Tuesday 24 December 2013

Diane 35 & saya

Assalam...Selamat pagi

Selama sebulan ni I 'agak' patuh dengan arahan Dr untuk makan Diane 35 1 biji setiap hari. Ada perkataan 'agak' kat situ. Nampak nor tak betul2 patuh kan. Ada la 2 hari I terlupa makan dek kesibukan bekerja siang dan malam. Dan bila terlupa, the next day I ambil 2 tablets menggantikan 1 biji yang terlupa nak makan pada hari sebelum tu. So, pada CD21 ubat pun dah habis dan sekarang menanti datangnya AF. Datangnya AF bermakna Clomid yang Dr bekalkan mesti dimakan mengikut aturan. Ia juga bermaksud DH & I kena bersiap sedia untuk IUI.

Panjang nor mukadimah nak cerita pasal Diane ni kan.

Sebenarnya saja nak share dengan korang kesan sepanjang I makan pil perancang jenis Diane 35 ni.

1. kurang selera makan
2. cepat rasa kenyang
3. kulit cam lain sikit
4. turun berat badan
5. Mood tertalu sensetif

Bila dah stop makan:

1. Berselera makan
2. Tak mudah rasa kenyang
3. Muka naik jerawat seketul

Yang ketaranya adalah selera makan dan kemampuan menghabiskan makanan. Sepanjang on Diane ni makan nasi segenggam pun kadang2 payah nak habis. Tapi lepas sehari stop pengambilan, malam semalam nasi 2-3 genggam pun I boleh habiskan. Selera makan dah kembali seperti sebelum2 ni. Hadoi scary betul. Terasa nak teruskan Diane tu pulak. Heheh, pil perancang sudah jadi pil kurus pulak eh.

Weekend baru2 ni balik kampung DH. Diorang adik beradik buat makan2 celebrate birthday Abah (pak mertua I) dan sorang lagi anak buah DH. Masa balik tu Abah & Mak tegur kata I kurus sikit dari sebelum ni. Teruja la juga kan walau pun I rasa berat I masih lebih 80 kg. Memang betullah Diane 35 dah turunkan sedikit berat badan gara2 dia menghilang selera makan.

Ada juga I google...dan dalam banyak2 yang I baca kat Forum Cari, ada seorang alami perkara sama iaitu turun selera makan dan mood swings. I memang ada alami mood swing tapi tak pasti sebab Diane atau memang mood I swing terlebih disebabkan kerja dan oustation yang banyak seminggu dua yang lepas. Depan DH bukan main eksen I ni. Padahal sebenarnya mengharapkan perhatian dia. Bila I kena oustation je mula la I nangis dan salahkan DH tak pedulikan I. Padahal DH ada gak usaha nak rapat2 dengan I tapi I yang eksen dengan dia. Last DH pun hangin tak faham apa yang I nak. Tah apa2 je I kan hihi.

hmm...hari ni Ariq nak datang rumah. Tido 1 malam kat umah kami. Angan2 I nak rehat2 dan kemas rumah esok terus hancus bila dapat Watsapp DH tadi. Banyak urusan I dah plan untuk esok. Nak pergi stop package yang I ambil dengan fitness first, nak settle all bills, nak bawak kucing I si Bona pergi klinik dan kalau sempat nak grooming sekali, nak mop dan vacum rumah, nak kemas kain baju, dan nak REHAT kat rumah. Hmmm.....susahnya.....I tak ada masa untuk diri sendiri, suami dan rumah kami. Next weekend nak balik kampung I pulak. Biras I tu memang sah mengandung. Confirm2 dia tak dapat tolong apa2 di dapur. Ariq pula I risau dia pukul or baling2 mainan pada Bona. Bona tengah tak sihat tu. Allah je la yang tahu letihnya macam mana nanti. I dah warning DH bantu I dalam apa jua kerja yang I kena buat nanti. Tak tahu la macam mana nanti. Selalunya lain yang dirancang lain yang jadi....Wish me all the best ye kawan2. Kepada sesiapa yang tertanya2 siapa Ariq dan ada apa dengan biras I tu boleh baca entry ni.

Setakat ni saje.

Ate' logo
Ehsan Google Image

18 comments:

  1. hai atie.. actually kita dah berjumpa dah baru2 ni.. hehe.. opsss... kalau dah tau, jgn sebut nama saya tau di sini.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ker...hehe. saya xtahu pun awak yang mana satu dan kita ada jumpa di mana...nnt boleh email saya kot bgtau kita jumpa kt mana dan awak yg mana satu. Lebih kenal lebih bagus. Anyway, gudluck utk IVF. Mudah2an usaha kali ni berjaya. AMIN

      Delete
  2. Atie, me on Diane35 for 1year dulu and it has done bad things to me. hahaha..hope kat u all will go well. anyway this part --> "Dan bila terlupa, the next day I ambil 2 tablets menggantikan 1 biji yang terlupa nak makan pada hari sebelum tu."---> pls dont do that again..u bace tak leaflet dlm tu? ada tulis if terlupa ambik pill for that day, DO NOT take extra pills the next day utk gantikan yang terlupa tu. just ambik 1. i dont know why but its synthetic hormone so u cant do that. lepasni jgn tau.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai ye ke Jay...punyelah pemalas I tak baca pun. Memandai je i pergi ganti yg terlupa nak makan tu. Takut la pulak kot ade effect pape. Kalau Dr tahu ni I mesti kena marah lagi. Ape pun thanks bgtau...jap, apa yg Diane day buat jahat kat u...tp i baca ur entry pasal Metformin je yg buat hal dgj u. Hehe

      Delete
    2. betul tu atie.. jgn amik 2 biji pil kalau terlupa.. takut ter"overdose"...

      Delete
    3. hehehe..u kena bace balik, search keywords kat atas blog i tu "diane". mesti ade entry psl diane.... Diane35 did a lot of bad things to me. Made my PCOS worst, pastu tak period LANSUNG once i stop (maknenye system bdn i terus jadi bodoh, dia hanya harapkan diane je utk period. without it, bdn i stop period -remember tak yg i tak period setahun tu? becoz of diane lah) i gained 11kg after 3months on diane. pastu mood swing yg amat teruk. hati jadi cepat panas. sensitif tu ye gak. tapi lebih byk kpd cpt panas hati (agaknye sbb tu my blog entry 2010 dulu byk emosi je) hahaha...plus, after change gynae to dr delaila..dr delaila terkejot berok that i was given diane by my previous gynae and she said "bagi diane utk u period mmg la sampai bile2 pun pcos u takkan baik..apetah lagi nak conceive" she then prescribe me with norethisterone. -agaknye lain doc, lain lah prescription kan.
      tapi itu die lah yg ckp maybe based on my condition. bcoz i dah bace yg kat US pun ramai PCOS-er were treated using diane35. ade yg cured, tapi kebanyakannya diane35 ni gynae prescribe utk PCOS-er yg bukan plan nak conceive. sbb die menipiskan chances to ovulate normally - according to ape yg i bace lah. takpe lah ikot je what's ur doc planned for u. maybe he knows what's best. - dont forget to read more on diane35 ni tau. i spend one whole month membaca psl diane ni dulu..before deciding to stop.

      Delete
    4. salam jayfarhanah ..im eyka .. saye melalui perkara seperti awak saye bace comment awak semua . saye nak tahu ape u buat after u stop diane nie ? im already 4 month stop diane but ta dpt period i risau sangat and ape yg syntem2 atas blogg nie ade pada saya .. please farhana when u read this comment i hope you will email me eykaa.seobie94@gmail.com im really waiting you to help you ..

      Delete
  3. Depan DH bukan main eksen I ni. Padahal sebenarnya mengharapkan perhatian dia. Bila I kena oustation je mula la I nangis dan salahkan DH tak pedulikan I. Padahal DH ada gak usaha nak rapat2 dengan I tapi I yang eksen dengan dia. Last DH pun hangin tak faham apa yang I nak. Tah apa2 je I kan hihi. <----tersenyum bile baca ayat Atie ni...nakal ye buat hubby mcm tu...Yani ni time period, kemain manja mcm tak sabar tunggu habis cepat2 period je, tapi bila fikirkan kena 'puasa' sampai 31 Disember ni...hurm...memendam rasa je. Kena sabar, selesaikan urusan HSG dulu, lepas tu...aaaummm! Hahahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu yani lagi nakal dari atie hahaha auuummmm!

      Delete
    2. Hehehe...nakal kat hubby sendiri takpe....tahun 2014 ni dah berazam, nak buat anak tanpa wujud perasaan 'buat' dengan hubby semata-mata pasal nak anak, rasa mcm robot pun ada. Dan hilang romantik dan intimasi antara suami isteri....nak lebih relax.

      Delete
  4. Atie, ada gak tertinggal tu... hehehhe...letak alarm kat HP dear...and when it sounds, don't snooze or ignore it... terus buat...nanti end up lupa gak... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST...satu hari tu mmg i terlupa. The other one i ingat tp letih teramat sgt. 3 hari turut2 ulang alik serdang ke shah alam. Lewat malam baru i sampai umah. While driving back home i boleh tertidur u letih sgt pnya pasal. Nyaris accident langgat divider highway. Hari terakhir tu i sampai umah je terus collapse tak boleh bukak mata dah. Tu yg i redha je x makan ubat kali ke-2 tu.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hai..sy nak tau diane ni ok atau xok sbnanye..hehhe..doc sggest makan ni utk betulkan period..ada sy baca komen,ad cakap ok ada tak..jadi takut lak nak ambik..tapi if tak ambik nt xperiod..any komen?

    ReplyDelete
  7. Hai..sy nak tau diane ni ok atau xok sbnanye..hehhe..doc sggest makan ni utk betulkan period..ada sy baca komen,ad cakap ok ada tak..jadi takut lak nak ambik..tapi if tak ambik nt xperiod..any komen?

    ReplyDelete
  8. I was on diane way back in year 2011. Mse tu belom kawin. Amik setahun jgk. Then bila nak kawin. Doc suruh stop.

    Resultnya..mmg period...tp berat naik...almost 7 kg jgkkkkkk. Ooooh..stressnye.

    Too bad, dh hampir 4 thun, tp blm ada rezeki lg. Last week check doc, doc kata afa PCOS tu. Dia bg option nk ubt yg NET kot nama pendek dia or diane. Beza net bole preggy but diane tak. Tp diane ni dia kata sesuai utk treat dlu. After 3 months nnti bru stop n mse tu dia bg la ubat nk besrkn telur la.. subur la..katanya...

    Tp doc kata diane suppose kuruskan badan.. NET tu yg buat bdn naik..

    Well.. lain body lain kot reaction.

    Skrg ni...cmne nak kurus balik.hahahha

    ReplyDelete
  9. I pon ad msalh yg sama ermmm buntu nk mkn ke x ubt tu

    ReplyDelete
  10. hyeee... baru jumpa entry ni.. Baru ambik diane gak.. DOc kat klinik hamid arsat bg... Seblom ni dah 3 jenis ubat hormon dh cuba... dan ni yg ke empat.. Hope ok..

    ReplyDelete