Tuesday 3 December 2013

2nd appointment di MAC

Assalam....

Pertama sekali I nak ucapkan takziah pada Reen atas pemergian anak ke-2 beliau. Innalillahhiwainnalillahhirajiun. I pernah jumpa dia sekali je masa dia preggy anak first. Nampak dia memang a very determinant & strong woman. Semoga awak tabah melalui semua ni. In shaa Allah ada perkara yang lebih baik menanti awak.

Berbalik pada tajuk entry, Jumaat yang lepas my 3rd appointment dengan Dr. Berdebar menanti result HSG I & 2nd Sperm Analysis DH. Alhamdulillah tube I normal tak ada masalah. Sperm count DH pula menunjukkan peningkatan namun masih <10 juta. Dari segi morfologi, perenang2 memang normal. Cuma speed dan motility mereka ada masalah. Jadi, confirmlah sekarang bahawa I dan DH masing-masing mempunyai masalah. Oleh itu, usaha secara natural tak disyorkan oleh Dr. Sperm DH perlu dibantu untuk berada sampai separuh jalan di dalam rahim (IUI) atau disenyawakan terus dengan telur di luar (IVF).

Perasaan I masa tu? Tak ada perasaan. I redha ini ujian Allah s.w.t pada kami. Usaha ikut mana pun kalau Allah kata ya, jadi la dia. Kalau Allah kata tak, tak lah ia. I sebagai hambanya perlu usaha, doa dan tawakal je. Semuanya ketentuan Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, Dr bagi kami dua kata sama ada nak cuba natural atau IUI. DH cakap 'ikut la'. I pandang dia. Dalam hati geram haha.Macam tak bersungguh lak dia. Tetiba DH tanya Dr. Terkejut jugak I dengan soalan dia. Selalu DH memang tak cakap apa. Angguk, geleng, senyum, ya je.

"Tapikan Dr. Selalu saya bersama dia (i la tu) banyak je air mani. Pekat lak tu"

"Volume memang normal...4ml.. tapi isi kandungannya tu kurang"

I lega DH sendiri yang tanya soalan tu. Sekurang-kurangnya dia lebih faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Lepas oooo panjang DH tengok I and angguk2. I buat muka question mark (nak IUI ke natural?)

"Cuba IUI la Dr"

I senyum DH decide macam tu. Pada I nak cuba natural pun boleh. Pilih mana-mana pun kuasa Allah juga yang menentukan. Since kami dah sampai tahap ni I rasa tak salah nak cuba IUI. Masing2 pun ada kekurangan masing2. Mudahan2an kekurangan tu dapat dibantu atau dikurangkan dengan kaedah ni.

Kenapa tak buat IVF?
Kalau ada duit, memang segera nak buat IVF. Jadi, masalah kewanganlah faktor kami pilih IUI dan bukan IVF. Kos IUI lebih kurang RM2000 (prosedur + ubat-ubatan). IVF pula ~ RM12k.

Perancangan Dr untuk saya:

1. Stop makan Diane 35 bermula tarikh appointment kali ni (29/11/2013- Jumaat)
Sebab I makan tidak mengikut aturan. Sepatutnya makan bermula CD1-21. Stop 7 hari. Kemudian sambung semula. Tapi I makan ikut suka I. Bila ingat I makan, bila tak ingat I tak makan. Dan I tak buat pun seperti yang disuruh gara2 miss communication. I ingatkan makan ubat metformin yang kena buat macam tu rupanya pil perancang. Patut la kadang-kadang sebulan sampai 2 kali period pun ada. Macam mana pun Dr ambil sampel darah I takut2 ada infection dari bakteria jenis Chlamydia spesies. Infection bakteria tu pun boleh menyebabkan pendarahan keluar dari Miss V. Tengok result nanti macam mana. Hopefully I tak la kena jangkitan ni semua.

2. Start semula makan Diane 35 bermula period akan datang pada CD1-CD21 dan terus stop
Jumaat lepas I stop makan. Hari Isnin I dah start period. Tak lama pun tunggu. Lepas 3 hari stop makan period dah mai. So, Isnin semalam (CD1) I dah kena makan Diane 35 semula. Semalam I lupa nak makan. Arini (DC2) baru I mula semula. Sebenarnya 2 cycle sebelum ni (September & Oktober) period I datang pada regular cycle 32-35 days tanpa bantuan Diane. Masa tu I kat Thailand.. I tak consume pun Diane. Lepas habis period cycle bulan Oktober baru I start makan balik. Tu pun bukan tiap hari. Bila teringat je. Senang cite I tak disiplin langsung. But, I can see that I boleh period pada cycle yang cantik walaupun tak ambil Diane 35.

3. Dr suruh tunggu period cycle lagi satu dan start makan Clomid 150mg/day
150mg/day...Bermula hari ke-2 period darah merah. Period darah coklat tak dikira. Makan selama 5 hari pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya kalau hari pertama period cuma darah coklat dan hari ke dua baru keluar darah merah maka pada CD3 lah mula makan Clomid hingga CD7. Jika pada CD1 & CD2 masih coklat2 dan CD3 baru merah, maka CD4 lah baru makan. Kalo CD1 dah start kuar darah merah, maka CD2 lah start makan Clomid hingga CD6.

4. Dr suruh makan asid folik 5mg bermula 29/11/2013 (Jumaat lepas).
Until today I belum start makan pun. Ok2 Dr, saya janji malam ni saya start makan okey! :)
1 biji satu hari pada setiap hari.

5. Dr suruh datang MAC pada sehari selepas hari terakhir consume Clomid
Tujuannya adalah untuk scan tengok ada tak kesan terhadap pengambilan Clomid tersebut dan Dr nak bagi Puregon 100. Nurse siap2 remind I bawa duit RM140 untuk Puregon 100 tu. Puregon contains only FSH. FSH adalah hormon perangsang folikel. Dengan bantuan Puregon ni lebih banyak folikel yang diransang untuk mengeluarkan lebih banyak telur. Maka lebih tinggi chances ada telur untuk disenyawakan.

6. Seterusnya, in sha Allah IUI akan dilaksana.

Usaha DH?
Sekarang ni DH makan Surbex pulak plus Speman. Sebelum ni DH makan Speman + Kapikachu. Walaupun ada peningkatan namun masih kurang membransangkan. Oleh itu, DH decide nak cuba Surbex pula. Mudah2an kesannya lebih baik.

Kebimbangan I?
Hanya Allah je yang tahu dan hanya Allah yang boleh bantu. Nampak kes ni macam mudah tapi hakikatnya banyak dugaan & pengorbanan yang kami kena buat. Mudah-mudahan ini pilihan terbaik buat masa ni dan berbaloi. Amin ya Allah.


Mohon kawan2 share info supplement atau pemakanan yang I boleh amalkan sementara menanti prosedur dijalankan serta amalan2, zikir, doa2 dan ayat2 Al-Quran yang boleh diamalkan.

Setakat ini saja.

Ate' logo

15 comments:

  1. Atie, awat asik lupa makn ubat? May i suggest u letak reminder kat phone... i masa ivf cycle memang letak alarm kat phone so that i won't forget timing amik ubat... I doakan semoga usaha both of u diberkati Allah dan membuahkan hasil....amin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ST...thanks of the idea...nnt i buat reminder mcm u ;)

      Delete
  2. Atie L doakan Atie berjaya iui kali ni. Positif k. L mula2 dulu susah gak nk makan ubat. Tp lama2 dh biasa. Pasal supplement L sementara tunggu IUI tu L just makan ubat yg doc bagi (duphaston, clomid folic acid n cucuk puregon. L tambah Vit C je. Tentang amalan L buat solat dhuha pagi2 bagus utk rezeki. Zikir etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks L...ati ada jugak buat solat dhuha tp jarang sgt2. In sha Allah lepas ni cuba utk lebih istiqomah

      Delete
  3. semoga dipermudahkan...inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  4. atie, u kat MAC ye? dgn doktor mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan Dr. Kadir dear... u kat situ jugak ke? Dengan Dr mana?

      Delete
  5. Atie...makan ubat ikut nasihat tau! Yani doakan semua dipermudahkan untuk urusan Atie dan suami nanti.....amin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nampak sgt ati tak ikut nasihat Dr kan pasal makan ubat ni. Skrg dah tau dah akibatnya. Thank Yani. Atie dah smakin disiplin makan ubat. Nyesal tak amik serius sebelum ni hehe

      Delete
  6. Seronoknya dah nak proceed ke IUI.
    Break a leg.

    ReplyDelete
  7. Good luck babe! Jgn skip folic acid, I masa sebulan before conceived, memang rigid makan folic acid

    ReplyDelete
  8. ASSALAM..huhu,,sy pon tgah ttc jugak..tp so far i prefer to b a silent reader 1st..huhu..
    btw nak suggest product ni..sk al khisbun..ianya amalan pwmakanan sunnah n sy pon tgah consume bnde ni..ramai yg da bjaya..cube try gugel pasal SK AL KHISBUN ni ha..gud luck..moga Allah merahmati usaha kita...

    ReplyDelete
  9. semoga smuanya dipermudahkan Atie... jgn stress2..sue doakan ada rezeki Atie kali ni..amin

    ReplyDelete