Monday 8 December 2014

I am aiming for 50 kg

Assalamualaikum,
Hi alls...

Harap sihat-sihat belaka.
Actually, I am interested with Yani's entry about 
4 Tip Berguna Untuk Mula Bersenam!

I rasa ramai di antara TTCians yang cuba menurunkan berat badan especially yang didiagnos mempunyai PCOS dan berat badan berlebihan.

Bila jumpa Dr je, selalu dapat pesanan ringkas turunkan berat badan kan...Kita yang dah selesa dengan berat badan berlebihan ni rasa 'berat' aka malass sangat nak bersenam. 

Sebenarnya, nak kurangkan berat badan bukan sepenuhnya bergantung kepada senaman semata-mata tapi penjagaan makanan tu yang penting. I ni jenis yang suka makan nasi, manisan like coklat, kek, sweet pastries, dan yang manis-manis la. Since I budak lagi kot. That is one of the reasons I ni susah nak susut. Terlebih gula dan lemak.

Recently, I ajak hubby buat Diet Atkins. The reason is I tak nak jadi gemuk lagi. I am sick of that. Cukuplah hidup selama 27 tahun sebagai seseorang yang gemuk. I was told by people surrounding me that I am fat since I was a kid. Imagine macam mana brain I di set yang badan I ni gemuk even masa berat badan susut banyak masa sekolah menengah which is other people yang notice (diri sendiri tak tahu pun badan susut and keep believing badan stay gemuk) diorang yang selalu mengutuk ni bisik-bisik je and prefer not to mention to me badan I dah okay just perlu maintain.

Masa I masuk matrikulasi berat badan I 66kg (tinggi 150cm, BMI 29.3 which is overweight). I masih ingat ada seorang budak lelaki yang sama group dengan I masa orientasi tegur bagitahu I ni gemuk. Perli-perli saiz badan I. At that moment, I tak rasa malu pun. Tahu kenapa? Sebab I tak kisah. I dah terbiasa orang cakap I gemuk walaupun I pernah kurus masa sekolah menengah. Ditakdirkan mamat tu pun masuk U yang sama dengan I dan sekarang dah kahwin dengan budak perempuan yang sangat kurus@skinny sama matrik dan U dengan kitaorang. Tapi kuasa Allah tu besar, dia pulak yang sekarang ni bersaiz besar. Tu lah tak baik kata orang kan...k, back to the point...

Tahu tak macam mana I tahu I kurus masa sekolah menengah? Tak ada siapa pun orang sekeliling I bagitahu yang I dah kurus sampai la Makcik I yang duduk KL balik kampung beraya tegur I bagitahu yang I dah kurus. I pula tak percaya and keep denying sebab I percaya dia cakap macam tu sebab dia dah lama tak nampak I, balik pun setahun sekali. Kalau betul dah kurus, mesti orang-orang yang asyik kata I gemuk dah bgtahu I awal-awal yang I dah susut dan kurus...but, it wasn't happen. That is why masa tu I masih percaya yang I masih gemuk dan tak mungkin boleh kurus walau pun banyak bersukan.

Masa di matrik, berat badan I turun ke 56kg (BMI-24.9 which is in NORMAL category). I hanya tahu berat I bila dah habis belajar kt matrik. I tak pernah concern pun pasal berat badan sepanjang belajar. Masa tu rasa semua tu tak penting. Antara faktor yang boleh buat I susut is kedudukan bilik I di tingkat 5. Hari-hari turun naik tangga. Lepas tu I rajin jemaah maghrib di masjid, jadi banyak berjalan kaki. Matrik Perak berbukit sikit kan so memang banyak berjalan, panjat tangga dan sebagainya. I rajin panjat bangunan lecturers pergi tanya soalan kat diorang. Selain tu, during weekend I pergi jogging sekitar kawasan kampus. Petang-petang kawan ajak main badminton I join. Masa tu I makan macam biasa je. Kalau nak ikutkan selera I sentiasa ada dan I tak kurangkan pengambilan nasi pun. 

Bila throwback, actually I am the one who is wrong all this while. I sendiri yang tak nak ambil tahu about my body weight, about how it can affects my health. Walau pun berdozen-dozen majalah, buku, artikel berkenaan kegemukan dan kesihatan pernah dibaca. Realitinya, I dah pernah cecah pun berat yang ideal tapi disebabkan sikap tak kisah dan tak ambil tahu I biarkan pembiakan lelemak dalam badan sampailah di universiti I overweight dan bila dah nak kahwin I mula obese peringkat satu dan la ni obese peringkat 3 dah. See, how bad is that!

Jauh di sudut hati, I rasa sedih selama ni I tak kisah. Biarlah orang sekeliling kutuk sekali pun atau buat tak tahu sekali pun, I sepatutnya yang kena sayang diri sendiri, jaga diri sendiri. Bila di uji dengan kepayahan mendapat zuriat, diuji dengan layanan istimewa terhadap kawan2 sepejabat yang cantik2 dan kurus2, dipandang rendah oleh kawan2 sepejabat, I rasa I need to make a big change to myself.

From there, I asked my husband to join Diet Atkins. I tahu mungkin ada diantara korang yang against this programme but this is our choice at this moment. Alhamdulillah hari ni hari ke-8 DA. Alhamdulillah ada penurunan. Selain DA, kami buat regular exercises. Kat rumah ada basikal statik, so kayuh la 20-30 min sehari. Minum air 4 L sehari.

Setakat ni husband dah lost 5 kg. Same goes to me. Berat I sekarang 82 kg. Masih jauh perjalanan. Sebab tu bila I ingat balik berat I masa habis matrik (56kg) I rasa sedih sebab I tak jaga. Bila I tengok gambar sahabat-sahabat DA di FB yang sama tinggi dengan I dan berjaya susut sampai berat 60kg baru I tahu actually badan I dah cantik dah masa 56kg tu. I je rasa I gemuk dan tak mungkin boleh kurus.

Pengajarannya, sebagai seseorang yang nak menjadi ibu dan kepada ibu-ibu di luar sana, kita kena concern tentang perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Kawal dari awal jangan biarkan ianya terlambat. Amalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang sihat, dan isi masa lapang dengan aktiviti riadah. Kena suarakan point2 penting kenapa kita perlu jaga pemakanan, berat badan dan senaman pada diorang. Paling penting, always be there for the kids masa diorang nak membesar. Biar dari kecil lagi anak-anak dah terdidik supaya menjaga kesihatan dan kepentingan berat badan yang ideal.


I nak respon 4 tip berguna untuk mula bersenam yang Yani post baru-baru ni:

1. I di kategori 'unconditioned beginner'
2. I have to exercise more than 40 mins/day untuk lose weight
3. I tak faham sangat, nak minta YANI explain. Boleh tak YANI....
4. I ada problem kat mana nak dapatkan panduan pelbagai jenis senaman. Tengok Yani buat macam best je. Ada pelbagai pilihan so tak adalah cepat bosan. Tolong habaq mai sat kat mana nak dapat panduan macam2 jenis senaman tu Yani?


Okay, kawan2 yang sedang berusaha untuk fit tu ayuh, kita usaha sama!


Ate' logo!

4 comments:

  1. Suka tgk adik kat umah punya video zumba dancee,mcm2 lagu ada best2 jugak.maybe boleh start dari situ..,tp akakk tak start2 jugak..ehehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Atie, sorry lambat beri feedback pada entri Atie ni, sebab Yani kumpul maklumat dulu sebelum menjawap...

    1 & 2 : Yang ini Atie dah faham kan?

    3 : Contoh maximum heart rate (MHR) Yani : 220 -31 = 189, jadi target heart rate (THR) Yani adalah kiraan julat 60-80% dari maximum heart rate (MHR) Yani. Untuk THR Yani, julatnya adalah diantara 113 - 151 bpm.

    Untuk lebih faham, boleh baca entri ni (http://www.wikihow.com/Calculate-Your-Target-Heart-Rate) ..siap ada calculation untuk dapatkan target heart rate (THR) iaitu kiraan julat 60-80% dari maximum heart rate (MHR).

    Atie boleh rujuk entri lama Yani tentang kadar denyutan nadi untuk penurunan berat badan di sini (http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/11/kira-bmi-dan-kadar-denyutan-nadi-untuk.html)

    4 : Panduan diet dan senaman boleh dapat dari pelbagai sumber :
    a) Buku/majalah kesihatan dalam dan luar negara
    b) Buku ebook yang downloadable
    c) Video Youtube
    d) Video yang dikongsikan dalam FB
    e) FB page majalah-majalah kesihatan
    ...yang penting kena pandai cari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani...yang nak cari tu yg ati x pandai...hahaha

      Delete