Tuesday, 7 July 2015

Result OPK cycle Jun_July

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 20.

Petang ni akan masuk ramadhan ke-21. 10 days left. Cepatnya masa berlalu. Dan saya masih terkedek2 tak terkejar dek kepantasan hari-hari di bulan Ramadhan ini berlalu. 10 hari terakhir ni kena usaha lebih sikit untuk istiqamah. Mudahan Allah permudahkan dan beri kekuatan.

Bermula CD13 saya buat ujian untuk ovulation using OPK (the top). CD14 saya tak buat kerana lupa. Kemudian sambung CD15 sehingga CD20 (the bottom). Sayangnya saya tidak catit masa ujian dibuat. Cuma boleh dikatakan semua ujian dibuat selepas 11 pagi tetapi sebelum 6 petang.

Melihat pada gambar di bawah, tak ada result positif. Cuma pada CD19 saya mengalami ovulation pain di sebelah kiri bawah abdomen. Eggwhite pun memang banyak. Kalau tak silap, saya test masa nak solat Zohor lebih kurang pukul 1 lebih.

Saya share gambar ni di Kelab PCOS (ttc) Malaysia. Ada yang komen dapat line kabur juga tapi alhamdulillah berjaya mengandung. Jadi saya positifkan diri. Jika tak berjaya tak mengapa. Saya akan terus usaha lagi.

Kun fa ya kun. Allah kata jadi, maka jadilah ia. have faith in Allah s.w.t

Ate' logo

5 comments:

  1. Tengok entri Atie ni baru perasan Yani dah masuk CD17 hari ni tp belum start buat OPK pun! Adoiiii...terlupa sangat2! Tapi kan, based pada experience Yani...OPK Yani start nampak jalur (tu pun belum confirm positif), start CD17 ke atas.....awal2 ni buat OPK memang negatif je....bulan Ramadhan ni usaha tak banyak sangat. Nak BD pun hurrmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat je Yani...tu pun salah satu usaha dan komitmen kita. Bulan puasa ni agak penat juga nak BD tapi sayang nak sia2kan peluang. Jadi usaha juga la hihihi

      Delete
  2. Betul tu..sebenarnya kun faya kun..mudah2an murah rezeki Atie n suami.,Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak nuriz...doakan utk saya ye...

      Delete
  3. inshaAllah...doa banyak2 kan :-)

    ReplyDelete