Friday, 27 December 2013

If AF still not coming after 7 days stop Diane, should I continue taking them on the 8th days??

Selalunya bila susah hati, kepada Allah kita mengadu.
Bila senang hati seharusnya kepada Allah kita berterima kasih.
Sebenarnya I agak susah hati memikirkan AF yang tak ada bayang nak kunjung tiba.

I start consume Diane rigidly from CD-CD21 (2/12/13-22/12/13). Kena stop makan for 7 days starting CD22. Dengan harapan within 7 days ni AF akan datang dan I dah boleh consume Clomid. But, now dah hari ke-5 tak makan Diane AND AF masih tiada tanda nak melawat. Tiada sakit pinggang, tiada bloated, tiada cramp, tiada tanda2 seangkatan dengannya kecuali seketul lagi jerawat yang tumbuh kat dagu. Aritu tumbuh kat tepi hidung.  

Actually, around 8.30 p.m. on 25th Dec (CD24), after peeing, I bersihkan Miss V dengan air then I lap2 dia then I notice ada setompok fresh blood kat kertas tisu tu. Happy dah tengok darah merah keluar ingat dah period la. Untuk double confirm, I lap sekali lagi kat celah2 Miss V and this time lebih banyak (2 tompok) darah merah ada pada kertas tisu. Kelam kabut keluar toilet inform DH yang tunggu kat luar. Masa tu kami ada kat JUSCO. DH ajak pergi Carings beli pad. I pun beria la pakai then masuk panggung tengok filem The Hobbit. Balik rumah cek tak ada setitik darah pun kat pad. Then I make myself calm to wait till the next morning. Tengok2 tak ada juga sampailah sekarang dah CD26. Confuse I pasal apa jadi macam ni. Kalau ikut kiraan 15 hari suci selepas period yang lepas, memang I period la masa CD24 tu but tak kan la setompok dua je. Macam mana nak makan Clomid bila period cam tu. 

Tinggal 2 hari je lagi cukup 7 hari stop Diane. Kalau ikut cakap Dr, I will get my AF during these 7 days or slightly later dan I kena makan Clomid on CD2-CD6. Since dah jadi macam ni I tak tahu after 7 days kalau masih tak period kena makan Diane balik atau stop terus je?? I tak tanya pun kat Dr aritu because this situation was unexpected. I ingat within 7 days, I will have period. Last time, bila I tak makan dengan disiplin AF datang jugak menjengah setiap bulan. Kali ni bila I disiplin, tak mau mai pulak....or maybe, I need to wait for a little longer :)

So what I will do is keep waiting for the AF to come until the 7th day. If the AF still not coming, I will start consuming Diane again on the 8th day while hoping for the AF to come. Then, kalau tak kunjung tiba juga, I might need to rely on the next cycle. 

Dear friends, I need ur advice especially those who has same case like me. To those who curious why Dr gave me Diane, actually the reason is not to allow me to get pregnant naturally and to improve my menstrual cycle so that I can get regular period cycle every month. Sebelum ni period cycle tunggang langgang. Why not other medicine? I am not sure, in fact I do not know there are many other options. BUT, to tell the truth, from May until November, I didn't consume Diane following the right method (consume 21 days & stop 7 days, then continue again), but still got AF every month. Maybe because of my high expectation on Diane, I am a bit stressful thinking of AF still not coming yet especially when I consume it following the right method for this month.

Hopefully AF will come soon....I just need to keep praying. Maybe fresh blood on CD24 was a sign to get the real AF soon. Just like last month...3 days got blood cloths then clean for 3 days and the real AF was coming after that for 8 days.


Ate' logo  

 

Tuesday, 24 December 2013

Diane 35 & saya

Assalam...Selamat pagi

Selama sebulan ni I 'agak' patuh dengan arahan Dr untuk makan Diane 35 1 biji setiap hari. Ada perkataan 'agak' kat situ. Nampak nor tak betul2 patuh kan. Ada la 2 hari I terlupa makan dek kesibukan bekerja siang dan malam. Dan bila terlupa, the next day I ambil 2 tablets menggantikan 1 biji yang terlupa nak makan pada hari sebelum tu. So, pada CD21 ubat pun dah habis dan sekarang menanti datangnya AF. Datangnya AF bermakna Clomid yang Dr bekalkan mesti dimakan mengikut aturan. Ia juga bermaksud DH & I kena bersiap sedia untuk IUI.

Panjang nor mukadimah nak cerita pasal Diane ni kan.

Sebenarnya saja nak share dengan korang kesan sepanjang I makan pil perancang jenis Diane 35 ni.

1. kurang selera makan
2. cepat rasa kenyang
3. kulit cam lain sikit
4. turun berat badan
5. Mood tertalu sensetif

Bila dah stop makan:

1. Berselera makan
2. Tak mudah rasa kenyang
3. Muka naik jerawat seketul

Yang ketaranya adalah selera makan dan kemampuan menghabiskan makanan. Sepanjang on Diane ni makan nasi segenggam pun kadang2 payah nak habis. Tapi lepas sehari stop pengambilan, malam semalam nasi 2-3 genggam pun I boleh habiskan. Selera makan dah kembali seperti sebelum2 ni. Hadoi scary betul. Terasa nak teruskan Diane tu pulak. Heheh, pil perancang sudah jadi pil kurus pulak eh.

Weekend baru2 ni balik kampung DH. Diorang adik beradik buat makan2 celebrate birthday Abah (pak mertua I) dan sorang lagi anak buah DH. Masa balik tu Abah & Mak tegur kata I kurus sikit dari sebelum ni. Teruja la juga kan walau pun I rasa berat I masih lebih 80 kg. Memang betullah Diane 35 dah turunkan sedikit berat badan gara2 dia menghilang selera makan.

Ada juga I google...dan dalam banyak2 yang I baca kat Forum Cari, ada seorang alami perkara sama iaitu turun selera makan dan mood swings. I memang ada alami mood swing tapi tak pasti sebab Diane atau memang mood I swing terlebih disebabkan kerja dan oustation yang banyak seminggu dua yang lepas. Depan DH bukan main eksen I ni. Padahal sebenarnya mengharapkan perhatian dia. Bila I kena oustation je mula la I nangis dan salahkan DH tak pedulikan I. Padahal DH ada gak usaha nak rapat2 dengan I tapi I yang eksen dengan dia. Last DH pun hangin tak faham apa yang I nak. Tah apa2 je I kan hihi.

hmm...hari ni Ariq nak datang rumah. Tido 1 malam kat umah kami. Angan2 I nak rehat2 dan kemas rumah esok terus hancus bila dapat Watsapp DH tadi. Banyak urusan I dah plan untuk esok. Nak pergi stop package yang I ambil dengan fitness first, nak settle all bills, nak bawak kucing I si Bona pergi klinik dan kalau sempat nak grooming sekali, nak mop dan vacum rumah, nak kemas kain baju, dan nak REHAT kat rumah. Hmmm.....susahnya.....I tak ada masa untuk diri sendiri, suami dan rumah kami. Next weekend nak balik kampung I pulak. Biras I tu memang sah mengandung. Confirm2 dia tak dapat tolong apa2 di dapur. Ariq pula I risau dia pukul or baling2 mainan pada Bona. Bona tengah tak sihat tu. Allah je la yang tahu letihnya macam mana nanti. I dah warning DH bantu I dalam apa jua kerja yang I kena buat nanti. Tak tahu la macam mana nanti. Selalunya lain yang dirancang lain yang jadi....Wish me all the best ye kawan2. Kepada sesiapa yang tertanya2 siapa Ariq dan ada apa dengan biras I tu boleh baca entry ni.

Setakat ni saje.

Ate' logo
Ehsan Google Image

Monday, 9 December 2013

Dr Hamid share kisah Nailah di FB

Alhamdulillah...
Sahabat kita Nailah telah selamat melahirkan bayi mereka.

I tahu pun sebab Dr. Hamid yang share tentang kelahiran baby Nailah di Facebook miliknya.

Tahniah Nailah & suami...
Doakan kami yang masih menanti ni ya :)

Tuesday, 3 December 2013

2nd appointment di MAC

Assalam....

Pertama sekali I nak ucapkan takziah pada Reen atas pemergian anak ke-2 beliau. Innalillahhiwainnalillahhirajiun. I pernah jumpa dia sekali je masa dia preggy anak first. Nampak dia memang a very determinant & strong woman. Semoga awak tabah melalui semua ni. In shaa Allah ada perkara yang lebih baik menanti awak.

Berbalik pada tajuk entry, Jumaat yang lepas my 3rd appointment dengan Dr. Berdebar menanti result HSG I & 2nd Sperm Analysis DH. Alhamdulillah tube I normal tak ada masalah. Sperm count DH pula menunjukkan peningkatan namun masih <10 juta. Dari segi morfologi, perenang2 memang normal. Cuma speed dan motility mereka ada masalah. Jadi, confirmlah sekarang bahawa I dan DH masing-masing mempunyai masalah. Oleh itu, usaha secara natural tak disyorkan oleh Dr. Sperm DH perlu dibantu untuk berada sampai separuh jalan di dalam rahim (IUI) atau disenyawakan terus dengan telur di luar (IVF).

Perasaan I masa tu? Tak ada perasaan. I redha ini ujian Allah s.w.t pada kami. Usaha ikut mana pun kalau Allah kata ya, jadi la dia. Kalau Allah kata tak, tak lah ia. I sebagai hambanya perlu usaha, doa dan tawakal je. Semuanya ketentuan Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, Dr bagi kami dua kata sama ada nak cuba natural atau IUI. DH cakap 'ikut la'. I pandang dia. Dalam hati geram haha.Macam tak bersungguh lak dia. Tetiba DH tanya Dr. Terkejut jugak I dengan soalan dia. Selalu DH memang tak cakap apa. Angguk, geleng, senyum, ya je.

"Tapikan Dr. Selalu saya bersama dia (i la tu) banyak je air mani. Pekat lak tu"

"Volume memang normal...4ml.. tapi isi kandungannya tu kurang"

I lega DH sendiri yang tanya soalan tu. Sekurang-kurangnya dia lebih faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Lepas oooo panjang DH tengok I and angguk2. I buat muka question mark (nak IUI ke natural?)

"Cuba IUI la Dr"

I senyum DH decide macam tu. Pada I nak cuba natural pun boleh. Pilih mana-mana pun kuasa Allah juga yang menentukan. Since kami dah sampai tahap ni I rasa tak salah nak cuba IUI. Masing2 pun ada kekurangan masing2. Mudahan2an kekurangan tu dapat dibantu atau dikurangkan dengan kaedah ni.

Kenapa tak buat IVF?
Kalau ada duit, memang segera nak buat IVF. Jadi, masalah kewanganlah faktor kami pilih IUI dan bukan IVF. Kos IUI lebih kurang RM2000 (prosedur + ubat-ubatan). IVF pula ~ RM12k.

Perancangan Dr untuk saya:

1. Stop makan Diane 35 bermula tarikh appointment kali ni (29/11/2013- Jumaat)
Sebab I makan tidak mengikut aturan. Sepatutnya makan bermula CD1-21. Stop 7 hari. Kemudian sambung semula. Tapi I makan ikut suka I. Bila ingat I makan, bila tak ingat I tak makan. Dan I tak buat pun seperti yang disuruh gara2 miss communication. I ingatkan makan ubat metformin yang kena buat macam tu rupanya pil perancang. Patut la kadang-kadang sebulan sampai 2 kali period pun ada. Macam mana pun Dr ambil sampel darah I takut2 ada infection dari bakteria jenis Chlamydia spesies. Infection bakteria tu pun boleh menyebabkan pendarahan keluar dari Miss V. Tengok result nanti macam mana. Hopefully I tak la kena jangkitan ni semua.

2. Start semula makan Diane 35 bermula period akan datang pada CD1-CD21 dan terus stop
Jumaat lepas I stop makan. Hari Isnin I dah start period. Tak lama pun tunggu. Lepas 3 hari stop makan period dah mai. So, Isnin semalam (CD1) I dah kena makan Diane 35 semula. Semalam I lupa nak makan. Arini (DC2) baru I mula semula. Sebenarnya 2 cycle sebelum ni (September & Oktober) period I datang pada regular cycle 32-35 days tanpa bantuan Diane. Masa tu I kat Thailand.. I tak consume pun Diane. Lepas habis period cycle bulan Oktober baru I start makan balik. Tu pun bukan tiap hari. Bila teringat je. Senang cite I tak disiplin langsung. But, I can see that I boleh period pada cycle yang cantik walaupun tak ambil Diane 35.

3. Dr suruh tunggu period cycle lagi satu dan start makan Clomid 150mg/day
150mg/day...Bermula hari ke-2 period darah merah. Period darah coklat tak dikira. Makan selama 5 hari pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya kalau hari pertama period cuma darah coklat dan hari ke dua baru keluar darah merah maka pada CD3 lah mula makan Clomid hingga CD7. Jika pada CD1 & CD2 masih coklat2 dan CD3 baru merah, maka CD4 lah baru makan. Kalo CD1 dah start kuar darah merah, maka CD2 lah start makan Clomid hingga CD6.

4. Dr suruh makan asid folik 5mg bermula 29/11/2013 (Jumaat lepas).
Until today I belum start makan pun. Ok2 Dr, saya janji malam ni saya start makan okey! :)
1 biji satu hari pada setiap hari.

5. Dr suruh datang MAC pada sehari selepas hari terakhir consume Clomid
Tujuannya adalah untuk scan tengok ada tak kesan terhadap pengambilan Clomid tersebut dan Dr nak bagi Puregon 100. Nurse siap2 remind I bawa duit RM140 untuk Puregon 100 tu. Puregon contains only FSH. FSH adalah hormon perangsang folikel. Dengan bantuan Puregon ni lebih banyak folikel yang diransang untuk mengeluarkan lebih banyak telur. Maka lebih tinggi chances ada telur untuk disenyawakan.

6. Seterusnya, in sha Allah IUI akan dilaksana.

Usaha DH?
Sekarang ni DH makan Surbex pulak plus Speman. Sebelum ni DH makan Speman + Kapikachu. Walaupun ada peningkatan namun masih kurang membransangkan. Oleh itu, DH decide nak cuba Surbex pula. Mudah2an kesannya lebih baik.

Kebimbangan I?
Hanya Allah je yang tahu dan hanya Allah yang boleh bantu. Nampak kes ni macam mudah tapi hakikatnya banyak dugaan & pengorbanan yang kami kena buat. Mudah-mudahan ini pilihan terbaik buat masa ni dan berbaloi. Amin ya Allah.


Mohon kawan2 share info supplement atau pemakanan yang I boleh amalkan sementara menanti prosedur dijalankan serta amalan2, zikir, doa2 dan ayat2 Al-Quran yang boleh diamalkan.

Setakat ini saja.

Ate' logo