Wednesday 8 January 2014

Cycle 1: TVS3

Alhamdulillah dah selesai TVS kali ke-3 pada hari ni (8/1/2014). Sampai hosp dalam 9 lebih dan selesai urusan dalam 11 lebih. Lebih kurang 2 jam je.

I dapat turn ke 9 masuk bilik scan. Masa datang turn patient no. 6. Kali ni pegawai yang scan orang lain dan I tak pernah nampak dia. Orangnya ramah. Scan kali ni lebih sakit berbanding sebelum2 ni. Sakit di bahagian pinggang. Macam senggugut tu..

Pegawai tu cakap telur2 growing. Happy I dengar. Lepas selesai macam biasa kena bawa borang scan ke meja nurse. Agak terkejut tengok saiz telur. I siap tanya kat pegawai yang scan tu betul ke saiz telur ni. Nampak tak kedunguan di situ. Sah2 la betul dah kerja dia kan, tak kan dia nak tulis yang tak betul. Adeh... Dia angguk and cakap "Betullah tu saiz tu. 32mm x 30mm". Segera I angguk tanda faham.

Alhamdulillah setakat hari ni ada 4 biji telur yang besar ready untuk disenyawakan. 2 dari ovary kanan, dan 2 dari ovary kiri. Saiz telur adalah seperti berikut:

Right ovary:
1. 32x30
2. 27x23
3. 17x16
4. 17x12
5. 15x10
6. 14x14
7. 11x10

Left ovary:
1. 24x18
2. 19x18
3. 14x11
4. 12x12
5. 11x9
6. 10x8

Lepas nurse tunjuk kat Dr result TVS, Dr decide supaya IUI dijalankan pada Jumaat ni (10/1/2014). I kena cucuk Pregnyl 10,000 IU malam ni antara 7-8 malam. I tanya nurse nanti IUI kena tahan kencing ke. Dia cakap rahim RU tak perlu tahan kencing. Kita galakkan patient RU buang air kencing, kosongkan pundi. Jika rahim AR baru kita nak dia penuhkan pundi. Syukur tak perlu tahan kencing. I dah la kerap kencing hehe.

Masa balik OTW ke kereta DH tanya I, "Hati sayang berbunga2 tak?Hati Abi berbunga2 tapi sebenarnya Abi takut"
I senyum je. I merasakan perkara yang sama juga. Gembira dah usaha sehingga tahap ni. Takut jika tidak boleh menerima kenyataan sekiranya tidak berjaya.
"Abi takut apa?"
"Takut tak jadi..."
I pun takut. I sebolehnya nak nampak tenang depan dia seolah2 I tak risaukan apa2.
"Tak apalah Abi. Kita dah usaha. Korbankan duit, masa dan tenaga kita. Kalau tak berjaya pun kita kena redha dan usaha lagi"
DH diam. Dia genggam erat tangan I.

Betul kata kawan2 TTC semua, kita dah berusaha dan berdoa. Seterusnya kita kena tawakal. Bermaksud berserah kepada ketentuan Allah dan menerima dengan redha apa pun kesudahannya. Tak kira banyak mana telur yang kita ada, sehebat mana perenang2 suami kita yang menentukan adalah Allah s.w.t. Hendaklah kita yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita. Mudah2an IUI kali ni berjaya. Tak dapat kembar, 1 pun dah baik sangat.

And...one of my friend told me...Besides yakin dan pandang baik dengan perancangan Allah, I must be ready for the worst supaya tak rasa hampa nanti. Perkara ni yang I kena pesan banyak2 kali pada diri sendiri. I ni lemah orangnya. I takut I jadi macam dulu tersungkur tidak boleh menerima kenyataan bahawa I sukar hamil secara normal macam wanita lain maka I tidak yakin dengan Tuhan. Nauzubillah.. Syukur lepas pergi berubat dan diberi air untuk mandi dan minum I berjaya berubah. Alhamdulillah syukur sangat. Mudah-mudahan berkekalan dan I tak jadi macam tu lagi sekiranya usaha kali ni bertemu kegagalan. Harap kawan2 turut bagi sokongan pada I.

Kos hari ini:
Pregnyl 10000 IU RM83

10 comments:

  1. saya memberikan 100% sokongan padu pd atie heheh..insyallah..
    doa banyak2..mudah2an allah berikan rezeki itu....
    goodluck ye jumaat ni

    ReplyDelete
  2. Betul atie, one thing TTCing ni ajar i is 'kebergantungan pada Allah'. Memang i belajar semua tu dari pengalaman. InshaAllah, kita dah usaha, dan berdoa... dah lepas bahagian kita. Like what my hubby always said, the result tu kerja Allah... kita tawakkal dan harapkan yg terbaik dari Dia. If belum rezeki kena redha. InshaAllah, kita doa banyak2...sebab Allah paling dekat dengan orang yang diuji :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ST. Mudah2an i tabah dgn apa jua keputusannya.

      Delete
  3. :) tumpang gumbira.. insyAllah.. doa byk2 atie. harap smpai rezki zuriat utk awak n hsband :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kak baby...terima kasih ya atas doa tu.

      Delete
  4. iya doakan atie berjaya.mudah2an yerr.bykkan berdoa juge...good luck atie ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks iya...mudah2an ada rezeki saya dan suami

      Delete
  5. Salam...
    slama ni saya silent reader jak...tp hari ni saya doakan smoga atie & husband dikurniaka rezeki & tidak putus asa walau apa pun resultnya nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jumria atas doa tersebut. Saya hargainya. Terima kasih juga sudi baca blog saya..

      Delete