
Thursday, 30 May 2013
Iman bagaikan ombak di laut yang ada pasang & surut
duka ini jahat!
ia berjaya membuatkan aku jadi hamba yang jahat
daripada seorang yang menjaga solat
aku tega meninggalkannya
mula dengan satu dua waktu
sehingga tiada satu waktu pun aku mengangkat takbir
aku lihat
kawan2 ku yang tidak menutup aurat
apatah lagi mendirikan solat
juga diberikan peluang untuk punyai anak
makanya aku berduka dan kecewa
aku tertanya2
mengapa aku yang menjaga solat
menjaga hubungan dengan ibu bapa
dengan keluarga
dengan saudara mara
sentiasa bersedekah
mengeluarkan zakat
menutup aurat
menjaga percakapan
tidak diberi rezeki untuk punyai anak?
bagaimana harus aku lakukan kini
aku manusia yang sudah putus asa
putus asa meminta daripadaNYA
sedangkan aku tahu
hanya DIA Maha Mendengar Maha Memberi
hanya dia memakbulkan doa
wahai kawan
wahai teman
aku kini kufur nikmat
aku kini manusia tanpa cahaya
hatiku hitam
jiwaku kosong
aku ditegur suami
dimarahi suami
tapi aku melawan
bertambah dan bertambah lagi dosaku
hatiku dipenuhi dengan kehampaan
aku bagaikan hilang keyakinan
bahawa Yang Maha Esa Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan
aku silap
aku perlu kembali
tapi bagaimana
aku ingin kembali
bisakah DIA menerima
bagaimana harus ku mula
kembalikan cahaya kejiwaku
berikan cahaya di wajahku
mengangkat takbir setiap 5 waktu
berpuasa juga membantu
taat pada suami setia dan patuh
Yakini Allah yang satu
Segalanya hanya DIA yang tahu
luahan hati yang ingin saya kongsikan dengan kawan2 semua. Saya manusia lemah. Iman saya ada turun naiknya. Kali ini ia bukan turun tapi ia jatuh terburai. Saya harus kutip dan cantumkan kembali. Saya tak nak berterusan macam ini dan selama ini saya bukan seorang yang macam ini. This is not me. I need to find myself back. I need to find my faith in Allah. I miss you Allah!! I miss you
Ate' logo
Monday, 27 May 2013
Mimpi aku jadi kenyataan
Tak ku sangka mimpi aku tentang seorang kawan betul2 terjadi. Seolah2 petunjuk dari Allah. Mengapa ya Allah nak aku tahu...
Aku mimpikan kawan aku mengandung. Dia kawin pun tak sampai setahun lagi. Kami satu kos mase kat U, satu kolej, satu blok, byk kelas sama, kdg2 hang out sama walaupun dia sebenarnya ada best friend dia sendiri. Senang cite dia ni kawan aku yg aku selesa untuk kongsi apa saja dan dia pun sama. But most of the time dia dengan best friend dia. Tapi kalo ada benda nak story, nak share or minta pendapat dia prefer to talk with me. Actually, dlm mimpi tu dia senyum kat aku. Dia pakai pakai baju kurung putih. Aku nampak perut dia menonjol. Tak besar sangat. Macam orang 4-5 bulan mengandung. Aku tanya dia, mengandung ke...dia kata ya. Macam real je mimpi tu. Husband dia pun ada. Pakai serba putih jugak. Bila bangun pagi aku teringat2kan mimpi tu. Macam susah hati plak. Risaukan dia. Rasa pelik dengan mimpi tu.
Aku tulis kat FB yg aku mimpikan dia pastu aku tag nama dia. Lpas few days jugak la baru dapat feedback. Dia tanya aku mimpi pasal apa. Aku bls yg aku mimpikan dia mengandung. Lepas tu dia diam tak balas pape dah. Aku fikir dia sibuk.
Tadi dia call aku. Only after 2 weeks aku mimpikn dia.Borak2 then dia tanya pasal mimpi aku tentang dia. Aku bgtau dia then dia bgtau dia mang tengah mengandung. Actually, two days before aku mimpi pasal dia tu dia baru je dapat tahu yang dia mengandung. Dah 6 minggu pun masa tu. See, nampak kan maksud aku....aku mimpikan dia mengandung selepas 2 hari dia dpt tahu dia mengandung.
I am happy that she is pregnant...however aku rasa pelik knp aku dapat petunjuk tu...is it sebab Allah nak bgtau aku? Sebab Allah tak nak aku sedih kalau aku terkemudian baru dapat tahu? Sebab...sebab apa ya...Jika betullah, aku memang patut bersyukur. Aku tak boleh bayangkan kalau kawan aku tu rahsiakan berita ni kat aku. Aku dah pernah kena sekali. Aku xnak kena lagi. Tak perlulah rahsiakan sebab aku bertambah sedih dan kecewa bila diperlakukaj macam tu.
She decided not to tell kawan2 lain except for close family members only. She believes if ramai kawan2 tahu nanti kandungan hilang. Disebabkan aku dah dpt berita ni daripada mimpi, she decided to tell me as well... You know what? Aku sikit pun tak rasa jeles. Aku bersyukur...dan sgt happy utk dia. Allah told me earlier before she told me. Perasaan happy tu melebihi segalanya sampai tak terbit langsung rasa cemburu. Seolah2 Allah dah pujuk hati aku ni awal2 lagi dah.
Kita sama2 doakan kandungan dia selamat sehingga dilahirkan dan dipermudahkan proses bersalinnya kelak. Semoga dia dan baby sihat sejahtera. Amin
Ate' logo
Monday, 20 May 2013
My Plan: 6 weeks before 2nd appoinment
I have more or less 6 weeks before i meet the Dr for the second time. It is important for me to do something so that my weight decreases as what Dr wants (myself as well)...hopefully dapat turunkan few kgs.
This is my plan. Kalau ada kawan2 TTC yg nak join sama pun best jugak. Boleh compare berapa byk berat yang turun LOL ♥
0. Drink a lof of water ( 1 hari ~8 gelas)
1. Puasa every Isnin & Khamis (scra kasarnya ada 14 hari je sebelum 11/7 ni)
2. No rice
3. No dinner / dinner with fruits and salads
4. Mesti breakfast tiap2 pagi
5. Eat a lot of fruits
6. Main badminton/joging/main dumbell setiap hari
7. Minum avocado smoothie (tiap2 hari kalo mampu)
8. Makan madu 1 sudu setiap pagi dan malam
9. Makan GLA from CD1 until CD14
10. Makan supplements (mine are EPO, vit E, multivitamin, zinc complex, vit c, pati delima gulsan and collagen)
Dr wants me to loose weight at least 8kgs...untuk permulaan ni. Maybe Dr will ask for more. To reach the ideal weight, i need to loose 32kg. Crazy kan?! Banyak tu...
To be honest, i rasa mustahilnya...
Korang....boleh ke I ni....
Thursday, 16 May 2013
1st appoinment o&g HUKM
Current weight 87.5kg
Height is 148cm
BMI is 39.9
Dr. Kadir said he do not want my case if my BMI is 40. Ya Allah, it is so close right.
He asked me to meet pakar diet as well which my appointment will be at 6th June.
Husband will do the SA on 26th June which on his 27th birthday.
I will come again on CD21/22/23 to the hosp untuk cek darah. Hormone analysis will be done on CD2/3 during next cycle. Hopefully cycle kali ni janganlah ting tong.
Tadi Dr Kadir buat pap smear. I was so embaracing. I tought the nurse will do the procedures huhu.
Then i was asked to enter room 11 untuk scan ovaries. Mula2 scan dari luar je, kat perut. Huhu tak boleh nampak la pulak. Then dia scan ikut bawah pulak. Dia ada sebut rahin I RU. I tanya dia RU tu rahim terbalik ke...dia cakap taklah cuma rahim I terkebelakang. Huhu seriously I tak faham apa maksudnya tu.hmmm...
Then jumpa Dr.Kadir semula then he said my ovaries ok tak ade pape masalah. He said nothing about my rahim. Then he said I probably have PCOS. Pekara paling utama yg I perlu buat sekarang adalah turunkan berat badan at least 8kg. He wants to see the progress in next appointment.
Itu je rasanya yg I kena letakkan dlm blog ni spy I igt dan bileh baca semula jika terlupa.
Ate' logo
16 Mei 9.30 a.m 1st appointment before meet the Dr
Currently I am waiting for my turn to meet the Dr. Kami sampai lambat. Suppose we should be here before 9a. I am the fifth patient to meet Dr. Kadir.
Gemuruh juga. Rasa tak tahu apa nk bgtau Dr.
Apa yang menarik perhatian saya adalah puluhan wanita2 mengandung di sekeliling. Happy for them. Semoga Allah s.w.t juga beri peluang kpd saya untuk mngandung dan mempunyai anak sendiri. Amin
Wednesday, 8 May 2013
Semangat daripada kawan2 TTC...Thanks Nina, Zana, Ily, Joanna & lain2
I feel so grateful
I have the real menses (liquid form of blood) this morning after a long period of waiting since my last menses.
Walau pun tak banyak, at least I experienced that after a few times of menses with only blood clots yg halus2 tu. Tak tahu la u all boleh imagine ke tak. Berlaku 2 hari shj. Itu pun waktu buang air kecil je nampak. Underwear memang bersih tak ada haid langsung. I tak tahu nak describe tu sebagai menses or not. Jika ia bukan menses, bermakna menses kali ni cycle dia 69 days. Ya Allah, lamanya...
Tapi kalau keluar blood clots yg halus2 tu dikira sebagai menses, cycle menses kali ni 24 days je. Pendek sesangat la pulak kan.
Today,
I feel grateful that I am having senggugut yang biasa I alami bila period. I miss this moment. Rasa dah lama sangat tak menses. Today, even rasa sakit dan tak selesa, I still happy. At least I realize that I am having my menses back. Few days before that, I loya-loya dan cepat lapar. Imagine yer, right after I finish my food during lunch then basuh tangan semua and duduk semula kat kerusi I mula lapar balik sampai rasa sakit hulu hati I. Seolah-olah macam 1 hari I tahan lapar. Weird! Memang weird. Loya-loya tu kerap jugak Especially at home. Bila beritahu DH dia mula la suspect I pregnant. The next day, diam2 I buat jugak UPT, the result was negatif. Perasaan? Tak sedih but in my mind "Nak period balik!!Tak mengandung maka bagi la aku period"
Esoknya start keluar blood clots and the next day which is today, real menses pun datang. Alhamdulillah. Thanks to Allah. Allah Maha Mendengar doa.
This morning since I tak banyak kerja di pejabat, I decided to baca blog kawan2 yang sedang TTC. Dah lama tak blog walking. Blog sendiri pun tak sempat tengok. Wah, I am amazed dengan usaha dan semangat korang. Blog TTCian yang dah berjaya concieve pun I baca jugak sebab banyak info berguna. You know what?? Korang berjaya buat I bersemangat balik dalam usaha ttc ni.
I ingat I ni tak berusaha sangat tapi bila tengok blog kawan2 actually kebanyakan yang diorang buat tu I pun buat jugak. Contohnya makan supplements (Shaklee), take EPO, vit C, makan madu, fruits dan lain2. Tambahan lain yang I ambil sekarang adalah collagen. Bukan apa, muka da nampak tua dari suami susah hati pulak so cepat2 ambil collagen. Alhamdulillah, sekarang tak la makcik sangat. DH pun puji. LOL
Cuma 1 perkara yang I tak jaga dan susah sangat nak jaga. Berat badan I. Berat ke? Yes, sangat berat! Sekarang dah mencecah 86 kg dengan ketinggian 148 cm. Korang boleh imagine kan betapa gedempolnye I. I found out I ni jenis susah nak kuruskan badan dengan regular senaman kat tempat macam fitness first tu. Sebabnya tak ada masa yang cukup untuk pergi ke JUSCO Bukit Tinggi tu. Ini bukan alasan tapi memang hakikat sebab I ada second job kat rumah iaitu menjahit tempahan pelanggan2. Therefore I kena cari alternatif lain untuk kuruskan badan. Slowly I dah mula sikit2. Let me list out:
1. No rice for dinner. Eat salads/fruits instead of rice
2. Must take breakfast everyday
3. Eat small amount of rice for lunch or bihun/kuewtiau sup/tomyam/kari dll
4. Guna beras basmati instead of beras biasa yang banyak kanji tu ( yang ni dah lama I amalkan)
5. Drink a lot of plain water (ni yg paling susah I nak buat sebab I jenis tak kan minum selagi I tak rasa dahaga. Dahaga pun kadang2 lupa juga nak minum terutama bila banyak kerja)
6. Joging di taman (yang ni bila nak mula yer, hmm...)
Usaha TTC I setakat ni:
1. Amalkan madu Manuka
2. Amalkan EPO
3. Amalkan vit.C
4. Consume GLA while menses (shaklee)
5. Consume Vit E (shaklee)
6. Zinc complex (shaklee)
7. Avocado smoothie (not everyday)
8. Pati delima Gulsan (jarang2, kalau amik pun selalunya I gunakan dalam masakan)
Usaha lain yang I nak buat:
1. Treatment dengan Doktor (1st appointment 16hb ni)
2. Buat BBT chart semula, I need to find out my ovulation day. It is important to me! Esok I mesti mula
3. Bersenam!
4. Nak amalkan Herbalife
5. Nak amalkan Oat BG22 (kar farmasi mana boleh cari ni ek??susah nak jumpa)
6. Doa lebih banyak
7. Konsisten bersedekah